Buku Log Lencana Keahlian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK KUMPULAN :…………………………. SEKOLAH :……………………………………………………………………..



NAMA



:…………………………………………………….



DARJAH



:……………………………………………………..



TAHUN



:………………………………………………………..



BIODATA AHLI PENGAKAP   Gambar Beruniform



Nama :…………………………………………………………… No KP :…………………………………………………………… Tarikh Lahir :…………………………………………………………… Tempat Lahir :…………………………………………………………… Alamat Rumah :…………………………………………………………… …………………………………………………………… No Tel :………………………………………..…………………. Emel :………………………….……………………………….. Tarikh Menyertai Pengakap:……………………………………………… Nama Ayah :…………………………………………………………… Pekerjaan :………………………………………………………….… No Tel :……………………………………................................... Nama Ibu :……...……………………………………………………. Pekerjaan :……………………………………….………………….. No Tel :……………………………………………………



LENCANA KEAHLIAN



1. Lambang Pengakap Malaysia Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia



Anak panah pecah tiga melambangkan persetiaan pengakap



Dua bintang pecah 5 berwarna hijau melambangkan 10 undangundang pengakap



Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi Malysia iaitu Islam



    



Lingkaran tali melambangkan perpaduan rakyat Malysia dan persaudaraan pengakap seduniua



Ikatan hijau melambnagkan persaudaraan pengakap



Logo Pengakap Malaysia



Warna kuning, hijau, merah, yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap ; 1) Kuning - Pengakap kanak-kanak 2) Hijau - Pengakap Muda 3) Merah - Pengakap Remaja



2. Lambang Pengakap Sedunia



1. Pecahan tiga kelopok – melambangkan persetiaan pengakap yang 3 iaitu, taat kepad tuhan , raja dan negara. 2. Warna ungu – warna pengakap sedunia 3. Dua bintang pecah lima melambangkan undang-undang pengakap yang 10 4. Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap 5. Ikatan buku sila melambangkan ikatan persaudaraan pengakap sedunia.



3. Persetiaan Pengakap Bahawa dengan Sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya dengan seberapa daya upaya saya, Akan, Taat kepada tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap.



4 . Undang-Undang Pengakap a) Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai,bermaruah dan    mempunyai kehormatan diri. b) Pengakap adalah seorang yang Taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. c) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. d) Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dansaudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. e) Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. f) Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. g) Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan. h) Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. i) Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. j) Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.



5 . Rukunegara     



Kepercayaan Kepada Tuhan Kepercayaan Kepada Raja Dan Negara Kedaulatan Undang-Undang Keluhuran Perlembagaan Kesopanan Dan Kesusilaan



6. Hormat Pengakap -



Memberi hormat apabila beruniform lengkap Bermakna tanda penghormatan, berbudi Bahasa dan persahabatan



Menolong orang lain



Mematuhi Undang-undang pengakap



Taat kepada ALLAH dan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan



Diri sendiri



Pengakap bersaudara



Undang-Undang Pengakap



Kaedah memberi Hormat



7. Cogankata Pengakap a. b. c. d.



Kanak-kanak - “ Buat Sehabis Baik” Pengakap muda – “ Selalu Sedia ” Pengakap remaja – “ Pandang Luas ” Pengakap kelana – “ Berkhidmat ”



8. Pergerakan Pengakap



Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell



a. b. c. d. e. f. g. h. i.



Robert Stephenson Smyth Baden-Powell dikenali Lord Baden-Powell (BP) Lahir pada 22 Februari 1857 Merupakan seorang anggota tentera berpangkat Leftenan Muda Tahun 1907 mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea 1937 Jambori Pengakap pertama di Olympia 8 Januari1941 ketika berusia 84 tahun BP meninggal dunia. Di Malaysia pengakap mula ditubuhkan pada 2 Julai 1910 oleh F.C Sand di Singapura. Tahun 1919, Kepten N.M Hisham dan Encik A.Z. Alsagoff mengasaskan pengakap budakbudak melayu Tahun1963 ( Penubuhan Malaysia ) Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu ditukar ke Persekutuan Pengakap Malaysia



9. Cerita Hutan DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada mereka kelak



10. LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.  2. Diamalkan di seluruh dunia.  3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”  4. Untuk menghormati tetamu.  5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.  Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.  ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)  2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P… E….K….”  3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.  4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.  5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>  a) PKK mencangkung.  b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.  c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.  d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’  7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’  8. AKELA membalas hormat PKK.  9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat. 



11. PENUNGGANG BASIKAL



1. Undang-undang Jalanraya - Berbasikal Undang-undang Berbasikal



a..Patuhi semua Undang-Undang Trafik dan Isyarat • JANGAN Menunggang yang bertentangan dengan arah lalu lintas  b.Menunggang di lorong pejalan kaki • Menunggang basikal di kaki lima -mesti patuhi semua papan tanda dan isyarat pejalan kaki.



• Perlahan dan memberi isyarat yang boleh didengar atau memberi amaran kepada mereka kehadiran anda sebelum melintasi mereka. 



2. Peraturan Berbasikal



Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal 1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan. 2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat. 3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris. 4. Guna lorong basikal, jika ada. 5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal). 6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya. 7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya. 8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas. 9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.



3. Bahagian Basikal



4. Perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Berbasikal Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Semasa Berbasikal 1. Basikal Tidak Sempurna - Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi. 2. Tidak Memberi Isyarat - semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal. 3. Membawa Penumpang - yang mengganggu imbangan. 4. Jarak yang sesuai. 5. Jalan raya yang sibuk dan sempit. 6. Membawa haiwan. 7. Bergurau atau bercakap-cakap. 8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain. 9. Saiz basikal tidak sesuai.  10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai



5. Cara Membaiki Basikal Cara Menampal Tiub Basikal



6. Tips Berbasikal Sebelum Menunggang Basikal Pastikan:        



Badan mesti Sihat. Basikal baik dan selamat. Memakai topi kaledar keselamatan. Menunggang di lorong tepi atau lorong khas jika ada. Memakai pakaian yang cerah. Jangan menunggang bergandingan. Patuhi peraturan lalulintas jalan raya. Memasang lampu ketika waktu malam.



Semasa Menunggang Basikal      



Memberi tumpuan / fokus. Berhati-hati. Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.) JANGAN menunggang di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor. Jangan berbual & merokok. Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.



Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)     



Basikal tidak boleh di tunda ketika di atas jalan raya. Ditunggang di sebelah kiri jalan. Tidak boleh ditunggang berinringan. Tidak boleh membawa orang lebih dari reka bentuknya. Berat muatan tidak melebihi 18 kg