Contoh Pernyataan Profesional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERNYATAAN PROFESIONAL A.



SEBELUM PRAKTIKUM Pada 14 Jun 2015, telah diadakan taklimat praktikum. Kami telah diberi



penerangan secara keseluruhan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan praktikum fasa pertama ini. Sebagaimana yang telah di maklumkan praktikum pada kali ini saya dan seorang rakan saya telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Valdor . Aktiviti pengajaran kami pada kali ini akan melibatkan subjek major kami iaitu Bahasa Tamil. Sewaktu taklimat tersebut, mengingatkan kami mengenai beberapa perkara penting dalam merancang rancangan pelajaran harian (RPH). Kami turut diingatkan agar cuba menyusun semula jadual masa pengajaran agar apabila pensyarah hadir untuk menyelia, dapat dilakukan secara serentak sekurang-kurangnya dua orang pelajar dalam satu-satu penyeliaan. Ini adalah bagi melancarkan proses penyeliaan. Kami turut perlu menyediakan perancangan selama 3 minggu dalam melancarkan proses pembelajaran selaras dengan keadaan alatan di sekolah. Kami dimaklumkan akan berpraktikum bermula dari 22 Jun sehingga 17 Julai 2015. Pensyarah yang akan melakukan penyeliaan adalah Pn.N. Soudamini. Seterusnya, kami juga menghadiri kursus profesionalisme yang berkaitan dengan I- think Map selama dua hari. Kami didedahkan dengan cara penggunaan ithink map dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami diberi penjelasan tentang cara setiap map i-think dalam pengajaran Bahasa Tamil. Kami juga mengadakan bengkel menghasilkan RPH dengan menggunakan i-think. Ia menjadi satu persediaan awal bagi kami untuk menghadapi praktikum 1.



B.



SEMASA PRAKTIKUM



Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang pelajar guru melatih diri untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada pelajar guru untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Praktikum memfokuskan kepada mata pelajaran major iaitu Bahasa Tamil untuk sekolah rendah. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu disediakan sebelum mengajar. Pada masa yang sama, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah kanak-kanak yang sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid-murid.



Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah. Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum. Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya amalkan agar tidak wujud jurang antara pelajar guru praktikum dengan guru di sekolah tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja yang diperlukan. Harapan saya agar pensyarah penyelia saya iaitu Pn.N.Saudamini sudi memberikan bimbingan yang terbaik kepada saya sepanjang saya berpraktikum selama 4 minggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Valdor. Saya juga bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik. Saya juga akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat direalisasikan dengan baik. Pada minggu pertama berada di sekolah ini, kami masuk kelas bersama guru pembimbing untuk memerhatikan cara guru pembimbing dan cara beliau mengawal kelas. Kami juga perhatikan strategi yang digunakan oleh guru pembimbing untuk mengajar sesuatu topik. Disitu kami telah belajar cara atau tips berguna untuk menarik perhatian murid. Segala ilmu yang diturunkan akan digunapakai oleh saya sewaktu menjadi guru kelak.



C. SELEPAS



Namun begitu, semasa berada di sekolah ini saya akui bahawa tidak semua yang dirancangkan dan diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah kelemahan diri saya sendiri terutama dalam berkomunikasi dengan pihak terbabit. Pada asasnya saya rasakan bahawa ianya satu kerugiaan yang besar kerana peluang sebegini mungkin hanya datang sekali seumur hidup dan setiap peluang yang datang itu sepatutnya diambil dan dihargai dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun saya yakin bahawa semua kekurangan itu dapat diatasi dan semoga jika ada lagi peluang, kami tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama. Dengan ini kami mampu untuk terus maju dan benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan GURU. Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif praktikum yang saya telah lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih mendalam dan teknik yang berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Semasa di sekolah ini juga, saya mengalami dan mengahadapi pelbagai pengalaman pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar pengetahuan serta kesabaran saya sebagai seorang guru. Pengalaman manis yang saya alami ialah apabila saya dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan disekolah, semua guru dianggap kami sebagai keluarga sendiri. Peristiwa yang saya rasa cukup mencabar ialah untuk memastikan tumpuan murid terhadap saya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini memerlukan ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup kuat bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman yang saya rasa agak pahit untuk diingat ialah apabila terpaksa berpisah dengan warga sekolah yang cukup kasihi seperti guru besar, para guru dan terutamanya murid-murid yang belajar di kelas saya. Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu merangsang murid belajar dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran sekolah ini indah dan menenangkan serta suasana yang aman tanpa kebisingan yang mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, budaya di sekolah ini juga cukup baik di mana semua guru terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi sekolah. Ini dibuktikan oleh semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua aktiviti yang dijalankan



disekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Tambahan pula, semua guru mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul dan saya lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing serta bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal. Kesimpulannya, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini adalah amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam semua aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa program praktikum ini adalah amat releven untuk diteruskan untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti.