Diari Harian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Refleksi-Jurnal Harian



JURNAL HARIAN Dalam bahagian ini, saya akan cuba mencatatkan segala aktiviti sepanjang berada di sekolah dalam menjalankan Program Induksi Kendiri selama lima minggu. Walaubagaimanapun, kehadiran saya tidaklah penuh selama 25 hari, tetapi saya hanya hadir selama 18 hari sepanjang lima minggu. Ini telah menepati syarat program induksi ini iaitu kehadiran minima ialah 10 hari sepanjang lima minggu. Catatan yang saya dokumentasikan di sini juga merupakan antara pengalaman yang saya fikir menarik dan perlu dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Berikut adalah catatan saya mengikut kehadiran ke sekolah.



17.5.2006 (Rabu-Minggu 1) Hari ini adalah hari pertama saya ke sekolah untuk Program Induksi Kendiri latihan mengajar. Sebelum ini, saya telah melapor diri terlebih dahulu dan berjumpa dengan pengetua sekolah ini untuk meminta kebenaran menjalankan program induksi latihan mengajar selama 5 minggu di sekolah ini. Saya memilih sekolah ini (Sek. Men .Keb. Munshi Abdullah) kerana saya pernah bersekolah di sini dari tingkatan dua hingga tingkatan lima. Saya diberikan seorang guru pembimbing iaitu En Zainordin (kaunselor) dan beliau juga merupakan antara guru senior yang pernah menjadi idola saya suatu masa dulu. Setelah berjumpa dengan En Liew Ngian Kwee (GPK 1) saya pun memperkenalkan diri dan saya ditempatkan di bilik kaunseling sepanjang tempoh program induksi ini. Saya juga diberikan dua kelas ganti tingkatan tiga iaitu di sebelah pagi dan tengahari. Oleh kerana



pada waktu ini peperiksan setengah tahun sedang



berlangsung, saya hanya berpeluang menjaga peperiksaan di kelas.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



18.2006 (Khamis-Minggu 1) Hari kedua di sekolah. Masih ramai dalam kalangan guru-guru yang tidak menyedari kehadiran saya ke sekolah. Justeru, saya menggunakan kesempatan masa yang ada dengan berjumpa dengan guru-guru senior dan menjelaskan tujuan saya ke sekolah. Melalui perbualan tidak formal juga saya berpeluang mengenali guru-guru lain semasa minum di kantin dan ketika waktu senggang mereka di bilik guru. Bagi guru-guru senior, mereka menyatakan rasa bangga dan bersyukur kerana anak didiknya sudah berjaya dalam pelajaran dan bakal menjadi pendidik sepertinya. Seperti biasa juga, saya diminta untuk menggantikan kelas. Hari ini saya diberikan tiga kelas untuk relief iaitu sekitar waktu pagi hingga tengahari. Oleh kerana peperiksaan masih berjalan, saya hanya menjaga peperiksaan sahaja. Tidak ada masa untuk berinteraksi bersama pelajar secara langsung. Sebelum pulang dari sekolah, saya terlebih dahulu telah memaklumkan kepada guru pembimbing tentang kehadiran saya ke sekolah untuk minggu hadapan. Saya berjanji untuk hadir ke sekolah pada hari selasa dan rabu minggu hadapan. Ini kerana, sepanjang program induksi ini, kami perlu hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 2 hari sahaja. Tetapi jika ingin hadir 5 hari seminggu pun tidak menjadi masalah. Oleh kerana minggu ini peperiksaan sedang berlangsung, saya merasakan tidak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan selain menjaga peperiksaan di kelas. Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk hadir dua hari sahaja seminggu sepanjang minggu peperiksaan.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



23.5.2006 (Selasa-Minggu 2) Hari ini adalah minggu kedua saya menjalani program induksi di sekolah ini. Berlaku salah faham sedikit antara saya dan En Liew (GPK 1) tentang format program induksi ini berbanding universiti lain seperti UPSI. Dia meminta saya borang kehadiran lengkap yang disediakan universiti seperti yang lazimnya disedikan oleh universiti lain. Namun demikian, saya menjelaskan secara terperinci kepada beliau tentang format program induksi yang dijalankan oleh USM. Saya menyatakan bahawa kami perlu menjalankan program ini selama 5 minggu tetapi kehadiran minima hanya 2 hari seminggu. Salah faham timbul kerana beliau beranggapan saya perlu hadir 5 hari seminggu. Namun begitu, untuk memudahkan pengurusan beliau untuk pentadbiran, saya telah menyediakan satu jadual kehadiran sepanjang tempoh program induksi ini. Jadual kehadiran tersebut juga mengandungi tandatangan saya dan guru pembimbing. Saya diberi satu kelas ganti sahaja iaitu kelas tingkatan 2 pada jam 11.20 pagi. Pada hari ini juga diaadakan satu mesyuarat guru pada jam 2.30 petang. Mesyuarat di adakan di bilik Wawasan. Saya meminta kebenaran kepada guru pembimbing untuk turut serta dalam mesyuarat. Satu pengalaman baru saya perolehi. Mesyuarat berjalan seperti mana-mana mesyuarat yang biasa saya ikuti. Namun demikian saya lihat mesyuarat ini berpusat kepada pengetua. Antara intipati mesyuarat yang disampaikan oleh pengetua ialah tentang: i.



Amanat dan pesanan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada guru dalam satu



perjumpaan bersama pengetua-



pengetua. ii.



Lawatan



Nazir



ke



sekolah



bermula



semester



kedua



persekolahan. Guru-guru ddiminta bersiap sedia dengan



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



melengkapkan buku rekod P&P, memastikan kelas berada dalam keadaan baik dan menjalankan P& P seperti biasa. iii.



Guru-guru juga diingatkan tentang pemakaian baju batik pada setiap 1hb dan 15hb pada tiap-tiap bulan.



iv.



Pengetua juga meminta program kelas tambahan bagi pelajar PMR dan SPM dapat dilaksanakan dengan kerjasama guruguru pada minggu pertama cuti sekolah.



Saya berpendapat semua guru memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang mesyuarat berlangsung. Namun begitu, saya merasakan bahawa penjelasan oleh pengetua adalah terlalu meleret-leret sedangkan sesuatu perkara itu boleh dijelaskan dengan ringkas dan padat. Keadaan ini menyebabkan mesyuarat berlanjutan hingga jam 3.45 petang. Kelihatan juga guru-guru tidak selesa kerana masing-masing ingin pulang ke rumah dan ada urusan yang perlu diselesaikan.



24.5.2006 (Rabu-Minggu 2) Saya hadir ke sekolah seperti biasa. Oleh kerana musim peperiksaan masih berjalan, tidak banyak yang dapat saya lakukan sepanjang dua minggu pertama di sekolah ini. Iklim sekolah sibuk dengan pelajar yang mengulangkaji pelajaran dan guru-guru pula sibuk dengan penandaan markah kepada jawapan pelajar. Saya juga diminta menggantikan dua waktu kelas tingkatan 3 pada sebelah pagi. Namun begitu, saya juga mengambil kesempatan yang ada ini dengan berbincang beberapa perkara bersama kaunselor yang juga guru pembimbing saya. Antara perkara yang kami bincangkan ialah untuk melaksanakan beberapa program kem untuk Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Motivasi Kecemerlangan PMR & SPM,



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



lawatan sambil belajar dan lain-lain. Saya dengan hati terbuka menyatakan hasrat untuk membantu dalam pelaksanaan program tersebut untuk menimba pengalaman.



12.6.2006 (Isnin-Minggu 3) Hari ini seperti biasa diadakan perhimpunan rasmi di sekolah dari jam 7.308.05 pagi. Satu perkara menarik disini, teringat saya ketika zaman persekolahan, di dewan inilah saya bersama rakan-rakan dan kini saya berada di dewan ini sebagai guru. Saya mengikuti perjalanan perhimpunan ini. Antara agenda perhimpunan rasmi ini ialah: i.



Bacaan doa oleh pelajar



ii.



Bacaan ikrar diketuai wakil pelajar



iii.



Nyanyian tiga buah lagu (Negeri Johor, Lagu Sekolah dan Jalur Gemilang)



iv.



Laporan guru bertugas minggu lepas



v.



Ucapan pengetua



vi.



Nyayian Lagu Negaraku sebagai penutup



Selepas tamat perhimpunan, seperti biasa saya diberi kelas ganti. Hari ini saya diberi tiga waktu kelas ganti iaitu dari jam 11.20 pg hingga 1.05 tgh (waktu 7,8&9). Selain itu juga, satu Karnival Anti-Dadah peringkat daerah Kulai akan dijalankan sekitar akhir Jun ini. Saya pun bertanya kepada guru pembimbing, mungkin ada apaapa yang saya boleh sumbangkan. Kebetulan ada satu pertandingan mendeklamasikan sajak yang akan diadakan pada 29 Jun ini. Saya diberi tugas untuk melatih peserta sekolah untuk pertandingan tersebut. Saya juga telah berjumpa dengan pelajar tersebut. Pertemuan pertama ini lebih kepada perbincangan dan pemilihan sajak yang sesuai untuk dideklamasikan nanti.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



13.6.2006 (Selasa-Minggu 3) Seperti biasa saya sampai ke sekolah seawal 7.15 pagi. Saya terus ke pejabat dan memberi ucapan salam kepada guru dan staf di pejabat. Hari ini saya diberi dua kelas ganti iaitu jam 8.40 pagi hingga 9.50 pagi (waktu 3&4) untuk kelas tingkatan 3. Kelas ini adalah waktu pendidikan Islam dan ustazahnya mengikuti kursus. Saya diminta untuk memastikan pelajar menyiapkan latihan yang telah diberikan. Suasana kelas agak terkawal. Saya meminta agar pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa lebih kurang 45 minit. Ini kerana baki masa dalam 25 minit lagi, ada sesuatu yang ingin saya berikan pada mereka. Setelah mereka menyiapkan tugasan, saya menggunakan masa yang ada ini sebaik mungkin untuk sesi interaksi bersama pelajar. Saya juga sempat memberikan pesanan dan panduan kepada mereka dalam menghadapi kecemerlangan dalam PMR tidak lama lagi.



14.6.2006 (Rabu-Minggu 3) Hari ini saya ke sekolah seperti biasa. Saya terus mengikuti perhimpunan harian pelajar di tapak perhimpunan. Ketika seorang guru sedang memberikan ucapan, terdengar jeritan Cikgu Zaharah (GPK HEM) terhadap sekumpulan pelajar yang bising di bahagian belakang barisan. Sememangnya suara beliau cukup digeruni oleh para pelajar walaupun beliau seorang wanita. Kemudian, kelibat sekumpulan pelajar yang lewat pun tiba. Jujur saya katakan, saya kagum dengan pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Zaharah dalam menangani pelajar bermasalah khususnya pelajar lewat yang boleh dikatakan setiap hari ada pelajar yang lewat dan mereka ini adalah pelajar yang sama. Pelajar yang lewat ini dikenakan denda dengan mereka perlu menulis surat rasmi menyatakan kelewatan mereka dan mereka ditahan di tapak perhimpuna sekitar 15 minit. Bagi pelajar yang kerap-kali lewat ke sekolah, satu surat



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



untuk memanggil ibu bapa mereka ke sekolah untuk memaklumkan tentang salah laku anak-anak mereka. Pada pagi ini juga, terdapat satu kes pelajar yang jatuh ketika menuruni bas di stesen bas. Pelajar ini mengaku rasa sakit di bahagian belakang badan. Setelah perbincangan ringkas antara guru bertugas dan kaunselor, pelajar tersebut di hantar pulang ke rumah untuk tindakan susulan oleh ibunya. Saya turut serta dalam menghantar pelajar tersebut ke rumahnya bersama kaunselor. Pada hari ini juga, saya telah membuat temujanji dengan GPK HEM dan GPK Ko-Kurikulum untuk meminta bantuan mereka memberikan maklumat berkaitan hal ehwal murid dan aktiviti ko-kurikulum sekolah.



15.6.2006 (Khamis-Minggu 3) Seperti yang telah ditetapkan, setiap 1hb dan 15hb setiap bulan guru-guru dikehendaki memakai baju batik. Jadi, pada hari ini, saya turut memakai baju batik apabila ke sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan kecil guru-guru yang tidak memakai baju batik, mungkin kerana terlupa atau sebab lain. Hari ini juga, saya dan seorang lagi guru pelatih dari UPSI berjumpa dengan Pn. Zaharah (GPK HEM) untuk membuat sesi temuduga secara tidak formal berkaitan dengan sekolah dan tugas beliau berhubung hal ehwal murid. Sebelum ini, saya terlebih dahulu telah membuat janji temu dengan beliau dan hariini adalah hari yang dipersetujui bersama. Walaupun sibuk dengan karenah pelajar-pelajar, beliau tetap menerima kehadiran kami dengan hati terbuka. Perbualan ringkas kami telah menyentuh tentang beberapa aspek seperti tahap displin sekolah, isu merotan pelajar dan etika dalam mengenakan tindakan undang-undang kepada pelajar.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



19.6.2006 (Isnin-Minggu 4) Hari ini telah diadakan pelancaran Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat Sekolah 2006. Sambutan ini berlangsung semasa seminggu iaitu bermula 18-24 Jun 2006. Selepas majlis pelancaran, diadakan kuiz lisan secara ringkas kepada para pelajar dan hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat. Hari ini juga seperti biasa saya diberikan kelas ganti sebanyak dua kelas iaitu tingkatan



3B dan 4A sekitar pada waktu selepas rehat. Selain itu, saya juga



menggunakan masa yang ada dengan mengumpul bahan dan maklmat untuk laporan yang perlu disiapkan. Dalam proses mengumpul maklumat dan bahan, guru pembimbing saya iaitu Cikgu Zainordin banyak membantu. Saya juga dibenarkan menggunakan kemudahan komputer di bilik kaunseling untuk tujuan menyiapkan laporan.



20.6.2006 (Selasa-Minggu 4) Hari ini di awal pagi, saya dan rakan (guru pelatih UPSI) telah berjumpa dengan pengetua dan mengadakan sesi temubual secara tidak formal. Isu yang dibincangkan adalah berhubung pengalaman beliau sepanjang menjawat jawatan pengetua sekolah, pandangan beliau mengenai sekolah ini, matlamat dan perancangan beliau dalam meningkatkan pencapaian sekolah ini di masa depan. Secara ringkasnya, Datin Pengetua SMK Munshi Abdullah mengatakan bahawa sekolah ini telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa aspek sebelum beliau ditugaskan di sini. Antaranya pencapaian akademik PMR dan SPM yang semakin meningkat, pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cekap dan kebanyakan guru juga dedikasi dalam menjalankan tugas mereka. Beliau juga menyatakan, dalam



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



rangka untuk terus meningkatkan pencapaian akademik sekolah ini, beliau telah memperkenalkan Program Latih Tubi Terancang bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Menurut pengalaman beliau di sekolah lama sebelum ini, program ini amat berkesan dalam membantu para pelajar meningkatkan pencapaian akademik. Hari ini juga diadakan Festival Nasyid Peringkat Daerah Kulai, Johor. Justeru itu, saya mengambil peluang ini dengan mengikuti Cik Rohaya yang bertugas sebagai penyelaras festival. Festival nasyid ini dijalankan di Sek. Men. Keb. Sultan Alauddin. Walaubagaimanapun, tiada penyertaan bagi pihak sekolah kerana atas dasar kekangan masa yang terbatas. Ini kerana para pelajar baru sahaja melalui peperiksaan setengah tahun sebelum cuti sekolah yang lalu. Sedangkan untuk pasukan nasyid, ia memerlukan latihan dan persiapan yang awal. Demi kebajikan para pelajar, guru sekolah ini mengambil keputusan untuk tidak menyertai festival ini dan memberi peluang kepada pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan. Saya mengambil keputusan untuk mengikuti guru yang bertugas pada festival ini adalah untuk melihat perjalanan program di peringkat daerah Kulai yang melibatkan semua sekolah di daerah ini. Sememangnya program sebegini memang baik kerana selain dapat mengembangkan potensi pelajar dalam bidangnasyid, ia mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru-guru daripada pelbagai sekolah. Dalam pertemuan sebegini, kemungkinan berlaku perkongsian idea dan pendapat berhubung profesion perguruan itu sendiri.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



21.6.2006 (Rabu-Minggu 4) Hari ini saya ke sekolah seperti biasa dan menggantikan beberapa kelas yang tiada guru samada guru menghadiri kursus ataupun menghantar pelajar menyertai pertandingan peringkat daerah. Selain itu saya juga menggunakan masa yang ada ini untuk mengemaskini segala bahan-bahan dan maklumat berkaitan sekolah yang telah diperolehi. Terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam laporan folio yang wajib disediakan, namun hanya beberapa criteria dan aspek penting sahaja dilaporan dan dinyatakan dalam laporan folio itu nanti.



22.6.2006 (Khamis-Minggu 4) Hari ini diadakan Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Peringkat Daerah Kulai yang dijalankan di Dewan Terbuka Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi. Saya mengambil peluang ini untuk turut sama menjadi guru pengiring bersama seorang lagi guru menghantar wakil pelajar dalam pertandingan tersebut. SMK Munshi Abdullah menghantar dua orang wakil pelajar dan kedua-dua mereka berjaya mendapat Naib Johan dalam kategori Seni Tari Solo dan Johan dalam kategorii Silat Olahraga. Saya juga berpeluang berkenalan dan berkomunikasi dengan guru-guru dari sekolah lain dalam daerah Kulai.



23.6.2006 (Jumaat-Minggu 4) Hari ini diadakan Hari Terbuka Sekolah 2006. Pada hari ini ibu bapa pelajar diminta hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru tingkatan anak-anak mereka dan membincangkan tentang prestasi akademik anak-anak mereka. Saya juga



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



mengambil peluang dengan meninjau beberapa kelas sepanjang hari terbuka ini berlangsung. Sepanjang pemerhatian, saya dapati kebanyakan ibu bapa pelajar telah hadir ke sekolah untuk berjumpa guru tingkatan anak masing-masing. Ini kerana, mereka merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuk berjumpa guru dan berbincang tentang pencapaian akademik anak masing-masing. Namun begitu, daripada maklumatyang saya perolehi daripada guru-guru, kebanyakan ibu bapa pelajar daripada kelas peperiksaan PMR dan SPM mencatatkan kehadiran yang mengecewakan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan beberapa sebab. Antaranya ialah para pelajar sengaja tidak memberitahu ibu bapa tentang makluman hari terbuka kerana keputusan peperiksaan pertengahan mereka yang merosot atau mengecewakan. Kemungkinan lain ialah ada kemungkinaan ibu bapa yang bekerja pada hari tersebut. Namun begitu, pihak sekolah telah menetapkan bahawa ibu bapa pelajar perlu hadir berjumpa guru tingkatan pelajar pada hari lain.



26.6.2006 (Isnin-Minggu 5) Hari ini diadakan perhimpunan mingguan seperti biasa di dewan sekolah. Minggu ini juga dilancarkan Minggu Kempen Anti Dadah peringkat sekolah. Terdapat beberapa aktiviti yang telsah dirancang sepanjang minggu ini (26.6.0630.6.06). Antaranya ialah: •



Ceramah 5 minit dalam perhimpunan pagi







Pertandingan melukis poster







Pertandingan buku skrap







Pameran Anti Dadah







Pertandingan Kuiz Dadah



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



Tema Minggu Kempen Anti Dadah



pada kali ini ialah “Hidup Cemerlang



Tanpa Dadah”. Minggu Kempen Anti Dadah ini dilaksanakan di setiap sekolah di seluruh Malaysia mempunyai objektifnya tersendiri iaitu: i.



Untuk memberi pendedahan yang menyeluruh kepada para pelajar khasnya dan masyarakat amnya.



ii.



Untuk memastikan semua pelajar khasnya dan masyarakat amnya tahu tentang bahaya-bahaya dadah dan melibatkan diri dalam usaha pencegahan dadah.



iii.



Untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan peka terhadap masalah semasa khasnya dadah.



Secara peribadi, saya merasakan Minggu Kempen Anti Dadah ini sangat baik dilaksanakan di sekolah. Hal ini kerana diperingkat umur remaja, pendedahan kepada najis dadah perlu dijalankan secara berterusan dan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan ia dapat membantu pelajar melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan terhindar dari pengaruh najis dadah.



27.6.2006 (Selasa-Minggu 5) Saya hadir ke sekolah seperti biasa. Hari ini juga saya diberi tiga kelas ganti kerana ada guru yang terlibat dengan kursus. Hari ini juga saya bersama peserta pertandingan sajak giat melakuan latihan yang akan berlangsung pada hari khamis (29.6.2006). Ada satu pengalaman baru yang saya perolehi hari ini. Untuk makluman, program 2M (Membaca dan Menulis) telah diperkenalkan di peringkat daerah Kulai dan dilaksanakan di sekolah. Sasaran program ini adalah kepada para pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



Jadi, oleh kerana guru yang terlibat mengajar pelajar dalam program ini menghadiri kursus, saya telah diminta untuk mengendalikan kelas tersebut di sebelah petang iaitu dari jam 1.15-2.15 petang. Kira-kira 10 orang pelajar telah menghadiri kelas tersebut dan saya dapati ada beberapa orang pelajar yang tidak hadir berdasarkan rekod kedatangan. Daripada pemerhatian saya sepanjang mengendalikan kelas ini, saya dapati agak sukar untuk mengajar mereka membaca. Ini kerana kebanyakan mereka adalah dalam tingkatan dua dan terdiri daripada pelajar Cina dan India. Latarbelakang mereka pula, kebanyakan mereka bersekolah di Sek Ren. Jen. Keb. Cina atau Sek. Ren. Jenis Tamil semasa di sekolah rendah. Dari segi penampilan dan personaliti diri pula, saya dapati para pelajar yang tidak boleh membaca ini tidak menitikberatkan kebersihan diri dan pakaian. Displin mereka juga rendah dan kerap kali tidak hadir ke sekolah. Namun begitu, mereka masih ada kemahuan untuk belajar membaca dan sebagai guru, saya merasakan kita bertanggungjawab dalam mengajar sehingga mereka boleh membaca. Ini kerana kemahiran membaca dan menulis adalah antara kemahiran asas penting yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan berkesan.



28.6.2006 (Rabu-Minggu 5) Hari ini saya ke sekolah seperti biasa. Hari ini adalah hari terakhir sesi latihan mendeklamasi sajak kerana pertandingan tersebut akan dijalankan pada esok hari. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan tahap pelajar tersebut setelah melalui beberapa sesi latihan sejak 2 minggu yang lepas. Hari ini juga saya ada menggantikan kelas-kelas tertentu kerana ada guru yang cuti atau menjalani kursus.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



Pada sebelah petang iaitu kira-kira 1.15-2.15 petang, saya juga sekali lagi diberi peluang untuk mengendalikan kelas pemulihan melalui program 2M (Membaca dan Menulis). Pada kali ini, saya menggantikan kelas tersebut kerana guru yang berkenaan perlu menghadiri mesyuarat pada waktu tersebut. Walaubagaimanapun, saya merasakan ini adalah satu pengalaman menarik yang mungkin tidak diperolehi oleh rakan-rakan lain semasa menjalankan Program Induksi Kendiri ini. Oleh kerana saya juga minor dalam matapelajaran Bahasa Melayu, peluang sebegini sebenarnya sedikit sebanyak mampu mendedahkan saya kepada situasi sebenar dalam proses pengajaranb dan pembelajaran kelak.



29.6.2006 (Khamis-Minggu 5) Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh saya dan wakil pelajar yang telah saya latih dalam pendeklamasian sajak. Hal ini kerana, pada hari ini diadakan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak sempena Karnival Anti Ddah Peringkat Daerah Kulai. Seramai kira-kira 16 buah sekolah telah menyertai dan setiap sekolah menghantar seorang wakil untuk pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah dilaksanakan di kompleks Pasaraya IOI Mall Kulai. Ini bertepatan dengan objektif pertandingan ini dilaksanakan iaitu untuk memberi informasi kepada remaja tentang bahaya najis dadah. Saya bertindak sebagai pengurus peserta dan merangkap jurulatih pelajar yang mewakili sekolah. Sebagai jurulatih yang telah melatih wakil sekolah kira-kira 2 minggu lepas saya ada juga menaruh harapan agar pelajar tersebut mampu meraih tempat dalam pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, saingan daripada semua sekolah sangat hebat dan saya melihat ianya sebagai satu perkembangan baik bagi



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



anak-anak muda kini yang masih mampu dan mengetahui cara-cara mendeklamasi sajak dengan kaedah yang betul. Saya juga sempat menyampaikan amanat terakhir kepada wakil sekolah sebelum dia membuat persembahan. Secara jujur, setelah menyaksikan persembahan pelajar tersebut, saya berpuas hati atas penyampaian yang dipersembahkan. Setelah semua peserta menyampaikan sajak masing-masing, tibalah pengumuman pemenang dilakukan. Saya bersyukur kerana ‘anak buah’ saya berjaya meraih tempat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Terbit rasa puas dalam diri kerana usaha yang dilakukan membuahkan hasil.



30.6.2006 (Jumaat- Minggu 5) Hari ini adalah hari terakhir saya di sekolah. Pada hari ini juga saya telah diminta untuk menyampaikan beberapa nasihat kepada pelajar Muslim sekolah tersebut. Kesempatan ini adalah atas dasar saya merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan saya diminta berkongsi rahsia kejayaan sehingga mampu melanjutkan pelajaran ke menara gading. Hari ini juga, mengikut amalan murni sekolah ini para pelajar akan membaca surah Yasin bersama-sama guru. Tetapi, ruang ini diisi dengan slot tazkirah ringkas kepada pelajar. Jujur saya katakan, ruang yang diberikan kepada saya ini adalah satu penghargaan dan penghormatan daripada guru-guru Muslim khususnya dan pihak sekolah amnya. Walaubagaimanapun, saya menerima amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan hati terbuka. Pengalaman dan penglibatan dalam program motivasi di kampus sebelum ini ternyata banyak membantu saya dalam menyediakan diri menyampaikan tazkirah yang berkesan.



Program Induksi Kendiri



Refleksi-Jurnal Harian



Hari ini juga, saya mengemaskini semua data dan maklumat sekolah yang diperlukan untuk menyiapkan laporan Program Induksi Kendiri ini. Saya juga ada memberi sedikit cenderamata kepada beberapa orang guru sebagai tanda ingatan. Saya juga telah memulangkan kembali bahan-bahan sekolah yang telah dipinjamkan kepada saya sebelum ini. Tidak lupa juga, saya berkesempatan berjumpa dengan barisan guru-guru sekolah dan pentadbir serta mengucapkan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya menjalankan Program Induksi Kendiri di sekolah ini.



Program Induksi Kendiri