Doa Selamat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Doa Selamat



ُ‫ي ِنَعَمُه َوُيَكاِفئ‬ ْ ‫حْمًدا ُيَواِف‬ َ ،‫ن‬ َ ‫حاِمِدْي‬ َ ‫حْمًدا‬ َ ،‫ن‬ َ ‫شاِكِرْي‬ َ ‫حْمًدا‬ َ ،‫ن‬ َ ‫ب اْلَعاَلِمْي‬ ّ ‫ل َر‬ ِّ ‫حْمُد‬ َ ‫َاْل‬ ‫صصصّل‬ َ ‫ َالّلُهصصّم‬.‫ك‬ َ ‫طاِن‬ َ ‫سْل‬ ُ ‫ظْيِم‬ ِ‫ع‬ َ ‫ك َو‬ َ ‫جِه‬ ْ ‫لِل َو‬ َ‫ج‬ َ ‫ي ِل‬ ْ ‫حْمُد َكَما َيْنصَبِغ‬ َ ‫ك اْل‬ َ ‫ َيا َرّبَنا َل‬.‫َمِزْيَدُه‬ .‫ن‬ َ ‫حاِبِه َأجَْمِعْي‬ َ‫ص‬ ْ ‫عَلى آِلِه َوَأ‬ َ ‫حّمٍد َو‬ َ ‫سّيِدَنا ُم‬ َ ‫عَلى‬ َ ‫سّلْم‬ َ ‫َو‬ Allahumma Ya Allah, Tuhan yang selayaknya menerima segala puji-pujian, Pada hari yang penuh barakah ini, kami dengan penuh rasa kegembiraan merafa’kan kesyukuran ke hadratMu ya Allah, kerana dengan keizinanMu maka kami dapat berkumpul dan bersama-sama berkongsi kegembiraan, dengan kelahiran anak dan cucu kepada ahli keluarga kami dalam majlis yang diadakan ini. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dan rahmatMu ke atas kami semua. Allahumma Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah kepada kami semua khususnya pasangan saudara kami Abdul Fattah dan Norzatusyima, anak, ibubapa serta kaum keluarga mereka keberkatan dan kebahagiaan hidup serta kesihatan yang berpanjangan. Jadikanlah cahayamata saudara kami ini sebagai anak yang solih, berakhlak mulia, bertaqwa, berbakti dan menjadi harapan kepada ibubapa, keluarga, masyarakat dan ummah.



، ‫لْكَراِم‬ ِ ‫ل َوْا‬ ِ‫ل‬ َ‫ج‬ َ ‫ َيا َذا اْل‬، ُ ‫َالّلُهّم َيا ال‬ Jadikanlah majlis perhimpunan kami ini suatu majlis yang diberkati. Sempurnakanlah maksud dan hajat tuan punya majlis ini dengan beberapa kebajikan. Kurniakanlah ganjaran pahalaMu kepada para jemputan kami yang hadir pada hari ini, Ya Allah. Kukuhkanlah kerjasama yang erat ini, kekalkan ukhuwwah dan kesatuan hidup kami, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami. Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami semua untuk mengerjakan amal-amal kebajikan dan jauhkanlah kami dari mengerjakan segala kemungkaran dan kemaksiatan.



،‫ن‬ ُ ‫ن َوَيا َمّنا‬ ُ ‫حّنا‬ َ ‫ َيا‬، ُ ‫َالّلُهّم َيا ال‬ Mesrakanlah hati-hati kami, bimbinglah kami ke jalan yang selamat, selamatkanlah kami daripada kegelapan menuju cahaya dan jauhkanlah kami daripada setiap keburukan sama ada yang kelihatan mahupun yang tersembunyi. Lindungi serta peliharakanlah kami daripada sebarang malapetaka, bahaya dan ancaman musuh yang boleh memudaratkan diri dan keluarga kami, serta ummah secara keseluruhannya dengan ‘inayah dan ri’ayah Mu.



1



‫ص صْوًما‪َ ،‬رّبَنصصأ‬ ‫ن َبْع صِدِه َتَفّرًقصصا َمعْ ُ‬ ‫حْوًما‪َ ،‬وَتَفّرَقَنا ِم ص ْ‬ ‫جْمًعا َمْر ُ‬ ‫جْمَعَنا َهَذا َ‬ ‫جَعْل َ‬ ‫َالّلُهّم ا ْ‬ ‫عَلصصى‬ ‫ص صّلى ال ص ُ َ‬ ‫ب الّنصصاِر‪َ ،‬و َ‬ ‫ع صَذا َ‬ ‫س صَنًة َوِقَنصصا َ‬ ‫ح َ‬ ‫خَرِة َ‬ ‫ي ْالَ ِ‬ ‫سَنًة َوِف ْ‬ ‫ح َ‬ ‫ي الّدْنَيا َ‬ ‫آِتَنا ِف ْ‬ ‫ن‪.‬‬ ‫ب اْلَعاَلِمْي َ‬ ‫ل َر ّ‬ ‫ن‪َ ،‬واْلحَْمُد ِّ‬ ‫جَمِعْي َ‬ ‫حاِبِه َأ ْ‬ ‫صَ‬ ‫عَلى آِلِه َوَأ ْ‬ ‫حّمٍد َو َ‬ ‫سّيِدَنا ُم َ‬ ‫َ‬



‫‪2‬‬