Jurnal Praktikum Minggu Kesepuluh [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KESEPULUH 1. MASALAH Pada minggu kesepuluh, saya telah menghadapi masalah murid tidak dapat mempersembah atau membuat pembentangan di depan kelas. Memang sukar untk mendapatkan murid untuk membentangkan hasil perbincangan atau kerja mereka di hadapan kelas. Saya merancang murid berkongsi hasil kerja yang telah dijalankan di hadapan kelas untuk membiasakan murid bercakap di depan orang ramai. Namun begitu, murid akan mula menunduk kepala atau menuding jari kea rah murid lain dan menyebut nama murid lain apabila diminta bercakap di depan kelas. 2. ANALISIS Menurut Nurabadi (2007), murid malu untuk bertanya berpunca daripada murid tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang lain. Begitu juga untuk bercakap di depan kelas. Persamaan dua perkara ini adalah orang yang bercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi apa yang dilakukan akan menjadi tontonan umum, kesalahan atau kesilapan yang dilakukan akan ditertawakan. Masalah ini tertimbul atas murid tidak biasa bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan kebiasaan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila guru mengamalkan interaksi sehala dengan murid dalam kelas. Aktiviti pembelajaran bersifat pasif di mana hanya guru yang bercakap dan murd-murid hanya mendengar. Pada masa yang sama, murid mungkin belum memahami permintaan serta soalan yang ditanyakan oleh guru. 3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI - Saya akan menggalakkan murid untuk membentang dalam kelas dengan memberi keyakinan kepada murid serta berdiri di sebelah murid untuk menemaninya. - Saya akan memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif selain daripada ucapan terima kasih kepada murid yang membentang. Pada masa yang sama, saya akan mengarah semua murid untuk memberi tepukan kepada pembentang. - Saya akan menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu memupuk keberanian murid serta meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap di khalayak. 4. TEMPOH MASA Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana adalah penting untuk menggalak murid untuk bercakap di hadapan kelas dengan keyakinan. 5. PENILAIAN KEJAYAAN Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya. 6. TINDAKAN SUSULAN Semasa merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan merancangkan aktiviti yang melibatkan pembentangan. Isi kandungan pembentangan adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan murdah diceritaka kepada orang lain berdasarkan tema. Dengan ini, murid lebih selesa apabila membuat pembentangan tentang perkara yang murid betul-betul fahami.