Kamus Dan Etnisiti - Sains Dan Masyarakat - James T. Collins [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dipersembahkan sebagai Syarahan Profesor Antarabangsa Tersohor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 22 Julai 2021 (Khamis) di Aplikasi Zoom



Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bangi • 2021 http://ukmpress.ukm.my



Cetakan Pertama / First Printing, 2021 Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh/ Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA http://ukmpress.ukm.my e-mel: [email protected] Penerbit UKM adalah anggota/ is a member of the MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA/ MALAYSIAN SCHOLARLY PUBLISHING COUNCIL PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION



No. Ahli/ Membership No. 198302 Atur huruf oleh/ Typeset by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA



Dicetak di Malaysia oleh/ Printed in Malaysia by UKM CETAK SDN BHD



Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia



Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication Data



Collins, James T. Prof. Emeritus, Dr. Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / Profesor Emeritus Dr. James T. Collins. 1. Malay language--Dictionaries--History. 2. Encyclopedias and dictionaries, Malay--History and criticism. 3. Malay language--Etymology--Lexicography. 4. Lectures and lecturing. 5. Government publications--Malaysia 6. Electronic books. I. Judul. 499.233 Mode of access: Internet eISBN 978-967-251-319-3



Kandungan Prakata … 7 Pengenalan … 11 1. Kamus Bahasa Nasional … 13 Tahap Perencanaan Kamus dan Relevansi Etnisiti … 14 Pengguna Kamus … 15 Sumber Data Kamus … 18 Etnisiti dan Tahap Penentuan Definisi dan Label dalam Kamus Nasional … 24 2. Kamus Bahasa Minoriti … 46 Penentuan Pengguna Sasaran Sebuah Kamus … 50 Komuniti Penutur Bahasa yang Hendak Dikamuskan … 52 Tinjauan Sumber Bertulis atau Terakam bagi Bahasa yang Hendak Dikamuskan … 54 Perakaman Teks Lisan dalam Bahasa yang Hendak Dikamuskan … 56 Analisis Fonologi dan Penentuan Sistem Ejaan bagi Kamus yang Diusahakan … 58 Pengembangan Glosari Awal bagi Bahasa yang Hendak Dikamuskan … 60 Penyusunan, Pemindaan dan Pengembangan Kamus yang Diusahakan … 62 Kesimpulan … 63 Rujukan … 71 Indeks ... 77



Prakata Pada akhir tahun 1968, melalui program Peace Corps anjuran kerajaan Amerika Syarikat, saya mulai bertugas di Pusat Tibi Negara (sekarang Institut Perubatan Respiratori) di Kuala Lumpur. Sebagai pemuda dengan kelulusan sarjana muda dalam bidang falsafah dan sastera Inggeris, banyak yang harus saya pelajari dalam pusat perubatan yang dilengkapi dengan klinik, makmal dan hospital. Sains perubatan dan ilmu bakteriologi sungguh berbeza dengan latar belakang akademik saya. Apa lagi, pada tahun 1970 dengan wawasan yang bernas, Dr. Jaswant Singh Sodhy, Pengarah Pengasas Pusat Tibi Negara, melancarkan penelitian epidemiologi berskala nasional tentang frekuensi penyakit tibi dalam kalangan rakyat Malaysia. Projek penelitian ini benar-benar dijalankan sebagai kajian empirikal. Beberapa regu kajian yang sudah terlatih diutuskan pada titik kajian yang dipilih melalui statistik sensus untuk memperoleh data sosial melalui temubual dan observasi di rumah peserta dan data kesihatan melalui X-ray dan pemeriksaan kahak di makmal. Inilah penelitian empirikal yang saya ikuti buat pertama kalinya; kesannya terasa sampai sekarang. Pada tahun 1970 saya juga membeli sebuah buku di kedai buku Pustaka Antara di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur. Buku itu, Kamus Dewan (cetakan pertama) setebal 1352 muka surat, dijual dengan harga RM20.00. Ya, setelah saya tinggal di Kampong Bharu setahun lebih, akhirnya saya memperoleh kamus bahasa Melayu, sebuah kamus yang tetap saya turunkan dari rak buku di rumah saya untuk rujukan. Kalau disemak, ternyata ada nota dan catatan di sana sini dalam buku itu. Walaupun saya pernah belajar bahasa Perancis, bahasa Latin dan bahasa Yunani semasa di sekolah menengah, ketika saya hendak membeli kamus bahasa asing buat pertama kalinya, pilihan saya pula memang Kamus Dewan—sebuah kamus ekabahasa. Pada tahun 1996, semasa saya mewawancarai Teuku Iskandar, penyusun Kamus Dewan (1970) itu, di Leiden, Negeri Belanda, saya terlupa memberitahu beliau tentang pengalaman saya dengan Kamus Dewan. Lima puluh tahun telah berlalu sejak saya berkenalan dengan prinsip penelitian saintifik melalui kajian epidemiologi yang diterapkan di kampung dan pekan Malaysia dan juga sejak saya mulai mengagumi hasil ilmu



8 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



perkamusan Melayu yang dirintisi oleh staf Dewan Bahasa dan Pustaka. Tentu sahaja dalam peredaran masa setengah abad ini, banyak perubahan yang telah terjadi, baik dalam penerapan kajian empirikal mahupun dalam amalan penyusunan kamus Melayu ekabahasa. Syukur pada umur tua ini, saya masih sempat menyaksikan perubahan dan kemajuan dalam usaha empirikal yang berkaitan dengan leksikografi. Karangan sederhana yang saya kemukakan ini dimaksudkan sebagai sambutan pada kamus Melayu ekabahasa yang terbit tepat lima puluh tahun setelah cetakan pertama Kamus Dewan pada tahun 1970. Sesungguhnya, Kamus Dewan Perdana (2020) bukan sahaja berat pada tangan, tetapi sarat dengan hasil penelitian leksikografik yang dijalankan dengan pelbagai teknologi dan teori leksikografi yang kini tersedia untuk pekamus Melayu yang beriltizam. Pengalaman saya sebagai pembeli kamus di Kuala Lumpur sudah lama berlalu, tetapi pengalaman saya dalam bidang perkamusan hanya mulai pada pertengahan tahun 1980-an. Walaupun sebagai calon Ph.D., saya mencatat dan menyusun kad kosa kata bahasa Daerah Maluku, termasuk bahasa Asilulu, semasa saya menjalankan kajian lapangan di Indonesia (1977-1979), saya hanya terlibat dalam projek perkamusan pada 1983-1987, dengan sokongan Profesor Eric Hamp; saya dilantik sebagai pakar runding etimologi bagi kata pinjaman bahasa Melayu dan bahasa Jawa dalam projek revisi Random House Unabridged Dictionary (1987). Pada masa yang hampir sama (1984-1988), saya dilantik sebagai editor (kemudian editor bersama John U. Wolff) dalam projek Cornell University untuk menerbitkan edisi baharu bagi kamus Echols and Shadily Indonesian-English Dictionary (1989). Pada tahun 1984, saya berpindah ke University of Hawaii dan membuka kembali kotak yang berisian kad catatan kosa kata bahasa Asilulu (salah satu bahasa peribumi yang dituturkan di Pulau Ambon, Maluku, Indonesia). Dengan dana dari University of Hawaii Research Revolving Fund (1984-1985), data Asilulu mulai didigitalisasi dengan program komputer yang diprakarsai oleh R. Hsu, pensyarah di University of Hawaii. (Program Hsu itu juga yang kami gunakan dalam projek kamus bahasa Indonesia di Cornell University). Pada tahun 1986-1987, saya mengumpulkan rakaman dan transkripsi serta mengkaji entri kamus Asilulu dalam focus group di kampung Asilulu berkat dana daripada Fulbright-Hays Research Abroad Award (United States Department of Education). Pada tahun 1987-1988, saya mendapatkan peruntukan penelitian dari United States Department of Education melalui Fulbright Senior Scholar Grant untuk meneliti



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 9



bahasa Melayu di Sungai Mahakam, Kalimantan Timur, dan bahasa Bacan di Pulau Bacan, Maluku Utara, Indonesia. Sebagai hasil projek itu, dengan sokongan Social Science Research Institute Grant dan University of Hawaii, Research and Training Revolving Fund Award (1988-1989), saya mulai menyusun bahan untuk Kamus Melayu Kutai dan juga Kamus Bahasa Bacan. Bahan bahasa Bacan didapatkan lagi dalam beberapa lawatan di Pulau Bacan (1991-1995) dengan dana daripada Research fellowship, Luce Foundation (Amerika Syarikat) dan kemudian pada tahun 1997 dengan pelantikan sebagai felo penyelidikan di International Institute of Asian Studies, Leiden, Negeri Belanda untuk mempersiapkan kata pengantar Kamus Bacan. Selama empat tahun (1998-2002) saya dilantik sebagai pakar runding dalam bidang dialek Melayu dalam projek Kamus Umum Bahasa Melayu Dewan, yang akhirnya diterbitkan dengan tajuk Kamus Dewan Perdana. Kemudian (2009-2013) saya memimpin projek Online Multimedia Learners’ Dictionary of Malay, yang dibiayai oleh United States Department of Education. Seterusnya, bersama Dr. Karim Harun dan Dr. Ueda Toru pada tahun 2016-2017, saya turut menjalankan penelitian tentang Kamus Melayu-Jepun karangan Miyatake (1936) dengan biaya The Sumitomo Foundation (Jepun). Memang banyak projek perkamusan, tetapi sebahagiannya belum selesai kerana kesibukan dan faktor lain. Mudah-mudahan sempat menyempurnakan beberapa projek dengan tulisan dalam bentuk cetakan atau elektronik. Dengan rendah hati, saya mengucapkan terima kasih kepada Dr. Jaswant Singh Sodhy yang memperkenalkan saya kepada dunia Sains dan kepada Prof. Eric Hamp, Prof. John U. Wolff, dan Dr. Robert Hsu yang memperkenalkan saya kepada dunia perkamusan dan teknologi leksikografi. Saya berhutang budi juga kepada Profesor Madya Dr. Karim Harun dan Dr. Ueda Toru yang sama-sama terlibat dalam projek Sumitomo Foundation. Saya berterima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Chong Shin yang menyokong kajian tambahan untuk Kamus Melayu Kutai melalui projek UKM-GUP-TKS-07-07-066 yang dipimpinnya (2007) serta beberapa projek kamus lain yang belum selesai. Sejak berkenalan di persidangan di Yale University (2012), Dr. Andrew Carruthers, pensyarah antropologi linguistik di University of Pennsylvania, selalu menyumbangkan idea dan kritikan yang bermanfaat. Terima kasih, Andrew! Tidak lupa saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang sejak tahun 1980



10 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



menyokong usaha akademik saya dan baru-baru ini sudi meminjamkan Kamus Dewan Perdananya kepada saya untuk persiapan tulisan saya ini. Tentu sahaja, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah Asas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia yang menganjurkan pelantikan saya sebagai profesor tersohor di KITA dan sentiasa menasihati saya tentang penelitian saya dan juga syarahan ini. Seperti biasa staf KITA menyokong dan memudahkan semua urusan rasmi, termasuk syarahan ini. Terima kasih! Kepada Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, saya ucapkan terima kasih kerana perhatian dan sokongannya dalam hal syarahan ini. Begitu juga, saya berterima kasih kepada Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Akhir sekali, saya memang berhutang budi kepada beratus-ratus orang penutur bahasa Melayu, bahasa Indonesia, bahasa Asilulu, bahasa Bacan, bahasa Melayu Kutai dan banyak bahasa dan dialek lain di Maluku, Sulawesi, Kalimantan, Sarawak, Pulau Labuan dan Semenanjung yang pernah dan sekarang rela menjelaskan maksud pertuturan mereka masingmasing. Sudah lima puluh tiga tahun saya belajar pelbagai bahasa di Nusantara. Belum puas lagi. Profesor Emeritus Dr. James T. Collins



Yang Berbahagia Profesor Naib Canselor, Yang Berbahagia Timbalan-timbalan Naib Canselor, Para Ahli Senat, Para Dekan dan Pengarah, Para Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah, Para Tetamu Kenamaan, Dan Hadirin yang dihormati sekalian.



Pengenalan Pada tahun 1521, Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang bertugas dalam armada Magellan dalam pelayaran yang mengelilingi dunia buat julung kalinya (Bausani 1972), mencatat kosa kata Melayu di Brunei dan Tidore. Daftar kata Melayu itu diakui sebagai kamus bahasa Melayu tertua.1 Sejak usaha perintis itu, sudah puluhan, malahan mungkin ratusan, kamus Melayu yang disusun dan diterbitkan. Sememangnya bahasa dunia, seperti bahasa Melayu, wajar dirakam, dikaji dan dimanfaatkan oleh warga global. Namun, pada kesempatan ini fokus kita bukan sejarah perkamusan Melayu, melainkan konteks dan proses penyusunan kamus Melayu serta kamus beberapa bahasa lagi di Nusantara. Dengan semangat Renaissance dan pendekatan empirikal sezamannya, lima ratus tahun lalu Pigafetta menjalankan kajian lapangannya di dua ibu kota kesultanan, yakni kesultanan Brunei dan kesultanan Tidore. Pada masa itu, di Brunei sebahagian penduduknya bukan orang Melayu tetapi penduduk suku lain yang berasal dari Pulau Borneo juga, serta orang Manila, yang pada masa itu berpindah dari jajahan Brunei di Luzon ke pusat pemerintahan Brunei di Borneo, misalnya pemimpin angkatan laut kesultanan Brunei.2 Begitu juga, di Tidore serta pulau di sekelilingnya (Gambar 1), seperti Ternate dan Halmahera (Jailolo), penduduknya bukan orang Melayu tetapi orang yang sekerabat dengan orang Papua dan bertuturkan beragam bahasa yang tidak serumpun dengan bahasa Melayu—maksudnya bahasa yang bukan bahasa Austronesia.



12 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Ternyata bahawa pada tahap paling awal dalam sejarah perkamusan Melayu, pemerolehan data kamus dijalankan di tengah masyarakat pelbagai golongan etnik. Lingkungan sosial yang kompleks ini sudah dinyatakan dalam Collins (2018a: 24) seperti berikut: [I]n these two multiethnic sultanates, … Malay functioned as the chief language of the court and the harbours. … That this Malay wordlist was collected more than 2000 kilometres from the Straits of Malacca is a testimony to the importance of Malay, right to the edges of the known world. Di dua kesultanan yang multietnik ini, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahas utama di istana dan juga di pelabuhan. Kenyataan bahawa senarai kata Melayu ini dicatat lebih daripada 2000 kilometer dari Selat Melaka adalah kesaksian pada pentingnya bahasa Melayu hinggakan batas dunia yang diketahui pada zamannya.



GAMBAR 1 Peta Antonio Pigafetta yang menggambarkan kepulauan Maluku Utara di



sekitar Tidore (“Tadore”), 1521 (Pigafetta 1801).3



Dalam wacana yang diusahakan ini, kita bertitik-tolak pada fakta sejarah yang nyata: Keberagaman etnik yang membentuk komuniti yang berbahasa Melayu dan berinteraksi dengan Pigafetta pada tahun 1521 sehingga dia berjaya mengarang dan menerbitkan kamus Melayu yang pertama. Ringkasnya, kita hendak meninjau hubung kait antara kamus dan etnisiti di Nusantara yang telah berkesinambungan selama lima ratus tahun hingga abad ke-21 ini. Bahasan terbagi kepada dua topik utama.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 13



Pertama, wajarlah difikirkan bersama bagaimana kita dapat menyusun kamus nasional monolingual yang mencerminkan kepelbagaian seluruh komuniti penutur bahasa Melayu yang mewakili diversiti warga Nusantara, khususnya Malaysia? Juga perlu difikirkan fungsi kamus Melayu untuk menyampaikan nuansa maknawi kata dan frasa dalam kamus Melayu ekabahasa kepada pengguna yang bukan etnik Melayu. Kedua, perlu dipertimbangkan juga perbezaan antara strategi dalam upaya menyusun kamus bahasa nasional dengan prosedur menyusun kamus bahasa minoriti etnik di Nusantara. Dalam perbincangan tentang kamus bahasa minoriti ini, sorotan utamanya terarah pada kamus dwibahasa—suatu topik yang penuh dengan rintangan sosial dan semantik (Mosel 2011: 339-340, 346). Dua topik ini, yakni kamus bahasa nasional dan kamus bahasa minoriti, menyangkut metode perkamusan, tetapi juga isu etika kesarjanaan. Kesimpulan bertujuan membahas kaedah saintifik dan etika sosial yang berkaitan ini.



1. Kamus Bahasa Nasional Memang sudah banyak buku yang ditulis tentang leksikografi4, terutamanya tulisan yang berfokuskan isu penyusunan kamus bahasa nasional, atau mungkin bahasa yang memiliki tradisi “kesusasteraan”. Akan tetapi, pada abad ke-20 perhatian ahli linguistik masih terikat pada linguistik formal dan teoretik. Praksis perkamusan dan prosedur leksikografi kurang diminati. Perlu diakui bahawa masalah ini berpunca pada sikap kebanyakan ahli linguistik pada umumnya. Sewaktu itu (akhir abad ke-20), mereka tidak memperhatikan kamus mahupun teori leksikografi. Oleh sebab itu, selama beberapa dekad, aliran linguistik teoretik antarabangsa tidak mengutamakan kamus sehingga upaya perkamusan tidak dilaksanakan pun oleh ahli linguistik. Bahkan, sarjana linguistik termasyhur, Weinreich (1967: 26), pernah menulis tentang penyusunan kamus dan ahli leksikografi dengan ulasan yang sangat kritikal: The indifference which lexicography displays towards its own methodology is astonishing. Perhaps lexicographers are complacent because their product “works”. But it is legitimate to ask in what way it works except that dictionaries sell. Sikap acuh tak acuh yang diperlihatkan (ahli) leksikografi terhadap metodologinya sendiri sangat menghairankan. Mungkin para penyusun kamus tak peduli kerana produk mereka “berfungsi”. Tetapi masih sah ditanyakan bagaimana produknya berfungsi, melainkan memang kamus-kamus laku di pasaran.



14 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Malahan, tiga puluh tahun setelah Weinreich menulis, Connell (1998: 232) melontarkan bantahan kritikal (yang hampir sama dengan ulasan Weinreich) terhadap ahli linguistik serta program pendidikan linguistik: The absence of any serious discussion of lexicography in linguistics is also reflected in the fact that the presence of lexicography in linguistics programmes is negligible. This suggests that there is a gulf between the concerns of the linguist and those of the lexicographer. Ketiadaan apa-apapun perbincangan serius tentang leksikografi dalam bidang linguistik tercermin juga pada hakikat bahawa [pengajaran] leksikografi dalam program [pendidikan] linguistik memang sangat minimal. Kenyataan ini menunjukkan bahawa masih terdapat jurang antara perhatian ahli linguistik dengan perhatian ahli leksikografi.



Namun, kini dengan perkembangan teori semantik, apa lagi kemajuan dalam bidang linguistik antropologi dan sosiolinguistik pada tahap global, pandangan tentang kamus dan praksis perkamusan sudah mulai berubah. Selain tambahan jumlah buku dan jurnal ilmiah yang berfokuskan leksikografi, mata kuliah perkamusan sudah ditawarkan dari pelbagai universiti. Di Malaysia, pada tahun 2020 sudah dibentuk Unit Leksikografi ATMA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diselenggarakan juga Bengkel Leksikografi dengan pemakalah dari Amerika Syarikat, Belanda, Indonesia dan Malaysia. Di universiti yang sama, lebih dari sepuluh tahun lalu, Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakuliti Sains Sosial dan Kebudayaan mewajibkan mata kuliah “Leksikografi Bahasa Melayu”, baik pada peringkat calon sarjana muda (Skmb 3223) mahupun sebagai seminar calon sarjana (Skmb 6083). Dalam fasal pertama ini, Kamus bahasa nasional, beberapa isu pada dua tahap penyusunan kamus umum ekabahasa direnungkan. Pada tahap perencanaan sesebuah kamus bahasa kebangsaan, isu pengguna dan sumber data disentuh kerana terasa dua isu ini berkaitan dengan etnisiti. Selanjutnya, isu pada tahap penyusunan definisi serta pelabelan dalam kamus kebangsaan ditinjau kerana masyarakat multietnik memerlukan panduan dan petunjuk tentang nuansa sosiobudaya.



Tahap Perencanaan Kamus dan Relevansi Etnisiti Sesungguhnya, penyusunan kamus ekabahasa yang mewakili leksikon suatu bahasa nasional bukan semata-mata upaya linguistik. Tentu sahaja, usaha menghasilkan kamus bahasa nasional rumit dan rencam kerana melibatkan



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 15



pelbagai pertimbangan tentang banyak perkara selain leksikografi dan linguistik, umpamanya aspek sosiopolitik dan kewangan. Landau (2001: 345-378), misalnya, membahas pelbagai topik pada bahagian bukunya yang bertajuk “Planning the dictionary”. Selain menentukan saiz kamus yang disasarkan, harus direncanakan juga kaitan antara penjadualan projek dan anggaran belanjawannya. Begitu juga isu asas lain, seperti pemilihan dan latihan staf serta komputerisasi pangkalan data5 perlu difikirkan dan dibincangkan setuntasnya, sebelum projek perkamusan dapat dimulai. Dalam diskusi kita ini, hanya dua isu perencanaan dan persiapan yang hendak ditinjau kerana kedua-duanya harus dibincangkan dan dirumuskan pada tahap perencanaan, yakni Pengguna kamus dan Sumber data kamus. Diperkirakan kedua-duanya berhubungan dengan topik “Kamus dan Etnisiti”.



Pengguna Kamus Dalam bahagian Kamus bahasa nasional ini, hanya kamus Melayu ekabahasa yang dibincangkan. Menurut Bejoint (2000: 38), Monolingual dictionaries are those in which the language of description is the same as the language being described: the microstructural information is given in the language from which the entry-words are drawn. Dalam kamus ekabahasa, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsikan adalah bahasa yang sama dengan bahasa yang dideskripsikan. Maklumat mikrostruktural [definisi dan sebagainya] ditampilkan dalam bahasa yang juga dipilih sebagai sumber entri .



Pengguna kamus ekabahasa seperti ini biasanya siapa? Landau (2001:8) berhujah bahawa kamus ekabahasa mungkin ditujukan kepada tiga golongan yang mempunyai kepentingan yang berbeza: 1. Penutur asli bahasa itu. 2. Orang yang belajar bahasa itu sebagai bahasa kedua di negara dan bahasa itu dituturkan secara meluas, baik sebagai bahasa asli mahupun sebagai lingua franca. 3. Orang yang belajar bahasa itu sebagai bahasa asing.6 Dalam konteks Malaysia, antara kamus Melayu ekabahasa yang terkenal, Kamus Dewan menduduki posisi istimewa. Edisi pertama



16 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



diterbitkan pada tahun 1970 dengan Kata Penghargaan yang disampaikan oleh menteri pelajaran pada masa itu. Pengguna yang disasarkan untuk Kamus Dewan diterangkan dengan jelas, seperti berikut: Saya percaya Kamus Dewan ini akan dapat memenohi keperluan pelajar2 dan orang ramai dalam menggunakan Bahasa Malaysia untok melaksanakan tugas mereka sa-hari2. Saya yakin pula bahawa kamus ini akan dapat melancharkan penggunaan Bahasa Malaysia sabagai bahasa rasmi di-negara kita. (Abdul-Rahman 1970:v).7



Tiga puluh lima tahun kemudian Kamus Dewan diterbitkan dalam edisi terbaharunya, yakni edisi keempat, dengan “Kata Penghantar” daripada ketua pengarah. Beliau juga menjelaskan pengguna yang ditargetkan: Kamus Dewan Edisi Keempat ini diharapkan akan menjadi bahan rujukan utama yang terkini dan berwibawa untuk semua lapisan masyarakat pengguna bahasa Melayu (Kamus Dewan 2005:xiii)



Nampaknya dari edisi pertama hingga edisi keempat ada perubahan pada pengguna sasaran yang dibayangkan oleh kakitangan editorial. Dalam edisi keempat sasarannya “semua lapisan masyarakat pengguna bahasa Melayu”; pelajar dan penuntut tidak disebut secara khusus lagi. Baru setahun lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menerbitkan kamus yang luar biasa bagus, yang jauh lebih lengkap dan lebih teliti daripada kamus sebelumnya. Kamus Dewan Perdana (2020) mengatasi semua kamus Melayu sebelumnya, baik yang ekabahasa mahupun yang dwibahasa. Dalam Kata Pengantar ketua pengarah menulis dengan terperinci tentang pengguna yang dibayangkan pada tahap persiapan kamus terbaharu ini. Persembahan keseluruhan kamus ini dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna sasarannya, iaitu penutur asli bahasa Melayu, dan pengguna sasaran sekundernya, orang bukan penutur asli yang mahir menggunakan bahasa Melayu. Secara umumnya, pengguna sasaran kamus ini ialah pengguna dewasa berbahasa Melayu. Jadi bukan pengkhususan (Sallehuddin 2020:xi)



Dengan pernyataan yang jelas tentang pengguna sasaran, sepertinya, sekurang-kurangya dua daripada tiga golongan pengguna kamus ekabahasa yang dibahas oleh Landau (2001:8) sudah tercakup, yakni penutur asli dan orang yang belajar bahasa itu sebagai bahasa kedua.8 Ditambahkan juga



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 17



maklumat bahawa sasaran yang dipilih adalah pengguna dewasa.9 Akan tetapi, cukup tegas bahawa Kamus Dewan Perdana berfokuskan pengguna sasaran utama, “penutur asli bahasa Melayu”, bukan yang “sekunder.” Mungkin perlu diperhatikan bahawa banyak kamus bahasa nasional atau kamus umum tidak selalu menyebut pengguna kamus sedemikian jelas. Pada tahap perancangan kamus, biasanya pertimbangan pertama melibatkan usaha mengenal pasti pasaran kamusnya. “Who will buy the book?” (Landau 2001: 345).10 Umpamanya, dalam kamus bahasa Inggeris ekabahasa yang diterbitkan di New York (Reid 1987), The Random House Dictionary of the English Language, justeru yang disoroti penggunaan (usage), bukan pengguna (user). Walau bagaimanapun, pengguna disebut juga dalam Prakata edisi pertama (Stein 1987: x): Language, most people agree, is never static—except when dead. It has a capacity for constant change and growth that enables it to serve effectively the requirements of the society in which it exists. It is therefore the function of a dictionary to provide the user with an exact record of the language he sees and hears. Kebanyakan orang bersependapat bahawa bahasa tidak pernah statik—kecuali memang bahasa itu sudah punah. Bahasa berkemampuan untuk sentiasa berubah dan berkembang agar bahasa itu sanggup melayani secara efektif keperluan masyarakat yang menggunakannya. Oleh sebab itu, adalah fungsi sesebuah kamus untuk menyediakan untuk pengguna catatan yang tepat tentang bahasa yang dilihat dan didengarnya.



Memang menurut Stein (1987:ix), komunikasi antara staf editorial dengan pengguna mesti diutamakan. Dengan istilah komunikasi, dimaksudkan bahawa penyusunan definisi serta maklumat tambahannya harus memudahkan daya faham para pengguna kerana editor kamus bukan sahaja mendokumentasikan (“record”), tetapi juga mengajar (“teaches”). Dua tugas ini tidak hanya meliputi entri baru atau makna tambahan yang berkaitan dengan “explosion of knowledge”, seperti penciptaan komputer, inovasi ilmu fisika, matematika dan bidang sains lain, tetapi menyangkut tugas mendidik juga pengguna tentang peribahasa dan ungkapan idiomatik11. Semasa Stein (1987:ix) membincangkan maklumat tentang topik ungkapan idiomatik, dia menekanan usaha staf editorial yang enhances the informative value of this book especially to those who are not native speakers of English” (Stein 1987: ix). Mungkin komitmen kepada keperluan penutur yang bukan penutur asli ini berbeza sedikit dengan wawasan para penyusun Kamus Dewan Perdana tentang pengguna sekundernya.12



18 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Sumber Data Kamus Sudah lama kamus bahasa Inggeris memanfaatkan pelbagai sumber data. Akan tetapi, sebelum penyusunan Oxford English Dictionary (OED), sumber utama adalah kamus yang dicetak sebelumnya dan beberapa buku yang tidak selalu dicatat sebagai sumber. Walaupun kamus Johnson (1755) merupakan kemajuan daripada segi sumber data, hanya setelah J.A.H. Murray dilantik sebagai editor terdapat usaha yang lebih teratur untuk menyemak buku dan cetakan lain secara teratur (Brewer 2000: 4041, 44-51). Kamus OED memang kamus sejarawi yang menjejaki sejarah kemunculan setiap kata dalam teks bahasa Inggeris. Meskipun jenis kamus OED ini berbeza dengan kamus umum bahasa nasional, rupanya, sebelum zaman komputerisasi maklumat pada akhir abad ke-20, tatakerja untuk menyusun kamus OED diikuti dalam kebanyakan kamus di dunia. Bahkan, kalau kita membandingkan deskripsi Knowles (2000: 22-33) tentang prosedur mengisi dan menyusun kad perbahanan yang membentuk sumber data OED pada abad kesembilan belas (Gambar 2), sangat nyatalah persamaan dengan kaedah mencari dan merakam bahan di kad data (slip making) untuk edisi pertama Kamus Dewan (Iskandar 1970) seratus tahun kemudian (Ibrahim 1994: 73-74).



GAMBAR 2 James Murray dan staff editorial OED



di “scriptorium” dengan kad data (slip making). Sumber: public.oed.com



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 19



Dengan perkembangan teknologi digital, bukan sahaja prosedur menyusun dan menyimpan data yang diolah menjadi entri kamus memang berubah, tetapi sumber data juga berubah. Dalam Pendahuluan, ketua editor Kamus Dewan Perdana (Salmah 2020: xiii-xiv) menjelaskan pelbagai sumber data yang dimanfaatkan untuk membina sumber data kamus ini, seperti berikut: Korpus DBP13…termuat data mentah dari pelbagai sumber bercetak… [namun,] para penyusun terpaksa merujuk sumber data yang lain seperti web dan Malay Concordance Project (MCP).14 … Memang diakui bahawa web merupakan sumber data bahasa yang amat besar dan pelbagai serta berpotensi digunakan sebagai korpus. Dari satu segi, walaupun lombong data ini tidak ternilai kegunaannya tetapi dari segi yang lain, data dalam web menimbulkan beberapa isu, antaranya sama ada penyumbang data merupakan penutur asli bahasa Melayu atau tidak, kesahihan sumber data, kerancuan bahasa, serta pertindanan dan perulangan data. Oleh itu, penyusun mengambil sikap berhati-hati dan membuat penilaian serta tapisan sebelum mengambil data untuk dianalisis.



Seperti Ibrahim (1998:6) yang menyebut mustahaknya sumber data yang “autentik” dalam Kamus Dewan edisi kedua (Dewan Bahasa 1989), nampaknya para editor Kamus Dewan Perdana memilih-milih data juga. Para editor sepertinya was-was terhadap penggunaan web (“lombong data”) untuk mencari data. Isu “penutur asli bahasa Melayu” muncul lagi dalam pertimbangan data yang boleh digunakan. Namun, dalam projek perdana ini mereka memanfaatkan 150 teks Melayu dalam Malay Concordance Project (MCP), walaupun status penulis pelbagai teks itu tidak selalu jelas.15 Benarkah para penulis 150 teks itu semuanya penutur asli bahasa Melayu? Misalnya, antara teks yang dapat ditelusuri dalam MCP terdapat Bustan al-Salatin, karangan Nuruddin ar-Raniri pada abad ketujuh belas.16 Akan tetapi, penulis yang terkenal ini dilahirkan dan dibesarkan di Ranir, Gujarat (India), berketurunan India-Arab pula (Ito 1978:489)—pasti bukan “penutur asli bahasa Melayu”.17 Sebenarnya dalam hal penggunaan data daripada web, ada beberapa strategi untuk menentukan kesahihan data tersebut. Kalau data yang diperoleh itu memang diragukan atau dipersoalkan, boleh sahaja menggunakan informan yang membentuk “focus group” untuk membahas dan menilai bersama kata dan makna sesuatu entri. Prosedur yang hampir sama sudah lama diterapkan oleh staf editorial Kamus Dewan Perdana untuk menilai entri dialek daerah. Adakah prosedur itu tidak diterapkan, sewaktu mereka berhadapan dengan data bahasa Melayu yang diperoleh



20 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



daripada web, tapi mungkin meragukan? Mustahil kalau tidak ada tatakerja untuk menangani isu seperti ini, sama ada sumber itu berupa “penutur asli” atau tidak. Selain pembahasan dalam kelompok diskusi yang lazim diadakan dalam penyusuan kamus, pada hakikatnya web sendiri boleh dimanfaatkan untuk menilai status entri dan maknanya daripada sumber apapun, asli atau tidak, serta meningkatkan mutu definisi. Sebagai contoh, kita menyemak entri klac. Dalam Kamus Dewan edisi keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka 2005: 798), terdapat entri ini: klac alat yg membolehkan kuasa dr enjin diberhentikan dr roda apabila seorang menukar gear. Azman menekan --- lalu memasukkan gear.



Mungkin kerana terasa kekurangan pada entri ini, para editor menyusun definisi baru dalam Kamus Dewan Perdana (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020: 1125): klac…1 alat yg membolehkan kuasa dr enjin diberhentikan atau dipindahkan ke aci pacu bagi membolehkan penukaran gear; 2 pedal yg ditekan dgn kaki utk mengendalikan alat di atas…



Tentu sahaja, para mekanik otomotif dan pemandu kereta menghargai peningkatan mutu entri klac dalam Kamus Dewan Perdana ini. Begitu juga, mungkin entri ini memuaskan orang yang menggunakan mesin (pemotong)



GAMBAR 3 Gegulung yang dilengkapi klac Sumber: https://mytop-ms.designuspro.com/reyting-luchshih-katushek-dlya-fidera/



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 21



rumput yang juga dilengkapi dengan klac. Akan tetapi, mungkin kerana sikap berhati-hati tentang maklumat leksem Melayu dalam web, bukan seluruh nuansa semantik bagi leksem klac yang diperoleh; kerana data kurang, maka unsur semantik lain tidak dibahas. Misalnya, penggemar majalah Sirip, Khazanah ilmu sukan memancing terkini, atau pemancing yang membuka laman web, seperti https://mytop-ms.designuspro.com/, tidak akan berpuas hati dengan definisi klac tahun 2020 itu; lihat Gambar 3. Tidak ada enjin, apa lagi pedal. Mungkin, klac yang muncul dalam Gambar 3 ini dengan fungsi yang dijelaskan dalam ayat contoh berikut ini tidak terbayang dalam definisi Kamus Dewan Perdana.18 Kekili ini digerakkan dengan empat bebola keluli serta menggunakan sistem klac sehala untuk melancarkan lagi karauan.



Ternyata bahawa klac di joran pancing sering keluar dicetakan dan halaman web yang diminati ahli sukan memancing. Malahan, kalau kita berhati-hati dalam usaha melayari web, akan ditemukan sejenis klac lagi. Melalui perbincangan dengan “focus group” sementara, yakni mahasiswi calon sarjana dalam kelas SKMB 6083 di Universiti Kebangsaan Malaysia (Mei 2019), didapati klac yang sangat berlainan. Seperti yang diterangkan, “Klac wanita adalah aksesori fesyen yang sempurna melengkapkan rupa kasual atau petang” (Gambar 4)19; “klac seperti ini boleh dibuat daripada sutera, baldu, satin, velor” (https:// dress-ms.techinfus.com/). Leksem ini diperoleh melalui perbincangan dalam seminar calon sarjana linguistik Melayu tentang klac yang berupa peralatan memancing. Tetapi, kerana semua mahasiswi yang terlibat dalam



GAMBAR 4 Klac wanita, aksesori fesyen Sumber: https://dress-ms.techinfus.com/klatchi/klatch/



22 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



diskusi memang berstatus sebagai penutur asli bahasa Melayu, mereka menyumbangkan leksem lain tentang busana; kemudian penggunaan leksem ini disahkan setelah mencari contoh penggunaannya dalam teks Melayu di Internet. Pengetahuan penutur asli Melayu dan maklumat halaman web berbahasa Melayu saling melengkapi. Mungkin pembaca berasa hairan kerana lama juga analisis tentang lemma klac dalam esei ini. Pada hakikatnya, dengan meninjau kata pinjaman empat huruf ini, dimaksudkan menegaskan peranan pentingnya pengguanaan web dalam apapun projek perkamusan Melayu. Contohnya, dalam projek penyusunan Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay yang dibiayai oleh Departemen Pendidikan Amerika Syarikat,20 pada tahap awal pelaksanaan projek itu disedari bahawa tidak mungkin staf editorial membina dan membentuk korpus sendiri untuk projek perkamusan itu. Oleh sebab ketua editor mengambil keputusan yang seakan-akan sebaliknya daripada sikap editorial di Dewan Bahasa dan Pustaka tentang penggunaan web. Menurut Collins (2011: 2): As the project progressed, we realized that compiling of the dictionary should rely on the search engines of the internet as its corpora in order to find new words, refine definitions of long-known words, and find appropriate illustrative sentences and phrases to make the entries more useful to the user. Semasa projek ini masih dalam proses perencanaan, kami sedar bahawa penyusunan kamus ini sebaiknya bergantung pada enjin gelintar internet sebagai korpusnya supaya kami menemukan kata-kata baharu, menghalusi dan memperbaharui definisi kata-kata yang sudah lama diketahui serta mencari ayat dan frasa contoh yang sesuai untuk meningkatkan kebergunaan [kamus ini] dalam kalangan pengguna.



Akhirnya Google menjadi sumber utama dalam projek perkamusan, Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay, tetapi data yang didapati selalu ditapis dan dinilai oleh penutur bahasa Melayu kerana memang data daripada sumber apapun harus melalui prosedur yang ditetapkan, termasuk penilaian penutur asli bahasa Melayu. Sebenarnya, usaha para penyusun Kamus Dewan Perdana untuk mencari dan menggunakan data yang semata-mata ditulis atau dilafazkan oleh “penutur asli bahasa Melayu” sedikit menghairankan. Lazimnya, dalam tradisi perkamusan ekabahasa, pertimbangan tentang keaslian penutur tidak timbul. Umpamanya, pekamus bahasa Inggeris abad ke-21 ini tidak pernah mengangkat status keaslian penutur sebagai faktor. Semua petikan daripada sumber apapun harus dinilai dengan prosedur yang sudah



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 23



ditetapkan. Misalnya, karya sasterawan terkenal di England, seperti Joseph Conrad (penutur asli bahasa Poland) dan Christina Rossetti (mungkin penutur asli bahasa Itali) dan penulis Amerika Syarikat, seperti Vladimir Nabokov (penutur asli bahasa Rusia), tetap dirujuk dan dimasukkan dalam kamus ekabahasa Inggeris, termasuk OED, walaupun ketiga-tiga penulis itu tidak berstatus sebagai penutur asli bahasa Inggeris. Sudah dibuktikan bahawa pengarang abad ketujuh belas, Nuruddin ar-Raniri yang menghasilkan puluhan karya, termasuk Bustan al-Salatin, bukan penutur asli bahasa Melayu. Bagaimana dengan data dari pelbagai karyanya? Digunakan dalam Kamus Dewan Perdana? Begitu juga, perlukah kita bertanya tentang karya abad kedua puluh? Umpamanya, mungkinkah penyusun Kamus Dewan Perdana menolak dan tidak memanfaatkan data dalam karya almarhum Muhammad Dahlan Abdul Baing, dengan nama pena Arena Wati? Beliau lahir di Jeneponto, Sulawesi Selatan, dan dibesarkan sebagai penutur asli bahasa Makassar,21 bukan bahasa Melayu. Mustahil, kalau karya Arena Wati yang bertumpuk-tumpuk banyaknya (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020: 132) tidak digunakan dalam usaha penyusunan kamus Melayu. Almarhum memang berstatus Sasterawan Negara Malaysia! Sebaliknya, adakah penyusun Kamus Dewan Perdana berusaha mencari dan menggunakan tulisan penutur asli bahasa Melayu, seperti penutur dialek Melayu Baba Melaka? Sejak abad kesembilan belas, banyak sekali teks Melayu Baba Melaka sudah diterbitkan.22 Sudah dimasukkan dalam korpus Dewan? Pernahkah staf Dewan Bahasa dan Pustaka mencari kosakata dan teks sastera lisan penutur dialek Melayu Jakun di Johor dan Pahang, atau penutur dialek Melayu Kadayan di Pulau Labuan, di kampung yang berdekatan dengan bandar Miri dan di pesisir barat daya Sabah?23 Nampaknya, dalam senarai kependekan bahasa dan dialek yang digunakan dalam Kamus Dewan Perdana (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020: xxxvi-xxxvii), dialek Melayu di Malaysia tetap mengikuti “the accepted canon of Malaysia’s Malay dialects” (Collins 1989: 237), yang berlandaskan ilmu kolonial dan sempadan negeri yang ditentukan penjajah (Collins 2021c). Sepatutnya semua penutur asli bahasa Melayu di Malaysia diambil kira, walau apapun etnisitinya.



24 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Etnisiti dan Tahap Penentuan Definisi dan Label dalam Kamus Nasional Dalam bahagian pertama karangan ini, dua aspek tahap perencanaan yang berkaitan dengan etnisiti ditinjau: 1. Siapa yang disasarkan sebagai pengguna kamus? 2. Sumber data mana yang dipilih untuk kamus? Seterusnya dalam bahagian kedua ini, sorotan beralih kepada komponen definisi serta fungsi label yang berkaitan dengan etnisiti (Murphy 1997). Maklumat seperti apa yang seharusnya terdapat dalam sesuatu entri. Hubungan dengan etnisiti pula bagaimana? Tujuan utama sesebuah kamus sudah ditegaskan oleh Anil Gupta (2021): Dictionaries aim to provide definitions that contain sufficient information to impart an understanding of the term. Semua kamus bertujuan menyediakan definisi yang mengandungi maklumat yang cukup untuk menyampaikan pengertian tentang istilah itu.



Sudah sejak zaman Yunani purba ahli falsafah mesti ditakrifkan dengan menerangkan genus dan differentia (Landau 1987: 120). Ahli perkamusan menggunakan istilah genus dan criterial words, ditambah lagi dengan comment (Newell 1995: 272-274). Konsep Newell ini disebutan juga oleh Nor Azizah (2020) dengan istilah Melayunya. Tiga unsur takrif dinyatakannya sebagai: 1. Genus 2. Ciri-ciri pembeza 3. Komen Biasanya, dalam bidang leksikografi genus bermakna klasifikasi semantik yang umum.24 Oleh itu, mungkin kera, beruk, siamang dan sebagainya ditakrifkan dengan kata primat sebagai genus. Genus disusuli dengan ciri-ciri pembeza. Dalam hal kera dan beruk mungkin ekor yang membezakan dua primat itu. Umpamanya:



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 25



kera n primat yang berekor panjang beruk n primat yang berekor pendek Mungkin harus ditambah ciri-ciri yang membezakan kera daripada primat lain yang juga berekor panjang, atau mungkin ditambah maklumat demikian dalam komen. Menurut Newell (1995: 273), komen adalah tambahan maklumat yang bertujuan menolong pengguna kamus memahami dengan lebih baik makna definisi (atau glos).25 Misalnya, entri kera dalam Kamus Dewan Perdana (2020:1061) memuatkan maklumat tentang saiz dan warna primat itu. Mungkin pekamus lain akan menjelaskan bahawa kera sering mengganggu tanaman di ladang atau keterangan lain-lain yang dianggap akan meningkatkan fahaman pengguna. Dalam hal binatang dan tumbuhan sering ditampilkan nama saintifiknya; dalan kes kera Kamus Dewan Perdana menambahkan maklumat yakni nama saintifiknya, Macacus fascicularis. Sekarang kita mengalihkan pandangan dari primat kepada buah. Kebetulan sekarang di beberapa daerah Malaysia, penduduk mulai menyambut musim durian (Gambar 5).



GAMBAR 5 Buah durian Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Durian#/



Sememangnya, buah durian ini sangat rapat hubungannya dengan masyarakat Melayu. Malahan leksem durian ini sudah dipinjam dalam



26 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



bahasa Inggeris sejak abad ke-16 (OED 1971:819). Sebelum itupun, kata Melayu durian sudah dipinjam dalam bahasa Jawa (duren) dan mungkin semua bahasa di Nusantara, sama ada langsung dari bahasa Melayu (umpamanya, Bugis duriaŋ Cebuano durian) atau melalui bahasa Jawa (misalnya, turen bahasa Asilulu di Maluku, bahasa Thai thureiyn), bahkan dipinjam di seluruh dunia (bahasa Korea dulian, Mandarin liulian, Hindi dooriyan). Buah ini sudah terkenal dan terikat dengan identiti Melayu. Bagaimanakah entri durian dalam Kamus Dewan? Dalam Kamus Dewan Edisi keempat (2005:372) terdapat: durian … sj tumbuhan (pokok yg buahnya berkulit tebal dan berduri), Durio spp.



Sebenarnya entri durian ini ditambah dengan nama tiga spesies durian, seperti durian hutan, Durio malaccensis, serta tumbuhan lain yang digelar “durian” seperti durian Belanda. Banyak juga peribahasa yang menggunakan kata durian dijelaskan dalam entri ini. Akan tetapi, seperti yang ditampilkan di atas, itulah definisi durian—agak ringkas. Mungkin tiga unsur definisi yang dikemukakan oleh Newell (1995:272274) boleh ditafsirkan begini: Genus



tumbuhan/pokok



Ciri pembeza



buahnya berkulit tebal dan berduri



Komen



Durio spp.



Inilah pokok dan buah yang mewakili budaya dan alam Melayu di pentas dunia selama 400 tahun. Pernah definisi Kamus Dewan (2005) ini dinilai kurang memuaskan, malahan kurang jelas, Adakah durian Belanda, Annona muricata, tidak berkulit tebal dan berduri? (Lihat Gambar 6.) Kalau tidak, tidak akan digelar sebagai “durian”.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 27



GAMBAR 6 Durian Belanda Anonna muricata Sumber: http://animhosnan.blogspot.com/2016/09/



Mungkinkah buah naga Selenicereus spp. juga boleh dihitung berkulit tebal dan berduri (Gambar 7)? Menurut Merriam Webster Dictionary, buah naga ini “has leathery skin with prominent scaly spikes”.



GAMBAR 7 Buah naga, Selenicereus spp. Sumber: https://www.bhg.com.au/growing-dragon-fruit



28 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Definisi durian yang diterbitkan dalam Kamus Dewan (2005) tidak memuaskan kerana kurang jelas. Adakah kesamaran ini disebabkan pandangan “tahu sama tahu”? Maksudnya, semua orang sudah mengenal durian, tidak payah memberikan definisi panjang lebar. Walau bagaimanapun, definisi durian dalam Kamus Dewan (2005) kelihatan terlalu sederhana, jika dibandingkan dengan definisi dalam kamus bahasa Inggeris, seperti Random House. Random House Dictionary of the English Language (1987:607) durian … 1. the edible fruit of a tree, Durio zibethinus, of the bombax family, of southeastern Asia, having a hard prickly rind, a highly flavored pulpy flesh, and an unpleasant odor. 2. the tree itself.



Tidak ada maklumat lain dalam entri Random House ini. Tidak disenaraikan varian durian, nama buah yang mirip dengan durian atau peribahasa yang menyebut durian. Meskipun begitu, definisi ini berjaya mendeskripsikan rasa dan aroma durian; kedua-dua ciri ini boleh dianggap identiti khas durian. Para penyusun kamus Random House telah “menyampaikan pengertian tentang istilah itu” (Gupta 2021). Mujur, pendirian dan hasil kerja para editor Kamus Dewan Perdana nampaknya berbeza dengan pendekatan editorial dalam Kamus Dewan (2005). Kamus Dewan Perdana (2020:552-553): durian …1 pokok yg agak besar, kulit kayunya kecoklatan dan menggelupas, permukaan bawah daunnya berkilat berwarna keemasan atau keperakan, dan biasanya berbuah pd dahan; Durio zibethinus; 2 buah pokok ini yg agak besar, berbentuk bulat atau bujur, berkulit tebal dan berduri, hijau kecoklatan, berpangsa dgn isi yang berulas berwarna putih kekuningan, kuning atau jingga, berbau kuat dan rasanya lemak manis, dimakan mentah, dijadikan tempoyak atau dicampur dlm makanan lain sbg perasa;



Definisi yang panjang ini, malahan mungkin terlalu panjang (?),26 diikuti definsi untuk lima sublemma yang berupa spesies Durio yang berbeza-beza, yakni Durio graveolans, Durio macrophyllus, Durio mallacensis, Durio pinangianus, Durio carinatus. Maklumat ini disusuli beberapa peribahasa dan satu bentuk yang berimbuhan (berdurian), lengkap dengan ayat contoh. Kemudian, terdapat empat kata masukan dan definisinya lagi yang bermula dengan gelaran durian tapi bukan genus botani Durio, melainkan buah yang mirip dengan durian, termasuk durian Belanda.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 29



Saudara pembaca, dalam bahagian ini, kita sudah meninjau kera dan durian, bukan sebagai contoh kata yang berkait dengan etnisiti, walaupun durian memang menduduki posisi istimewa dalam budaya Melayu. Sebetulnya, kita hanya ingin membandingkan dan menilai tiga unsur definisi, yakni Genus, Ciri-ciri Pembeza dan Komen, yang disebut oleh Newell (1995) dan penulis lain. Dalam tinjauan seterusnya sorotan terarah kepada kata-kata yang menandakan etnisiti atau berkaitan dengan etnisiti. Namun, usaha kita masih bertujuan meninjau kata-kata ini dari aspek ilmu perkamusan dan tiga unsur definisi serta peranan label dalam sebuah kamus. Batu loncatan untuk memperkenalkan topik ini adalah suatu peristiwa hampir lima belas tahun lalu di Negeri Perak. Pada 13 April 2008, penganut agama Sikh bersiap-siap untuk menyambut perayaan Hari Vaisakh besoknya, 14 April 2008. Vaisakhi ini hari yang penting dalam agama Sikh kerana memperingat pembentukan Khalsa Panth, badan penganut agama Sikh yang sudah berkomitmen sepenuhnya pada prinsip agama Sikh melalui ritual tertentu.27 Pada hari itu, Menteri Besar Perak (semasa itu) menyampaikan ucapan kepada beberapa orang wakil masyarakat Sikh yang diundang hadir pada majlis perayaan. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan frasa “Happy Vaisakhi to the Benggali community!”. Menurut laporan, sebahagian hadirin yang beragama Sikh tersinggung, malahan berdiri dan langsung keluar dari ruang majlis.28 Apakah masalahnya? Mengapakah orang Sikh tersinggung? Peristiwa ini mengundang banyak komen di Internet. Dalam hal ini, mari kita menghayati pernyataan penulis anonim yang mengaku diri sebagai orang Sikh, seperti berikut: Okay, disebabkan saya ini Sikh, saya boleh jawab beberapa soalan sekalian. 1st, kaum Sikh sebenarnya tidak suka dengan panggilan Bengali ini kerana Bengali merupakan kaum yang lain sama sekali, kebanyakkannya berasal drpd Bangladesh ataupun barat india kalau saya tak silap manakala orang punjabi berasal daripada wilayah Punjab yang sebahagiannya di utara India dan selebihnya di selatan Pakistan. … Orang benggali bertutur dlm bahasa bengali yang agak sukar untuk difahami oleh orang punjabi. manakala, orang punjabi pula bertutur dalam bahasa Punjabi, HINDI dan Urdu.



Petikan yang disalin daripada halaman http://kudaranggi.blogspot. com/2008/04/antara-benggali-punjabi-dan-sikh.html ini berkait rapat dengan isu etnisiti dan tanggapan pelbagai komuniti etnik tentang katakata yang merujuk kepada golongan etnik. Sebenarnya banyak pendapat



30 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



diluahkan dalam halaman blogspot ini, baik daripada orang Sikh mahupun orang Melayu (menurut pengakuan mereka yang tetap anonim). Seorang penulis anonim lain, mungkin orang Melayu, menulis reaksinya pada berita peristiwa di majlis: [D]ari zaman saya kecil-kecil dahulu hinggalah umur sudah setengah abad tetapi panggilan itu masih digunakan….Bengali … digunakan untuk memanggil kaum sikh ini. saya pun baru saja tau kaum sikh marah apabila dipanggil Bengali.



Sebagai pekamus, ungkapan dalam dua reaksi ini dianggap data yang perlu disemak dengan prosedur perkamusan. Dalam hal ini, harus bertanya kepada penutur asli bahasa Melayu sebaiknay dalam focus group atau sekurang-kurangnya pada beberapa orang Melayu. Pada musim covid ini dengan semua pembatasan gerakan, maka, dianggap cukup bertanya kepada dua tiga orang yang berumur “sudah setengah abad”. Ternyata tanggapan mereka sama dengan penulis komen di atas ini. Benggali bermakna orang Sikh. Namun, dalam Kamus Dewan Perdana (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020: 258), entri Benggali seperti berikut: Benggali… n bangsa yg berasal dari Benggala.



Kenapa entri ini bercanggah dengan maklumat yang dikemukakan oleh penutur asli bahasa Melayu yang diwawancara tentang makna Benggali? Sebenarnya kalau menyemak entri Benggali dalam Kamus Dewan dari edisi pertama sampai edisi keempat definisi yang ditampilkan ini sama atau mirip dengan definisi Kamus Dewan Perdana.29 Rupanya, dari 19702020, lima puluh tahun juga, definsi dalam entri “Benggali” tidak selari dengan makna utama yang umumnya difahami oleh sebahagian besar (?) penutur asli bahasa Melayu: pada tenggapan mereka Benggali adalah orang Sikh. Akan tetapi, sudah ada sebuah kamus lain yang juga berdasarkan kajian lapangan dan sejumlah teks Melayu seperti Kamus Dewan Perdana. Akan tetapi kamus yang dimaksudkan ini disusun mulai pada tahun 1895 (Gullick 2001; Collins 2002a). Kamus yang empirikal ini menampilkan definisi Benggali yang berbeza dengan Kamus Dewan Perdana. Kamus Melayu dwibahasa, yang diedit dan diperbaiki semula semasa penyusunnya berpencen di Smyrna (Izmir), Turki dan kemudian diterbitkan di Mytilene, Yunani, memuatkan dua definisi bagi lemma “Benggali”. Menurut Wilkinson (1932:118):



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 31 Bĕnggali. Native of the Presidency of Bengal; Northern India, e.g. Sikh.



Dapat dikatakan bahawa sekurang-kurangnya seratus tahun lalu “Benggali” tidak hanya bermakna “bangsa (native) yg berasal dari Benggala”, tetapi juga ”bangsa dari India utara, terutamanya Sikh”. Sekiranya staf editorial Kamus Dewan Perdana hanya merujuk pada kamus Wilkinson pertama yang sudah seratus dua puluh tahun kedaluwarsa, iaitu Wilkinson (1901: 105)30, mereka akan menemukan definisi lama: bĕnggali Bengalee, appertaining to Bengal, the adjective of Bĕnggala…



Entri ini disusun sebelum 1900, semasa Wilkinson baru berkhidmat hanya 10 tahun di Semenanjung Tanah Melayu. Tiga puluh tahun kemudian Wilkinson dengan teliti merevisikan entri itu untuk kamus yang diterbitkan tahun 1932. Definisi dalam Wilkinson (1932), “[Native of] Northern India, e.g. Sikh”, sesuai dengan pengertian ramai penutur asli bahasa Melayu sekarang.31 Walau bagaimanapun, perlu dipertimbangkan perubahan pada definisi Benggali dalam semua kamus ekabahasa Melayu. Seharusnya terdapat dua definisi untuk kata masukan itu; dan definisi kedua wajar diberikan label bb ‘bahasa basahan’ atau mungkin bk ‘bahasa kasar’ kerana ternyata komuniti Sikh tersinggung kalau dikenal, apa lagi disahut, sebagai orang “Benggali”. Bahkan, mungkin perlu diberikan label tabu agar pengguna kamus, terutamanya mungkin penutur asli bahasa Melayu, memahami isu ini. Misalnya, cadangan definisi seperti di bawaha ini boleh dipertimbangkan: Benggali… n 1 bangsa yg berasal dari Benggala. 2 tabu bangsa yang berasal dari India utara, Sikh. Malahan mungkin perlu diberikan komen yang menerangan ‘tabu’ ini.32



Sebenarnya, penamaan golongan etnik di Malaysia sering dipersoalkan, malahan dibantah. Sebelum isu “Benggali” muncul di media Malaysia, pada awal tahun 2005 dalam “Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat”, Ketua Bahagian Perkamusan membincangkan topik nama golongan etnik dalam kamus serta revisi yang ditetapkan bagi entri salah satu nama etnik dalam kamus, iaitu “keling”. Menurutnya: Kata keling yang hangat diperkatakan pada tahun 2003 dikemas kini takrifnya agar bersifat lebih neutral dengan harapan tidak disalahtafsirkan lagi. Manakala ungkapan seperti keling



32 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat karam, keling mabuk todi, dan yang seumpama dengannya yang ditafsirkan oleh sesetengah golongan sebagai membawa konotasi negatif ditiadakan dalam edisi keempat ini. (Noresah 2005:xv)



Penjelasan ini cukup nyata, malahan bernuansa rendah hati. Memang definisi Keling dalam Kamus Dewan edisi keempat diubah dengan meniadakan maklumat bahawa kata ini digunakan sebagai rujukan kepada segolongan rakyat Malaysia33; dua definisi yang diterbitkan hanya diberikan label “sl” (sastera lama) dan merujuk kepada empayar dan warga di India selatan pada abad ketiga; definisi yang terakhir dalam edisi keempat itu diberikan label “Kd, Pn” dengan makna: “orang India yg beragama Islam”; namun, tidak ada label atau komen.34 Akan tetapi, isu istilah “Keling” ini timbul kembali pada 21 Mac 2021, ketika seorang aktivis mendakwa bahawa dalam sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, kata masukan tambi ditakrifkan sebagai “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita” (Kumar 2021). Besoknya, 22 Mac 2021, Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka menyiarkan kenyataan media tentang laporan “aktivis” ini. Dengan panjang lebar, masalah ini dipaparkan. Rupanya, hanya dalam Kamus Pelajar istilah Keling digunakan dalam entri tambi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat dan Kamus Dewan Perdana, kata Keling tidak tampil dalam definisi tambi. Dalam kenyataan media 22 Mac 2021 itu, dijelaskan bahawa Kamus Pelajar edisi pertama (1987) diubah dan diperbaharui dalam persiapan edisi kedua pada tahun 2007, tetapi perubahan itu hanya melibatkan tambahan entri bukan penyemakan kembali entri yang sudah ada. Implikasinya adalah penggunaan kata Keling dalam definisi tambi tidak diedit kerana terlepas pandang, agaknya. Namun, Kamus Pelajar edisi ketiga “sedang dirancang oleh DBP dan aspek penambahbaikan takrif akan diberikan perhatian dalam kamus terbitan DBP.” Dalam konteks “penambahbaikan definisi” tambi, mungkin ada dua perkara yang perlu difikirkan dan dikaji tentang tambi. Definisi dalam Kamus Dewan Perdana (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020: 2231) seperti berikut: tambi…n 1 panggilan utk lelaki muda India yg berpangkat adik; 2 bb pelayan pejabat…



Pertama, dalam kamus yang sama, terdapat definisi yg kedua untuk kata masukan India “2 bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr benua India…”. Mungkin perlu dipastikan sama ada semua lelaki muda yang



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 33



berbangsa India disapa dengan panggilan ‘tambi’. Dengan itu, perlu diadakan kajian. Adakah lelaki muda Sikh atau Gujarat35 disapa sebagai ‘tambi’? Menurut Wilkinson (1932: 524): tambi … “Boy”, as a term used when addressing young Tamils; …



Kalau kata sapaan tambi hanya digunakan untuk orang Tamil, definisi dalam Kamus Dewan Perdana harus diubah; tambi bukan untuk semua “lelaki muda India”, mungkin hanya untuk lelaki muda Tamil. Ataukah definsi India yang kedua itu harus ditambah dengan definisi ketiga, misalnya: 3 bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr India selatan?? Sesebuah kamus mesti menampilkan definisi yang merefleksikan penggunaan dan pengertian bahasa dalam kalangan penuturnya, dalam kes ini dalam kalangan komuniti Melayu di Malaysia. Kedua, dalam penelitian (Peh 1981/1982) yang berdasarkan rakaman perbualan bebas di Sitiawan, Perak, seorang wanita berketurunan Tamil mengajak sekumpulan lelaki muda Cina masuk di rumahnya. Pemuda Cina disapanya: “Tambi, mari masuklah.” Adakah penggunaan tambi untuk lelaki muda yang tidak berketurunan Tamil seperti itu lazim dalam kalangan penutur bahasa Melayu yang berketurunan Tamil? Kalau memang lazim, perlukah dimasukkan maklumat itu dalam bahagian komen dalam takrif tambi? Ternyata pemuda Cina di Sitiawan bingung ketika disapa sebagai “Tambi!” sehingga mereka memandang ke belakang, melihat kalau ada orang Tamil yang hendak masuk juga.36 Sebenarnya, dalam bahasa Melayu terdapat banyak kata sapaan yang menunjukkan etnisiti orang yang disapa. Sememangnya, Malaysia adalah negara multietnik dan majoriti masyarakat Malaysia berdiam di kawasan urban.37 Setiap hari, kebanyakan penduduk Malaysia berinteraksi dengan orang yang berasal daripada golongan etnik yang berlainan dengan golongan etniknya sendiri. Semua penutur bahasa Melayu, baik yang “asli” mahupun yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, harus mengetahui (“belajar”) kata sapaan yang sesuai untuk pelbagai etnisiti kerana sistem sapaan ini merupakani ciri inti bahasa Melayu di Malaysia. Pada awal tahun 1980-an, Ong (1983/1984) merakam percapapan bebas beberapa orang penutur bahasa Melayu di Kamunting, Perak. Penutur yang berpartisipasi termasuk orang Melayu, orang Thai, orang Tamil, orang Panjabi, orang Cina (Hokkien). Dalam tulisan Ong (1983-1984:125, 128-129) itu, kita melihat, misalnya, wanita Thai menyapa wanita Tamil yang lebih tua sebagai aci dan wanita Melayu yang lebih tua sebagai



34 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



kak. Begitu juga, wanita Melayu menyapa wanita Tamil yang lebih tua sebagai aci (Ong 1983/1984:152-153). Ong (1983/1984:151) juga mendokumentasikan seorang wanita Melayu menyapa wanita Cina yang lebih tua dengan panggilan anti (aunty).38 Terdapat juga contoh wanita Cina menyapa lelaki Sikh (Panjabi) dengan kata bai (Ong 1983/1984: 178). Sebenarnya, banyak kata rujukan lain yang menunjukkan etnisiti dalam tulisan Ong itu, umpamanya dalam Jadual 1 terdapat beberapa contoh. JADUAL 1 Beberapa kata kekeluargaan yang menandakan



etnisiti dalam rakaman Ong (1983/184) Hlm.



Lemma



Glos



Peserta Wacana



139



mamak



bapa saudara



wanita Thai dan lelaki Tamil39



151



anti (aunty)



aunty



wanita Melayu dan wanita Cina



177



ama



wanita yang tua?



wanita Cina dan wanita Tamil



183



tangkaci



adik/anak perempuan



wanita Melayu dan wanita Tamil



183



tambi



adik/anak lelaki



wanita Melayu dan wanita Tamil



184



bai



‘abang’ Sikh



wanita Cina dan lelaki Sikh



187-188



mami



emak mertua



wanita Tamil dan lelaki Sikh40



Menurut Ong, penutur Melayu serta penutur bukan Melayu cenderung menggunakan kata kekeluargaan yang dipinjam daripada bahasa Tamil, seperti tangkaci, aci, mami, pada frekuensi yang lebih tinggi, kalau penutur itu berbahasa Melayu dengan orang Tamil. Mungkin ini usaha untuk merapatkan diri dengan lawan bicaranya. Dalam beberapa halaman tersebut, kita meninjau penggunaan perkataan yang berkaitan dengan etnisiti di Negeri Perak: Ipoh, Sitiawan dan Kamunting. Bagaimanakah dengan istilah yang menandakan etnisiti seorang dalam kamus bahasa Melayu? Dalam tulisan ini, sudah beberapa istilah yang ditampilkan berdasarkan data lapangan peneliti bahasa di Malaysia, seperti usaha Ong dan Peh, serta data yang diperoleh daripada Internet. Sampai sejauh mana staf editorial Kamus Dewan Perdana menanggapi dan mengurus data kosa kata penyapaam di sekeliling kita? Sebagai permulaan, kata mamak perlu ditinjau. Walau bagaimanapun, seperti yang dicatat di atas, dalam kajian Ong, penutur etnik Thai menggunakan istilah itu ketika bercakap tentang bapa saudaranya sendiri.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 35



Menurut Wilkinson (1932:98), mamak bermakna “maternal uncle” [bapa saudara ibu]; loosely any uncle. Setelah seratus tahun berlalu, mungkin sekarang makna mamak yang pertama adalah “n 1 panggilan kpd lelaki India yang beragama Islam, yang berniaga di kedai, pasar dsb atau yang menjaja makanan’, seperti yang kita baca dalam Kamus Dewan Perdana (2020:1402). Definisi ini lebih mirip dengan entri mama (tanpa -k) dalam kamus Wilkinson (1932:98) “maternal uncle; ‘uncle’, as a description of Jawiperanakans of a certain age and avuncular associations”. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:1401), kata masukan mama2 (juga tanpa k-) hanya diberikan tanda panah yang mengarahkan pembaca kepada entri mamak. Dalam entri mamak, definisi keempat mirip dengan definisi Wilkinson untuk mamak, yakni “saudara lelaki kpd ibu sso…”; tetapi makna ini diberikan label Mn (Minangkabau). Wilkinson juga mengaitkan mamak dengan Minangkabau. Penutur yang menyebut mamaknya dalam karya Ong diidentifikasikan sebagai orang Thai. Mungkin penggunaan kata kekeluargaan mamak (‘saudara lelaki ibu’) ini perlu dikaji. Yang menarik definisi pertama dalam Kamus Dewan Perdana yang memang umum di Malaysia pada abad ke-21 ini tidak wujud dalam kamus Wilkinson; mungkin telah terjadi kerancuan atau penyatuan antara dua kata masukan, mamak dengan mama, yang dihuraikan dalam kamus Wilkinson seratus tahun lalu. Dapat dibanggakan bahawa Kamus Dewan Perdana memang merefleksikan makna mamak sekarang. Dalam data yang dirakam oleh Ong dan ditampilkan tersebut, kita mendapati istilah kekeluargaan mami. Dalam Wilkinson (1932:99) mami seperti mama dinyatakan sebagai kata yang dipinjam daripada bahasa Hindi—mungkin perbezaan antara -a dan > -i pada akhir kata menandakan gender dalam bahasa Hindi (?); namun, makna juga berlainan. Kata mama bererti “maternal uncle” (saudara lelaki emak) tapi mami bererti “aunt by marriage, not aunt by blood” (isteri kepada saudara ibu, bukan keluarga sedarah tapi keluarga melalui perkahwinan). Akan tetapi, dalam Ong (1983/1984:188) mami diberikan glos ‘ibu mertua’. Belum jelas sama ada glos ini salah tafsiran atau kebetulan makcik dalam teks yang dirakam itu juga berstatus emak mertua kerana terdapat perkahwinan sepupu?41 Perlu dicatat bahawa Wilkinson menambahkan maklumat bahawa mami merupakan “term in use among Jawipekans” 42 di Pulau Pinang. Oleh itu, dapat dikatakan catatan Wilkinson itu sejajar dengan maklumat tentang entri mama dalam Wilkinson. Entri mami ini dapat dibaca dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 1402) mami … 4 PP panggilan kpd ibu saudara



36 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



sebelum namanya.” Definisi ini memperlihatkan sedikit persamaan dengan definisi Wiilkinson tapi tidak diberikan perincian seperti definisi Wilkinson. Walau bagaimanapun, label PP (Pulau Pinang) dalam Kamus Dewan Perdana membayangkan juga hubungan mami dengan “Jawi peranakan” yang dihuraikan Wilkinson. Ternyata ada istilah kekeluargaan yang tidak terdapat dalam rakaman Ong dan tidak juga ditemukan dalam Kamus Dewan Perdana.43 Wilkinson (1932:100) memasukkan entri berikut: mamu [Hind. mamu] “Uncle”, as a sort of friendly name for native practitioners or herbalists.44



Walaupun tidak ada mamu dalam data Ong mahupun di Kamus Dewan Perdana, pencarian di Internet tidak sia-sia. Ternyata mamu sering keluar dalam pelbagai halaman web dan blog sebagai julukan untuk pelawak dan pemain bola, terutamanya kalau mereka berasal dari Pulau Pinang dan Kedah. Misalnya, Raphi Azizan Mariappen dikenal sebagai mamu dalam petikan seperti “Raphi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mamu’…” (https://www.mstar.com.my/sukan/ 2017/11/24/raphi-b22).45 Dalam blog dan halaman web yang berbahasa Melayu, istilah mamu ini sering mucul dalam kosa kata (glosari) Pulau Pinang biasanya dengan definisi ‘pak cik’. Namun, pemain bola yang dikenali sebagai “Mamu” di atas baru berumur 21 tahun semasa liputan “Mamu Kedah teruja…” itu dikeluarkan, malahan belum kahwin pada masa itu. Perlu diakui bahawa nuansa ‘friendly’ (ramah, akrab) yang disebut Wilkinson dalam definisinya tetap terbawa dengan mamu yang ditemukan di web. Kalau bomoh (“native practitioner”) dianggap, sebagai orang yang harus menguasai teknik persembahan yang meyakinkan sewaktu menjalankan pengubatan, mungkin pemain bola dan pelawak juga sesuai dinamakan mamu kerana selalu membuat persembahan di padang dan pentas. Mudah-mudahan diadakan penelitian tentang semantik mamu sebagai panggilan untuk mencapai definisi yang patut. Mungkin kata panggilan ini berhubungan dengan etnisiti juga, seperti istilah jawi peranakan, yakni mama dan mami. Terdapat kata pinjaman daripada bahasa Hindi yang mungkin lebih sering kedengaran, jika dibandinkan dengan kata kekeluargaan Hindi yang lain, seperti mama, mami dan mamu. Sudah ditampilkan dalam Jadual 1 kata sapaan yang wujud dalam data Ong (1983/1984). Seorang wanita Cina menyapa seorang lelaki Sikh (Panjabi) sebagai bai.46 Diperkirakan kata sapaan (dan rujukan) ini lazim dalam bahasa Melayu. Entri Wilkinson (1932:66) cukup jelas.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 37 bai I [Hind. bhai] “Brother” as a form of familiar address to a native of Northern India; cf tambi (for Southern India).”



Akan tetapi, Kamus Dewan Perdana (2020: 180) masih tersangkut dengan konsep “Benggali” yang membangkitkan debat dan sengketa di web pada tahun 2008: “bai bb n panggilan kpd lelaki Benggali.”



Memang, label bb tepat kerana dalam bahasa Melayu kata kekeluargaan bai ini merupakan panggilan informal (“bahasa basahan”). Namun, bai hanya digunakan untuk menyapa atau merujuk kepada lelaki yang diduga atau diketahui berketurunan India Utara, biasanya di Malaysia orang Sikh.47 Dalam bahasa Hindi, Panjabi dan Urdu, kata ini membawa makna “saudara lelaki”.48 Oleh sebab itu, definisi Kamus Dewan Perdana sebaiknya diubah kepada: bai bb n panggilan kpd lelaki yang berketurunan India Utara.



Sebaiknya difikirkan kemungkinan bahawa dalam bahasa Melayu yang informal pun masih terdapat ciri-ciri sosial atau batas sosioekonomi dalam hal penggunaan kata panggilan bai. Seperti yang ditegaskan dalam Collins (2012:115): Obviously the glosses suggested here for these terms of address are just short-hand. The terms themselves are very complex in usage, depending on many variables including age, race, religion, perceived social status and educational background. Moreover, these terms have nuances of meaning in various regional settings. Sudah tentu, glos-glos yang dicadangkan di sine sebagai erti kata panggilan hanya ringkas dan sementara. Kata-kata ini sebenarnya kompleks dalam penggunaan [kerana] tergantung banyak angubah [sosial] termasuk umur, bangsa, agama, kedudukan sosial yang diduga dan latar belakang Pendidikan. Tambahan lagi, kata-kata bernuansa maknawi dalam pelbagai lingkungan daerah.



Banyak pertanyaan timbul. Wajarkah doktor dan peguam yang berketurunan Sikh disapa dengan bai? Perlukah rincian sosial seperti itu dimasukkan dalam kamus? Seterusnya, dalam data Ong (1983-1984) terdapat kata panggilan yang muncul juga dalam Kamus Dewan Perdana (2020:8) dengan entri berikut:



38 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat aci4 n 1 panggilan kpd perempuan India yg berpangkat mak cik kpd sso dr segi umur… 2 PP panggilan kpd kakak saudara atau kakak ipar bagi keluarga berketurunan India peranakan.



Menurut beberapa orang pemaklum yang dihubungi, aci biasanya hanya digunakan untuk menyapa dan merujuk kepada wanita Tamil atau, dengan kata lain, wanita India selatan. Maksudnya tidak dipakai untuk wanita yang berketurunan penduduk di daerah India yang lain. Menurut Wilkinson (1932:4): achi II. Tam. Elder sister…In use among Tamil Moslems when addressing elderly ladies.



Makna “India” sudah dibincangkan di atas dan memang entri India harus direvisi atau istilah “India” tidak digunakan begitu sahaja dengan maksud Tamil.49 Definisi kedua dalam entri aci (Kamus Dewan Perdana) di atas lebih mirip dengan definisi Wilkinson. Tetapi dalam Wilkinson pada halaman yang sama terdapat entri yang berbeza muncul juga: achi’ (Min.) “Elder sister: junior aunt; term used for addressing elderly ladies.”



Ternyata achi dilabel sebagai kata pinjaman daripada bahasa Tamil, sedangkan achi’, yakni [aciɁ] dengan hantian glottal diposisi akhir, dipinjam daripada bahasa Minangkabau. Dalam Kamus Dewan Perdana, nampaknya dua entri Wilkinson ini disatukan dan dianggap kata yang dipinjam daripada bahasa Tamil. Adakah penyatuan ini memang merupakan kerancuan atau penyatuan dua istliah ini yang sudah wujud dalam bahasa Melayu sekarang?50 Dalam data Ong (1983/1984) ditemukan kata kekeluargaan tangkaci “adik/anak perempuan” lihat Jadual 1. Walaupun dalam data itu, tangkaci muncul dengan kata tambi “adik/anak lelaki” (yang sudah ditinjau dalam konteks Kamus Pelajar), ternyata istilah tangkaci tidak muncul dalam Kamus Dewan Perdana mahupun dalam kamus Wilkinson. Setelah dicari dalam web melalui enjin carian Google, ternyata tangkaci jarang sekali muncul dalam web berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, wajar juga istilah ini tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana; statistik penggunaan tidak menyokong tambahan lemma itu. Sekali lagi staf editorial membuat pilihan yang tepat. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa istilah kekeluargaan yang memerlukan perhatian kita. Pada suatu kawasan perumahan di Kajang, Selangor, sudah diobservasikan (Jun 2021) seorang lelaki Melayu (umur 50-an) menyapa



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 39



jirannya, seorang wanita Cina (umur 40-an), sebagai anti (aunty); wanita itu pula menyapa lawan bicaranya itu sebagai abang. Kata sapa anti dalam interaksi ini sebenarnya lumrah dan lazim dalam bahasa Melayu yang informal. Misalnya, dalam Jadual 1 seorang wanita Melayu menyapa seorang wanita Cina yang lebih tua sebagai “aunty” (sebutan anti). Panggilan anti ini sering kedengaran juga di pasar malam, kalau penjual memanggil calon pembeli yang tidak dikenalnya tetapi memperlihatkan ciri-ciri umur dan etnisiti (?) tertentu. Walaupun Wilkinson (1932) biasanya tidak segan mendefinisikan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang mungkin masih baharu pada masa itu (awal abad ke-20), termasuk mostardi, motoka dan motosaikal (Wilkinson (1932: 147), kata kekeluargaan anti ini tidak ditemukan dalam kamusnya.51 Kamus Dewan Perdana (2020: 116) mengandungi entri anti, tetapi lemma anti itu berkaitan dengan kata ganti diri kedua yang dipinjam daripada bahasa Arab—bukan kata kekeluargaan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris aunty. Kata aunty atau auntie merupakan entri dalam Random House Dictionary (Random House 1987: 136) yang dilabel Infomal kerana kata bakunya aunt.52 Definisi aunt yang ketiga pula dilabel sebagai kata yang biasanya digunakan dalam dialek Inggeris dari dua wilayah dialek Inggeris di Amerika Syarikat (iaitu New England dan South Midland) dengan makna seperti berikut: aunt 3. “…(used as a respectful address to an older woman who is not related to the speaker).” Digunakan sebagai kata sapaan kepada wanita yang lebih tua dan tidak mempunyai pertalian keluarga dengan penutur [yang menyapa]



Dalam Cambridge Dictionary pula (https://dictionary.cambridge. org/dictionary/english/auntie), kata masukan auntie atau aunty dilabel Informal dan didefinisikan sebagai “an aunt” sahaja. Akan tetapi, ada tambahan maklumat: Indian English “any female adult that you know who is older than you.”



Di Malaysia mungkin anti digunakan sebagai kata sapaan dan kata rujukan yang sopan untuk wanita yang sudah berumur (tidak seharusnya lebih tua daripada penyapa) dan diduga atau diketahui bukan orang Melayu. Tidak seharusnya ditujukan kepada orang “that you know” seperti penggunaannya di India, kalau mengikut definisi dalam Cambridge



40 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Dictionary di atas. Nampaknya, definisi ketiga tersebut untuk kata masukan aunt dalam Random House Dictionary lebih mirip dengan ranah sosial penggunaan anti di Malaysia. Sudah diobservasikan bahawa dalam sesetengah keluarga Melayu anti ini digunakan untuk wanita Melayu juga; rupanya dalam konteks ini anti seerti dengan penggunaan mak cik “panggilan kpd perempuan yg sudah separuh umur”; lihat Kamus Dewan Perdana 2020:1387). Tetapi di tempat umum (seperti pasar, kedai dan lain-lain) sebagai kata sapaan kepada orang Melayu yang mungkin belum dikenal, biasanya anti tidak digunakan untuk wanita Melayu yang ”separuh umur”. Kira-kira istilah “mak cik” lebih lazim dalam situasi itu. Harus diakui bahawa ciri-ciri sosial yang menenutkan penggunaan istilah anti ini, baik dalam kalangan keluarga Melayu mahupun di tempat umum dengan penutur bahasa Melayu yang bukan orang Melayu, perlu diselidiki. Mungkin istilah ini tidak hanya berkaitan dengan jantina, umur dan etnisiti orang yang disapa, tetapi dengan kelas sosial yang berdasarkan sosioekonomi dan pendidikan juga. Kalau sudah menyentuh leksem anti ini, akan terlalu cuai kalau leksem angka(l) tidak dibahas sedikit. Kata sapaan angka ini (kadangkadang disebut dengan pepet pada akhir kata [əŋka:]) sering beriringan dengan anti, seperti dalam ayat contoh bahasa Inggeris bagi entri auntie dalam Cambridge Dictionary yang dirujuk di atas: My auntie and uncle are coming to visit.



Seperti halnya aunty ([anti]) di atas, tidak juga ditemukan uncle atau angka ([əŋka:]) dalam kamus Wilkinson mahupun Kamus Dewan Perdana. Akan tetapi, rupanya penggunaan istilah uncle ini sering tampil pada halaman web yang berbahasa Melayu. Kadang-kadang kata uncle muncul sebagai gelar depan nama peribadi, tetapi juga d ditemukan sebagai kata sapaan dan kata rujukan dalam teks bahasa Melayu. Misalnya, setelah seorang pemandu kereta, yakni lelaki Cina yang berumur, menolong seorang wanita Melayu dan ayahnya ketika motosikal mereka kehabisan petrol di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, wanita Melayu itu menulis: “Jika ada peluang untuk jumpa lagi saya dan ayah akan belanja uncle minum.”53



Begitu juga seorang pemuda Melayu yang bekerja sebagai penghantar (runner)54 di Pasir Gudang, Johor, bercakap tentang seorang lelaki Cina yang berumur:



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 41 “Uncle ada rumah tapi telah disewakan. … Jadi saya dan Kak Su bantu uncle cari bilik sewa…”55



Dalam sumber lain ditemukan tajuk laporan seperti berikut: “Uncle dan auntie Cina ini peluk Islam kerana anaknya.”56



Sumber data dari tiga halaman web ini sejajar dengan observasi di pekan Kajang, Selangor. Seorang lelaki Amerika Syarikat yang sudah berumur sering disapa oleh jurujual di pasar raya, juruwang di farmasi dan petugas di stesen komuter dengan panggilan uncle. Biasanya orang yang menyapa ini orang Melayu yang lebih muda daripada orang yang disapa. Seperti yang dibahas tentang ruang sosial kata aunty, mungkin di tempat umur (pasar, kedai dan sebagainya) kata sapaan uncle ini digunakan kalau memanggil atau bercakap dengan lelaki yang diduga atau diketahui bukan orang Melayu. Tetapi dalam lingkungan sesetengah keluarga Melayu, mungkin uncle digunakan untuk anggota keluarga Melayu itu. Semuanya berkait dengan status sosial dan ciri-ciri lain. Oleh sebab itu, sebaiknya diadakan penelitian empirikal untuk mementukan rincian tentang ciri-ciri orang yang disapa dengan kata panggilan ini dan ruang sosial yang lazim. Begitu juga, frekuensi penggunaan istilah ini harus dihitung supaya para editor kamus bahasa Melayu dapat menilai sama ada calon lemma ini sesuai menjadi entri kamus atau tidak. Selain istilah kekerabatan yang kadang-kadang menimbulkan kekeliruan, bahkan kemarahan, nama golongan etnik dalam kamus umum ekabahasa wajar juga diperhatikan. Dalam Kamus Dewan edisi keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka 2005: 1368), terdapat entri dengan tiga definisi: sakai 1. nama yg dipakai utk orang asli (pd umumnya); 2. nama utk suatu kaum drpd orang asli, Senoi …; 3. orang suruhan, hamba, pengikut …



Namun, pada pandangan Orang Asli sendiri istilah sakai mengandungi ciri semantik yang menghina. Dengan sikap bertanggung jawab, staf editorial Kamus Dewan Perdana (2020: 1931) sedar akan makna negatif pada lemma ini dan berusaha mengurus entri kembali dengan pendekatan yang berbeza, yakni: sakai … n 1 bb tabu (dieja dengan huruf besar) nama yg dipakai utk merujuk Orang Asli di Semenanjung; 2 kl orang suruhan atau hamba …



42 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Seperti lemma keling yang ditinjau di atas, sakai dilabel tabu, dan penggunaan dengan makna suruhan dilabel klasik. Jadi, tugas pekamus untuk mendidik pengguna kamus (Stein 1987: ix) dijalankan dengan amanah dan juga kaitan antara kedua-dua definisi ini nyata kerana terdapat dalam entri yang sama. Namun, sudah maklum bahawa dalam bahasa Melayu informal, kata sakai memang membawa makna lain yang negatif seperti yang dijelaskan dalam https://malayslang.fandom.com/wiki/ Malay_Slang_Wiki#J, “sakai – atau • Easily awed. Same as jakun. [Tak payahlah nak teriak kuat-kuat. Sakai betullah kau ni. Kau tak pernah tengok wayang ke? / Stop gasping aloud. You’re so sakai. Haven’t you seen an action movie before?] • (Of hair or general appearance) Unkempt/untidy [Sakai betul rambut kau. Cubalah sikat, lain kali. / Your hair’s so sakai. Comb it, next time]”



Penggunaan sakai sebagai adjektif yang membawa erti yang negatif, seperti “tidak berpengalaman, tidak berprasangka, mudah hairan (tentang sikap)” dan juga “tidak kemas (tentang penampilan)” sudah lumrah dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Seharusnya, definisi ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana dan makna adjektif sakai itu juga harus dilabel tabu, kerana menyinggung perasaan Orang Asli (walaupun tidak “dieja dengan huruf besar”). Bagaimanakah dengan kata jakun yang disentuh juga dalam sumber atas talian di atas? Dalam Kamus Dewan edisi keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka 2005: 599), terdapat entri: Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan).



Tidak dianggap negatif. Dan memang pada akhir abad ke-20, Jakun sebagai nama suku tidak terasa sebagai penghinaan (?). Makna “jakun” yang terbayang dalam entri sakai di laman https://malayslang.fandom. com/wiki/ Malay_Slang_Wiki#J tidak terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat. Kamus Dewan Perdana (2020: 856-857) mengurus istilah jakun dengan pendekatan yang berbeza. Adjektif dipisahkan daripada kata nama, maksudnya terdapat DUA entri yang tidak saling merujuk; dan tiada komen tentang huruf besar.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 43 jakun1 … bb adj (bkn sso) hairan atau pelik apb ternampak akan sst yg baharu, ganjil, luar biasa dsb…. Jakun… suku kaum Orang Asli drpd suku kelompok Melayu-Proto yg tinggal di hutan Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan.



Daripada satu segi, adanya jakun sebagai adjektif memang menunjukkan peningkatan leksikografi kerana nampak kepekaan staf editorial terhadap penggunaan leksem dalam bahasa Melayu informal (“bb”). Namun, memisahkan adjektif jakun daripada nominalnya (Jakun) kurang munasabah.57 Jelas bahawa dua lemma ini berkaitan; oleh itu, jakun yang sekarang dilabel “bb adj” sepatutnya dilabel “bb tabu adj“ kerana menggunakan nama suku kaum Orang Asli dengan konotasi negatif memang bersifat tabu. Isu ini pernah ditimbulkan dalam siaran Facebook 20 April 2020. Penulis mengkritik penutur bahasa Melayu yang menggunakan nama suku sebagai adjektif untuk mendeskripsikan “kelakuan” atau perangai yang dianggap negatif. Menurut penulis itu: “Jakun, Sakai, Batak bukanlah kelakuan, tetapi bangsa. Melayu janganlah menggunakan perkataan ini; nanti dituduh tidak hormat kaum lain.”



Lihat sahaja https://www.facebook.com/cutecarry.cc/videos/ jakunsakai-batak-bukan-lah-kelakuan-tetapi-bangsamelayu-janganlah-menggu nakanp/229419824817343/?extid=SEO---- . Sebenarnya topik ini sudah lama diperkatakan dalam media sosial. Misalnya, dalam https:??twitter. com>iezlanamir>status pada 26 Februari 2018, kita dapat membaca pendapat berikut: The terms ‘sakai’, ‘jakun’, and ‘batak’ are actually ethnic indigenous groups and we, Malays, have normalised the ridiculing of the Orang Asli long enough for it to become common. Istilah ‘sakai’, ‘jakun’ dan ‘batak’ sebenarnya golongan etnik peribumi dan kita, orang Melayu, telah menormalkan penghinaan Orang Asli sebegitu lama sehingga sudah menjadi biasa.



Mengapa fahaman tentang sifat penghinaan ketiga-tiga kata adjektif ini tidak kelihatan dalam kamus bahasa Melayu yang agung, Kamus Dewan Perdana?



44 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Mungkin masalah ini hanya kekhilafan editorial. Landau (2001: 363-371) menulis tentang style manual (pedoman format) untuk staf editorial sesebuah kamus.58 Mungkin topik yang disentuhnya seperti “Cross references” dan “Labels” berkaitan dengan isu ini. Memang aneh bahawa entri sakai diurus dengan perhatian pada aspek negatifnya dengan label tabunya dan definisi kedua pada entri yang sama mungkin memperlihatkan aspek negatifnya; namun, dalam entri lain yang berkaitan dengan kaum etnik, terdapat dua entri untuk kata yang sama, yakni Jakun (huruf besar) dan jakun (huruf biasa). Kedua-dua entri ini seolah-olah tidak saling berkaitan dan entri huruf biasa (jakun) dilabel bb (“bahasa basahan”) sahaja, bukan bk (“bahasa kasar”) atau tabu. Ketidakselarasan ini nampaknya isu pengeditan. Memang dalam Landau (2001: 231-234) dibahas masalah ini dalam bahagian yang bertajuk “Insults”. Ternyata penggunaan label sahaja tidak mencukupi; seharusnya ada tambahan yang berupa komen.59 Menurut Landau 2001: 233): How do dictionary editors decide what to label offensive or disparaging? It is based on the editor’s judgement of society norm for the limit of reputable public behavior. He consults slang dictionaries and other written sources, including other general dictionaries. Bagaimana editor kamu memutuskan kata yang harus dilabel menghina atau merendahkan? Keputusan itu berdasarkan penilaian editor tentang norma sosial bagi tingkah laku yang sopan di lingkungan masyarakat awam. Dia merujuk pada kamus slanga dan sumber bertulis lainnya, termasuk kamus umum yang lain.



Pada zaman media sosial, banyak kamus slanga dapat dirujuk untuk melihat penggunaan kata, seperti yang diusahakan di atas. Dalam hal kata yang mungkin dianggap menghina, mungkin perlu dibentuk focus group, sama seperti halnya kumpulan pakar yang diajak memberikan pandangan tentang isitliah geologi dan psikologi. Kalau mempercakapkan keselarasan kamus, mungkin perlu menyentuh definisi negara dan bangsa. Misalnya, terdapat entri seperti ini (Kamus Dewan Perdana 2020: 1157): Korea … n 1 bangsa yg menduduki atau berasal dr negara Korea Selatan dan Korea Utara; 2 bahasa rasmi negara Korea Selatan dan Korea Utara.



Entri ini diikuti dengan dua entri berasingan untuk Korea Selatan dan Korea Utara.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 45



Kebanyakan entri yang berkaitan dengan bangsa mengikuti format di atas. Namun, entri Cina berbeza dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 436): Cina … n 1 orang atau bangsa yg menduduki atau berasal dr negara China, umumnya berkulit putih dan bermata sepet…



Entri bagi kata Inggeris juga menyimpang daripada format bangsa yang biasa dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 828) ini. Inggeris …n 1 bangsa yang menduduki atau berasal dari England, umumnya berkulit putih dan berhidung mancung.



Kenapa terdapat rincian tentang kulit, mata dan hidung dalam entri dua bangsa ini? Mungkinkah bangsa Korea tidak berkulit putih? Bentuk hidung bangsa Jerman tidak dicatat dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 899)? Sebaiknya stereotaip seperti ini dihilangkan, pertama, kerana tidak selaras dengan entri untuk bangsa lain dan, kedua kerana mungkin dianggap rasis.60 Dalam hal keselarasan dan etnisiti, mari kita meninjau maklumat tentang kaum Sikh sekali lagi. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 2101, 2116, 982), terdapat tiga entri berikut: Sikh …n penganut agama Sikhisme yg menggunakan nama Singh pd akhir nama bagi lelaki, mis Ranjit Singh, dan Kaur, bagi yg perempuan, mis Kavita Kaur. Singh…n nama keluarga, gelaran atau nama tengah bagi lelaki Sikh. Kaur …n sebahagian drp nama orang Sikh, yg menandakan ia seorang perempuan.



Dalam Kamus Dewan (2005) ketiga-tiga entri ini muncul juga, tetapi dengan definisi yang berlainan. wawasan para pekamus di Dewan Bahasa dan Pustaka wajar dipuji kerana mereka berusaha menyampaikan maklumat tentang golongan minoriti ini. Namun, sekali lagi kita menuntut keselarasan. Seharusnya ada format khusus untuk tiga entri ini supaya maklumat yang disampaikan betul dan selaras. Di Malaysia yang multietnik para pekamus mesti mengambil kira entri yang menyangkut etnisiti kerana pengguna kamus juga multietnik dan sudah ditinjau perancangan kamus dan komponen definisi dalam kamus. Pertama, diperlukan informasi yang benar dan tepat. Tetapi dalam



46 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



usaha perkamus yang juga penting adalah keselarasan. Salmah (1999: 88) yang melihat perkamusan daripada segi semantik dan pragmatik menulis: Adalah penting juga kata-kata ditakrif mengikut peranggu kata yang ada perkaitan makna. Pentakrifan terpisah-pisah khususnya mengikut abjad ternyata banyak menimbulkan kekeliruan khususnya masalah kelingkaran makna.



Mungkin prosedur “mengikut peranggu kata yang ada perkaitan makna” terungkap juga dalam pandangan Collins (2012): The point here is that a careful comparison of items within similar categories leads to tighter, more elegant and more informative definitions. Yang mustahak di sini memang fakta bahawa perbandingan yang teliti tentang item [leksem] dalam kategori yang sama atau yang saling berkaitan akan menghasilkan definisi yang lebih tepat, lebih kemas dan lebih informatif.



Dalam bahagian ini sudah tiga kali minoriti yang kecil disebut: orang Sikh. Mungkin justeru kerana jumlah orang Sikh di Malaysia tidak ramai, timbul kekeliruan dan ketakselarasan tentang istilah yang berkaitan dengan minorit ini. Akan tetapi, sudah dikesani isu perkamusan dengan nama dan kata sapaan bagi golongan minoriti yang lain. Dalam dunia perkamusan, selalu ada revisi kerana bahasa sendiri berubah, sikap masyakarat berubah, keterampilan pekamus serta teknologi perkamusan berubah. Hanya dengan perhatian pada butiran yang sangat terperinci serta pemanfaatan teknologi dan metodologi yang terkini, perubahan sekelining kita dapat ditangani dengan berkesan.



2. Kamus Bahasa Minoriti Sudah banyak tulisan tentang penyusunan kamus umum yang ekabahasa atau kamus bahasa nasional, apa lagi tentang aspek penyusunan kamus yang berkaitan dengan perkembangan terkini dalam hal pembinaan korpus, pemanfaatan teknologi media dan kemajuan tafsiran semantik dengan akses kepada konkordans atas talian. Namun, penelitian dan tulisan yang berfokuskan penyusunan kamus bahasa minoriti, terutamanya kamus dwibahasa, masih ketinggalan. Tugas khas, sumber utama dan cabaran yang terlibat dalam penyusunan sesebuah kamus bahasa minoriti tidak selalu disentuh dalam kebanyakan kajian leksikografi. Faktor jumlah pengguna kamus bahasa minoriti dan skop entri dalam kebanyakan kamus bahasa



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 47



minoriti mungkin mempengaruhi sedikitnya kajian dan terbitan mengenai kamus dalam kategoti itu. Memang hampir semua kamus bahasa minoriti jauh ketinggalan daripada segi skop dan mutu, jika dibandingkan dengan pencapaian kamus nasional ekabahasa di Nusantara, seperti Kamus Dewan Perdana (2020) atau Kamus Besar Bahasa Indonesia (Kamus Besar 2016). Karya Newell (1993, 1995), yang disebut dalam ceramah Nor Azizah (2020), wajar dipuji kerana dalam karyanya itu justeru mengutamakan prinsip dan masalah leksikografi dalam konteks projek penyusunan kamus yang mendokumentasikan bahasa-bahasa yang bukan “bahasa kesusasteraan” dan bukan “bahasa baku”. Bahkan, kerana Newell sendiri berpengalaman sebagai pekamus bahasa Ifugao, salah satu bahasa minoriti dalam bahagian utara Pulau Luzon61, Filipina, isu yang dihadapinya memang relevan pada situasi bahasa dan masyarakat di seluruh Nusantara. Menurut H. Conklin (1993:xiv), usaha perkamusan Newell (1968) dan seterusnya bersifat “… [s]ystematic, non-prescriptive, and semantically sensitive in new ways.”62 Buku yang diedit Frawley dkk (2002) memuatkan tulisan enam belas sarjana yang membahas usaha dan prasyarat kajian untuk menghasilkan kamus pelbagai bahasa peribumi Amerika Utara, termasuk bahasa Cherokee, Hopi, Nahuatl, Chippewa dan lain-lain. Walaupun pembahasan dalam buku ini melibatkan pelbagai bahasa minoriti yang tidak sekerabat dengan bahasa Nusantara, terdapat diskusi dan cadangan dalamnya tentang keterlibatan ahli komuniti penutur dan kepentingan pandangan dan priority komuniti penutur dalam perencanaan dan penulisan kamus bahasa mereka. Dalam bahagian pertama di atas, yakni Kamus Bahasa Nasional, sudah disebut perkembangan teori semantik, dan kemajuan di bidang linguistik antropologi dan sosiolinguistik yang mendukung dan mempengaruhi praksis dan prosedur leksikografi. Kalau dapat disaksikan perubahan pada perspektif tentang perkamusan secara umum, bagaimanakah pula perkembangan itu berimpak pada penyusunan kamus bahasa yang dituturkan oleh golongan etnik yang berstatus minoriti? Sebenarnya banyak perbezaan yang dapat dikesani antara usaha penyusunan kamus bahasa baku atau bahasa “kesusasteraan” dengan projek yang bertujuan menghasilkan kamus bahasa minoriti.63 Antara perbezaan itu pertama harus dinyatakan persediaan sumber. Dengan istilah “sumber”, tidak dimaksudkan sumber keuangan, walaupun sumber itu juga mustahak juga. Bahasa minoriti sering merupakan bahasa yang



48 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



sudah terancam kelestariannya. Dalam konteks bahasa yang terancam, Mosel (2011:337) pernah menulis tentang perbandingan kewangan dalam projek dua jenis kamus dan kaitannya dengan staf: The main difference between dictionary projects for major languages and those for endangered languages are that the latter are non-profit enterprises with limited resources of time, money and staff, and that the linguist who is responsible for the project is not a native speaker of the language. Perbezaan utama antara projek kamus bahasa besar dan kamus bahasa yang terancam merupakan hakikat bahawa kamus bahasa terancama tidak diusahakan untuk mencari keuntungan dan [berhadapan dengan] sumber yang terhad daripada segi masa, wang dan staf, juga bahawa ahli linguistik yang bertanggungjawab dalam projek itu bukan penutur asli bahasa itu.



Mungkin antara tiga sumber yang disebut Mosel yang paling penting adalah sumber manusiawi, termasuk ahli linguisitk dalam projek itu. Walau bagaimanapun, sudah terlatihkah ahli linguistik yang turut mengumpulkan, mengatur dan membahas data yang diperlukan dalam sesebuah kamus? Juga, perlu difikirkan banyak aspek yang berkait dengan sumber tenaga dan sumber data. Cukupkah jumlah penutur bahasa tersebut untuk membekalkan asas pengetahuan yang mendasari sesebuah kamus? Seterusnya, sudahkah terdapat kamus dan kosa kata lama bagi bahasa yang diteliti untuk menjadi bahan rujukan dalam projek perkamusan? Wujudkah korpus teks dalam bahasa tersebut agar makna dan penggunaan kata-kata dapat ditelusuri? Adakah tradisi ortografi bagi bahasa tersebut: Bagaimanakah sesuatu kata atau frasa hendak dieja? Biasanya, usaha para penyusun kamus bahasa baku sudah dilengkapi dengan tiga sumber yang terbayang oleh Mosel. Dalam hal Kamus Dewan, beberapa soalan yang yang ditanyakan di atas dapat dipertanggungjawabkan dalam pelaksanaan tugas perkamusan, seperti lima isu berikut: 1. Pertama, kalau projek perkamusan bertujuan mengolah data untuk menyusun kamus bahasa umum/nasional, seringkali sudah wujud suatu sistem ejaan (ortografi) yang disetujui dan diakui ramai. Dalam sejarah perkamusan Malaysia, kepekaan terhadap ejaan sudah terbukti dengan reaksi para pekamus di Dewan Bahasa dan Pustaka pada perubahan sistem ejaan yang sudah disepakati Malaysia dan Indonesia. Kamus Dewan yang terbit pada 1970 diterbitkan semula pada tahun 1984 dalam versi ejaan baru (Masittah 1998: 184).



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 49



2. Kedua, dalam projek kamus nasional, biasanya kamus lama sudah ada, dan kamus itu dapat dirujuk, dinilai, dikembangkan, ditambahkan, direvisikan dan dihalusi. Dalam penyusunan kamus nasional bahasa Melayu, yakni Kamus Dewan (1970), empat kamus “standar” disenaraikan sebagai sumber “cabutan kata2”: Kamus bahasa Melayu (Winstedt), A Malay-English dictionary (Wilkinson), Kamus umum bahasa Indonesia (Poerwadarminta) dan Kamus moderen (Zain); sila semak Pendahuluan (Kamus Dewan 1970: xiii). 3. Ketiga, telah terdapat pelbagai bahan cetakan, seperti buku, akhbar, risalah, serta bahan dari media elektronik dalam web (seperti Google dan lain-lain); semunya dapat dimanfaatkan untuk memperoleh ayat dan frasa contoh dan juga untuk mempastikan bahawa penjaringan kamus yang diusahakan itu memang menyeluruh supaya lemma kamus mencerminkan ekologi bahasa dan komuniti penuturnya. Dengan ringkas, beberapa jenis cetakan yang menjadi sumber untuk tambahan kosa kata dicatat dalam Pendahuluan Kamus Dewan (1970: xiii). 4. Keempat, biasanya dapat dihadirkan berbagai-bagai pakar dan ahli dalam bidang dan subbidang ilmu tertentu, misalnya hidrologi atau kehutanan, malahan persawahan dan penenunan; pakar seperti itu dapat dikerahkan untuk membantu menentukan takrif yang tepat. Kurang jelas sama ada kesuntukan masa atau kekurangan pakar yang mendorong staf editorial Kamus Dewan Edisi pertama untuk menggunakan buku yang sudah terbit, seperti Burkill (1966), dan senarai yang dicetak oleh jabatan kerajaan, misalnya senarai nama ikan, senarai nama pokok dan sebagainya. Sepertinya, tidak ada dialog dengan focus group ataupun masukkan dan nasihat daripada pakar bidang tertentu. 5. Kelima, mungkin sudah ada regu perkamusan yang terdiri daripada orang yang sudah dilatih dan cukup berpengalaman dalam bidang perkamusan. Misalnya, semasa edisi pertama Kamus Dewan masih dalam perencanaan, di Malaysia belum ada warga negara Malaysia yang berpengalaman sebagai pekamus. Oleh sebab itu, pada tahap awal penyusunan Kamus Dewan pada tahun 1963, Dr. Teuku Iskandar, sarjana Indonesia yang berkelulusan doctor falsafah dari Universiti Leiden di Negeri Belanda, dilantik sebagai penyusun Kamus Dewan (edisi pertama). Malahan, dengan bantuan UNESCO, pada tahun 1964 didatangkan juga sarjana Belanda yang juga berstatus sebagai ahli leksikografi Melayu-Indonesia. Dr. A. Teeuw dilantik sebagai pakar



50 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



runding kepada projek Kamus Dewan (Masittah1998: 183; Iskandar 1970: xi). Teuku Iskandar melatih staf editorialnya yang hanya berjumlah sembilan orang64 dan memperkenalkan tatakerja baru yang berjaya menghasilkan kamus yang dikagumi. Lihat Masittah (1998: 183). Akan tetapi, lazimnya sebahagian atau semua sumber manusiawi dan akademik, yang dihuraikan di atas dengan sorotan kepada Kamus Dewan edisi pertama (1970) di atas, tidak ditemukan dalam usaha menyusun kamus sesebuah bahasa minoriti etnik. Justeru, kerana sumber sedemikian begitu terbatas, tugas mengarang sebuah kamus bahasa minoriti semestinya direncanakan dan diusahakan dengan saksama. Dalam tulisan ini, akan disentuh beberapa tugas yang seharusnya difikirkan dan dijalankan demi kejayaan sesuatu projek kamus bahasa minoriti. Tentu sahaja banyak lagi hal yang harus diambil kira dan banyak lagi kaedah yang dapat diterapkan. Tujuan penampilan ringkasan ini hanya sekadar renungan dan peringatan.



Penentuan Pengguna Sasaran Sebuah Kamus Seperti halnya dengan kamus nasional (umum) ekabahasa, dalam projek penyusunan kamus bahasa minoriti, pertanyaan pertama yang harus dijawab, bahkan harus dijawab sebelum projek dimulai, adalah: Kamus ini disusun untuk siapa? Masyarakat pengguna mana yang diperkirakan sebagai pembaca atau pengguna yang disasarkan? Keperluan pengguna yang dibayangkan harus diutamakan dalam penulisan kamus. Menentukan sasaran merupakan prasyarat penyusunan kamus kerana tidak mungkin menyusun sebuah kamus yang dapat digunakan oleh semua pembaca. Hinton dan Weigel (2002) menyumbangkan sebuah esei yang bertajuk A dictionary for whom? Tensions between academic and nonacademic functions of bilingual dictionaries. Memang, sebelum abad ke-21 ini, kamus bahasa minoriti yang dwibahasa biasanya merupakan karya akademik yang dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah dan peneliti untuk membandingkan bahasa satu dengan yang lain atau untuk bersiap sedia turun ke lapangan mengkaji bahasa dan budaya masyarakat minoriti itu. Kurang difikirkan keperluan komuniti penutur itu sendiri. Hinton dan Weigel (2002) cukup sedar tentang keperluan komuniti penutur dan penggunaan kamus yang dicita-citakan oleh penutur. Mereka membandingkan keperluan dan kepentingan yang berbeza antara sarjana



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 51



dengan komuniti bahasa warisan. Misalnya, mereka menulis (Hinton & Weigel 2002: 167): Tribes need faster results than linguistics does. … [For ] a linguist … often the dictionary will become a background project, to be worked on when there is time… Tribes, on the other hand, are interested in dictionaries because they are interested in language maintenance, language teaching or language revitalization. They want results as fast as possible. Komuniti warisan65 memerlukan hasil pada kadar yang lebih cepat daripada [kaum] linguistik. Bagi seorang linguis sebuah kamus sering menjadi projek sampingan, yang dikerjkan kalau ada masa sedikit. Akan tetapi, komuniti warisan berminat pada kamus kerana mereka tertarik pada pelestarian bahasa, pengajaran bahasa dan revitalisasi bahasa. Mereka menghendaki hasil secepat mungkin.



Selain itu, banyak isu lain yang harus difikirkan kalau pengguna yang disasarkan berbeza-beza. Ortografi, kata pinjaman, kata pantangan, skop pemilihan kata masukan dan lain-lain mesti dibincangkan dan diputuskan. Namun, Hinton dan Weigel (2002: 170) berpendapat bahawa kompromi dapat dicapai sehingga ahli linguistik dan ahli komuniti warisan dapat menggunakan dan memanfaatkan kamus yang sama. Dalam lingkungan masyarakat peribumi Amerika Syarikat, memang penutur bahasa warisan dan para tenaga akademik fasih berbahasa Inggeris. Kamus bahasa minoriti yang dwibahasa yang memuatkan entri dengan definisi dan keterangan lain dalam bahasa Inggeris berguna untuk kedua-dua pihak, akademik dan nonakademik juga. Di Nusantara, walaupun ramai juga yang berbahasa Inggeris, penyusun kamus bahasa minoriti harus memikirkan pilihan yang patut dan berkesan. Realiti penggunaan bahasa di lingkungan Asia Tenggara tidak seperti posisi bahasa Inggeris di kalangan masyarakat peribumi di Amerika Syarikat. Kalau kita bercita-cita memperkenalkan bahasa daerah yang kita selidiki kepada masyarakat linguistik global, tentu sahaja bahasa Inggeris dipilih untuk kamus dwibahasa. Akan tetapi, kalau kita ingin menyumbang pada upaya komuniti warisan untuk melestarikan bahasa mereka, bahasa Melayu atau bahasa Indonesia menjadi pilihan utama untuk definisi dan maklumat lain dalam entri.66 Selain itu harus ditentukan media penerbitan. Kalau dua puluh tahun lalu pilihan media hanya di antara fotokopi (supaya cepat dan murah) dan percetakan profesional (Hinton & Weigel 2002: 167), sekarang pilihan lebih banyak. Misalnya, kamus boleh diedarkan melalui Internet atau dicetak dan diedarkan. Diperkirakan bahawa impak pada komuniti



52 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



warisan mungkin lebih besar kalau dicetak, sedangkan untuk menyedari dunia akademik tentang diversiti bahasa senusantara serta ancaman sosial dan ekonomi pada daya tahan kepelbagaian bahasa Nusantara mungkin sebaiknya diedarkan melalui Internet. Umpamanya, empat belas tahun lalu, Kamus bahasa Semai—bahasa Malaysia diterbitkan dan diedarkan (Basrim 2007).67 Sekarang edisi kedua sudah siap, tapi bukan sebagai cetakan. Versi baru ini akan diedarkan sebagai aplikasi telefon bimbit, lengkap dengan sebutan audialnya (T. Philips, komunikasi peribadi, 16 Mei 2021). Memang sekarang sudah banyak pilihan untuk mengurus manuskrip kamus bahasa minoriti. Contohnya, kamus bahasa Bacan, salah satu bahasa daerah di Maluku Utara, Indonesia (Collins 1983a, 2018c), direncanakan akan diterbitkan dalam talian melalui salah satu universiti di Jakarta dan juga dicetak sebagai buku melalui pemerintah daerah di Maluku Utara. Pengedaran kamus itu melalui Internet ditujukan kepada para linguis antarabangsa, sedangan diharapkan buku cetakan diedarkan di sekolah di daerah warisan bahasa Bacan untuk memperkuat pelestarian bahasa itu. Rencana yang masih dalam rundingan ini selari dengan pendapat Mosel (2011: 339): Consequently, an electronic database, which seems to be the best media for academic purposes, must be accompanied by a printed version for speech communities who do not have access to modern technology… Makanya, pangkalan data elektronik, yang nampaknya merupakan media yang terbaik untuk tujuan akademik. Mesti didampingi versi cetakan untuk [penggunaan] komuniti bahasa yang tidak memiliki akses pada teknologi moden.



Kalau pengguna yang dianggap sebagai sasaran kamus ini berbeza, maka kandungan dan cara pengedaran kamus juga berbeza. Oleh sebab itu, pengguna yang disasarkan hendak ditentukan pada tahap perencanaan sesebuah kamus bahasa minoriti.



Komuniti Penutur Bahasa yang Hendak Dikamuskan Dalam hal penyusunan kamus bahasa minoriti, perlu diketahui lokasi penghunian kelompok yang bertuturkan bahasa yang dikaji itu. Tambahan lagi, harus juga dikesani perbezaan dialektal yang mungkin wujud dalam komuniti bahasa tersebut. Oleh itu, antara langkah awal dalam penyusunan



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 53



kamus bahasa minoriti adalah kunjungan ke kampung dan kawasan yang menampung penutur bahasa itu. Dengan menggunakan teknologi Global Positioning System (GPS), dapat dipastikan dengan tepatnya letak situs yang dikaji68 dalam konteks geografi yang lebih luas; maklumat ini bermanfaat bukan sahaja dalam hal memperoleh gambaran tentang ketersebaran sesuatu bahasa minoriti tetapi juga dalam usaha pemetaan bahasa tersebut. Data GPS dapat dimanfaatkan dalam Geographic Information System yang menghubungan data kordinat lokasi pada peta agar maklumat lokasi berinteraksi dengan pelbagi jenis makumat deskriptif, termasuk bahasa dan dialek yang digunakan pada sesuatu lokasi. Pada tahap pengenalan awal ini, kosa kata sebesar 400-500 item leksikal dikumpulkan pada setiap komuniti pilihan. Selain membekalkan segenggam data leksikal, dengan kosa kata itu dapat diperoleh juga wawasan tentang fonetik dan fonologi bahasa tersebut. Data ini juga akan menunjukkan perbezaan dialektal dan mungkin sedikit indikasi morfologi dan sintaksis bahasa etnik yang ditinjau itu. Misalnya, pada tahun 1978, di Kota Taniwel, pantai utara Pulau Seram, Maluku, Indonesia, data bahasa Naka’ela dicatat dalam sesi temubual yang berpanjangan dengan dua orang penutur asli bahasa Naka’ela; pada waktu itu dianggarkan hanya lima orang yang masih dapat bercakap bahasa warisan mereka itu. Dalam sesi itu, sebanyak 750 item leksikal dipetik serta ayat, frasa dan paradigma sintaksis yang cukup membayangkan sistem penandaan genitif (pemilikan), sistem infleksi agentif dan sistem infleksi statif (Collins 2021b: 159).69 Tujuan lain pada peringkat tinjauan ini adalah mengenal pasti sumber manusiawi dalam komuniti. Siapa yang mungkin dapat bercerita? Siapa yang dapat dilatih sebagai pembantu penyelidikan di lapangan? Siapa yang menguasai kosa kata bidang tertentu? Sambil “mengenal pasti” calon pemaklum dan calon staf projek perkamusan, juga dapat berkenalan dengan orangnya dan membina jaringan kesaling percayaan kerana penyusunan kamus adalah usaha manusiawi yang memerlukan kerjasama masyarakat. Antara yang lazim pada tahap ini atau tahap berikutnya adalah pertemuan dengan komuniti. Menurut Mosel (2011: 350): …[Y]ou need to form a small planning committee to become aware of the speech community’s expectations, discuss objectives and feasibility issues, and calculate the costs of transport, stationary, food and accommodation. The committee will also inform you on what kind of rituals and traditions of public discourse you have to observe and assist in designing a program.



54 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat Anda perlu membentuk jawatankuasa kecil pada tahap perencanaan awal supaya anda menjadi sedar dan mafhum akan jangkaan dan harapan komuniti bahasa etnik itu, dapat membincangkan objektif [projek] serta isu kemungkinan objektif itu tercapai atau tidak dan juga menghitung kos pengangkutan, alat tulis, makanan dan akomodasi. Jawatankuasa itu akan memberitahukan anda tentang jenis ritual dan tradisi wacana awam yang mesti anda taati serta membantu anda dalam perancangan program.



Konsultasi dan rundingan dengan pemimpin masyarakat dan ketua adat sebelum melancarkan projek persiapan kamus memang penting. Dengan dasar saling berkenalan terbina dasar saling faham dan saling percaya.70



Tinjauan Sumber Bertulis atau Terakam bagi Bahasa yang Hendak Dikamuskan Sesudah pengenalan awal di lapangan selesai dilakukan, harus ditelusuri bahan yang diterbitkan atau disimpan yang mungkin harus dimanfaatkan untuk projek perkamusan yang diupayakan. Kadang-kadang terdapat artikel ilmiah tentang bahasa minoriti tersebut atau variannya. Begitu juga, sering terdapat terbitan agama dalam bahasa minoriti, misalnya lagu rohani gereja, terjemahan injil dan sebagainya. Kadang-kadang dapat ditemukan manuskrip yang belum diterbitkan dalam perpustakaan, arkib, atau pejabat persatuan kaum minoriti. Bahkan, mungkin data bahasa etnik tersebut dirakam dalam bentuk audial oleh ahli antropologi atau ahli etnomusikologi, malahan oleh juruteknik radio yang menyiarkan program dalam bahasa etnik. Segala sumber ini perlu dicari supaya manfaatnya bagi projek perkamusan dapat ditentukan. Sekarang masyarakat Nusantara sudah dilanda gelombang media digital serta akses pada kamera dan alat rakam yang terpasang di telefon bimbit. Zaman ini juga era YouTube, Facebook, Whatsapp, Tiktok, blog, laman web dan sebagainya; malahan, mungkin masih ada yang mengirim sms.71 Akses yang luar biasa di media elektronik ini telah mengubah atau menambah citra literasi di Nusantara. Kalau jumlah penduduk Malaysia (32.7 juta orang) dan Indonesia (270.2 juta) boleh dianggap sebagai dipenutur bahasa Melayu sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua, dapat disimpulkan bahawa terhitung 302,900,000 orang penutur bahasa Melayu.72 Menurut sumber https://www.statista.com/statistics/, daripada jumlah itu tidak kurang daripada 165,950,000 orang menggunakan



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 55



Facebook, yakni 54.8% daripada semua penutur bahasa Melayu.73 Tetapi ini tidak bererti bahawa hanya bahasa Melayu (dalam varian Malaysia dan varian Indonesia) yang digunakan oleh 165,900,000 orang itu. Seperti yang dinyatakan dalam Collins (2018a: 108-109): In Indonesia the chief language used on Facebook is Indonesian, but scores, maybe hundreds, of Indonesia’s minority languages also appear on walls and in messages. In Malaysia, the language ecology is more complex. The use of Malay is nested within the context of many other languages. As noted (Collins 2013), some are “local languages spoken by Malaysia’s ethnic groups in Sarawak and Sabah, others world languages such as English and Mandarin. Just as in the seventeenth century Malay literacy was part of a larger, complex network of language use and language choice, mirroring the diversity of the region’s ethnic groups and its role in global commercial and cultural exchange, today electronic communication and the new literacies of texting and Facebook reflect the symbiotic growth of the region’s ethnicities and cultures. Di Indonesia bahasa utama yang digunakan di Facebook adalah bahasa Indonesia, tapi berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus, bahasa minoriti di Indonesia juga tampil di pelbagai profil dan pesan [di Facebook]. Di Malaysia ekologi bahasa lebih kompleks. Penggunaan bahasa Melayu tersusun berlapis-lapis dan bertindan-tindan dalam konteks banyak bahasa yang lain. Seperti yang dicatat Collins (2013), sebahagian bahasa lain itu adalah “bahasa lokal yang dituturtkan [terutamanya] oleh golongan etnik Malaysia di Sarawak dan Sabah, sebahagian lainya memang bahasa dunia seperti bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Pada abad ketujuh belas, literasi bahasa Melayu memainkan peranan dalam jaringan penggunaan dan pemilihan bahasa yang cukup rumit, suatu jaringan yang mencerminkan kepelbagaian golongan etnik di wilayah [Nusantara] dan juga merefleksikan peranan bahasa Melayu dalam pertukaran niaga dan budaya. Demikian juga, sekarang komunikasi elektronik serta pelbagai jenis literasi baharu dalam sms dan Facebook mencerminkan pula perkembangan simbiotik yang dialami oleh beragam etnisiti dan budaya di wilayah ini.



Banyak bahasa etnik Nusantara yang sebelum ini tidak pernah ditulis, apa lagi dicetak, sekarang muncul dengan leluasa dalam media sosial. “Today’s literacy is electronic and its geography is socially complex and far-reaching” Collins (2013).74 Bahan bahasa minoriti perlu dicari dalam media yang canggih ini untuk memperoleh data leksikal dalam usaha penyusunan kamus bahasa minoriti etnik.



56 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Perakaman Teks Lisan dalam Bahasa yang Hendak Dikamuskan Setelah diperoleh gambaran tentang hubungan antara semua varian/dialek bahasa yang hendak dikaji, perlu dikumpulkan lebih banyak data nyata daripada pertuturan seharian. Regu kajian lapangan yang terdiri daripada peneliti dan juga staf kajian—yang sebaiknya penutur bahasa yang hendak dikaji—harus dilatih bersama untuk mengembangkan dan mempraktikkan prosedur pengumpulan bahan rakaman. Menurut Mosel (2011: 340): Any kind of dictionary project will benefit from the training of one or more native speakers as assistants or lexicographers. If they are literate, they can learn to write their own word lists and dictionary entries, if they are not, they can do video recordings of people naming objects and explaining their significant features in the indigenous language and/or the lingua franca. Apapun jenis projek kamus akan beruntung dari latihan seorang atau lebih penutur asli sebagai “asisten”, malahan ahli leksikografi. Kalau mereka sudah mampu menulis dan membaca, mereka sanggup belajar menulis senarai kosa kata [bahasa mereka] sendiri dan juga menulis entri kamus; kalau mereka tidak dapat menulis, mereka boleh membuat rakaman video dengan orang yang menamakan objek, atau menerangkan ciri-ciri yang penting dalam bahasa peribumi mereka dan/atau bahasa lingua franca [setempat].



“Bahan rakaman” yang dimaksudkan di atas termasuk rakaman audial dan video. Banyak alat rakam yang boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan ini.75 Memang perlu juga dipaparkan beberapa rincian teknikal dalam hal merakam. baik dengan kamera video mahupun dengan perakam digital. Misalnya, kalau merakam video, cahaya dan jarak menjadi perkara yang perlu dijaga; kalau merakam fenomena audial, bunyi sampingan, seperti televisyen, hujan deras atau pukulan ombak di pantai, mungkin merosakkan mutu rakaman sehingga tidak dapat ditranskripsi. Hasil rakaman harus ditranskipsi, yakni ditulis dan ditentukan makna dan fungsi data itu. Setiap perkataan, malahan setiap morfem, dalam transkripsi harus dipadankan dengan makna ringkas, umpamanya kalau bahasa yang akan dikamuskan adalah bahasa Lun Bawang76, setiap kata Lun Bawang dalam teks akan diberikan erti yang pendek (glos) dalam bahasa Melayu (ataupun bahasa Inggeris dan sebagainya). Proses ini dikenal sebagai transliterasi: memberikan padanan semantik satu per satu antara bahasa yang didekripsikan dan bahasa aliran deskripsi. Umpamanya,



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 57



dalam teks bahasa Benawas77 setiap kata atau morfem dipadankan dengan glos bahasa Inggeris. Proses pemadanan glos dalam komputer hendak dimulakan dengan program komputer yang direka untuk usaha sedemikian. Banyak program yang mampu mengolah dan menyusun data; malahan sesudah transliterasi dimulakan oleh pengkaji, program komputer yang dapat meneruskan proses itu dengan merujuk kepada simpanan glos yang sudah diberikan. Regu yang mengumpulkan data juga merupakan regu yang mentranskripsikan data itu dan menyusun transliterasi pula. Biasanya, dalam projek dokumentasi bahasa, termasuk dokumentasi bahasa untuk kamus bahasa etnik, usaha transkrispi memanfaatkan ELAN, sejenis perisian sumber terbuka yang percuma. ELAN yang separuh otomatik mempercepat proses transkripsi dan transliterasi yang dapat ditamplikan berlapis-lapis (Chong 2017). Regu pekamus juga harus dilatih untuk mencari dan mengenal pasti penutur yang dapat membekalkan data lisan yang diperlukan. Oleh sebab itu, latihan dalam ruang kelas diikuti dengan praktikal. Sering anggota keluarga sendiri atau sahabat sekampung merupakan pencerita atau kawan berbual yang sesuai untuk latihan amali ini kerana pengkaji sudah memiliki ikatan darah atau persahabatan dengan penutur bahasa etnik yang disoroti oleh regu projek. Sebaiknya, data diperoleh daripada semua generasi penutur bahasa itu; mungkin ada perbezaan wacana dan kosa kata mengikut peringkat umur. Begitu juga, diharapkan penutur yang dirakam merupakan penutur lelaki dan juga penutur wanita. Pengalaman dan pengetahuan berbeza mengikut umur dan jantina; kosa kata yang dikuasai biasanya juga berlainan. Dalam kes leksem tertentu, mungkin pakar tempatan dalam bidang tertentu harus dicari. Misalnya, dalam penyusunan Kamus Asilulu (Collins 2007b), melalui beberapa sesi dengan orang tua yang biasanya bekerja sebagai tukang yang membuat badan papan untuk motobot laut dan perahu layar yang besar dicatat banyak istilah yang berkaitan dengan alat, prosedur, bentuk dan masalah dalam proses pertukangan itu.78 Dalam persiapan Kamus Bacan (Collins Akan terbit) seorang staf kajian mewawancarai pawang tentang jenis kutukan yang dikenakan kepada pencuri buah serta tanda larangan yang menyatakan pokok buah sudah dilindungi dengan tangkal yang dijampi itu; lihat entri uru dalam kamus tersebut. Data yang dirakam ini termasuk sastera lisan tradisional, seperti cerita hantu, dongeng tentang binatang, hikayat sejarah dan sebagainya. Akan tetapi, bukan sastera lisan sahaja yang hendak dirakam. Projek perkamusan



58 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



memerlukan juga naratif yang menjelaskan teknologi tempatan yang tradisional, misalnya pengolahan sagu, cara memasak kari ikan atau proses pemasangan jerat, serta teknologi terkini, seperti cara memperbaiki motosikal, penggunaan blender untuk masakan atau teknik menyusun batu bata dinding rumah dan lain-lain.79 Pengalaman peribadi, masalah kesihatan, adat potong jambul, resipi kuih hari raya—semua naratif layak dirakam untuk memperoleh data kamus bahasa etnik. Makin besar data kosa kata makin bijak dan lengkap pemilihan leksem untuk entri kamus. Selain naratif dan cerita seseorang, perbualan dan perbincangan yang fiili dan alami sesama penutur bahasa etnik yang sama80 perlu dirakam supaya ungkapan, istilah, partikel wacana, kata seruan dan sebagainya dalam pertuturan sehari-hari dapat difahami dan dinilai sebagai data mentah yang mungkin dipilih menjadi kata masukan dalam kamus bahasa minoriti itu. Kadang-kadang peneliti perlu mencadangkan topik kepada peserta dialog untuk menghidupkan perbualan. Semua data cerita, naratif dan dialog yang ditranskripsi itu, dapat diolah dengan program/perisian komputer tertentu yang menghasilkan konkordans. Dengan konkordans mudah melihat konteks penggunaan leksem pilihan (Landau 1989: 2627). Berhubungan dengan lingkungan bahasa Melayu, Nor Azizah (2020) menyentuh manfaat konkordans; lihat juga Salmah (2020: xiii).81



Analisis Fonologi dan Penentuan Sistem Ejaan bagi Kamus yang Diusahakan Seperti yang disoroti tersebut, rakaman yang dikumpulkan mesti ditranskripsikan, tetapi hal ini bermakna semestinya sudah ada sistem transkripsi yang seragam. Seharusnya sarjana yang terlibat dalam projek itu hendak mengkaji sistem bunyi bahasa tersebut agar setiap bunyi ditranskripsikan dengan lambang yang sesuai, berdasarkan sistem pelambangan antarabangsa, yakni International Phonetic Alphabet (IPA), yang melambangkan bunyi bahasa mengikut sistem yang berpiawai. Perubahan bunyi pada posisi ayat dan frasa yang berbeza (aspek fonologi dan morfologi) juga harus diterangkan. Setelah sudah ditentukan sistem untuk melambangkan bunyi dan juga perubahan bunyi, segala rakaman dapat ditranskripsikan. Walaupun data yang dirakam sebaiknya ditranskripsikan dengan lambang IPA, biasanya lambang IPA bersifat asing kepada komuniti penutur bahasa minoriti yang dikamuskan. Oleh sebab itu, penampilan data



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 59



dalam kamus mengikuti sistem ejaan yang sudah lazim dalam kalangan penutur bahasa tersebut. Namun, sebelum zaman komunikasi elektronik sekarang ini, banyak bahasa minoriti belum dilengkapi dengan sistem ejaan (ortografi) mungkin kerana bahasa tersebut tidak pernah ditulis dan hanya merupakan bahasa lisan sahaja. Dalam keadaan sedemikian, suatu ortografi harus direka dan dikembangkan dengan mengambil kira sistem bunyi (fonologi) bahasa tersebut, tetapi juga dengan memperhitungkan sistem tulisan yang sudah dikenal oleh masyarakat penutur bahasa tersebut. Dalam konteks Malaysia dan Indonesia, mungkin kita akan menyusun ortografi bahasa minoriti yang mirip dengan ortografi bahasa Melayu/bahasa Indonesia kerana ortografi itu sudah disepakati bersama (pada garis besarnya) dan lazim diketahui di seluruh Nusantara melalui sekolah dan media massa. Namun, perlu diakui bahawa mungkin sahaja sesuatu bahasa minoriti bercirikan bunyi fonem yang tidak terdapat atau tidak dilambangkan dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Umpamanya, dalam dialek Melayu Sarawak sudah dikesani perbezaan sebutan antara kata [kəɣaˀ ] yang bermakna “kera, sejenis primat” dan [kəɣak] yang bermakna kerak “nasi hangus yang melekat pada dasar periuk”. Kalau berpandukan sistem ejaan bahasa Melayu, mungkin kedua-duanya akan dieja kerak, padahal sebutannya berbeza kerana kera berakhir dengan hentian glottal, yakni [ˀ ] sedangkan kerak berakhir dengan geseran lelangit lembut tak bersuara, [k]. Maka, dalam kamus dialek Melayu Sarawak, sistem ejaan bahasa Melayu belum memadai kerana harus mengambil kira perbezaan asasi (fonemik) tersebut. Fonologi banyak bahasa yang lebih rumit lagi, misalnya kalau di Pulau Borneo sahaja bahasa Bintulu atau bahasa Belait. Tidak memadai kalau hanya sistem fonologi yang menjadi patokan untuk perekaan sistem ejaan. Sewajarnya perekaan ortografi harus mengambil kira cita rasa dan cita-cita komuniti penutur bahasa yang dikaji. Tidak cukup kalau seorang ahli linguistik hanya menciptakan sistem ejaan menurut pertimbangannya sendiri. Walau bagaimanapun, hendak dipastikan bahawa sistem yang direka itu sudah disetujui masyarakat agar sistem itu digunakan kemudian! Oleh itu, pada tahap penentuan ortografi yang akan digunakan dalam kamus yang diusahakan, seharusnya masyarakat sentiasa dipelawa turut membahas dan membincangkan ortografi. Selain menghubungi penutur secara individu, sebaiknya persatuan kaum, golongan NGO dan sebagainya diajak berunding untuk mencapai kesepakatan dalam hal yang penting ini. Di Sarawak, umpamanya, Vega dan Tan (2005) menulis seimbas lalu tentang sistem ejaan bahasa Bidayuh



60 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



yang sudah lama dipakai (sejak zaman Chalmers (1861) yang tersebut) dan tidak boleh diubah-ubah kerana perubahan tidak diinginkan dan tidak direstui oleh masyarakat. Begitu juga, Soriente (2005) melaporkan secara khusus tentang segala rundingan yang harus dilalui untuk mengembangkan sistem ejaan untuk bahasa Kenyah di Kalimantan Timur.



Pengembangan Glosari Awal bagi Bahasa yang Hendak Dikamuskan Banyak program komputer yang direka untuk menyusun semula hasil transkripsi dan transliterasi dalam bentuk glosari. Glosari dapat dimanfaatkan sebagai asas untuk membina kamus. Maksudnya, mungkin tulisan Newell (1958) tentang bahasa Ifugao di Filipina merupakan glosari yang kemudian menjadi landasan Kamus Newell (1968) dan seterusnya (Newell 1993). Glosari berupa kosa kata yang ringkas, biasanya hanya dengan definisi pendek, sebesar sepatah kata atau dua. Menurut Wilfred (1992) dan Zainal Abidin (1992) yang masing-masing menyusun “daftar kata” bahasa Bisaya dan dialek Melayu Sarawak yang dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Begitu juga, di Semenanjung, terdapat “padanan bahasa”, sebuah glosari tribahasa: Melayu, Semai dan Temiar yang dicetak oleh Jabatan Hal Ehwal Organg Asli Malaysia (JHEOA 2001). Memang, sudah dikatakan bahawa glosari hanya merupakan asas untuk sesebuah kamus yang lengkap, walaupun bukan semua glosari yang dikembangkan menjadi kamus. Dalam sebuah kamus, setiap definisi hendak disusun dan dibina secara terperinci. Juga butiran morfologi, seperti penggunaan imbuhan dan fungsi reduplikasi, mesti diikut sertakan dalam entri yang sesuai. Kalau suatu entri dipetik daripada Bacan-English dictionary (Collins Akan terbit), dapat dibayangkan kerumitan yang dihadapi untuk memperoleh data yang sahih dan meyakinkan. Bahasa Bacan berkerabat dekat dengan bahasa Melayu (Collins 1983a); namun sistem afiksasinya berbeza. Sebagai contoh ditinjau entri turung yang dapat dibandingkan dengan turun dalam bahasa Melayu. turung vi. 1) to descend. 2) to conclude some elevated task (e.g. studying Quranic recital) and so return to the transitory, evanescent world. turung sambeang; to leave from Friday prayers, to leave from worship in the mosque (i.e. to come down from the spiritual plane to the mundane).82



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 61



turungi v. to lower s.t. turung akang v. to lower s.t. at s.o.’s request. baturung vi. 1) to send (s.o.) off, to see off send off. pasi mubaturung panganting They saw the bride and groom off. 2) to be engaged in lowering s.t. babaturung vi. to set forth in a bridal entourage. panganting tu tala babaturung The groom set forth in a wedding parade naturung vi. 1) to be sloping inappropriately (e.g. of a roof with too steep a pitch) slope. 2) to have gone down unexpectedly.



panurungang n. ladder, notched log (for descending a river bank). panu-panurungang n. steps or well-beaten path leading downwards (e.g. to a river). katurungang n. line of descent. katu-katurungang n. 1) riverbank. 2) steep incline leading downward, including path or stairway



Persamaan semantiknya dengan bahasa Melayu mudah dirasakan.83 Begitu juga beberapa bentuk yang berimbuhan, misalnya turungi, turung akang dan panurungang menyerupai bentuk menuruni, menurunkan dan penurunan dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 2442-2443). Tetapi definisinya berbeza. Kata katurungang dapat dibandingkan dengan bentuk keturunan dalam Kamus Dewan Perdana (2020:2443) dan definisi pertama sama dengan definisi dalam bahasa Bacan. Akan tetapi, yang hendak ditinjau sebenarnya reduplikasi yang cukup berbeza dalam bahasa Bacan. Bentuk seperti babaturung, panu-panurungang dan katukaturungang tidak terdapat dalam bahasa Melayu yang umum84, maka tidak ditemukan dalam Kamus Dewan Perdana. Nampaknya bahasa Bacan memperlihatkan sistem reduplikasi separuh yang kompleks dan produktif. Berpuluh-puluh contoh lain terdapat dalam Kamus Bacan. Jadi, walaupun sederetan glos sudah dapat diolah dan diatur mengikut abjad berkat program komputer, kerja regu leksikografi baharu bermula. Dalam hal penggandaan dan pengimbuhan, justeru kerana sudah ditemukan bentuk seperti babaturung staf penyusun Kamus Bahasa Bacan harus bertanya kepada penutur tentang wujudnya reduplikasi separuh untuk kata lain yang ditemukan, misalnya balas yang bermakna ‘bayar’ atau ‘balas (surat)’. Maka, harus bertanya: Wujudkah bababalasang? Kalau bababalasang memang wujud, pekamus dalam lapangan harus bertanya lagi tentang maknanya. Proses seperti ini makan masa, malahan kadang



62 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



berleretan, dan pasti menguji kesabaran penutur yang menjadi pemaklum. Dalam hal kamus bahasa minoriti, seperti yang sudah ditegaskan di atas, sebahagian besar upaya leksikografi harus berakar umbi pada kerjasama dengan komuniti penutur.



Penyusunan, Pemindaan dan Pengembangan Kamus yang Diusahakan Usaha menyusun sebuah kamus memang merupakan proses yang panjang dan berbelit-belit. Banyak keputusan tentang format dan struktur perlu ditetapkan kerana sebuah kamus bukan sekadar glosari sahaja. Pada hakikatnya sebuah kamus memuatkan maklumat tentang makna kata, tetapi juga tentang sebutan kata (fonologi), struktur kata (morfologi) dan peran kata dalam ayat (sintaksis). Malahan, lebih daripada aspek linguistiknya itu, serta informasi ensiklopedik yang sebaiknya terkandung dalam kamus. Pengguna harus tahu akan tingkat kesopanan sesuatu kata; lihat saja label tabu dalam Kamus Dewan Perdana. Mereka juga harus dimaklumi tentang sistem kepercayaan yang melandaskan sesetengah kata. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 2442), lihat sahaja definisi no. 6 dalam sublemma: menurun (bkn bomoh, pawang dsb) melakukan perbuatan berhubung dengan makhluk halus utk tujuan tertentu, dengan membaca jampi, mantera dsb, sehingga makhluk tersebut dapat memasuki badan….



Penjelasan tentang kepercayaan dan adat wajar dimasukkan dalam kamus umum ekabahasa, apa lagi kamus bahasa etnik yang dwibahasa. Dalam Kamus Batad Ifugao (Newell 1993: 713-714) tidak kurang daripada lima puluh leksem yang berkaitan dengan makhluk halus (‘spirit’). Kamus yang baik akan menyatakan maklumat juga tentang jaringan sosial masyarakat penutur bahasa tersebut. Selain aspek spritual dan sosial, kamus memuatkan rincian tentang fungsi objek dan tumbuhan serta banyak lagi ciri-ciri epistemologi komuniti penutur. Perakaman dan penyerapan pengetahuan seperti ini, walau semantik dan gramatis mahupun sosial dan spiritual, sangat memerlukan informan dan pembantu penyelidikan yang bijak dan cemerlang serta penyelidik utama yang berpengalaman baik dalam bidang Leksografi mahupun dalam ekologi budaya bahasa yang hendak dikamuskan. Menurut Collins (2012):



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 63 As Newell (1995:262) pointed out, developing definitions is problematic because of the need be “as complete as possible” but, at the same time, provide a definition that is “simple and elegant”. This inherent tension between thoroughness and simplicity is essential to critical, good lexicography. Seperti Newell (1995:262) menegaskan, mengembangkan definisi memang mencabar kerana definisi mesti selengkap mungkin, tapi pada masa yang sama definisi itu mesti sederhana dan kemas juga. Ketegangan yang tak terelakkan antara ketelitian dan kesederhanaan adalah sifat yang mesti mencirikan leksikografi yang kritis dan baik.



Kejayaan dalam hal penulisan kamus berasaskan kesedaran pekamus untuk berdialog dengan penutur bahasa yang dikaji untuk menentukan bersama makna, serta aspek sosial dan nahu. Semua kamus hendak diubah, dipinda dan diperbaiki berulang kali. Pada usia yang sudah tua, di tengah peperangan di Timur Tengah yang memusnahkan datanya, Wilkinson masih sanggup merombak kamusnya 1901 sehingga dia menerbitkan kamus (Wilkinson 1932) yang jauh lebih lengkap dan sahih. Kemudian mujur hampir seratus tahun muncullah kamus yang mengatasi usaha Wilkinson dan dikarang sesuai dengan perubahan zaman: Kamus Dewan Perdana.



Kesimpulan Dalam syarahan yang ringkas ini, hanya beberapa unsur tatakerja leksikografi yang ditinjau. Sebahagian topik itu disentuh secara umum, seperti tiga komponen definisi dan peranan focus group dalam penilaian dan pengesahan makna. Semuanya dibincangkan kerana topik seperti pengguna, sumber data, ketepatan definisi, fungsi label, dan lain-lain memang berhubungan dengan etnisiti. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang multietnik, kata panggilan sahaja sudah rumit sekali kerana melibatkan kemampuan penutur untuk mengetahui atau menduga etnisiti, umur, dan status sosial orang yang hendak disapa. Umpamanya, mungkinkah pada ruang kuliah seorang pensyarah lelaki yang separuh umur disapa oleh mahasiswa sebagai “Pak cik”? Bolehkah seorang tauke85 yang separuh umur dipanggil “Pak cik”, kalau pelanggan bertanya tentang harga barang? Ternyata bahawa di Malaysia komuniti penutur bahasa Melayu yang berasal dari pelbagai bangsa pasti cukup mafhum tentang nuansa semantik dalam kata panggilan pak cik. Dalam konteks leksikografi, kita bertanya lagi: Wajarkah aspek semantik ini disampaikan dalam definisi kamus Melayu nasional?86



64 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Penyusunan kamus melibatkan penelitian EMPIRIKAL. Maksudnya, usaha ini sebahagian daripada SAINS dan semestinya dilengkapi dengan prosedur pengumpulan data melalui pengalaman, pengamatan atau eksperimen. Akan tetapi, lebih daripada itu, penyusunan kamus mesti bersifat INDUKTIF. Jadi, penyusunan kamus mesti juga disempurnakan dengan prosedur analisis data yang saintifik yang memungkinkan tercapainya generalisasi yang juga dapat diuji. Dalam penelitian kata masukan klac, misalnya, melalui pengamatan bahan yang ada (Kamus Dewan 2005: 798) dan pengalaman (sebagai orang yang biasa memandu kereta) dihasilkan sebuah hipotesis (definisi), seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020: 1125). Kemudian, hipotesis/definisi itu diuji dengan data daripada majalah sukan memancing. Ternyata bahawa klac yang berupa sebahagian alat pancing tidak terungkap dalam definisi/ hipotesis yang hanya untuk klac yang melibatkan enjin. Seterusnya, draf entri dengan definisi tambahan yang mengambil kira joran diuji lagi melalui dialog dengan komuniti penutur. Didapati bahawa ada klac lain yang merupakan busana sehingga kata klac memerlukan dua entri yang berbeza. Menurut Darlaston-Jones (2007): The rules of scientific research state that it must be conducted systematically, sceptically, and ethically (Robson, 2002) and that it must be based on empirical data. Within the positivist paradigm this has come to mean, controlled, objective, value free (or value neutral) and able to be generalised to a broader population. However, deeper scrutiny of these rules allows for a much broader scope to scientific investigations. Peraturan penelitian saintifik menyatakan bahawa peneltian itu harus dijalankan secara sistematik dengan skeptisisme dan etika (Robson 2002) dan penelitian itu mesti berdasarkan data empirikal. Dalam paradigma positivis, peraturan ini telah membawa makna bahawa [usaha itu] terkawal, objektif, bebas nilai (atau neutral tentang nilai) dan juga dapat digeneralsasikan pada masyarakat umum. Namun, penyemakan yang mendalam tentang peraturan ini memungkinkan skop yang lebih luas untuk siasatan saintifik.



Dalam penyusunan kamus, tatakerja saintifik harus ditaati, namun dalam ilmu perkamusan prosedur itu hanya dapat disempurnakan dengan usaha menguji hipotesis (definisi) itu melalui input masyarakat penutur. Kajian saintifik memang mewajibkan verifikasi data dan ketelusan tatakerja, tetapi juga tanggungjawab yang beretika dan yang mengambil kira tanggapan semua lapisan MASYARAKAT. Usaha staf bahagian perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka wajar dihargai, malahan dipuji kerana sudah lama menerapkan segala teknologi



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 65



leksikografi terkini dan juga mengamalkan pembentukan focus group (“jawatankuasa pakar”) untuk mendiskusikan istilah, terutamanya dalam bidang Sains dan agama. Mungkin boleh dipertimbangkan “jawatankuasa” lain yang berfungsi sebagai forum interaksi antara wakil pelbagai komuniti, baik minoriti mahupun majoriti, untuk menilai entri tertentu, seperti kata sapaan, nama negara dan bangsa dan lain-lain. Bertindak dulu, jang tunggu reaksi negatif di media sosial. Mungkin ada pendekatan lain supaya kesedaran tentang etnisiti dapat disemai dalam aktiviti perkamusan. Dalam masyarakat Malaysia, kamus umum seperti Kamus Dewan Perdana merupakan khazanah nasional yang mencerminkan kompleksiti bahasa Melayu sebagai bahasa multietnik yang sudah 500 tahun muncul sebagai bahasa dunia.



Nota Hujung 1



2



3



4



5



6



7



Sejarah penyusunan dan penerbitan kamus Pigafetta sangat telus dan nyata. Pada abad keenam belas dalam jangka waktu hanya 30 tahun buku itu diterbitkan berulang kali dalam empat bahasa Eropah: Perancis (1525), Itali (1536, 1550, 1554, 1563, 1588), Inggeris (1555, 1577) dan Latin (1555). Hakikat penerbitan ini jauh berbeza dengan kosa kata Cina-Melayu yang disusun oleh Yang Lin pada tahun 1560 (Collins 2018a:20). Karya yang memang penting itu hanya diterbitkan pada abad kedua puluh, yakni pada tahun 1932 (Edwards dan Blagden 1930-1932); lihat Collins (2018a:18-22). Jelas bahawa kamus Pigafetta lebih tua baik sebagai manuskrip (1521, bukan 1560) mahupun sebagai terbitan. Kamus Pigafetta diterbitkan berulang kali sepanjang abad ke-16 (Collins 1995, 2001, 2012) sedangkan kamus Yang Lin hanya diterbitkan pada abad ke-20. Hal ini dilaporkan oleh Pigafetta (1874:115) sendiri, ketika dia menceritakan latar belakang seorang yang ditawan di lautan yang berdekatan Brunei, yakni “a son of the king of the isle of Luzon, who was captain-general of the King of Burné”. Peta ini milik The Royal Society, No. RS.18405; dipetik daripada Royal Society Picture Library, https://pictures.royalsociety.org/image-rs-18045. Sayang diberikan label yang salah: “Islands of Malacca”; rupanya mereka menafsirkan MALLVCO (Maluku) dalam Gambar 1 ini sebagai Malacca, padahal Pigafetta tidak pernah sampai di pelabuhan manapun di Semenanjung Tanah Melayu. Antaranya, buku Hartman (1993), Ibrahim (1994), Landau (1989), Béjoint (2000), Landau (2001), Jackson (2002) dan Svenson (2009) boleh dirujuk. Jika Landau (1989) dibandingkan dengan edisi keduanya (Landau 2001), ternyata banyak perubahan dalam teks, terutama dalam hubung kaitnya dengan komputer dan teknologi digital. Dalam Landau (1989:272-293) terdapat bab khusus yang membincangkan penggunaan komputer dan masa depannya dalam leksikografi. Namun, dalam Landau (2001:273-342) fokusnya berubah. Bab 6 yang bertajuk “The corpus in lexicography” merupakan bab yang paling panjang dalam bukunya. Bahasan tentang penggunaan komputer dan programnya disisipkan sana-sini dalam bab berikutnya (Bab 7) tentang “Dictionary making”. Tidak jarang juga kamus ekabahasa untuk golongan ketiga ini, yakni orang yang belajar bahasa itu sebagai bahasa asing, merupakan kamus khusus, yang mungkin ditulis dengan bahasa yang lebih mudah difahami dan jumlah entri yang berkurangan. Dalam Pendahuluan Kamus Dewan (1970:xiii) dinyatakan bahawa “Kamus ini di-maksudkan untok penggunaan umum dan penuntut2 sekolah.“. Mungkin perlu dicatat bahawa Universiti



66 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



8



9



10



11 12



13



14



15



16 17



18



19



20 21



22



23



24



Kebangsaan Malaysia, universiti pertama di Malaysia yang berasaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, menerima mahasiswa pertamanya pada pada 18 Mei 1970, yakni pada tahun penerbitan edisi sulung Kamus Dewan juga. Atau golongan kedua ini berbeza dengan golongan kedua Landau? Sasaran pengguna Kamus Dewan Perdana yang “sekunder” bukan orang belajar bahasa Melayu tetapi orang yang sudah “mahir” berbahasa Melayu. Memang Dewan Bahasa dan Pustaka sudah berjaya menerbitkan beberapa kamus khusus untuk pelajar dan penuntut, termasuk Kamus pelajar bahasa Malaysia (1987, 2015). Dalam karangannya tentang masalah pengeditan kamus ekabahasa, Barnhart (1987:161) menulis: “The publisher usually determines the audience for which he wishes to make a book.” Istilah audiens ini menyedarkan kita tentang aspek pemasaran serta populariti di kalangan pengguna. Topik idiomaticity dan leksikografi ini dibahas dengan teliti oleh Bejoint (2000:209-225). Pada sesi penggulungan Wacana Kamus 1 Oktober 2020, Pn. Nor Azizah (2020) menjelaskan bahawa pengguna kamus yang bukan penutur asli tapi mahir menggunakan bahasa Melayu “mesti faham budaya Melayu” kerana “kata terikat pada budaya”. Adakah pandangan ini mempengaruhi kaedah menulis definisi dan menerangkan ungkapan idiomatik?. Korpus DBP merupakan hasil kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1990-an; pada tahun 2018 terdapat 113 juta data mentah dalam Korpus DBP. Selain itu, staf editorial bekerjasama dengan 45 orang informan dialek daerah dan bahasa serumpun serta 45 orang pakar bidang untuk menyemak dan menambah entri lagi. Sila lihat keterangan Salmah (2020:xiii). Malay Concordance Project (MCP), projek yang berpangkalan di Australian National University, memuatkan 5.7 juta perkataan yang terdapat dalam 150 teks Melayu yang dianggap “pra-moden”. Semua bahan ini boleh diakses atas talian. Lihat http://mcp.anu.edu. au/Q/info.html. Malahan, dalam Kamus Dewan Perdana (Dewan Bahasa dan Pustaka 2020:112) sendiri, kita menjumpai ayat ini: “Teks-teks sastera Melayu biasanya bersifat anonim.” Sila lihat halaman web MCP, yakni https://mcp.anu.edu.au/Q/texts.html. Tentang riwayat hidup Nuruddin ar-Raniri ini, Teuku Iskandar (1995:409) menulis bahawa “Walaupun bukan tidak mungkin dia mempelajari bahasa Melayu di Gujarat, namun dia telah memperdalamnya di salah sebuah negeri Melayu, dan di sini pula dia menulis karya-karyanya sebelum dia berada di Aceh pada tahun 1637.” Iskandar (1995:410-420) menyenaraikan dan membahas tiga puluh karya penulis ini; sebahagiannya dalam bahasa Melayu, sebahagian dalam bahasa Arab; ada juga karya dalam kedua-dua bahasa itu. Sila semak tulisan Norhayati (2014) dkk. juga tentang karya dan pengarang abad ketujuh belas ini. Lihat juga keluaran majalah Sirip (2015) yang ditubuhkan pada Ogos 2001 oleh Pak Wong dan Halimi Abu Hanip; https://issuu.com/majalahsirip/docs/2015_07/58. Mungkin kita meragukan “kesempurnaan” ayat ini. Namun, wujudnya klac ini dalam kosakata penutur asli bahasa Melayu yang mengikuti kuliah Skmb 6083 pada bulan Mei 2019 itu sewajarnya menuntut perhatian pekamus Melayu. Mungkin perlu difikirkan dua kata masukan klac kerana ada klac yang mekanikal dan klac yang berkait dengan busana. Sayangnya, projek kamus dwibahasa itu tidak diselesaikan kerana pertukaran staf editorialnya. Hasil wawancara dengan almarhum di pejabatnya di bangunan Pustaka Antara (Kuala Lumpur) pada bulan Februari, 1969. Lihat misalnya beberapa buku, artikel dan tesis tentang dialek Melayu Baba Melaka dalam Collins (2018b:63-70). Secara ringkas, buku Chia (1980) menyajikan data tentang sastera lisan dialek ini, termasuk pantun, nyanyian anak-anak dan surat peribadi. Karya Gwee (1993) berbentuk glosari dengan ayat contoh lengakp. Diperkirakan bahawa jumlah penutur dialek Kadayan di Sarawak, Sabah dan Pulau Labuan jauh lebih banyak daripada jumlah penutur dialek Melayu Brunei di Malaysia (Collins 1983b). Di Miri ada beberap teks yang dicetak dalan dialek Melayu Kadayan ini. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:666) istilah genus dalam bidang leksikografi tidak muncul. Mungkin definisi yang terdekat terdapat dalam entri genus1 Bio; tapi definisi itu perlu diubah dari



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 67



25



26



27



28



29



30



31



32 33



34



“kategori taksonomi bagi kumpulan haiwan atau tumbuhan…” menjadi kategori taksonomi bagi kata-kata dalam bahasa manusia. Dengan rincian dan contoh, Newell (1995:273-275) membahas tiga penjelasan yang umumnya dimasukkan dalam komen, yakni Peserta, Julat aplikasi dan Tujuan/Penjelasan. Teringat kata masukan oncom, ‘sejenis tempe’ dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa 1989). Lemma oncom ini diberikan definisi yang lebih terperinci dan lebih panjang daripada definisi tempe sendiri (Collins 2012). Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila lihat, antara lain, halaman web https://www.sikhpa.com/ campaigns/sikhvaisakhi/ dan https://tanenbaum.org/wp-content/uploads/2019/01/2019-VaisakhiFact-Sheet. “Some Sikhs immediately left the function as they felt it was an affront to the community.” Sila lihat Pakatan Rakyat Perak blogspot, http://pakatanrakyat-perak.blogspot.com/ 2008/04/sikhs-upsetover-mbs-gaffe-nst.html Dalam Kamus Dewan Perdana terdapat entri Benggala dan juga Bangladesh; kedua-dua entri yang bersifat ensiklopedik ini kemas dan lengkap; pokoknya wajar dibanggakan. Namun, tidak ada entri Bangla atau Bangladeshi, walaupun kedua-dua istilah etnik ini selalu digunakan di Malaysia, mungkin sudah sejak dua dekad lalu. Sepertinya ada kecenderungan sarjana bahasa Melayu di Malaysia memilih kamus Wilkinson yang diterbitkan pada tahun 1901 sebagai kamus rujukan yang utama. Memang kamus 1901 yang sudah digantikan kamus Wilkinson (1932) itu lebih mudah dicari kerana dicetak semula di Melaka pada tahun 1985(?). Tambahan lagi, dalam versi 1901 itu, setiap kata masukan bermula dengan ejaan jawinya. Mungkin lemma bertulisan jawi dianggap lebih sahih dari huruf rumi? Tetapi yang lengkap dan sudah ditokok tambahkan adalah Wilkinson (1932). Lihat analisis Gullick (2001:3738) tentang perbezaan antara dua kamus Wilkinson itu. Kira-kira faktor yang terlibat dalam identifikasi orang Sikh sebagai orang “Benggali” terletak pada sistem dan jaringan politik penjajah. Sejak abad ke-17 pedagang dan pegawai Inggeris di Semenanjung bertolak dari Calcutta (Kolkota, Benggala), ibukota kuasa kolonial Inggeris di India sampai tahun 1911. Penjajah tidak hanya memperkenalkan komoditi dan tanaman dari Benggala (lihat Wilkinson 1932:118 untuk beberapa contoh komoditi “Bĕnggala”) tetapi juga polis dan serdadu untuk menindas rakyat dan merampas kuasa peribumi di Tanah Melayu. (Lihat Sweetenham (1948:201) tentang “Indian guard” Birch pada tahun 1875: “eighty Pathans, Sikhs and Punjabis”.) Pada awal 1870-an “James Speedy … membawa 95 orang Sikh, Pathan dan Punjabi-Muslim” ke Perak untuk menguasai lombong timah di Larut. “Antara tahun 1884 hingga 1896, Pasukan Sikh Perak berjaya memerangi jenayah … di Tanah Melayu termasuk mengambil bahagian dalam peperangan di Pahang dalam tahun 1889 hingga 1894” (Jasbindar 2019). Peranan polis Sikh untuk mematahkan pemberontakan antikolonial di Pahang pada tahun 1894 dilaporkan dengan angka yang terperinci: “Di Kuala Tembeling… 90 anggota polis Sikh…di Kuala Lipis pula 84 anggota Sikh… 25 anggota polis Sikh di Temerloh” (Chandran (1972:33). Cerita “Tok Sik, Mata Sik” yang meriwayatkan pertempuran antara pahlawan Melayu dengan mata-mata (polis) Sikh hidup dalam sastera lisan Kuala Medang di Hulu Jelai, Pahang (Pencerita Mariam, dirakam dan ditranskripsi di Kuala Medang, 17 Mac 1987). Sila lihat diskusi etnisiti dan leksikografi dalam Melnyk, N. et al. (2021). Definisi lemma ini dalam Kamus Dewan edisi pertama (Iskandar 1970:496): “orang yg berasal dr selatan negeri India” mungkin lebih jelas tentang warga yang dimaksudkan, tapi tidak ada tanda atau label tabu. Kamus Dewan (2005) memilih strategi penghapusan definisi yang kontroversial. Tetapi tugas pekamus bukan sahaja mendokumentasikan bahasa tetapi juga mendidik pengguna bahasa (Stein (1987:ix). Sewajarnya orang yang tidak beketurunan India selatan mengerti bahawa penggunaan istilah keling menyinggung komuniti itu. Dalam hal ini, Kamus Dewan Perdana (2020:1024) berjaya memegang amanah sebagai sumber pendidikan kerana makna yang ofensif tidak dihapuskan, tetap ditemukan dalam definsi Keling tapi dilabel tabu.agar orang umum faham.



68 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat 35



36



37



38 39



40



41



42



43



44 45 46



47



48



49



50



51



52



53



54



Gujarat sebagai nama golongan etnik tidak muncul dalam Kamus Dewan Perdana. Padahal, istilah Gujarat terdapat dalam buku Iskandar (1995) dan puluhan sumber di internet, termasuk halaman web Astrowani dan artikel dari jurnal SARI (terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia). Mengapa tidak ditakrifkan? Ong (1983/1984:189-191) juga membahas kebingungan wanita Cina ketika ia disapa sebagai tangkaci ‘adik perempuan’ oleh nenek Tamil. Menurut The World Bank (2021) pada tahun 2019 77% penduduk Malaysia tinggal di kawasan urban. Istilah kekeluargaan akan disentuk di bawah.. Dengan isitilah mamak, wanita Thai ini merujuk kepada bapa saudaranya sendiri. Menurut Wilkinson (1932:98), mamak bermakna “maternal uncle” (bapa saudara ibu). Dalam kajian Ong, pasangan yang dirakam ini adalah pasangan suami Sikh dan isteri Tamil. Mereka “berkomunikasi dengan menggunakan BMP [bahasa Melayu pijin] selama berpuluhpuluh tahun …” Anak-anak mereka ‘diajar bahasa Tamil oelh ibu dan bahasa Punjabi oleh bapa mereka” (Ong 1983/1984:186). Istilah mami ini dipetik dari dialog antara suami (yang berbahasa Panjabi sebagai bahasa ibunda) dengan isteri (yang berbahasa Tamil sebagai bahasa ibunda). Yang bercakap dalam petikan ini isteri. Mungkin dia sengaja menggunakan istilah mami yang berasal dari bahasa Hindi kerana sudah terbiasa dengan suaminya? Lihat catatan kaki 32 di atas. Istilah Jawipekan dianggap sama dengan Jawiperanakan.; lihat definisi sublemma Jawiperanakan dalam entri jawi (Wilkinson 1932:452). Saya berterima kasih kepada Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff yang sudi mencadangkan agar saya menyemak istilah mamu ini. Lihat entri dukun (Wilkinson 1932:289) tentang “herbalist” dan “practicing native medicine”. Lihat juga . Ong (1983/1984: 178): /ey bayi apa lama lu/ ‘Ei, Bai, apa nama lu?’. Pelambangan foketik untuk sebutan bai sedikit berbeza. Harus diakui bahawa sekali-sekala dalam halaman web dan Facebook dapat ditemukan penggunaan panggilan bai yang menyimpang daripada kebiasaan ini. Misalnya, dalam https://www.facebook. com/110910657067789/posts/247115883447265/ ditemukan pernyataan ini: “Bai roti ini adalah India Muslim yang datang dari India yang mempunyai anak-anak dan isteri di India sana. Orang kampung panggil dia Bai.” Sebenarnya penutur tiga “bahasa” ini saling faham, walaupun mungkin ortografi dan beberapa leksem berbeza. Memang orang Tamil adalah orang India, tetapi bukan semua orang India orang Tamil. Definisi apapun seharusnya jelas dan tepat. Mungkinkah achi’ Minangkabagu ini berkaitan dengan seperti mak cik atau kak cik? Dalam Wilkinson (1932) bahawa seratus tahun lalu sudah ada tanda yang membayankan bahawa dua entri ini mulai dianggap kata yang sama kerana saling merujuk dalam entri masing-masing. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:8) terdapat entri acik yang tampil dengan empat definisi sebahagiannya ditandakan sebagai Mn, sebahagiannya tidak. Tidak seperti kamus Wilkinson, dalam Kamus Dewan Perdana entri aci4 dan acik tidak saling merujuk. Adakah ini bermakna kata aunty (anti) belum lazin digunakan dalam bahasa Melayu pada zaman itu? “aunt 1. The sister of one’s father or mother. 2. The wife of one’s uncle.” yang bermakna 1. adik perempuan atau kakak bapa atau emak sso. 2. isteri bapa saudara sso. Sila lihat https://carigold.com/forum/threads/terima-kasih-uncle-kerana-kehabisanminyak.697263/. Seperti penulis itu juga, saya menduga bahawa pemandu itu orang Cina kerana ada foto dalam posting itu. Pemilihan kata sapaan tergantung pada ciri-ciri visual dan lain-lain yang diperhatikan. Demikian juga, dianggap wanita dalam laporan ini adalah penurur asli bahasa Melayu kerana namanya dan juga fotonya. Kata runner ini belum dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana. Sepertinya istilah ini (yang



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 69



55



56



57



58



59 60



61



62 63



64



65



66



67



68



tidak bermakna ‘pelari’) sudah lama digunakan dalam teks Melayu di web pada abad ke-21, tetapi, nampaknya sejak PKP dikuatkuasakan, perkhidmatan ini semakin diminati ramai. Sila cari frasa “runner kerana” melalui enjin carian Google. Petikan ini merupakan sebahagian teks dalam laporan yang didapati dalam halaman web https:// www.news.allmhi.com/2020/04/19/saya-ikhlas-bantu-uncle-tak-sangka-dia-peluk-islam/. Runner yang ikhlas ini dianggap penutur asli bahasa Melayu kerana nama dan wajahnya seperti orang Melayu; begitu juga foto uncle dalam berita ini dilengkapi nama resminya sehingga boleh diperkirakan orang Cina. Sila baca https://salam.my/uncle-auntie-cina-ini-peluk-islam-kerana-anaknya-puncanya-buatramai-terharu/. Nama penulis laporan ini hanya “admin salam.my”—tapi mungkin penutur asli bahasa Melayu juga. Nama lengkap aunty dan uncle Cina itu diturunkan dalam laporannya. Tidak dijelaskan bandar atau pekan yang merupakan tempat tinggal mereka, tapi mereka mengucap syahadah di Shah Alam, Selangor. Dalam Wilkinson (1932:89), istilah batak diurus seperti jakun dalam Kamus Dewan Perdana. Terdapat dua entri. Kata Batak (huruf besar) ditakrifkan sebagai kaum etnik tetapi batak (huruf kecil) diterjemahkan ‘tramp’ (gelandangan) dan membatak “to plunder, to rob’ (merampas, merampok). Hubungan antara dua entri ini tersirat dengan rujuk silang dalam teks Wilkinson. Nampaknya dalam Kamus Dewan Perdana (2020:217) batak didiurus dengan dua entri seperti dua entri Wilkinson tapi tidak ada saling catatan saling merujuk. Lihat juga Jackson (2002:170-171) tentang pentingnya pedoman untuk menjamin keseragaman penulisan dan format. Lihat bahasan Pullum (2016) ntentang isu ini dan perkamusan bahasa Inggeris. Sudah ada bantahan tentang entri sepet yang dapat dicari dalam Kamus Dewan (2005:1460). Lihat https://www.malaymail.com/news/opinion/2021/03/24/when-was-it-dbps-job-to-make-excusesfor-racism/1960483, 24 Mac 2021. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:2059) ayat contoh dalam entri sepet itu sudah digantikan, tapi entri Cina pula ditambahkan pula dengan mata sepet seperti di atas Kebanyakan penutur bahasa Ifugao dalam pelbagai dialeknya tinggal di daerah pegunungan di pedalaman Luzon, lebih kurang 350-400 km dari Manila. Lihat karya Conklin (1980). Maksudnya, “sistematik, tidak preskriptif dan peka kepada [nuansa] semantik dengan cara baru.” Lihat sahaja ringkasan Kroskrity (2015:140): “…[T]he dictionary projects of major nation-states and minority and/or indigenous languages often differ dramatically in their scale and scope.” Projek perkamusan negara besar dan projek kamus bahasa minority dan/atau asli sering berbeza dari skala dan cakupan. Dalam Kata Pengantar Kamus Dewan nama kesemua staf editorial yang hanya sembilan orang itu dirakam oleh Iskandar (1970:xi). Kalau senarai itu dibaca sekarang seperti Who’s who dalam bidang bahasa dan sastera Malaysia. Sengaja memilih komuniti warisan sebagai terjemahan tribe. Karangan Hinton dan Weigel, seperti semua esei dalam buku Frawley dkk. (2002), ditulis dalam konteks komuniti peribumi di Amerika Utara. Kalau tribe diterjemahkan suku atau kaum rasanya kurang tepat dan mungkin mengelirukan. Bahasa Asilulu merupakan bahasa minoriti yang hanya dituturkan di tiga buah kampung di pantai utara Pulau Ambon di Maluku, Indonesia (Collins 2018c). Semasa kamus Asilulu-Inggeris (Collins 2007b) dilancarkan di kota Ambon, sudah diumumkan bahawa usaha itu akan diteruskan dengan kamus Asilulu-Bahasa Indonesia. Tetapi sampai sekarang belum dikerjakan mungkin kerana pada tahap perencanaan versi bahasa Indonesia tidak dibincangkan. Bahasa Semai, salah satu bahasa Austroasiatik (serumpun dengan bahasa Khmer), dituturkan di Malaysia oleh 42,383 orang; kebanyakan anggota komuniti ini tinggal di Perak dan Pahang (Philips 2013:1-2). GPS adalah sistem jaringan satelit yang diguna pakai untuk menentukan sesuatu lokasi secara hakiki pada muka bumi (Collins (2002b). Maklumat itu boleh dimasukkan dalam GIS untuk



70 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



69



70



71



72



73



74



75



76 77



78



79



80



81



82



83



84



85



86



memperoleh gambaran yang lebih luas tentang geografi dan sosioekonomi.. Dilaporkan bahawa sekarang sudah tidak ada penutur bahasa Naka’ela lagi; sila lihat Collins (2021b:157). Beberapa tahun lalu, dalam projek bahasa etnik di Kalimantan Barat, Indonesia, diadakan pertemuan dengan ahli komuniti bahasa itu untuk menerangkan projek dan mencari input masyarakat. Tugas memilih orang yang diundang diserahkan kepada ketua kampung tersebut. Dalam pertemuan dengan lebih kurang dua puluh orang, seorang wanita separuh umur berdiri dan membantah kerana hanya dua orang Wanita yang diundang untuk mengikuti pertemuan itu, sedangkan kaum ibu yang biasanya menurunkan bahasa etnik kepada anaknya. Justeru kerana tidak diadakan rundingan antara pimpinan projek dengan ketua kampung tentang senarai undangan, terjadi kesilapan dalam usaha interaksi dengan komuniti penutur. Collins (2012) membahas sedikit aspek stilistika dan kosa kata khusus yang dimiliki bersama dalam teks sms yang dikirim remaja dari beberapa pelosok di Indonesia pada tahun 2008. Tentu sahaja terdapat penutur bahasa Melayu di Thailand, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain. Di sini tidak dimaksudkan melakukan sensus penutur bahasa Melayu. Tujuannya hanya bertujuan memberikan bayangan tentang jumlah penutur dan interaksi mereka dengan dunia media sosial. Mungkin boleh diandaikan bahawa sebahagian besar pengguna Facebook adalah generasi muda. Di Malaysia 43.43% penduduk di bawah umur 25 tahun; di Indonesia 40.50%. Sila lihat https:// www.indexmundi.com Terjemahannya: Literasi zaman ini memang elektronik dan geografinya rumit dan rencam dengan jangkauan yang luas. Sebagai contoh kompleksiti yang bertindan-tindan itu, sila ihat tulisan Karim dan Maslida (2015) tentang citra bahasa Jawa dalam Whastapp di Malaysia. Atas beberapa pertimbangan, untuk keperluan sesuatu projek penelitian lebih baik membeli alat perakam khusus daripada merakam dengan telefon bimbit. Bahasa Lun Bawang adalah bahasa minoriti yang dituturkan di bahagian timur Sarawak. Bahasa Benawas dituturkan oleh lebih kurang seribu orang di Kalimantan Barat, Indonesia (Collins (2021a). Saya mengucapkan terima kasih kepada Haji Achmad Mahulette yang sudi menyampaikan maklumat itu dalam banyak sesi. Seperti bahasa lain, bahasa minoriti etnik, berubah dan berkembang. Perlu diperlihatkan bahawa bahasa etnik bukan artefak muzium tetapi sebahagian daripada jaringan budaya sekarang juga. Sebaiknya jumlah peserta dalam sesuatu dialog yang dirakam tidak melebihi tiga orang supaya proses perakaman tidak terganggu dengan suara yang bertindihan dan berlapis sehingga data yang hendak ditranskripsi susah didengar dengan jelas. Pada awal tahun 1984, dalam usaha penyusunan kamus bahasa Indonesia-Inggeris (Collins dan Wolff 1989), mungkin buat pertama kali pekamus bahasa Indonesia atau bahasa Melayu memanfaatkan konkordans teks. Prof. R. Hendon (Yale University) mengizinkan kami menggunakan konkordans yang dihasilkannya sendiri dengan gabungan data dari 20 buah novel Indonesia (Collins dan Wolff 1989: vii-viii). Impaknya pada beberapa aspek kamus itu memang luar biasa (Collins 2012). Terjemahannya: turung 1) pindah dari tempat yang tinggi ke tempat yang lebih rendah 2) menyelesiakna suatu tuhas yang mulia (misalnya, belajar mengaji) dan kembali ke dunia fana. Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:2441) terdapat 17 definisi untuk kata masukan turun! Namun, definisi kedua dalam bahasa Bacan tidak terdapat dalam 17 definsi itu. Namun, ditemukan frasa turun haji. Mungkin nuansa semantiknya mungkin sesuai untuk definisi kedua dalam kamus Bacan. Mungkinkah dialek Melayu Brunei atau dialek Melayu Berau (Kalimantan Utara, Indonesia) memperlihatkan bentuk seperti ini? Dalam Kamus Dewan Perdana (2020:2271) “tauke…1. tuan punya kedai…, terutamanya yang berbangsa Cina.” Sila semak kata masukan pak cik dalam Kamus Dewan Perdana (2020:1583).



Rujukan Abdul-Rahman bin Ya’kub, Dato’ Haji. 1970. Kata penghargaan. Dalam Kamus Dewan, disusun oleh Teuku Iskandar, Hlm. V. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Barnhart, C.L. 1987. Problems in editing commercial monolingual dictionaries. In Problems in Lexicography. Edited by F.W. Householder dan S. Saporta, Hlm.161-181. Indiana University. Basrim bin Ngah Aching (Penyusun). 2007. Kamus Engroq Semay-Engroq Malaysia. Kamus bahasa Semai—bahasa Malaysia. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu. Bausani, A. (Ed.). 1972. L’Indonesia nella relazione di viaggio di Antonio Pigafetta (con traduzione in indonesiano di F. Soenoto Rival) Relazioni di Italiani in Indonesia 2. Roma: Istituto Italiano per il medio ed estremo Oriente. Centro Italiano di Cultura, Djakarta. Béjoint, H. 2000. Modern Lexicography: An Introduction. Oxford: Oxford University Press. Brewer, C. 2000. OED sources. In Lexicography and the OED: Pioneers in the Untrodden Forest. Diedit oleh Lynda Mugglestone. Hlm. 40-58. Oxford: Oxford University Press. Burkill, I.H. 1966. A Dictionary of the Economic Products of the Malay Peninsula. Kuala Lumpur: Ministry of Agriculture and Co-operatives, Malaysia. Callaghan.t C.A. 2002. Writing a user-friendly dictionary. In Making Dictionaries: Preserving Indigenous Languages of the Americas, Hlm 312-321. Berkeley, London: University of California Press. Chalmers, William. 1861. A Vocabulary of English, Malay, and Sarawak Dayaks. Canterbury: St. Augustine’s College Press. Chandran, J. 1972. Jatuhnya kubu Jeram Ampai pada 1894: Suatu peristiwa penting dalam sejarah Pahang. Malaysia dari segi sejarah 7: 29-38. Chia, F. 1980. The Babas. Singapore: Times Books International. Chong Shin. 2017. An Interim Report on Attitudes towards Language Choice and Ethnicity: Multigenerational Divergence and Rapprochement. Tokyo: The Toyota Foundation. Cense, A.A. and E.M. Uhlenbeck. 1958. Critical Survey on the Languages of Borneo. ‘s-Gravenhage: Martinus Nijhoff. Collins, James T. 1983a. Penggolongan bahasa Bacan. Nusantara 10: 86-125. Collins, James T. 1983b. Kedayan Wordlist, Kampung Pantai, Labuan (2 Oktober 1983). Naskhah.



72 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Collins, James T. 1989. Malay dialect research in Malaysia: The issue of perspective. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 145:235-264. Collins, James T. 1995. Kamus Melayu Eropah Pertama. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jilid 2, 1080-1081. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins, James T. 2000. Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang. Dewan Bahasa 44:2-17. Collins, James T. 2001. Kamus Melayu dan ilmu perkamusan. Dewan Bahasa 1(12):22-30. Collins, James T. 2002a. Lexicography and the OED. Pioneers in the untrodden forest: Dari sudut pandangan leksikografi dan perspektif sejarah linguistik. Dewan Bahasa 2(3):20-27. Collins, James T. 2002b. Atlas dialek Melayu di Nusantara dan Asia Tenggara: Projek AMANAT ATMA. Naskhah. Collins, James T. 2007a. Penghayatan Ilmu Linguistik Melalui Pemetaan Dialek Melayu SeAlam Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Collins, James T.2007b. Asilulu-English Dictionary. NUSA Volumes 51-52. Jakarta: Badan Penyelenggara Seri NUSA, Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya. Collins, James T. 2011a. Report: Online Multimedia Learner’s Dictionary of Malay. US Department of Education, Naskhah. Collins, James T. 2012. Indonesian dictionaries and the on-line profile of Indonesian. Jurnal Linguistik Indonesia 30(2):113-128. Collins, James T. 2013. On Malay Manuscripts: Lessons from the Seventeenth Century. Siri Kertas Kajian Etnik UKM, 25. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Collins, James T. 2018a. Malay: World Language: A Short History. Third, revised edition. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins, James T. 2018b. Bibliografi Dialek Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins, James T. 2018c. Penelitian Bahasa di Maluku. Ambon: Kantor Bahasa. Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Collins, James T. 2021a. Keberagaman Bahasa dan Etnisitas di Kalimantan Barat. Pontianak: Indonesia Melestarikan Bahasa Ibu. Collins, James T. 2021b. Culture is a shadow, language as a shade: Fragments of a dead language, Naka’ela. Wacana. Jurnal Ilmu Pengetahuan Budaya 22:152-181. Collins, James T. 2021c. Wawasan kajian dialek Melayu. 3 Jun 2021. Bicara Tokoh, Anjuran Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 73



Collins, James T. Akan terbit. Bacan-English Dictionary. NUSA. Jakarta: Badan Penyelenggara Seri NUSA, Universitas Katolik Indonesia Atma Jaya. Collins, James T. dan J. U. Wolff. (Ed.). 1989. Echols and Shadily IndonesianEnglish Dictionary, Third Edition. Ithaca: Cornell University Press. Conklin, Harold J. 1980. Ethnographic Atlas of Ifugao: A Study of Environment, Culture and Society in Northern Luzon. New Haven and London: Yale University Press. Conklin, Harold J. 1993. Foreword. Dalam L. E. Newell, Batad Ifugao Dictionary with Ethnographic Notes. Hlm.xi-xiv. Manila: Linguistic Society of the Philippines. Connell, B. 1998. Lexicography, linguistics, and minority languages. Journal of the Anthropological Society of Oxford 29(3): 231-242. Darlaston-Jones, D. 2007. Making connections: The relationship between epistemology and research methods. The Australian Community Psychologist 19(1):19-27. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Kamus Dewan. (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan. (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2015. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2020. Kamus Dewan Perdana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Komunikasi Korporat. 2021. Penjelasan berhubung dengan isu takrif kata tambi dalam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. https://www.facebook.com/DBPMalaysia/photos/pcb.5151674491 570144/5151674218236838 Frawley, W, K.C. Hill dan P. Munro. 2002. Making a dictionary. Dalam Making Dictionaries: Preserving Indigenous Languages of the Americas, Hlm 1-22. Berkeley, London: University of California Press. Gullick, J.M. 2001. Richard James Wilkinson (1867-1941): A man of parts. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 74(1):19-42. Gupta, A. 2021. Definitions. In The Stanford Encyclopedia of Philosophy, edited by oleh E. N. Zalta. https://plato.stanford.edu/archives/sum2021/entries/ definitions/ Gwee Thian Hock, W. 1993. Mas Sepuluh: Baba Conversational Gems. Singapore: Armour Publishing. Hartmann, R.R.K. (Pnytg.). 1993. Leksikografl: Prinsip dan Amalan. Zainab Ahmad (Penterjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



74 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Hinton, L. dan E. F. Weigel. 2002. A dictionary for whom? Tensions between academic and nonacademic functions of bilingual dictionaries. In Making Dictionaries: Preserving Indigenous Languages of the Americas, edited by oleh Frawley dkk. Hlm 155-170. Berkeley, London: University of California Press. Ibrahim Ahmad. 1994. Perkamusan Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad. 1998. Antara kamus umum dengan kamus khusus: Suatu perbandingan. Jurnal Dewan Bahasa 42(1):4-11. Iskandar, Teuku (Penyunting). 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Iskandar, Teuku. 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Brunei: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam. Ito, Takesihi. 1978. Why did Nuruddin Ar-Raniri leave Aceh ini 1054 A.H.? Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 134:489-491. Jackson, H. 2002. Lexicography: An Introduction. London, New York: Routledge. Jasbindar, Freddie Aziz 2019. Sejarah penghijrahan orang Sikh melalui negeri Perak. https://www.orangperak.com/sejarah-penghijrahan-orang-sikhmelalui-negeri-perak.html JHEOA. 2001. Padanan Bahasa Melayu Semai Temiar. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Johnson, S. 1755. A dictionary of the English language. London: W. Strahan. [Kamus Besar]. 2016. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Karim Harun dan Maslida Yusof. 2015. Komunikasi bahasa Melayu-Jawa dalam media social. Jurnal Komunikasi 31(2): 617-629. Knowles, E. 2000. Making the OED: Readers and editors, a critical survey. In Lexicography and the OED: Pioneers in the Untrodden Forest.Edited by Lynda Mugglestone, Hlm. 22-39. Oxford: Oxford University Press. Kroskrity, P.V. 2015. Designing a dictionary for an endangered language community: Lexicographical deliberations, language ideological clarifications. Language Documentation & Conservation 9:140-157. Kumar, S. Nantha. 2021. Aktivis masyakat India kecam DBP isu definisi ‘tambi’. https://www.malaysiakini.com/news/567498 Landau, Sidney I. 1989. Dictionaries: The Art and Craft of Lexicography. Cambridge: Cambridge University Press. Landau, Sidney I. 2001. Dictionaries: The Art and Craft of Lexicography. (Second edition.) Cambridge: Cambridge University Press. Masittah, Raja Ariffin, Raja. 1998. Teuku Iskandar. Dewan Bahasa 42:181-185. Melnyk, N. et al. 2021. Representation of ethnicity in lexicographic discourse. Rupkatha Journal on Interdisciplinary Studies in Humanities 13(1):1-18.



Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat / 75



Merriam-Webster Dictionary. 2021. Dragon fruit. Mosel, U. 2011. Lexicography in endangered language communities. In The Cambridge Handbook of Endangered Languages. Edited by P. Austin dan J. Sallabank, Hlm. 337-353. Cambridge: Cambridge University Pres. Murphy, M.L. 1997. Afrikaans, American and British models for South African English lexicography: Racial label usage· Lexikos 7: 153-164. Newell, Leonard E. 1958. Ifugao Vocabulary. Manila: Summer Institute of Linguistics and Institute of National Language. Newell, Leonard E. 1968. A Batad Ifugao Vocabulary. HRAFLEX Book OA19001. New Haven: Human Relations Area File, Inc. Newell, Leonard E. 1993. Batad Ifugao Dictionary with Ethnographic Notes. Manila: Linguistic Society of the Philippines. Newell, Leonard E. 1995. Handbook on Lexicography for Philippine and other Languages. Manila: Linguistic Society of the Philippines. Nor Azizah Abu Bakar. 2020. Korpus dan konkordans. Dalam Wacana Perkamusan “Kamus Dewan Perdana: Khazanah Unggul Bangsa” 1 Oktober 2020. https:// www.youtube.com/watch?v=KC_Yba0p0nc Noresah Baharom. 2005. Pendahuluan Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam Kamus Dewan. Edisi Keempat, hlm. xv-xviii. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhayati Haji Hamzah, Arba’iyah Mohd Noor dan T. Denisova. 2014. The book of Bustan al-Salatin by Nur al-Din al-Raniri as historical text: The structure and purpose of writing. Jurnal al-Tamaddun 9(2):29-44. OED. 1971. The Compact Edition of the Oxford English Dictionary. Complete Text Reproduced Micrographically. Volume 1. Oxford: Oxford University Press. Ong Joon Gim. 1983/1984. Bahasa Melayu pijin: Tinjauan sosiolinguistik di Kamunting, Perak dan Muar, Johor. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peh See King. 1981/1982. Bahasa Melayu pijin di Kampung Bahru, Sitiawan: Satu kajian sosiolinguistik. Latihan ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Phillips, T.C. 2013. Linguistic Comparison of Semai Dialects. SIL International: SIL Electronic Survey Report 2013-010, July 2013. Pigafetta, A. 1801. Premier Voyage Au Tour Du Monde. Paris: H. Jansen. Pigafetta, A. 1874. The First Voyage Round the World by Magellan. Terjemahan Lord Stanley of Alderley. London: Hakluyt Society. Pullum, G.K.. 2016. Slurs and obscenities: Lexicography, semantics, and philosophy. Draf. http://www.lel.ed.ac.uk/~gpullum/slurs_and_obscenities.pdf Random House. 1987. The Random House Dictionary of the English Language. (Second edition. Unabridged.) Edited by S.B. Flexner. New York: Random House.



76 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



Reid, T. R. 1987. Brave new words: A dictionary for today. Washington Post November 8, 1987. https://www.washingtonpost.com/archive/entertainment/ books/ 1987/11/08/brave-new-words-a-dictionary-for-today/478f8203-cd394f8c-9833-9283ffc49369/ Sallehuddin bin Abg Shokeran, Datuk. 2020. Kata pengantar. Dalam Kamus Dewan Perdana, hlm. xiii-xix. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salmah Jabbar. 1999. Kelingkaran makna dalam kamus: Satu analisis semantik dan pragmatik. Tesis sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Salmah Jabbar. 2020. Pendahuluan. Dalam Kamus Dewan Perdana, hlm. xiii-xix. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soriente, Antonia. 2005. Orthographic Negotiations in Two Kenyah Languages in East Kalimantan. Naskhah. Stein, J. 1987. Preface to the first edition. In The Random House Dictionary of the English Language. (Second edition. Unabridged.) Edited by oleh S.B. Flexner. Hlm. x-xi. New York: Random House. Svenson, B. 2009. A Handbook of Lexicography: The Theory and Practice of Dictionary-Making. Cambridge, New York: Cambridge University Press. Sweetenham, F. 1948. British Malaya: An Account of the Origin and Progress of British Influence in Malaya. London: George Allen and Unwin Ltd. Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1989. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Cetakan kedua. Jakarta: Balai Pustaka. Vega, Marilina and Grace Tan. 2005. Some aspects of Bidayuh adjectives, In Proceedings. The Languages and Literatures of Western Borneo: 144 years of research, edited by Collins, James T. and Hermansyah, hlm. 159-177. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu. Weinreich, Uriel. 1967. Lexicographic definition in descriptive semantics. In Problems in Lexicography, edited by F. W. Householder and S. Saporta, hlm. 25-44. Bloomington: Indiana University. Wilfred Yussin. 1992. Daftar Kata Bahasa Malaysia-Dialek Bisaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wilkinson, R.J. 1901. A Malay-English Dictionary. Singapore. Wilkinson, R.J. 1932. A Malay-English Dictionary. (Romanized.) Mytilene. Wilkinson, R.J. (n.d.) A Malay-English Dictionary. (Romanized). Tokyo: Daitoa Syuppan Kabusiki Kaisya. World Bank. 2021. Urban population (% of total population — Malaysia. https:// data.worldbank.org/indicator/SP.URB.TOTL.IN.ZS?locations=MY Zainal Abidin Merjan. 1992. Daftar Kata Bahasa Malaysia-Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Indeks achi 38, 68 ahli linguistik 13-14, 48, 51, 59 A Malay-English dictionary 40 aunt 35, 38-40, 68 Bacan-English dictionary 60 bahasa Arab 39, 66 Asilulu 8, 10, 26, 69 Bacan 9-10, 52, 61, 70 Benawas 70 Hindi 35-37, 68 Inggeris 17-18, 22-23, 26, 28, 3940, 51, 55-57, 69 Itali 23 Khmer 69 Latin 7 Makassar 23 minoriti 13, 46-47, 50-55, 58-59, 62, 69-70 Naka’ela 53, 70 Perancis 7 Poland 23 Panjabi 33-34, 36-37, 68 Punjabi 29, 68 Rusia 23 Semai 52 Temiar 60 Urdu 29, 37 yang hendak dikamuskan 52, 54 Yunani 7 bai 34, 36-68 bangsa Jerman 45 Korea 45 Benggali 29-31, 37, 67



Cambridge Dictionary 39-40 Cina 33-34, 36, 39-41, 45, 65, 68-70 ciri pembeza 24, 29 definisi 14-15, 17, 20-22, 24-26, 2833, 35-42, 44-46, 51, 60-64, 6668, 70 Dewan Bahasa dan Pustaka 8, 16, 20, 22-23, 30, 32, 41-42, 45, 48, 60, 64, 66 dictionary 15, 50, 65, 69 differentia 24 durian 25-26, 28-29 ekologi bahasa 49, 55 empirikal 7-9, 11, 30, 41, 64 entri 8, 15, 17, 19-20, 24-26, 28, 3032, 35-42, 44-46, 51, 56-58, 60, 64-69 etnisiti 12, 14, 24, 29, 33-34, 36, 3940, 45, 55, 63, 65, 67 focus group 8, 19, 21, 30, 44, 49, 63, 65 fonologi 53, 58-59, 62 genus 24, 26, 28-29, 66 glosari 36, 60, 62, 66 tribahasa 60 golongan etnik 12, 29-33,41-43, 47, 55 Gujarat 19, 33, 66, 68 Indonesian-English dictionary 8 Inggeris 7, 17-18, 22-23, 26, 28, 3940, 45, 51, 55-57, 65, 67, 69-70



78 / Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat



jakun 42-44, 69 kamus 7-9, 11-20, 22-25, 28-35, 3738, 40-60, 62-70 bahasa minoriti 13, 46-47, 50-53, 55, 58, 62 bahasa nasional 13-15, 17, 46-47 Dewan 7-8, 10, 15-20, 22-23, 2526, 28, 30-45, 47-50, 61-70 Dewan Perdana 8-9, 16, 17, 1923, 25, 28, 30-47, 61-70 dwibahasa 13, 46, 51, 66 ekabahasa 7, 14-16, 23, 31, 65-66 Melayu dwibahasa 30 Melayu ekabahasa 8, 13, 15 Pelajar 32, 38 kera 24-25, 29, 59 klac 20-22, 64, 66 komen 24, 26, 29 komunikasi 17, 52, 55, 59 leksikografi 8-9, 13-15, 24, 43, 46-47, 49, 56, 61-63, 65-67 linguistik 9, 13-15, 21, 47-48, 51, 59 mama 35-36 mamak 34-35, 68 mami 34-36, 68 mamu 36, 68 masyarakat 12-17, 25, 29, 33, 44, 47, 50-51, 54, 59, 62-65 Meriam Webster Dictionary 27 metode perkamusan 13 morfologi 53, 58, 60, 62 Online Multimedia Learners’ Dictionary of Malay 9, 22 orang Cina 33, 68-69 Tamil 33-34, 68 Oxford English Dictionary 18



pasaran 13, 17 pemindaan 62 pengembangan 60, 62, 67 pengguna 13-14, 16-17, 22, 24-25, 31, 42, 45-46, 50-52, 63, 66-67, 70 kamus 15 penggunaan 16-17, 19, 22, 32-35, 3738, 40-44, 48, 50-, 55, 58, 60, 6568 pengumpulan bahan rakaman 56 penutur bahasa 10, 13, 22, 33, 40, 42-43, 48, 51, 53-59, 62-63, 69-70 bukan Melayu 34 penyusunan 62, 64 kamus 8, 11, 13-14, 22-23, 46-47, 49-50, 52-53, 55, 64, 70 projek perkamusan 8-9, 15, 22, 48, 5354 rakaman 8, 33-34, 36, 56, 58 Random House Dictionary 17, 28, 3940 sains 7-9, 17, 64-65 saintifik 7, 13, 25, 64 sakai 41-44 sejarah perkamusan Melayu 11-12 semantik 13-14, 21, 24, 36, 41, 46-47, 56, 62-63, 69 Sikh 29-31, 33-34, 36-37, 45-46, 67 sumber 14-15, 18-20, 22, 41-42, 44, 46-50, 53-54, 57, 63, 67-68 data kamus 15 tambi 32-34, 37-38 tangkaci 34, 38, 68 teori leksikografi 8, 13 semantik 14, 47 uncle 35, 40-41, 68-69



pakar 8-9, 44, 49, 57, 65-66