Karangan Banjir [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Perenggan Pendahuluan Masalah banjir kilat bukan satu fenomena baharu bagi rakyat Malaysia. Masalah banjir kerap melanda banyak kawasan seperti di Kelantan dan Terengganu. Berita tentang kejadian banjir kilat sering menjadi tajuk utama atau dipaparkan pada muka depan sama ada di media massa atau media elektronik. Malahan sejak akhir-akhir ini kejadian banjir kilat sering menjadi perbualan hangat sama ada di meja persidangan, di parlimen atau diwarung-warung kopi. Bak kata pepatah “jika tiada angin masakan pokok bergoyang.”



\ Sebagai contoh, akhbar Berita Harian telah memaparkan berita tentang Banjir Kilat yang melanda Kuala Lumpur sedalam 1.8 meter pada hari Ahad, 10 Jun 2007 , yang berlaku dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 2 jam akibat hujan lebat,. Sebagaimana yang kita ketahui, banjir kilat yang berlaku bukan sahaja merosakkan harta benda malahan akan melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Oleh hal yang demikian saya berpendapat bahawa segala punca yang menyebabkan banjir kilat perlu dihuraikan bagi mengambil langkah menanganinya secara drastik. 124 perkataan Perenggan Isi Projek pembangunan yang tidak terancang menjadi punca utama berlakunnya banjir kilat di negara kita. Hal ini kerana apabila sesuatu projek pembangunan akan dilaksanakan, sudah tentu berlaku penebangan hutan atau pokok-pokok. Kawasan yang telah diteroka akan menyebabkan hakisan tanah dan hal ini memudahkan berlakunya banjir kilat yang membawa bersamanya kandungan lumpur dari kawasan penebangan tadi. Sebagai contoh, Bandaraya Kuala Lumpur sering dilanda banjir kilat akibat pembangunan yang begitu pesat dan tidak terancang. Pembangunan yang pesat akan menyebabkan banjir kilat dan seterusnya menimbulkan banyak masalah sama kepada masyarakat dan negara. Oleh itu jelaslah bahawa pembangunan yang tidak terancang menjadi penyumbang utama kepada berlakunya banjir kilat di negara kita. 102 patah perkataan Perenggan Penutup Konklusinya, banjir kilat sering berlaku berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Adalah diharapkan agar masyarakat bekerjasama dan prihatin dalam menangani masalah banjir kilat seperti menjaga kebersihan sungai. Selain itu, kerajaan pula hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan mengetatkan lagi peraturan yang sedia ada. Kerajaan juga hendaklah mengadakan kempen-kempen seperti “cintailah sungai kita” dan “Sungai kita tanggung jawab kita”. Semoga rakyat



akan dapat hidup dengan aman dan selesa tanpa adanya gangguan banjir kilat setiap kali berlakunya hujan lebat. Negara kita juga akan dipandang tinggi oleh negara lain kerana bersih dan terhindar daripada ancaman banjir kilat. Banjir kilat sememangnya mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat dan negara. Oleh itu bersama-samalah kita menjaga dan memelihara kebersihan sungai kita.



Karangan contoh



Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca terjadinya banjir kilat.



Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.



Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga



pasar malam sesuka hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.



Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir kilat.



Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadang-kadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk dengan fenomenaEl-Nino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir kilat.



Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisasisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.



Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.



Banjir yang melanda negara kita telah mengejutkan pelbagai pihak. Masingmasing sibuk mengutarakan pendapat mereka tentang faktor-faktor yang mendorong wujudnya fenomena alam ini. Mereka berpendapat pandangan mereka lebih tepat. Sebenarnya, banyak perkara yang mampu dilakukan untuk menangani mala petaka ini sebelum, semasa dan selepas. Kerajaan seharusnya memastikan sistem perparitan dalam keadaan baik. Pihak berkuasa tempatan haruslah menjalankan pemeriksaan parit dan longkang di kawasan yang memang dianggap berisiko tinggi untuk menerima banjir. Sikap telus dalam aspek ini memastikan aliran air tidak akan terganggu atau tersumbat. Seterusnya, air tidak boleh bertakung sebegitu mudah. Sistem perparitan yang baik juga memastikan air mudah surut selepas banjir. Malah, kerajaan seharusnya menubuhkan pusat kajian banjir kebangsaan. Pusat ini berperanan untuk menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan banjir. Pusat ini bertanggungjawab mengeluarkan amaran banjir dan memastikan setiap bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir dengan lancar. Dengan kewujudan pusat ini semua perancangan dan tenaga tidak dibazirkan tetapi digunakan sebaik mungkin. Malah, pusat kebangsaan banjir ini juga mampu memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam pemberian bantuan banjir. Malahan, semua pasukan keselamatan seperti polis, tentera, dan pasukan



pertahanan awam perlu bersedia. Semua cuti mereka harus dibekukan ketika musim hujan. Mereka juga harus diberi latihan untuk mengendalikan mangsamangsa banjir atau keadaan banjir dengan lebih cekap lagi. Penggunaan peralatan moden dan cukup seperti bot dan helikopter harus ditingkatkan. Persediaan ini memastikan semua mangsa akan terselamat kerana mereka akan diselamatkan oleh pasukan yang sudah terlatih dalam situasi bahaya seperti banjir. Kutipan derma harus dijalankan oleh kerajaan beberapa bulan sebelum musim hujan berlaku. Kutipan derma ini penting supaya semua masyarakat negara berkongsi masalah negara tanpa memilih kaum. Wang derma yang sudah dikutip boleh digunakan untuk merancang strategi yang mampu untuk menyekat masalah banjir ini daripada berlanjutan. Kutipan derma ini juga membantu kerajaan kerana kewangan kerajaan tidak akan terjejas lantaran rakyat sendiri sanggup berkorban demi kebajikan rakyat senegara. Selain itu, kerajaan seharusnya menjalankan kempen kesedaran terhadap isu ini melalui media massa. Dalam kempen itu, pelbagai cara atau kaedah menghadapi banjir dijelaskan kepada rakyat. Pengetahuan ini mampu digunakan oleh mangsa-mangsa banjir dengan lebih bijak demi keselamatan mereka.. Kemahiran ini juga memastikan mangsa-mangsa banjir mengetahui cara-cara mendapatkan maklumat seperti kewujudan pusat-pusat bantuan banjir dan keadaan cuaca semasa. Pengetahuan ini memastikan mangsa-mangsa banjir tidak panik.



Kesimpulannya, banjir memang sukat diatasi tetapi sikap berwaspada mampu mengurangkan impak bencana ini. Semua pihak tanpa perlu menuding jari haruslah memainkan perana mereka dalam isu ini. Rakyat seharusnya lebih bersikap proaktif dengan membuat persediaan awal mereka sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Kita tidak mahu pelbagai masalah wujud selepas bencana ini surut.Mungkin peribahasa ‘Sediakan payung sebelum hujan’ boleh menjadi renungan semua.