Kemahiran Motor Halus [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kemahiran motor halus Usia 5-7 tahun Pengawasan pensil yang baik berlaku di usia ini. Kanak-kanak juga mampu mencucuk benang pada jarum yang besar dan menjahit. Penulisan menjadi lebih baik begitu juga dengan lukisan. • Perkembangan Motor Halus Kanak-Kanak Prasekolah • Koordinasi mata dan tangan yang digunakan untuk menggunting dengan sempurna adalah satu kemahiran motor halus yang biasanya dapat dilakukan oleh kanak-kanak di usia prasekolah. Kanak- kanak biasanya sudah boleh mengutip dengan menggunakan dua jari; iaitu jari telunjuk dan ibu jari ( Pincher Grasp ), namun mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk menggunakan Pincher Grasp dengan lebih baik. • Pada usia prasekolah juga kanak-kanak akan lebih matang dalam perkembangan motor halus mereka. Pada usia dua tahun, kanak-kanak sudah mampu untuk membuat contengan bebas, menyarung pakaian, mengalihkan mukasurat buku dan membina menara dari enam hingga lapan buah blok. Pada usia tiga tahun, perkembangan motor halus kanak-kanak akan menjadi lebih matang apabila mereka boleh makan menggunakan sudu, menconteng berbentuk bulatan. Pada usia empat tahun pula, kanak-kanak sudah mampu menyarung pakaian mereka sendiri, melukis lakaran manusia dan menggunakan gunting dan menggunting garisan yang disediakan. Kemahiran motor halus yang lebih rumit seperti mengenakan butang akan dapat dilakukan oleh kanak-kanak apabila mereka berusia 5 tahun Mereka juga sudah boleh mengenakan zip, membuka zip dan mencucuk benang dan manik.



• Isu sama ada kanak-kanak itu seorang yang kidal atau menggunakan tangan kanan juga menjadi perhatian semasa usia prasekolah. Ini adalah kerana pada usia ini terserlahlah samada kanak-kanak itu menggunakan tangan kanan atau kidal. Namun begitu kidal atau kanan adalah lebih bergantung kepada faktor genetik berbanding dengan faktor persekitaran.



Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. • Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk membantu perkembangan motor halus kanakkanak. • Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahanbahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan bijirin. • Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya guntinggan-guntingan yang lebih rumit. • Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak. • Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan motor halus kanak-kanak. • Menyulam manik • Menekap gambar yang sedia ada • Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua tapak tangan. • Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari. • Mengocak dadu menggunakan genggaman tapak tangan..



• Membuat aktiviti mengait dan menjahit seperti memasukkan manik pada benang. • Bermain permainan seperti "puppet " – dengan menggunakan ibu jari, jari tengah dan jari kelengkeng. • Mengikat tali kasut



Matlamat Pembelajaran Motor Halus PPK (2003) Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) telah mengariskan beberapa matlamat dan hasil pembelajaran motor halus bagi kanak-kanak dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. Matlamat umum perkembangan motor halus adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Secara lebih khusus, matlamat penguasaan kemahiran motor halus ini adalah dapat menggunakan jari untuk melakukan beberapa aktiviti. Jadual 3.1 di bawah berikut menunjukkan kandungan dan hasil pembelajaran motor halus. Hasil pembelajaran ini memberikan fokus perkembangan penggunaan jari tangan kanak-kanak bagi membuat aktiviti motor halus.



Masalah Penguasaan Kemahiran Motor Halus Gerakan motor halus merupakan salah satu perkembangan yang penting dalam pergerakan anggota badan kanak-kanak. Semasa di peringkat perkembangan ini, gerakan motor halus seperti meminta kanak-kanak mengikat tali kasut atau memasang butang baju merupakan cabaran yang besar bagi kanak-kanak berbanding gerakan motor kasar. Pada peringkat ini sistem saraf pusat mereka masih belum mencapai tahap kematangan yang sepenuhnya. Oleh itu proses penghantaran maklumat dalam sistem saraf ke jari tangan masih agak sukar. Selain itu, otot kecil juga lebih cepat letih berbanding otot besar. Jari yang masih kecil juga menyukarkan kanka-kanak ini untuk mengawalnya. Semua cabaran penggunan motor halus ini



memerlukan lebih kesabaran bagi kanak-kanak yang secara umumnya belum lagi memiliki sikap sabar ini.