Kepentingan Perancangan Dan Persediaan Mengajar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kepentingan Perancangan dan Persediaan Mengajar (MINGGU 15) Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar, di samping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara:  Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran  Membuat skema Rancangan Kerja utnuk sesuatu tahun, dan  Menyediakan Persediaan Mengajar Harian Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru:  Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang  Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan  Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar  Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang perlu  Merancang aktiviti murid-murid  Mengawal bilik darjah dengan baik  Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid  Guru lebih berkeyakinan semasa menhadapi murid  Mengingati bahann pengajaran yang akan disampaikan  Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur  Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar utuk dikemukakan semasa pengajaran  Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran159  Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajarandan pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah perlu berpusatkan murid dengan menjalankan aktiviti-aktiviti amali dan interaksi lisan yang



dapat merangsangkan pemikiran dan daya imaginasi murid serta dapat membina keyakinan diri untuk berkomunikasi secara rasional dan logik. Aktiviti pembelajaran KH yang dirancang mestilah sesuai dengan keperluan dan kebolehan murid untuk mengembangkan daya kreatif dan inovatif. Perancangan merupakan panduan kepada guru KH untuk melaksanakan pengajaran dengan lebih sempurna dan berkesan. Perancangan juga merupakan panduan kepada guru-guru KH untuk mengambil perhatian kepada aspek-aspek yang berikut:  Rancangan pengajaran  Persediaan guru dan murid  Kaedah pengajaran  Pengelolaan pengajaran  Teknik penyoalan  Penyertaan murid  Penerapan nilai estetik dan etika  Penerapan nilai murni dan kemahiran berfikir  Penilaian kemajuan murid Tujuan membuat perancangan pengajaran adalah supaya guru dapat membuat persediaan yang rapi agar dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada aspek seperti :  Perkembangan pengajaran yang beperingkat mengikut urutan;  Kesinambungan rancangan pengajaran  Kesinambungan jenis bidang dan aktiviti;  Perkembangan daya kreatif murid;  Kepelbagaian dan kesesuaian alat dan bahan;  Pelaksanaan aktiviti individu dan kumpulan; dan160  Pelaksanaan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah Dalam proses membuat perancangan untuk pengajaran, guru hendaklah mentafsir sukatan pelajaran. Setelah itu barulah membuat Rancangan Semester/Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).



Rancangan Tahunan/Semester (MINGGU 15) Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran dan disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan. Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepentingan Rancangan Kerja Tahunan Rancangan Kerja Tahunan mempunyai beberapa kepentingan yang sangat membantu tugas guru.Melalui rancangan yang telah disediakan, guru dapat memastikan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual.Terdapat enam kepentingan menyediakan rancangan kerja tahunan. 1. Dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guruguru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaranpembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara. 2. Membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan murid. 3. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.161 4. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran. 5. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. 6. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan. 1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa. 2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.



3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang). 4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan. 5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. 6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:  Tajuk/bidang pembelajaran  Objektif/kemahiran  Hasil pembelajaran yang dihasratkan  Bilangan minggu  Catatan