Kerja Kursus Pic2203-Pelajaran Jawi Dan Khat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK. TUGASAN PROJEK 2013 TAJUK PROGRAM: DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH



NAMA PELAJAR:



KOD DAN NAMA KURSUS:



SEMESTER: 2



PIC 2203: Pelajaran Jawi dan Seni Khat



TARIKH MULA:



2 SEPTEMBER 2013 TARIKH HANTAR:



2 OKTOBER 2013



Hasil pembelajaran kursus: 1.



Menjelaskan perkembangan tulisan jawi di Malaysia



2.



Menulis dan membaca menggunakan ejaan jawi baru yang disempurnakan



3.



Mengaplikasikan kaedah pengajaran jawi dengan betul



4.



Mengaplikasikan seni khat dalam pengajaran dan pembelajaran



Objektif kerja kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan sistem ejaan jawi terkini. 2. Menganalisis teks jawi lama dari aspek penulisan. 3. Mengaplikasi pelbagai kemahiran untuk menghasilkan penulisan esei yang baik. 4. Mengaplikasi pelbagai nilai keguruan dalam proses penulisan esei bagi menggambarkan sikap dan personaliti seorang guru terpuji.



1



TUGASAN PROJEK (100 %). Sistem tulisan dan ejaan jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986. Sistem ini merupakan pemantapan kepada sistem ejaan jawi lama dari aspek abjad dan kaedah ejaan. 1. Berdasarkan maklumat di atas, pilih mana-mana buku dalam tulisan jawi lama dan analisis dari aspek penulisannya berasaskan sistem ejaan jawi terkini. (80 %) 2. Tulis satu catatan refleksi berkaitan dengan tugasan ini dengan memberi fokus kepada proses mengumpul maklumat, penyelesaian masalah dan impak pada diri anda. (20 %) PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK 1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut; i. Ditaip menggunakan font Arial saiz 11 langkau 1.5. ii. Penulisan rujukan mengikut format American Psychological Association (APA). iii. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai kandungan. iv. Panjang tugasan tidak melebihi 15 muka surat. 3. Muka depan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut; i. Nama pelajar ii. Angka giliran iii. No. kad pengenalan iv. Kumpulan/unit v. Kod dan nama kursus vi. Nama pensyarah kursus vii. Tarikh hantar 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 5. Tugasan ini membawa wajaran 50 %.



2



KRITERIA TUGASAN CEMERLANG 1. 2. 3. 4.



Mencerakinkan isi dengan jelas dan terperinci. Mendefinisi istilah-istilah berdasarkan rujukan yang sesuai. Olahan isi mengandungi huraian, contoh serta kesimpulan. Pandangan dan hujah perlu dikemukakan secara kritis dan matang dengan menunjukkan ketulenan dalam bentuk ilmiah. 5. Organisasi tugasan harus kemas dan bersistematik dengan memperlihatkan pelbagai kemahiran seperti laras bahasa, kefasihan bahasa, reka bentuk yang inovatif, aplikasi TMK dan kemahiran membuat rujukan.



Tugasan disediakan oleh:



Disemak oleh:



________________________ Penyelaras Kursus.



__________________________ Pakar Bidang (SME).



Disahkan oleh:



__________________________ Ketua Jabatan.



3