19 0 223 KB
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.
KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 5 PRASEKOLAH 3 LAWATAN PENANDA ARAS
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL 3, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN DARUL NAIM.
TARIKH : 15 FEBRUARI 2015
1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisma tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan ialah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’ kepada masyarakat. Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. “Lawatan Benchmarking” menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek di atas amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab dalam profesion perguruan. Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
2.0 RASIONAL Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul “Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People” yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana berhasrat untuk melahirkan
rakyat
yang
menghayati
nilai
sejajar dengan
program
pembangunan modal insan. Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas yang mana anjakan keempat dalam PPPM menekankan transformasi profesion keguruan. Hal ini dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas serta bertepatan dengan anjakan kelima PPPM iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP Prasekolah 3 dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai citacita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.
3.0 MATLAMAT Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP Prasekolah 3 diharapkan dapat : 3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama. 3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibbah di antara satu sama lain. 3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan. 3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik. 3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan. 4.0 OBJEKTIF Sasaran kepada guru pelatih PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 selepas mengikuti lawatan agar dapat: 4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan. 4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang. 4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah. 4.4 Mengetahui kepentingan infostruktur dan juga pengendaliannya. 4.5 Memahami perlaksanaan infrastruktur di sekolah dengan lebih efisien. 5.0 TARIKH Program Bina Insan Guru PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 ini akan diadakan pada hari Ahad, 15 Februari 2015. 6.0 TEMPAT Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kamil 3, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
7.0 PESERTA KURSUS Seramai 18 orang guru pelatih menyertai Lawatan Penanda Aras ini. Para pelatih terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Prasekolah 3 Semester 5 yang terdiri daripada 3 orang guru pelatih lelaki dan 15 orang guru pelatih perempuan. *Sila rujuk LAMPIRAN I, senarai nama peserta kursus. 8.0 MENTOR Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan adalah Encik Azmi bin Ibrahim.
9.0 AHLI JAWATANKUASA BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2013. Ahli jawatankuasa Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras ini adalah seperti di LAMPIRAN II.
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
BI L 1
2
PERBELANJAAN
JUMLAH
Guru Pelatih IPG KSM PISMP Prasekolah 3 Semester 5 i.
(RM 10 x 18 orang x 1 hari)
i.
Cenderamata
ii.
Kebangsaan Kamil 3, Cenderamata kepada pihak Pejabat Pendidikan
kepada
RM 180.00 (Peruntukan IPG)
pihak
Sekolah
Peruntukan IPG
Daerah Pasir Puteh. JUMLAH
RM 180.00
11.0 PENGANGKUTAN Pengangkutan peserta IPG Kampus Sultan Mizan akan disediakan oleh pihak pentadbiran institut sendiri dan maklumat pengangkutan adalah seperti berikut : a) Bas IPG Kampus Sultan Mizan 12.0 JADUAL PROGRAM Program Bina Insan Guru PISMP Prasekolah 3 Semester 5 ambilan Januari 2013 ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, interaksi sosial serta pengurusan seperti yang tertera di dalam jadual program di LAMPIRAN III. 13.0 PROFORMA KURSUS Program ini dijalankan bagi memenuhi kandungan yang terdapat di dalam proforma kursus seperti di LAMPIRAN IV.
14.0 PENUTUP Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami
pengurusan
yang
lebih
sistematik,
mempraktikkan
nilai-nilai
kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Selain itu, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.
Disediakan oleh,
............................................................. (KANMANIE A/P SANKER) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Semester 5, PISMP Prasekolah 3, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Disokong oleh,
…………………………… (EN. AZMI BIN IBRAHIM) Tutor 5 PISMP Prasekolah 3, Ambilan Jan 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Disemak oleh,
…………………………................... (EN. MOHD YUSOFF BIN AWANG TO) Penyelaras Program BIG, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Melalui,
........................................ (EN. MOHAMAD BIN AB. LATIFF) Ketua Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Diluluskan oleh,
............................................ (Dr. HJ. MOHD AZIZ BIN MOHD DIN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Ulasan: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
LAMPIRAN I SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2013 TUTOR: EN. AZMI BIN IBRAHIM BIL
NAMA
NO.KP
1
AMIRA FARHANAH BINTI MOHD SERUPA
931111-11-5798
2
CHEW LE YEE
930911-08-6302
3
CHUA HOOI LING
911007-02-5532
4
KANMANIE A/P SANKER
931007-10-5610
5
LEE KAH CHIAN
930308-02-5708
6
LOW SIN YEE
930314-04-5238
7
MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH
920304-11-5651
8
NIK NURHANANI BINTI NIK DAUD
931005-03-6228
90
NURANIS SYAZWANI BINTI MOHD JAIS
930316-14-6024
10
SHOBANA A/P VIJAYAKUMAR
931030-01-5680
11
SITI NOR FATIMAH BINTI MOHD SAPAIE
930215-13-6230
12
TIN MEI YIN
911005-11-5112
13
TUAN AKHTAR BIN TUAN OTHMAN
930321-12-5228
14
VIGNES A/P ANNADURAI
930909-10-5666
15
VIJAYALECHUMI A/P LACHUMANAN
931006-06-5530
16
YEAP WEN ZHUO
930524-07-5419
17
YEOW YI SHAN
931006-07-5552
18
ZAINOL HARITH BIN MUHAMAD
921112-02-5437 LAMPIRAN II
AHLI JAWATANKUASA BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARAS PISMP PRASEKOLAH 3 SEMESTER 5. Pengerusi
: Tuan Akhtar Binti Tuan Othman
Naib Pengerusi
: Siti Nor Fatimah Binti Mohd Sapaie
Setiausaha
: Kanmanie A/P Sanker
Naib Setiausaha
: Chew Le Yee
Bendahari
: Lee Kah Chian
Jawatankuasa 1. Makanan 2. Cenderahati
: (i) Shobana A/P Vijayakumar (ii) Zainol Harith Bin Muhamad : (i) Vijayalechumi A/P Lachumanan (ii) Vigness A/P Annadurai
3. Perhubungan 4. Dokumentasi 5. Pengangkutan
: (i) Nuranis Syazwani Binti Mohd Jais : (i) Chua Hooi Ling (ii) Low Sin Yee : (i) Tin Mei Yin (ii) Nik Nurhanani Binti Nik Daud (iii) Yeap Wen Zhou
6. Pengacara Majlis : (i) Muhammad Faizal Bin Abdullah (ii) Amira Farhanah Binti Serupa
LAMPIRAN III TENTATIF PROGRAM
Masa 7.00 am 8.45 am 9.15 am 9.30 am
Aktiviti Bertolak dari IPGKSM Sampai di SK Kamil 3 Kudapan Pagi Taklimat Lawatan Penanda Aras Pemerolehan maklumat sekolah - Ciri-ciri kepimpinan - Sistem pengurusan sekolah - Iklim dan budaya sekolah - Infrastruktur dan infostruktur kurikulum
11.45 am
Sesi lawatan di kawasan sekolah
12.45 pm 1.45 pm 2.15 pm 2.30 pm
Sesi ramah mesra bersama murid Makan Tengahari Solat Zohor Majlis Penutup
3.30 pm 4.00 pm 5.00 pm
- Ucapan oleh Guru Besar - Ucapan oleh Encik Azmi bin Ibrahim Minum Petang Solat Asar / Slot Moral Bertolak pulang ke IPGKSM
LAMPIRAN IV PROFORMA KURSUS Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bina Insan Guru) Nama Kursus
BINA INSAN GURU ( BIG ) Fasa V (Character Building forTeachers )
Kod Kursus
WAJ 3114
Kredit
3 Kredit ( Kredit Terkumpul )
Jam Kontak
10 Jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Prasyarat
Tiada
Semester
Lima
Hasil Pembelajaran
1
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan
2
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
3
Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
4
Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
5
Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
6
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1986), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG. Lawatan ‘benchmarking. Ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah infrastruktur sekolah serta Infostruktur kurikulum di sekolah.
This course aims to nurture the awareness of training development skills and benchmarking . Students are exposed to teachers and law mandate, Act 550 (1996), profesional circulars, service
circulars, state education department functions and sectors and functions of the role of education district officers, benchmark leadership characteristics, school organisation, school climate, infrastructure and school curriculum infostructure. .
Tajuk 1. Bengkel Tema Bengkel; Pengurusan Pendidikan
Guru dan Perundangan
Kandungan
Jam
Menghadiri bengkel berkaitan tema-tema berikut dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.
3
Mandat
Berjiwa merdeka dan perkasa
Akta 550 ( 1996 )
Surat Pekeliling Ikhtisas
Pekeliling Perkhidmatan
Fungsi JPN dan sektor-sektor
Fungsi dan peranan PPD / Zon / Bahagian dan PKG
Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan
Kerohanian dan akhlak keguruan
Mengenali dan menilai potensi diri insan guru -
Potensi diri
-
Personaliti kerjaya Citra diri insan guru
Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
Berilmu, beramal dan berbakti
Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti
Berakauntabaliti dan amanah
Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.
Kreatif dan inovatif
Membuat refleksi secara kritikal keatas bentuk peraturan, dan fungsi-fungsi JPN, PPD dalam pengurusan pendidikan.
2.
Lawatan ‘Benchmarking’
Lawatan ke Sekolah Cemerlang / sekolah harapan Negara / Sekolah Inovasi
Ciri-ciri kepimpinan -
Jenis kepimpinan
Merancang dan mengadakan lawatan benchmarking dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.
Berjiwa merdeka dan perkasa
Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
Pengurusan -
Sistematik
-
Misi sekolah
-
Visi sekolah
Iklim sekolah / Budaya Sekolah
Infrastruktur / Infostruktur kurikulum -
Pusat sumber
-
Pembelajaran kendiri
-
Bilik-bilik khas matapelajaran
-
Kerohanian dan akhlak keguruan
Makmal:bahasa, sains,biologi,fizik
-
7
Mengenali dan menilai potensi diri insan guru -
Potensi diri
-
Personaliti kerjaya
-
Citra diri insan guru
Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
Berilmu, beramal dan berbakti
Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti
Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
Kios Pembelajaran
Berakauntabaliti dan amanah
Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru. Jumlah
10
Pentaksiran dan Penilaian
Rujukan Asas
100% berdasarkan kerja kursus
Abdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor.
Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.
Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media Dakwah: Jakarta.
Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc.
West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.
Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.
Rujukan
Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam
Tambahan Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur.
Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur.
Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.
Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.