KERTAS KERJA Kem Aqil Baligh 2019 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS KERJA KEM AQIL BALIGH TAHUN 6 2019 SK TUNKU PUTERA



KERTAS KERJA KEM AQIL BALIGH 2019, MURID TAHUN 6 SK TUNKU PUTERA JALAN PEGAWAI BALING KEDAH 1.0 RASIONAL Program ini adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan As sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara. Selain itu, program ini juga adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan Kaunseling dan Unit Kokurikulum SK Tunku Putera. 2.0 NAMA PROGRAM KEM AQIL BALIGH MURID TAHUN 6 2019 3.0 TEMA PROGRAM “Mekar :Menuju ke Alam Remaja” 4.0 MATLAMAT Kearah mengenali diri melalui perubahan fizikal dan emosi serta memahami tanggungjawab selepas baligh disamping menambah pengetahuan tentang penderaan seksual dan mengenali hubungan lelaki dan perempuan.



5.0 OBJEKTIF 5.1



Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.



5.2



Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardhu Ain serta memahami Fardhu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.



5.3



Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.



5.4



Memberi pendedahan tentang batasan sosial di kalangan remaja.



5.5



Memberi pengetahuan kesihatan reproduksi remaja.



5.6



Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;



5.7



Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar.



6.0 TARIKH / MASA 29 September 2019 Hingga 3 Oktober 2019 Dan 31 Oktober 2019 7.0 TEMPAT PROGRAM Surau SK Tunku Putera & Dewan SK Tunku Putera 8.0 PENYERTAAN Semua Murid Tahun 6 – 79 orang murid 9.0 FASILITATOR 1. 1 orang Penceramah MFA Smart Training & Consultancy 2. Guru Pendidikan Islam 3. Guru yang terlibat mengajar tahun 6



10.0 Tentatif Program : Rujuk Lampiran



11. BELANJAWAN( Peruntukan Sekolah) 11.1 Bayaran Penceramah RM700 11.2 Jamuan untuk penceramah RM20 11.3 Program sembelihan RM200 12. PENUTUP Diharapkan program ini berjaya menyumbang kepada masyarakat Islam khususnya golongan pelajar tahun enam ini melalui penyuburan ibadah yang dilaksanakan disamping mengamalkan tuntutan iman Allah swt. Disediakan oleh; …………………………… Pn Fathiyah Bt Jasmi Penyelaras Kem Aqil Baligh 2015 SK Seri Impian



Mohd Fairuz Bin Abu 2912J, Taman Uda Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar Kedah Tuan,



12 September 2019



JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM ‘AQIL BALIGH TAHUN 6 2019 Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya di maklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam SK Tunku Putera akan mengadakan Kem Aqil Baligh 2019 Tahun 6 seperti butiran berikut: Tarikh Hari Tempat



: : :



Sasaran Tema Tajuk



: : :



3 0ktober 2019 Khamis Dewan SK Tunku Putera Jalan Pegawai, 09100 Baling Kedah 79 Orang “Mekar: Menuju Ke Alam Remaja”. Remaja Hebat Jauhi Maksiat



3. Sehubungan itu, saya berbesar hati menjemput penceramah daripada pihak tuan, bagi menyampaikan ceramah seperti butiran di atas. 4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi jemputan kami untuk menyampaikan ceramah tersebut. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pn Fathiyah Bt Jasmi (Penyelaras Kem Aqil Baligh) di talian 019-4600039 5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,



………………………….. (MOHD YUSOFF BIN ISHAK) Guru Besar



KEDAH SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUTERA JALAN PEGAWAI, 09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-4701240



FAX : 04-470240



Ruj. Kami : SKTPB Tarikh



: 20.08.2019



En. Jawaid Iqbal B. H Ghulam Kadir YDP PIBG, SK Tunku Putera 09100 Baling. KEDAH DARUL AMAN Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PROGRAM ‘AQIL BALIGH TAHUN 6 2019 Perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG SK Tunku Putera akan mengadakan Program MEKAR :Menuju Ke Alam Remaja (Program Pasca UPSR) seperti ketetapan berikut :Tarikh Tempat



: 29 September2019 -3 Oktober 2019 dan 31 oktober 2019 : Dewan SK Tunku Putera



3. Bagi menjayakan majlis tersebut , Jawatankuasa Panitia Agama Islam memutuskan untuk memohon sumbangan daripada PIBG sebanyak RM500( Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi menjayakan majlis tersebut seperti dilampiran 1. 4. Diharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan, keperihatinan pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih Yang menjalankan amanah, …………………………………………………… ( PN SITI MARIAM BINTI OTHMAN ) Pen. Kanan Pentadbiran.