Kertas Kerja Mohon Beli Peralatan Kokurikulum 2021 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN KOKURIKULUM (ALATAN PERKHEMAHAN) TAHUN 2021



DISEDIAKAN OLEH: UNIT KOKURIKULUM, SKPK PRINCESS ELIZABETH. _________________________________________________________ LORONG 5, JALAN NONG CHIK, 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.



KERTAS KERJA PEMBELIAN PERALATAN KOKURIKULUM (ALATAN PERKHEMAHAN) TAHUN 2021 _________________________________________________________________ “Kegiatan Kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. PENDAHULUAN: Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersepadu dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang. Unit Kokurikulum, SKPK Princess Elizabeth sederap sehaluan tidak terkecuali menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan merancang pelbagai aktiviti bagi melahirkan modal insan dalam kalangan murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ada pun aktiviti yang dirancang pula memerlukan bahan sokongan yang boleh berfungsi dengan baik agar gerak kerja yang ingin dilaksanakan tidak terjejas. Namun, beberapa kekangan dan masalah kekurangan fasiliti tidak dapat dielakkan dan perlu diselesaikan segera sebelum ianya merencatkan aktiviti yang telah dirancang. Justeru, tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk membuat permohonan pembelian peralatan kokurikulum dengan menggunakan peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. MATLAMAT: Umumnya, diharapkan dengan pembelian bahan sokongan program dalam bentuk peralatan kokurikulum (alatan perkhemahan) ini, ianya dapat digunakan secara optimum dan sebahagian aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar terutamanya yang melibatkan aktiviti Unit Kokurikulum Sekolah, khasnya Unit Beruniform (Pengakap Kanak-kanak Khas) SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru. OBJEKTIF: Dengan pembelian peralatan ini, diharapkan dapat: 3.1 Menggantikan khemah sedia ada yang sudah tidak relevan dan tidak selamat digunakan. 3.2 Menganjurkan program atau pertandingan Unit Beruniform atas talian pasca penularan Covid-19. 3.3 Menambah aset dan harta modal Unit Kokurikulum Sekolah di bawah seliaan Unit Beruniform. 3.4 Menggunakan khemah bagi menyertai perkhemahan di luar stesen seperti Jamboree dan Agoonoree. 3.5 Mengurangkan jumlah pinjaman khemah daripada pihak luar ketika penganjuran Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. KUMPULAN SASARAN: Semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 yang menyertai Unit Beruniform (Pengakap Kanak-kanak Khas) di SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.



SUMBER KEWANGAN: JUMLAH KOS (RM)



BIL PERINCIAN PERKARA



1.



2.



8 Person: Camping Tent 2 Door Waterproof Hexagonal Automatic Quick Opening Outdoor Tent with Carry Bag. (RM399.00 x 2 Unit) 4 Person: Decathlon Easy Assemble Outdoor Camping Tent with Carry Bag. (RM199.00 x 4 Unit)



CATATAN



RM798.00



RM796.00



3.



Freelife Ground Sheet BO 15’x15’ (RM68.00 x 2 Unit)



RM136.00



4.



Camping Cookware Bowl Set Stainless Steel Outdoor Portable Cookware Set. (RM35.00 x 5 Set)



RM175.00



5.



Portable First Aid Kit Survival Emergency First Aid Kit Mini. (RM19.00 x 5 Unit)



RM95.00



JUMLAH KESELURUHAN :



Bayar Kepada: FKR MAJU ENTERPRISE (JM0911656-P) 63, JALAN KEMPAS INDAH 1/5, TAMAN KEMPAS INDAH, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR



RM2000.00



#Sumber Kewangan: Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK), SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru. PENUTUP: Diharap dengan adanya kelengkapan peralatan sokongan program (alatan perkhemahan) seumpama ini, sedikit sebanyak mampu menjadi pemangkin semangat kepada Ketua Guru Penasihat dalam Unit Kokurikulum Sekolah untuk melaksanakan program demi melestarikan kemenjadian murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan di sekolah ini sebanding murid di aliran perdana umpama peribahasa “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Besarlah juga harapan kami agar kertas kerja permohonan ini diterima untuk diluluskan. Disediakan oleh :



Disemak oleh:



(MOHD ZAKI BIN HJ. MOHD NOOR) Penyelaras Kokurikulum. SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.



(HASIAH BINTI ABDULLAH) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.



Disahkan oleh: (MAZLI BIN HASHIM) Guru Besar, SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.