Konsep Kelestarian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



1.0 PENGENALAN KEPADA KONSEP KELESTARIAN (SUSTAINABILITY)



Konsep Kelestarian sering kali kita dengar dan digunapakai pada masa kini. Namun, sejauh manakah rakyat Malaysia mampu menghayati dan memahami konsep kelestarian itu sendiri? Bagaimanakah konsep kelestarian ini dapat membantu dalam melahirkan pengguna yang dapat mengimbangi antara ekosistem alam sekitar dan memastikan kesejahteraan hidup di Malaysia khususnya. Seperti yang kita lihat dalam rajah di atas konsep kelestarian itu meliputi tiga elemen utama iaitu kelestarian sosial, ekonomi dan persekitaran. Konsep kelestarian ini sebenarnya merupakan satu pemikiran futuristik dengan mengambil



kira



keseimbangan



persekitaran,



ekonomi



dan



sosial



dalam



merancang



pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup. Dengan kata yang lain, ia merupakan satu konsep yang mendasari prinsip bahawa semua keperluan untuk hidup dan kesejahteraan bergantung secara langsung mahupun tidak langsung terhadap alam semula jadi. Keperluan sosial seperti kemudahan kesihatan, pendidikan, rekreasi dan perumahan dilihat sebagai elemen penting dalam memenuhi kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk. Namun begitu, pambangunan yang kita perlukan tanpa disedari, mengundang kepada masalah kemusnahan alam semula jadi. Kelestarian dalam ekonomi dan alam sekitar pula adalah berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar secara bijaksana bagi membolehkan generasi kini terus menikmati manfaat pembangunan tanpa menjejaskan peluang generasi akan



datang



untuk



menikmati



manfaat



pembangunan



masa



hadapan.



Konsep



ini



memperlihatkan usaha pembangunan ekonomi yang menuntut kepada keseimbangan penjagaan alam sekitar.



1



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



2.0 ISU-ISU KELESTARIAN SOSIAL (SOCIAL SUSTAINABILITY) Kelestarian sosial ini adalah kaedah yang digunakan untuk memastikan keperluan asas dan keadilan dalam masyarakat dapat dipenuhi. Ini termasuklah keperluan kepada pekerjaan, keselamatan, pendidikan, kebajikan, kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan asas manusia. Seperti yang kita sedia maklum, kepentingan untuk memenuhi kriteria keperluan asas dalam kehidupan seseorang mampu memberikan kesan terhadap emosi dan psikologi individu. Berikut adalah isu-isu Kelestarian Sosial di Malaysia; 2.1 ISU GOLONGAN MUDA TIDAK MAMPU MILIKI RUMAH SENDIRI Rumah adalah institusi asas yang penting kepada kehidupan manusia dan pembentukan sebuah keluarga yang sejahtera. Pemilikan rumah adalah antara isu yang hangat diperkatakan apabila melibatkan golongan muda. Golongan ini sangat disyorkan untuk membeli rumah pada awal usia bekerja. Dengan cara ini, mereka dapat melangsaikan pinjaman rumah seawal mungkin dan membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa apabila segala pinjaman perumahan dapat diselesaikan sebelum tempoh bersara kelak. Mari kita sama-sama tengok 4 masalah utama yang dihadapi oleh golongan muda untuk mendapatkan rumah pertama mereka di antaranya adalah; a) Harga rumah mahal -



Saban tahun,harga sesebuah hartanah semakin mendadak naik. Ini telah menyukarkan lebih ramai golongan muda untuk memilki rumah pertama.



b) Melibatkan Kos yang tinggi -



Kita semua sedia maklum, untuk membeli sebuah rumah kita perlu lebih sediakan wang untuk kos-kos yang berkaitan seperti kos guaman, kos takaful, duti setem dan sebagainya. Ini tidak termasuk dengan kos pembaikan sekiramya terdapat kerosakan kepada rumah tersebut.



c) Urusan jual – beli rumah Lambat -



Proses jual beli rumah yang mengambil masa yang lama menjadikan golongan muda lebih suka menyewa daripada membeli rumah. Jika terdapat sebarang masalah dalam urusan jual beli, ia boleh menyebabkan proses menjadi panjang sehingga mengambil masa bertahun.



2



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



d) Deposit Rumah Tinggi -



Golongan muda yang baru bekerja semestinya berhadapan dengan gaji permulaan yang rendah, meskipun berkelulusan ijazah. Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk membuat simpanan 10% deposit rumah.



2.2. RAKYAT MALAYSIA TIDAK MILIKI INSURAN KESIHATAN Rakyat Malaysia yang kurang sedar kepentingan insurans dan peka terhadapnya tidak kira sama ada insuran kesihatan, pendidikan, nyawa dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga penjagaan kesihatan, wajarlah jika hari ini kita mempertimbangkan untuk memiliki insurans kesihatan. Namun persoalannya, adakah harga insuran kesihatan di Malaysia mampu dimiliki oleh individu mahupun keluarga? Oleh kerana terlalu banyak penyakit yang wujud di kalangan masyarakat kita, wajarlah jika pembiayaan terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. Di negara barat misalnya, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada. Di sini peranan syarikat-syarikat insuran dan kerajaan harus dimainkan dengan lebih baik. Hari ini, sebenarnya ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara kita tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan. Mengapakah hal ini berlaku? Antara sebabnya ialah sebahagian masyarakat belum memahami betapa pentingnya perlindungan takaful perubatan dan kesihatan dalam kehidupan mereka. Seharusnya kerajaan dan syarikat takaful sentiasa bersama-sama mencari jalan bagaimana untuk membolehkan insuran kesihatan mampu dimiliki agar semua individu di Malaysia mampu memiliki insuran walaupun sekadar yang paling asas.



3



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



3.0 ISU KELESTARIAN EKONOMI (ECONOMIC SUSTAINABILITY) 3.1 ISU LAMBAKAN PEKERJA ASING DI MALAYSIA Isu lambakan pekerja asing di negara kita bukan lagi isu yang baru namun, sebelum Tanah Melayu merdeka lagi pekerja asing yang bekerja di ladang-ladang getah dan lombong bijih timah sudah lama wujud di Tanah Melayu. Namun dewasa ini, kita didatangi oleh pekerja asing daripada negara-negara seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar, Filipina, Indonesia dan banyak lagi. Perkara ini telah menimbulkan isu kelestarian ekonomi dalam masyarakat kita yang mana jika tidak dibendung dan dikawal dengan baik akan menyebabkan berlakunya pelbagai gejala sosial seperti kadar pengangguran yang tinggi. Difahamkan, jumlah Pekerja asing di negara kita dikatakan sudah mencecah lebih 6 juta orang sedangkan negara kini mempunyai 15.9 juta pekerja sahaja.  Isu pekerja asing ini perlu diselesaikan dengan perbincangan yang teliti di antara para majikan dan kesatuan pekerja.  Kebergantungan negara kepada pengeluaran berkos rendah dan bergaji rendah akan menjejaskan



usaha



Malaysia



meningkatkan



produktiviti



serta



mewujudkan



pekerja



berkemahiran tinggi dan menawarkan gaji lebih baik kepada rakyat Malaysia. 3.2 ISU 2 KOS SARA HIDUP TINGGI DI MALAYSIA Banyak Kajian yang dilakukan terhadap kos sara hidup di negara kita menunjukkan peningkatan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mahal untuk didiami bukan sahaja bagi rakyat Malaysia sendiri tetapi juga untuk golongan ekspatriat. Rata-rata, kos sara hidup di bandar-bandar besar lebih mahal daripada kos sara hidup di pekan-pekan kecil. Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu yang menjadi tumpuan adalah merupakan bandar yang memerlukan kos sara hidup tinggi untuk terus dijadikan tempat tinggal. Namun demikian, bandar seperti Kuala Lumpur tetap menjadi tumpuan kerana ianya menyediakan peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda. Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan menyarankan rakyat Malaysia untuk bijak berbelanja dan hanya membeli barangan yang perlu sahaja.



4



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



4.0 ISU KELESTARIAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY) Konsep kelestarian alam sekitar bermaksud adalah memastikan keadaan dan segala komponen yang ada di dalamnya kekal terpelihara. Isu-isu kelestarian alam sekitar merupakan isu yang sering diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan. Ini kerana isu alam sekitar akan memberikan kesan yang tidak baik kepada manusia dan juga benda hidup lain seperti haiwan dan tumbuhan. Contoh-contoh isu-isu pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi adalah pemanasan global, pencemaran air, udara, darat dan laut. Banyak sebab dan punca berlakunya pencemaran ini antara lainnya adalah kerana pembangunan yang tidak terkawal ditambah pula dengan kadar pertambahan penduduk yang tinggi di bandar besar. 4.1 ISU PEMANASAN GLOBAL Keadaan cuaca tidak menentu di negara kita yang menyaksikan kawasan tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir besar dan masalah kemarau berpanjangan adalah antara kesan-kesan daripada pemanasan global yang membawa perubahan atau gangguan terhadap kitaran iklim, habitat dan ekosistem. Pemanasan global ini adalah fenomena pemerangkapan gas dikenali sebagai gas rumah hijau membabitkan kumpulan gas (karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO), kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida) menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Kumpulan gas itu membenarkan bahang matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahang bumi ke atmosfera. Oleh kerana perubahan iklim dan pemanasan global adalah isu dunia, maka semua negara perlu bekerjasama dalam mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan perubahan iklim dan pemanasan global. Seluruh dunia perlu bersama-sama mengawal pemanasan global sama ada dari segi persefahaman, berkongsi pengalaman dan pembangunan teknologi bersama. 4.2. ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA Sungai adalah sumber utama bekalan air minum di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Namun sungai kita telah mengalami banyak tekanan akibat pencemaran yang kebanyakannya dilakukan oleh manusia, secara langsung atau tidak langsung. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan pencemaran sungai seperti pihak kilang terutamanya industri kecil



5



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



dan sederhana (IKS) yang tiada kolam rawatan air efluen sebelum dilepaskan ke dalam sungai berdekatan. Pencemaran sumber air negara kita nampaknya semakin serius sejak beberapa tahun lalu disebabkan pelbagai faktor termasuk pembalakan haram. Pembalakan perlu dilakukan secara mampan di mana pemotongan tidak digalakkan dibuat ketika musim hujan. Selain aktiviti pembalakan haram, pencemaran sungai dan pemusnahan tadahan air turut menyumbang kepada berlakunya pencemaran sumber air negara kita. Kebiasaannya pencemaran air ini berlaku di sungai mahupun lautan yang mana ianya juga bukan sahaja memberi kesan kepada sumber air kepada manusia tetapi juga mengancam hidupan air dan laut. Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa jika kita mengotorkan sungai dan lautan, itu akan menyebabkan kehidupan di dalamnya terjejas dan tercemar. Ini secara langsung akan mencemarkan rantaian makanan dan akhirnya menyebabkan pelbagai jenis penyakit.



5.0 SUMBANGAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA UNTUK PENYELESAIAN ISU-ISU KELESTARIAN Dalam era globalisasi hari ini, negara banyak bergantung kepada bagaimana kerajaan dapat mengimbangi keperluan tiga komponen utama pembangunan, iaitu kekayaan negara (ekonomi), kesejahteraan masyarakat (sosial) dan alam sekitar (sumber asli serta keselamatan air dan udara bersih). Dalam konteks governans, ia dikenali sebagai pembangunan lestari, iaitu pendekatan



pembangunan



bersifat



menyeluruh



yang



memberikan



perhatian



kepada



mengimbangi tiga komponen penting ini. Berikut adalah antara sumbangan yang boleh dilakukan oleh perniagaan di Malaysia dalam menyelesaikan isu-isu kelestarian ini; 1) Pembangunan Produk Mesra Alam -



Menghasilkan produktiviti yang mesra alam bagi membantu pemuliharaan alam sekitar.



-



Contohnya adalah penggunaan bekas makanan dan botol minuman. Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penggunaan bekas makanan dan botol minuman selamat dan mesra alam semakin meningkat berikutan pendedahan bahaya bahan terlarang yang terkandung seperti Bisphenol-A (BPA) dalam kebanyakan produk itu



6



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



2) Menyediakan lebih banyak Peluang Pekerjaan kepada Warganegara -



Sumbangan perniagaan di Malaysia dalam mempelbagaikan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sangat diharapkan.



-



Pengambilan pekerja asing juga haruslah dikurangkan bagi memberikan laluan kepada golongan muda untuk menceburi bidang kemahiran.



3) Memotivasikan Pekerja -



Sentiasa memberi motivasi kepada pekerja tentang pentingnya menjaga kelestarian sosial, Kelestarian alam sekitar dan Kelestarian ekonomi.



4) Pengurusan Sisa Pepejal dan Plastik secara Terkawal -



Pengurusan sisa pepejal dan pelupusan  terbuka Sifar Menjelang 2020 secara bersepadu bukan sekadar matlamat tetapi merupakan satu usaha ke arah menguruskan sisa pepejal hasil aktiviti manusia serta menjaga alam sekitar yang tercemar. 



-



Contohnya seperti IKEA dan H & M meningkatkan produktiviti sumber dan mengoptimumkan penggunaan bahan sisa pepejal dalam produk mereka.



5) Kecekapan Tenaga -



Pengeluar kereta seperti BMW dan Toyota telah menggunakan enjin kenderaan yang cekap tenaga bagi mengurangkan pencemaran udara.



6) Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) -



Dengan memikirkan tentang masa hadapan bersama, perniagaan seharusnya menambah usaha dalam kemampanan perniagaan tanpa mengabaikan keperluan komuniti dan alam sekitar.



7) Insuran Kesihatan Mampu Milik -



Syarikat-syarikat insuran dan takaful seharusnya berusaha menyediakan opsyen insuran kesihatan yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia bagi membantu rakyat negara ini meningkatkan kualiti hidup seperti mana di negara-negara barat.



7



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



6.0 PERBANDINGAN DENGAN KAJIAN LEPAS BERKAITAN ISU-ISU KELESTARIAN Terdapat banyak kajian lepas berkaitan isu-isu kelestarian ini dan berikutan merupakan antara penemuan kajian tersebut; 1) Kajian Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari -



Kajian Oleh Siti Khatijah Zamhari dan Christopher Perumal, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS.



-



Pendidikan dianggap merupakan strategi penting dalam membentuk pembangunan manusia. Ia mampu memberi pengetahuan dan kesedaran kepada individu untuk menjadi lebih peka kepada isu-isu berkaitan kelestarian.



-



Program yang perlu dijalankan terutamanya kempen perlulah mesra pengguna dan memberi penekanan kepada kemahiran bertindak berdasarkan pengetahuan.



2) Kajian Kelestarian Alam Sekitar Dari Perspektif Undang-Undang Syariah -



Menurut satu kajian oleh Rozian Markom dan Norizan Hassan dari Fakulti UndangUndang UKM berkaitan kelestarian alam sekitar dari Perspektif Undang-Undang Syariah.



-



Aktiviti Memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar merupakan kewajipan umat manusia. Manusia dan alam merupakan komponen utama tenaga hijau dalam ekosistem kehidupan manusia. Undang-undang syariah melarang manusia daripada melakukan kerosakan di muka bumi.



8



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



7.0 CADANGAN



UNDANG-UNDANG/ AKTA



KEMPEN -Memperluaskan Kempen Cintai Alam Sekitar demi memelihara ekosistem



-Menggubal Undangundang dan Akta baharu berkaitan isuisu kelestarian



CADANGAN



SISTEM SOSIAL



STATUS EKONOMI



-Peranan kerajaan



-Kerajaan harus



memperbaiki sistem ekonomi di Malaysia cthnya menyediakan banyak peluang pekerjaan



dalam memperbaiki taraf hidup masyarakat Malaysia sangat diharapkan



8.0 8.0 KESIMPULAN Demi mengekalkan pembangunan tamadun hari ini dan esok, konsep kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar haruslah dititikberatkan dalam usaha-usaha pembangunan di negara kita agar anak cucu kita dapat menikmati dunia ini seperti mana yang kita nikmati pada hari ini. Kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat perniagaan haruslah berganding bahu untuk terus memelihara kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi memastikan kestabilan ekonomi dan sosial terus terjaga di negara kita. Begitu juga bagi memelihara alam sekitar, pembangunan yang mampan haruslah dilakukan bagi memastikan ekosistem sentiasa terpelihara. Selain kerajaan dan syarikat perniagaan, rakyat Malaysia juga digesa agar sama-sama memupuk sifat cintakan keharmonian sosial, ekonomi dan alam sekitar. Bagaimanapun, jika ada di kalangan kita, masih berfikiran ‘tamak dan hanya mengaut kekayaan’, alam sekitar bakal menjadi mangsa utama kerakusan manusia. Jadi marilah bersama mengekalkan kelestarian sosial,ekonomi dan juga alam sekitar demi masa hadapan dan kebaikan kita bersama. 9



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



RUJUKAN 1. LESTARI, UKM. t.th. Pengurusan Tenaga. Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem Lestari. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM 2. LESTARI, UKM. t.th. Pengurusan Sisa. Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem Lestari. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. 3. Siti Khatijah Zamhari & Christopher Perumal (2016) Cabaran Dan Strategi Ke Arah Pembentukan Komuniti Lestari, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. GEOGRAFIA Online Malaysia Journal of Society and Space 12 issue 12 (10-24). 4. Rozian Markom & Norizan Hassan (2014) Kelestarian Alam Sekitar Dan Pembiayaan Teknologi Hijau Dari Perspektif Undang-Undang Syariah, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.



5. Laman web. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kelestarian-alam-sekitar-demitamadun-1.449329 6. Laman web. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/05/426770/isu-kelestariansumber-asli-alam-sekitar-perlu-perhatian 7. Laman web. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/11/497503/keseimbanganurus-alam-sekitar-sosioekonomi



non, “Using renewable energy resource” dlm. http://www.deepgreenrobot.org/ renewable-energy-solutions-inforenewable-energy.html [Capaian 10 Februari 2014] 10



BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN



non, “Using renewable energy resource” dlm. http://www.deepgreenrobot.org/ renewable-energy-solutions-inforenewable-energy.html [Capaian 10 Februari 2014]



LESTARI, UKM. t.th. Pengurusan Tenaga. Kumpulan Penyelidikan Pengurusan Ekosistem



Lestari. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM



11