Kraf Dimensi Baharu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kraf Dimensi Baharu – Peranannya Kraf dimensi baharu ialah kraf tradisi yang diperbaharui dari segi penggunaan reka bentuk, bahan, teknik, fungsi dan nilainya demi memenuhi tuntutan semasa. Bagi seni kraf tembikar, ia telah diperbaharui menjadi dimensi baharu berbanding seni kraf tembikar tradisional. Hal ini kerana, kraf dimensi baharu ini ia lebih merujuk untuk kegunaan perhiasan dan cenderamata. Berbanding kraf tradisional yang lebih menjurus untuk kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, periuk, lapik tiang yang sering digunakan oleh masyarakat di negeri Sembilan serta alat pengebumian sesetngah suku kaum di Sabah dan Sarawak. Bagi proses pembuatan tembikar di alaf dimensi baharu ini, kebanyakkan tukang pandai menggunakan tanur gas, tanur kayu, tanur elektrik dan tanur raku sebagai alat dalam proses pembakaran tembikar. Bagi seni kraf batik pula, dalam dimensi baharu ia digunakan dan berfungsi sebagai kelengkapan rumah seperti langsir, kusyen dan hiasan dinding. Batik juga digunapakai sebagai aksesori dan perhiasan diri bagi masyarakat moden sekarang. Proses pembuatan batik di zaman dimensi baharu ini mudah dan senag. Hal ini kerana, kebanyakkan tukang pandai terpaksa mengikut pasaran sekarang yang mana memerlukan mereka menghasilkan sejumlah batik yang banyak untuk kegunaan dalam usahawan baik di dalam negara sendiri mahupun luar negara. Proses pada zaman era ini hanyalah dengan menggunakan mesin iaitu penghasilan corak adalah secara digital dan juga menggunakan skrin bagi batik skrin. Dalam anyaman pula, banyak perubahan yang berlaku dari segi peranan dan fungsinya tersendiri. Jika dahulu anyaman digunapakai sebagai alat seperti kipas, penapis, nyiru dan sebagainya, tetapi kini ia lebih menjurus kepada hiasan dinding, dijadikan sebagai beg duit, bekas tisu bekas surat dan sebagainya. Dalam proses pembuatannya pula, tidak sesukar dahulu. Kini, peralatan untuk membuat anyaman diperbagaikan. Contohnya dengan menggunakan riben, kertas dan sebagainya yang mudah didapati dan dilenturkan untuk menjadi anyaman. Bagi ukiran pula, ia digunakan sebagai hiasan dalaman seperti rak, hiasan dinding, perabot, meja sorong, bingkai gambar dan sebagainya. Ukiran ini juga digunapakai sebakai kelengkapan rumah iaitu pengadang ruang untuk memisahkan ruang yang besar atau untuk membuat pembahagian bagi lelaki dan perempuan. Ukiran ini juga boleh didapati pada tongkat dan perhiasan diri seperti gelang, manik, loket, tali pinggang, terompah atau kasut. Proses pembuatan ukiran pada zaman dimensi baharu ini, perbezaannya adalah dari segi penyediaan alat dan bahan seperti gabungan bahan seperti kayu dengan tanduk dan sebagainya.