Laporan Pertandingan Mewarna [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG Lampiran 1B LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP



NAMA PELAJAR



: Vallerie Anak Jirum



PROGRAM



: PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011



NAMA SEKOLAH



: Sekolah Kebangsaan Agama Sibu, Sibu



NAMA PROJEK/AKTIVITI



: Pertandingan Mewarna Gaya Hidup Sihat



TEMPOH PELAKSANAAN



: Seminggu ( 21 - 23 julai 2014)



RASIONAL : Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sekolah rendah. Aktiviti mewarna juga merupakan salah satu aktiviti boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak bagi mengukuhkan kemahiran motor halus kanak-kanak berkembang dengan lebih baik. Kemahiran motor halus yang baik akan membantu murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan lebih berkesan. Secara psikologinya, melalui aktiviti mewarna juga guru berpeluang untuk mengesan keadaan kanak-kanak yang tidak ditonjolkan mereka ketika bersama guru dan rakan-rakan. Guru boleh menilai dan mengetahui emosi atau perasaan yang cuba diluahkan kanak-kanak melalui warna yang mereka gunakan. Pertandingan mewarna bertemakan gaya hidup sihat ini juga merupakan sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan disamping mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukis. Pertandingan ini juga diadakan bagi memupuk dan mengembangkan bakat kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka menjadi lebih baik. Pertandingan ini akan diadakan secara mini dan tertutup peringkat SK Agama Sibu. Selain itu, Pertandingan ini juga akan dapat memberi kepelbagaian dan keseronokan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru berharap aktiviti ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.



OBJEKTIF : Projek ini dijalankan bertujuan untuk : 1) Memberikan pendedahan awal mengenai pengamalan Gaya Hidup Sihat dalam kehidupan melalui penghayatan seni lukisan. 2) Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukisan dan mewarna. 3) Mengembangkan dan meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. JUN 2011



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 4) Memberikan ganjaran kepada pemenang agar mereka terus berusaha untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.



STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Mengenal pasti syarat-syarat pertandingan yang diadakan agar memberi manfaat kepada murid. 2) Memilih kumpulan sasaran yang sesuai dengan pertandingan. 3) Memastikan lukisan-lukisan yang dihantar bertepatan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. 4) Memberikan



hadiah



kepada



para



pemenang



sebagai



pengukuhan



dan



mengggalakkan murid-murid menyertai pelbagai pertandingan.



REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti : SEBELUM a) Perancangan dan persiapan Sebelum pertandingaan Diadakan. Sebelum projek dilaksanakan, perancangan yang baik perlu ada dan disediakan dengan teliti. Kekuatan yang ada pada saya ialah penyediaan kertas kerja yang awal dan lengkap. Untuk perancangan dan penyediaan kertas kerja projek ini, saya telah mendapat kerjasama yang padu daripada mentor, rakan-rakan guru serta warga sekolah yang lain. Penyediaan kertas kerja yang baik dan cadangan penilaian yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan kelancaran projek yang akan dilaksanakan kelak. Selain itu, pengumuman perlu dilakukan dengan lebih awal mengenai pertandingan agar semua warga sekolah sedia maklum sebelum aktiviti dijalankan. Ini dapat dilakukan secara bertulis dan secara lisan.



JUN 2011



Membuat pengumuman mengenai pertandingan yang akan dijalankan.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



SEMASA b) Pelaksanaan 3 Hari yang Berbeza Mengikut Tahun. Sepanjang tiga hari yang berbeza saya perlu bergerak aktif bagi memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar antaranya mengedarkan kertas mewarna kepada setiap kelas, memberi arahan ringkas kepada murid-murid, mengambil gambar murid dan memantau setiap kelas agar kawalan kelas terjaga. Ada kalanya, saya dibantu oleh guru-guru lain



yang juga berada di dalam kelas sewaktu



pertandingan diadakan. Hal ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam memastikan pertandingan mewarna ini dapat dijalankan dengan lancar dan semua murid berada dalam keadaan terkawal.



Memantau murid-murid sepanjang pertandingan mewarna dijalankan.



c) Murid-murid Teruja untuk Menyertai Pertandingan Pada waktu pertandingan murid kelihatan tidak sabar menunggu di kelas dan masing-masing telah bersedia dengan pensel warna mereka. Saya berasa seronok kerana murid-murid menyertai pertandingan ini dengan bersungguh-sungguh. Walaupun dalam masa yang singkat iaitu, 1 jam. Mereka berusaha menyiapkan dalam



masa



yang



ditetapkan



dan



menyatakan



keinginan



untuk



menang



pertandingan. Hal ini memupuk semangat persaingan yang sihat dikalangan muridmurid.



JUN 2011



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



Murid-murid mewarna dengan bersungguhsungguh.



d) Objektif Pertandingan Mewarna Tercapai. Objektif pertandingan ini iaitu untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan kepada murid-murid melalui lukisan telah dapat dicapai. Apabila murid diminta untuk melafazkan cogan kata yang tertulis pad lukisan, lapan puluh peratus dapat menyatakan ia dengan bersemangat. Antara cogan kata yang telah digunakan ’Badan Sihat Otak Cerdas’, ’ Amalan Gaya Hidup Sihat’ dan Generasi Sihat Negara Makmur. Mesej-mesej ini dapat disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung untuk menjadi peringatan bersama untuk mengamalkan gaya hidup sihat.



JUN 2011



Murid-murid melafazkan cogan kata “Badan Sihat Otak Cerdas” dengan bersemangat.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



SELEPAS e) Mendapatkan bantuan juri untuk memilih pemenang terbaik bagi setiap kategori. Memandangkan pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mewarna, oleh itu, ia berada di luar kelebihan saya untuk menilai pemenang yang terbaik di kalangan murid-murid yang menyertai. Dengan itu, saya telah meminta bantuan seorang guru pendidikan seni bagi membantu proses pemilihan iaitu Cikgu Suzila. Dengan kriteria yang telah saya tetapkan, pemenang telah dipilih berdasarkan markah yang dikumpul yang mengambil kira faktor-faktor berikut : ASPEK YANG DINILAI 1. 2. 3. 4.



Kualiti produk mewarna secara keseluruhan Kreativiti Kebersihan dan kekemasan Ketepatan warna yang digunakan



-



20% 45% 20% 15%



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Setiap murid dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri seperti Pensil Warna dan Crayon (Watercolour tidak dibenarkan). 2. Setiap peserta perlu melengkapkan nama dan kelas masing pada rampaian lukisan yang disediakan. 3. Setiap murid wajib mengambil bahagian. 4. Tempoh masa bagi mewarna hanya diberi 1 jam bagi setiap kategori. 5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.



Proses penapisan lukisan-lukisan yang berjaya diwarnakan mengikut kriteria dan dipilih oleh juri sebagai pemenang.



JUN 2011



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG



Antara hasil murid yang terbaik yang telah dipilih oleh juri pertandingan sebagai pemenang.



2) Kelemahan Projek/Aktiviti : a) Kekurangan Kakitangan Bantuan. Oleh kerana tidak mahu mengganggu masa P&P sekolah, masa yang dipilih untuk menjalankan pertandingan ini ialah dari pukul 10.00 – 11.00 pagi, iaitu diadakan pada waktu rehat sehingga masa pertama selepas rehat. Oleh itu, ramai guru tiada di dalam kelas dan murid-murid semua nya nampak begitu teruja untuk membuat aktiviti. Namun, kekurangan kakitangan pembantu, menyebabkan saya terlepas perkara-perkara seperti ketepatan masa mengedar kertas mewarna dan kawalan kelas sepanjang pertandingan diadakan. Hal ini kerana, saya bergerak sendiri kerana kekangan rakan lain yang tidak dapat membantu. b) Tempat yang berbeza-beza menyukarkan pemantauan. Seperti yang sedia maklum, pertandingan diadakan pada 3 hari mengikut tahun yang berbeza kerana tidak ingin mengganggu waktu p&p. Hal ini menyukarkan kawalan sesetengah kelas yang suka membuat bising. Kelemahan apabila kelas berbeza, ialah saya terpaksa bergerak dari kelas ke kelas untuk mengedarkan kertas mewarna dan mengulang semula arahan yang murid perlu patuhi sepanjang pertandingan diadakan. Selain itu, ada kalangan murid yang ingin bertanya soalan yang sama. Oleh itu saya perlu mengulang-ulang jawapan yang sama. Perlu dikhaskan satu hari di tempat yang sama dan masa yang sama agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih efisien.



JUN 2011



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Dalam pengurusan dan pengendalian pertandingan yang baik, setiap kelemahan haruslah segera dikenalpasti, diteliti dan cuba diatasi. Penyediaan kertas kerja perlulah dilakukan dengan cepat dari awal. Setelah itu, kertas kerja boleh diberikan kepada beberapa guru yang lain untuk mengesan kelemahan dan kesalahan yang ada. Selain itu, perbincangan dan perjumpaan perlu diadakan diantara penganjur dengan murid dan pihak guru yang terlibat agar mesej dan perkara yang berkaitan dengan pertandingan dapat disampaikan kepada semua orang bagi mengelakkan masalah pada hari pertandingan. Hal ini kerana, kita tidak dapat bergerak sendiri bagi mengendalikan sesuatu pertandingan atau aktiviti dengan jayanya. Selain itu, kelemahan-kelemahan lain juga perlu diambil kira diantara nya masa dan tempat pertandingan diadakan. Perlu dikhaskan satu hari khas agar pertandingan dapat dijalankan serentak dalam satu hari di satu tempat yang sama, Dengan itu, kerjasama dan bantuan dari guru-guru lain amat perlu bagi memastikan semuanya berjalan lancar sekiranya pertandingan yang sama ingin diadakan pada masa akan datang.



KESIMPULAN : Kesimpulannya, projek yang telah dirancang ini telah dijalankan dengan lancar dan tersusun. Setiap kelemahan telah dikenalpasti dan diatasi dengan sebaik mungkin. Malah, masalah yang wujud secara tidak disangka-sangka juga dapat diatasi dengan baik hasil daripada kerjasama yang padu daripada semua pihak termasuklah pihak pentadbiran, guru-guru dan murid-murid. Dengan menjalakan projek sebegini, saya telah mendapatkan pengalaman yang cukup berharga untuk digunakan pada masa hadapan terutamanya apabila telah mengajar kelak. Malah, segala bimbingan dan tunjuk ajar guru akan sentiasa diingati untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang berada di sekolah ini.



Disemak oleh Mentor JUN 2011



Disahkan oleh Guru Besar



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG Catatan:



Catatan:



Tandatangan :



Tandatangan :



Nama



:



Nama



:



Tarikh



:



Tarikh



:



JUN 2011