Majlis Berendoi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Budaya Berendoi Pengenalan Budaya boleh didefinisiskan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat. Ia berkait rapat dengan budi pekerti atau akal. Secara amnya budaya merangkumi hal-hal yang berkaitan budi dan akal manusia. “Dalam masyarakat Melayu adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dan ia merupakan hukum atau peraturan yang hars dipatuhi.Umumnya masyarakat di alam Melayu mengamal dan berpegang kepada adat bersendi syarak,syarak yang bersendi kitabullah yang berpendirian bahawa segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama Islam” (Bakar, 2001) Pada era globalisasi kini, budaya lampau semakin dilupakan dek pembangunan negara yang semakin pesat. Hal ini secara tidak langsung mampu melenyapkan sesuatu budaya tersebut. Di negara kita sendiri iaitu Malaysia mempunyai pelbagai budaya.Namun ada diantaranya semakin dipinggirkan dek kerana ditelan arus modenisasi negara. Salah satu budaya yang semakin dipinggirkan adalah budaya berendoi ataupun lebih dikenali sebagai adat cukur jambul. Definisi Berendoi, sebenarnya berasal dari perkataan 'endoi' atau buaian, iaitu alat yang digunakan untuk menidurkan bayi.. Berendoi bermaksud membuai atau menghayunkan buaian yang diletakkan bayi yang telah dicukur rambutnya di dalam buaian yang telah dihias cantik. Berendoi merupakan satu majlis yang sinonim dalam masyarakat melayu ketika acara bercukur rambut atau jambul . Bayi akan dibuai dengan diiringi nyanyian memuji Rasulullah dan berupa nasihat.



Nyanyian tersebut dikenali sebagai dikir Berendoi. Kumpulan dikir ini boleh terdiri dari kaum wanita atau lelaki berjumlah empat orang atau lebih. Pada dasarnya berendoi merupakan persembahan kebudayaan.Kebiasaanya, berendoi yang dipersembahkan dianggotai oleh 3 atau 4 orang ahli dan di antara mereka terdapat seorang Tekong. “Persembahan Dikir Berendoi ini biasanya dilakukan pada hari kenduri kahwin dan pada hari ketujuh setelah bayi dilahirkan. Ia dipersembahkan dengan penuh adat istiadat. Ada juga mempersembahkannya ketika mendapat anak sulung, anak bongsu atau baru pertama kali mendapat anak lelaki atau perempuan. Biasanya majlis Dikir Berendoi ini dipersembahkan kerana hendak memenuhi kehendak berniat atau bernazar” (JASRI, 1991)



Berikut merupakan gambar-gambar berendoi.



Fungsi



Amalan berendoi atau cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Majlis ini adalah kali pertama bayi digunting rambutnya. Majlis dilakukan mengikut tradisi Melayu di mana majlis ini merupakan satu majlis tradisi yang penting yang diadakan supaya keluarga dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dan menyambut kedatangan bayi ke dalam sesebuah keluarga. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran



cahaya mata. Majlis diadakan penuh dengan adat istiadat. Berendoi berfungsi sebagai hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan para nabi. Pada masa sekarang keadaan telah berubah kerana berendoi juga dilakukan keatas kanak-kanak yang telah berusia sehingga berusia setahun, Hal ini kerana berendoi



tidak menghadkan umur



kanak-kanak tersebut. Semuanya bergantung kepada



kelapangan masa ibu bapa untuk melakukannya Kelengkapan Majlis Berendoi tidak lengkap jika tiada set bercukur jambul. Untuk menjalankan majlis tersebut beberapa kelengkapan disediakan.Antaranya sebuah dulang berisi tiga mangkuk yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih biji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya pula dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil.



Alatan semasa majlis berendoi



Ramai yang salah faham dan mengatakan bahawa set bercukur jambul merupakan perbuatan tahyul. Kebanyakkanya, orang muda yang kurang terdedah kepada amalan masyarakat dahulukala. Sebenarnya amalan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana ianya bukanlah bertujuan untuk menghalau roh jahat dan sebagainya. Penggunaan daun setawar dan sejenis rumput adalah untuk mengalirkan sedikit air ke rambut bayi adar sedikit basah dan mempermudahkan untuk memotong rambut bayi yang halus itu. Penggunaan kelapa muda pula ialah kerana sifat buah kelapa itu sendiri. Airnya yang dijadikan Allah sebagai penawar kepada panas badan. Gunting akan dicelup ke dalam air kelapa bertujuan untuk membersihkan rambut dari gunting dan urusan menggunting seterusnya akan lebih teratur. Rambut akan terkumpul di dalam kelapa muda tersebut. Kadangkala kelapa muda tersebut akan ditanam bersama rambut. Berat rambut akan ditimbang dan disamakan dengan nilai emas atau perak untuk disedekahkan



Upacara Majlis Berendoi Majlis berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Semasa majlis , kaum lelaki akan memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung.. Bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa majlis



berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada zaman ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama. Keebanyakkan lagu-lagu Berendoi membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul’alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Di bawah merupakan lirik lagu Anak di dalam Buaian:



Ayuhai anak di dalam buaian, Pejamkan mata jangan tangiskan, Lagu Berendoi kami dendangkan, Di dalam majlis tanda kesyukuran. Lamalah sudah kami menanti, Namun engkau tak kunjung tiba, Dengan takdir ilahi rabbi, Kini engkau sudah menjelma.



Masa yang diambil untuk berdikir boleh mencapai sehingga 2 jam. Semuanya bergantung kepada kehendak tuan rumah. Lagu-lagu yang didendangkan ada sehingga sepuluh lagu. Kebiasaannya, pendikir-pendikir ini mempunyai suara yang lunak dan nyaring.



Selain itu, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Akikah didefinisikan sebagai menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain. Dari segi jemputan tetamu pula, kebanyakan ibu bapa baru menjemput keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Terdapat juga yang menjemput jiran-jiran dan rakan sekerja. Walau bagaimanapun, kenduri yang besar dan mewah bukanlah suatu kemestian. Jamuan kecil dan sederhana melibat ahli keluarga rapat sahaja juga turut digalakkan. Ada sesetengah ibu bapa baru langsung tidak mengadakannya



sebarang



jamuan.jamuan



bukan



suatu



kewajipan



majlis



berendoi.



Walaubagaimanapun kebiasaanya, tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan makanan dan minuman.



Sejarah Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu. Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun



1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh.



Negeri Perlis seperti negeri-negeri yang lain juga perkembangan budayanya adalah mempunyai pertalian dan pengaruh-pengaruh dari luar terutamanya dari India, Siam dan Islam. Akan tetapi sudah dimengertikan bahawa tidak ada satu pun kebudayaan di dunia ini yang dapat diangga asli iaitu tidak terpengaruh oleh kebudayaan luar. Sesuatu kebudayaan yang hidup seharusnya berkembang dan perkembangan itu hanya mungkin dengan adanya kemasukan idea-idea baru dari luar. Kalau tidak, kebudayaan itu lama-kelamaan akan kaku dan beku. Kerana itu tidak hairanlah beberapa unsur kesenian di negeri ini merupakan ramuan-ramuan budaya dan kesenian dari negeri-negeri lain.Sekitar tahun 60-an merupakan detik-detik bersejarah bagi tradisi Dikir Berendoi. Ia merupakan acara sampingan daripada acara majlis Maulid Nabi S.A.W. Acara Maulid ini diambil daripada kitab berzanji yang dikarang oleh seorang tokoh agama yang terkenal dari negeri Jawa. Menurut sejarah, acara Maulid ini bermula ketika pada zaman kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Daripada acara Maulid inilah lahirnya Dikir Berendoi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Dikir Berendoi ini berasal dari Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah. Kemudian ia diperkembangkan secara beransur-ansur ke negeri Perlis. Dan seluruh masyarakat Melayu. Perkembangan ini telah memberi suatu kesan yang hebat pada generasi di desa dalam negeri Perlis pada waktu itu. Hingga sekarang Dikir Berendoi masih merupakan hiburan tradisional yang tidak kurang kepopularitiannya. Di antara tempat-tempat yang masih masyhur dengan Dikir Berendoi di negeri Perlis ialah Kampung Tok Pulau, Kampung Lat Seribu, Bukit Keteri dan di Felda Ladang Tebu, Chuping.Sebagai tambahan



berendoi di negeri Perak dikenali sebagai Dendang Siti Fatimah. Kemudian ia diperkembang ke seluruh Negara.



Faktor dipinggirkan Zaman semakin berubah dari semasa ke semasa. Perubahan sememangnya berlaku sejajar dengan perkemabangan semasa. Kita semua sedia maklum bahawa kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.



1. Proses Globalisasi Globalisasi merupakan punca perdana yang menyebabkan budaya kita seperti budaya berendoi semakin lesu dalan masyarakat kita. Pada umumnya globalisasi menyebabkan kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet,facebook, blog dan media sosial yang lain. Pada umumnya, budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, tempo muzik yang lebih rancak. Mereka sudah jemu dengan lagu-lagu berunsur nasihat kerana bosan.Akibatnya, budaya ini semakin dipinggirkan.



2. Teknologi maklumat Kemajuan teknologi maklumat masa kini semakin pesat membangun.Hal ini sedikit sebanyak boleh menggugat budaya yang sedia ada. Masyarakat kini mungkin lebih tertarik dengan budaya



luar. Semua budaya luar kini berada di hujung jari untuk mengetahui mahupun memahami budaya luar. Sebagai akibatnya, budaya kita semakin dipinggirkan.



3. Sikap Masyarakat Kesibukan sesebuah keluarga turut menyumbang kepada kepupusan sesuatu budaya. Budaya berendoi mungkin memakan masa yang lama untuk menyediakan persiapannya. Disamping itu sikap masyarakat yang dingin mampu menjejaskan budaya berendoi . Sesetengah masyarakat beranggapan budaya seumpama ini tidak lagi relevan dalam era modenisasi kini. Ia dianggap kolot dan tidak sesuai diamalkan pada masa kini. Selain itu, ada sesetengah masyarakat Melayu menyatakan majlis berendoi tidak perlu kerana ia bukan merupakan perkara wajib yang harus dilaksanakan kerana ia bukan suatu tuntutan agama.



4. Kewangan Ramai berpendapat majlis berendoi menelan ribuan ringgit. Hal ini bergantug kepada sesebuah keluarga sama ada ingin melakukan majlis besar-besaran. Sebenarnya majlis ini boleh dilakukan secara kecil-kecilan bergantung kepada kewangan sesebuah keluraga tersebut.Ia tidak semestinya dilakukan secara besar-besaran,



Cadangan Masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan budaya. Tapi sayang budaya tersebut semakin dipinggirkan kerana proses pemodenan dunia. Jadi, kita sebagai generasi kini perlu memeliharanya agar ia tidak akan pupus ditelan zaman.Usaha yang dijalankan bukan sekadar terletak di bahu satu pihak sahaja, namun semua lapisan masyarakat haruslah mengembleng tenaga bersama dalam usaha memelihara budaya berendoi ini. 1. Kerajaan Kerajaan menjadi salah satu landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan berendoi, sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Majlis berendoi beramai-ramai harus diketengahkan sepertimana majlis berkhatan beramai-ramai. Majlis berendoi mungkin boleh dilakukan sebagai acara tahunan .Sebagai contoh, Puteri Umno Cheras telah mengadakan acara berendoi beramai-ramai. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah mengadakan Program Festival Adat-adat Negeri Berendoi Beramai-ramai, berlangsung dengan meriah di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel Kuala Lumpur. Usaha seumpama ini harus diberi pujian kerana mereka masih ingat tentang warisan yang semakin dipinggirkan.Tambahan pula, persatuan ini bersetuju untuk mengadakan majlis berendoi beramai-ramai sebagai cara tahunan. Hal ini harus diikuti oleh mana-mana persatuan. Bukan sahaja berendoi malah budaya-budaya lain harus diketengahkan agar ia tidak dilupakan.



Majlis berendoi beramai-ramai dianjurkan Puteri Umno bahagian Cheras



2. Masyarakat Masyarakat turut menyumbang kepada pemeliharaan budaya ini. Masyarakat seharusnya peka terhadap permasalahan ini. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Masyarkat harus membuang persepsi terhadap kewujudan budaya ini.Selain itu, sesebuah kampong atau sesuatu kawasan digalakkan untuk mewujudkan sebuat persatuan untuk memelihara budaya berendoi yang terdiri daripada ahli kumpulan dikir berendoi. Persatuan ini akan mendapat dana daripada kerajaan untuk diperuntukkan bagi memeliharanya daripada dipinggirkan.



3. Skim Bantuan Kebudayaan Skim Bantuan Kebudayaan khusus bagi membantu kepada Badan Bukan Kerajaan untuk melaksanakan aktiviti seni budaya.Bantuan yang diperolehi akan dapat meningkatkan lagi kemahiran, kemampuan dan kecekapan badan bukan kerajaan di dalam bidang masing-masing.



4. Festival Warisan dan Budaya Isi ini bukan untuk budaya berendoi sahaja malah mencakupi semua budaya di Malaysia. Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali. Hal ini untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa. Festival ini dapat ketengahkan sebagai Negara yang moden dan progresif kepada Negara luar, namun tetap kaya dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan.



Kesimpulan Masyarakat diseru supaya memelihara kesenian, adat dan budaya Melayu yang semakin terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda. Kesenian rakyat adalah lambang cara hidup



sesuatu bangsa yang mempunyai nilai-nilai murni dan mencerminkan adat resam serta budaya kehidupan seharian mereka. Budaya bangsa kita bukan sahaja perlu terus diperkukuhkan, malah harus disemai dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi pewaris kepada kesenian bangsa sendiri. budaya dan sifat sopan santun, kehalusan budi bahasa, semangat bergotongroyong dan saling membantu yang menjadi amalan orang Melayu juga perlu disuburkan.Nilainilai sebegini perlu dipertahankan kerana merupakan kekuatan identiti orang Melayu, jangan biarkan budaya murni ini dilupakan. Walaupun orang Melayu semakin moden, adat-adat seperti ini tidak perlu dipinggirkan kerana ini adalah satu harta amat bernilai yang ditinggalkan oleh nenek-moyang. Sedar ataupun tidak, masyarakat Melayu sebenarnya kaya dengan amalan dan budaya tradisional yang patut diteruskan sehingga ke hari ini. Jika kita tidak meneruskan tradisi ini mungkin amalan itu akan lenyap dan generasi baharu tidak akan mengetahui pernah wujudnya majlis seperti ini. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.



Rujukan 1. Abd. Ghani Dan Onn Aba Jasri (1991), Berendoi Budaya Tradisi Melayu Yang Semakin Dilupakan, Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 3 – 1991.



2. Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah(2006), Amalan Cukur Jambul. 3. Sejarah berendoi, http://sayangkuberendoi.blogspot.com/2010/07/sejarah-berendoi.html. 4. Kosmo



Online(2011)



Evolusi



cukur



jambul



dalam



adat



Melayu.



http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Rencana_ Utama&pg=ru_01.htm