Maksud Pendidikan [PDF]

  • Author / Uploaded
  • SITI
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara. Pendidikan mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, dan sosial seterusnya mengubah kehidupan manusia daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu untuk menjalani kehidupan seharian seterusnya berjaya di dalam hidup. Pihak kerajaan telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. Pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana serta mampu membuat keputusan, dan tegas dalam mengawal emosi, seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah negara. Namun, guru hari ini lebih memfokuskan kepada pengajaran dan kurang terhadap pendidikan. Hal ini disebabkan oleh senario yang berlaku kini di mana masyarakat lebih mementingkan keputusan yang dianggap penentu kepada masa depan. Berbeza dengan zaman dahulu, guru lebih komited dan tegas sewaktu menjalankan tugas. Namun disebalik ketegasan itu, guru pada zaman dahulu lebih ikhlas mendidik anak bangsa dengan harapan kelak akan menjadi insan yang berguna. Mereka dihormati malah disanjung tinggi dan mendapat



tempat



yang



tertinggi



dalam



kalangan



masyarakat.



Kini,



ketegasan,



profesionalisme dan hak bersuara guru menjadi suram di mata masyarakat, malah guru tidak lagi disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Ini menjadikan hubungan antara guru dan masyarakat terutama pelajar sendiri semakin renggang dan tidak mesra. Kesannya, semangat guru kian pudar untuk melaksanakan tanggungjawab yang lebih dedikasi.Selain bebanan tugas yang semakin bertambah dan ditambah pula dengan sikap pelajar pada masa kini, motivasi dan semangat sesetengah guru untuk mendidik anak bangsa mulai luntur dan merudum. Mereka tidak lagi memegang falsafah ingin bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak bangsa, tetapi lebih kepada mengajar semata-mata. Sebelum membincangkan isu ini dengan lebih lanjut, kita akan melihat apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran dan pendidikan. Secara umumnya, mengajar adalah lebih menjurus kepada kaedah yang membabitkan proses penyampaian ilmu pengetahuan daripada guru kepada pelajar dan lebih menumpukan kepada pembangunan intelektual dan juga pengetahuan akademik. Manakala mendidik pula membawa maksud proses membentuk sahsiah atau akhlak seseorang individu dan ia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk membentuk akhlak pelajar yang baik. Terdapat banyak tafsiran dan pandangan yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Di sini akan dihuraikan sedikit beberapa maksud pendidikan yang telah



dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat dan Islam. Swift D.F di dalam



bukunya



“Sociology



of



Education”



menghuraikan



pendapat-pendapat



yang



dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan ilmuan dari Barat berkenaan dengan pendidikan. Antaranya ialah, Plato yang berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Menurut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup, manakala John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.



John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.



Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat - menghormati.



Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai pendidikan. Sharifah



Alwiyah



Alsagoff



menghuraikan



di



dalam



bukunya



“Falsafah



Pendidikan” pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:·



Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.



·



Pendidikan sebagai proses latihan.



·



Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu.



·



Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apa yang disampaikan.



·



Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.



·



Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.



·



Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains. Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat, bangsa dan negaranya. Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang tidak dapat membezakan antara pendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan asas adalah satu konsep yang besar dan luas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua. Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satu komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asasasas kehidupan sama ada sebagai seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asas dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas juga meliputi soal pendidikan kesihatan



dan penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta berkaitan dengan pembangunan moral dan agama. Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara. Rujukan Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling Jaya Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London Portal Pendidikan Utusan, www.tutor.com.my DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Apa dia pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Apakah ciri-ciri Pengajaran? 



guru dan murid,







guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,







hanya bermakna apabila ada pembelajaran,







melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,







melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,







ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,







boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid



serta berpusatkan sumber, 



meliputi rancangan mengajar (KOPI),







proses yang melibatkan interaksi dua hala,







ada unsur sains dan seni



Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya dan lainlain). Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan,pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.



Mengikut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah dalam buku Pedagogi 1 (1998), salah satu factor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah.Salah satu aspek yang perlu diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah member sumbangan kepada tahap pembelajaran murid. Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan pemelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis: Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh: 



Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap yang amat rendah.  Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap murid.  Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.  Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.  Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas. Cadangan: 



Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di sekeliling mereka selepas bacaan doa.  Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.  Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.







Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka sekiranya boleh dan bersesuaian.