Malam Nisfu Sya'ban [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MALAM NISFU SYA’BAN: Malam Anugerah Disediakan oleh: Al-Faqir ilallahil Qadir,



Ustaz Muhadir bin Haji Joll



‫غفر هللا له وملشاخيه ولوالديه‬



Penasihat Syariah, Galeri Ilmu Media Group



KEMULIAAN 3 BULAN BERGEMBAR



REJAB



SYA’BAN



RAMADHAN



10 Awal (1 – 10 Rejab)



10 Pertengahan (11 – 20 Sya’ban)



10 Akhir (21 - 29/30 Ramadhan)



1 Rejab (Doa mustajab)



15 Sya’ban (Malam Nisfu Sya’ban)



Malam ganjil = Lailatul Qadar



Nama-nama malam Nisfu Sya’ban ‫ليلة القسمة‬ ‫( والتقدير‬malam (2)



(1) ‫ليلة املباركة‬ (malam yang berkat)



(5) ‫ليلة الحياة‬ (malam hidup (hati tidak lupa Allah)



‫ليلة‬ ‫القدر‬



(10)



(malam penentuan)



(3)



(malam penghapusan dosa)



pembahagian & taqdir)



‫ليلة‬ ‫الشفاعة‬ (6)



(7)



(malam syafaat)



‫ليلة البراءة‬



(malam kelepasan daripada api neraka)



‫ليلة‬ ‫الغفران‬



(11)



(malam pengampunan)



‫ليلة التكفير‬



(4) ‫ليلة اإلجابة‬ (malam diperkenankan doa)



‫ليلة‬ ‫البركة‬



‫ليلة‬ ‫التعظيم‬



(malam keberkatan)



(malam pengagungan)



(9)



(8)



‫ليلة العتق من‬ ‫( النار‬malam



(13)



perlepasan daripada api neraka)



(malam Hari Raya para malaikat)



(12)



‫ليلة عيد‬ ‫املالئكة‬



Banyak nama



Banyak fadhilat Banyak kemuliaan



Rahsia Lailatul Qadar dirahsiakan & malam Nisfu Sya’ban dizahirkan Syaikh Abdul Qadir al-Jilani dalam kitabnya Al-Ghunyah (ms. 283):



‫ ألن ليلة القدر ليلة‬،‫ إن الحكمة في أن هللا تعالى أظهر ليلة البراءة وأخفى ليلة القدر‬:‫وقيل‬ .‫ أخفاها هللا لئال يتكلوا عليها‬،‫الرحمة والغفران والعتق من النيران‬ “Dikatakan, hikmah Allah Ta’ala menzahirkan malam pembebasan (malam Nisfu Sya’ban) dan menyembunyikan Lailatul Qadar kerana Lailatul Qadar adalah malam kasih sayang, pengampunan dan pembebasan daripada neraka. Allah menyembunyikannya (Lailatul Qadar) supaya manusia tidak mempersia-siakannya.”



،‫ ليلة القبول والرد‬،‫ وليلة السخط والرضاء‬،‫ ألنها ليلة الحكم والقضاء‬،‫وأظهر ليلة البراءة‬ ‫ فواحد فيها يسعد واآلخر فيها‬،‫ والكرامة والنقاء‬،‫ ليلة السعادة والشقاء‬،‫والوصول والصد‬ .‫ واحد يهجر وواحد يؤجر‬،‫ وواحد يكرم وواحد يحرم‬،‫ وواحد يجزى ويخزى‬،‫يبعد‬ “Dan Allah menzahirkan malam pembebasan (malam Nisfu Sya’ban) kerana ia adalah malam penghakiman dan qadha’, malam kemurkaan dan keredhaan, malam penerimaan dan penolakan, malam penyampaian dan penolakan, malam kebahagiaan dan kecelakaan, malam kemuliaan dan pembersihan. Ada sebahagian yang beruntung, sebahagian yang lain dijauhkan daripada rahmat-Nya, sebahagian diberi pahala, sebahagian yang lain dihinakan, sebahagian dimuliakan, sebahagian yang lain dihalang daripada rahmat-Nya, sebahagian didiamkan dan sebahagian yang lain diberi pahala.”



Rahsia Lailatul Qadar dirahsiakan & malam Nisfu Sya’ban dizahirkan



Lailatul Qadar



“rahmat & ampunan”



Malam Nisfu Sya’ban



“penentuan nasib” Amalan setahun dibentangkan kepada Allah Setahun diuji: dekat atau jauh daripada Allah Siapa layak mendapat keredhaan Allah atau azab-Nya Nampak siapa yang beruntung dan tidak



KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN



َ ُ ُ َّ َ َ ََْ ْ َ َ ‫يط ِلع هللا ِإلى ج ِمي ِع خل ِق ِه ليلة‬ َ ْ َ َْ َ َ ْ َ ُ ‫ َ فيغ ِفر ِلج ِم ِيع‬،‫ف ِمن شعبان‬ ‫النص‬ ِ ِ َْ َ ُ ْ َ ُ َّ .‫احن‬ ِ ‫ ِإَّل ِملشا ِرك أو مش‬،‫خل ِق ِه‬



“Allah menilik kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhluk-Nya



melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan).” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Imam Ibnu Majah, Imam Ath-Thabrani dan Imam Ibnu Hibban di dalam Shahihnya.)



KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN



َ َ ُ َ َْ ْ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ َ ََْ َ َ َ ُ ْ َ ُ َ َ َ ‫فقدت رسول‬ ‫ فخ َرجت ف ِإذا هو ِف َي الب ِق ِيع ر ا ِفعا رأسه ِإلى‬،‫هللا ذات ليلة‬ ِ َ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َّ َ‫هللا َع َل ْيك‬ ُ ‫يف‬ ‫أ‬ ‫ين‬ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫خ‬ ‫أ‬ ‫ح‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫ت‬ ‫نت‬ ‫ك‬ : ‫ فقال صلى هللا علي ِه وسلم‬،‫اء‬ ‫م‬ ‫الس‬ ِ ِ ِ ِ ََ َ َ ُ ُْ ْ َ َ ُ ُ ُ ََ َ ْ َ َ َ َّ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ ‫ ما ذاك ِبي يا رسول‬:‫ قلت‬:‫ورسوله؟ قالت‬ ‫ ول ِكن ظننت أنك أتيت‬،‫هللا‬ ِ َ ُ َ َ َّ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ُّ َ َ ‫ ِإن هللا ي ِنزل ِإلى سم ِاء الدنيا ليلة‬:‫ قال صلى هللا علي ِه وسل َم‬.‫بعض ِنسا ِئك‬ َ َ ََ ْ َ َ َ ْ ََْ ُ ْ ََ َ َْ َ ْ ‫الن‬ ‫ص‬ .‫ فيغ ِفر ِألكثرمن عدد شع ِرَن ِم ب ِني ِكلب‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ ِ “Aku (Sayyidatina Aisyah) pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya: Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan Rasul-Nya? Aku menjawab: Itulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-



Nya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni hamba-hamba-Nya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.” (Riwayat Imam Ibnu Majah, Imam Ad-Darulquthni dan Imam Ahmad.)



Pendapat ulama’ (1) Termasuk malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-



Syafi’i berkata di dalam kitabnya Al-Umm:



َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ُّ َّ َ َ َ َ َ ‫ ليل ِة‬:‫س َليال‬ ‫اء يستجاب ِفي خم‬ ‫ع‬ ‫الد‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫غ‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ِ َ ْ َ َّ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ ‫الجمع ِة وليل ِة األضحى وليل ِة ال ِفط ِروأو ِل ليلة ِمن‬ َََْ َ َ َ َْ َ ْ .‫ف ِمن شعبان‬ ِ ‫النص‬ ِ ‫رجب وليل ِة‬ “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”



(2) Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari dalam tulisannya Lailah an-Nishf min Sya’ban mengatakan: “Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang telah menjadi adat untuk umat menghidupkannya dengan rangkaian amalan dan memanjatkan doa kepada Yang Mengabulkan segala hajat, jalla jalaluh, kerana terdapatnya atsar yang warid tentang kelebihannya. Ia juga mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan dekatnya ketibaan bulan puasa supaya kita bersedia menghadapinya. Dan telah menulis Ahlil Ilm dahulu dan sekarang tentang kelebihan malam tersebut dalam tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya ditulis oleh An-Najm al-Ghithi, Ibnu Hajar al-Makki, Ali al-Qari, Salim as-Sanhuri dan selain mereka dalam risalah-risalah mereka yang khusus dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling bermanfaat yang ditulis tentang kelebihan malam-malam dan hari-hari yang barakah ialah kitab Al-Latha’if (iaitu kitab Latha’if al-Ma’arif) karangan Ibnu Rajab alHanbali yang telah dicetak dan beredar di tangan-tangan pembaca.” (Lihat Lailah an-Nishf min Sya’ban dalam Rasa’il Hammah wa Mabahits Qayyimah, ms. 513.)



(3) Al-Hafizh al-Muhaddits asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki, salah seorang ulama’ besar Al-Azhar asy-Syarif pada kurun ke-8, telah menulis risalah yang sangat berguna dalam menerang dan membincangkan kelebihan malam ini dengan judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban. (Telah diterjemahkan oleh Syaikhuna, Al-Alim al-Musnid Datuk Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin as-Sanusi dengan judul Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban.)



(4) Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menggalakkan untuk membangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ketaatan kepada Allah dan berpuasa pada keesokan harinya. Beliau menyebutkan di dalam kitabnya Latha’if alMa’arif (ms. 136-137):



َ ََْ ْ ُ َ ُ َ ْ َ ُ ْ َّ َ َ ُ َ ْ َ َ َّ َ ْ ْ ُ ‫فأشرف هذا الشهر ليلة ِنص ِف ِه‬ ‫يف مص ِليا‬ ِ ‫ف الش ِر‬ ِ ‫النص‬ ِ ‫فقم ليلة‬ ََ َْ ُ َ َ َ َ َْ ََ ْ َ ُ ََْ ْ ْ ‫ف ِآمنا وقد ن ِسخت ِف ِيه ص ِحيفة حت ِف ِه‬ ِ ‫النص‬ ِ ‫فكم ِمن فتى قد بات في‬ َ َْ ْ ْ ْ ََ َْ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ ‫انقضا ِئ ِه وح ِاذر هجوم املو ِت ِف ِيه ِبصر ِف ِه‬ ِ ‫فب ِادر ِب ِفع ِل الخي ِر قبل‬ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ ْ ْ َ َ َّ َ َ ْ َ ْ ُ َ ‫ّلِل وأح ِسن رجاءه ِلتظفر ِعند الكر ِب ِمن ِه ِبلط ِف ِه‬ ِ ِ ‫وصم يومها‬ Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman



Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam catatan Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya



Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan perbetulkanlah harapan kepada-Nya



Semoga kamu mendapat kurniaan kelembutan-Nya daripada-Nya ketika berlaku huru-hara.



Beliau juga mengatakan dalam kitab Latha’if al-Ma’arif yang sama:



َ ْ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ ْ َ ْ ُ َََْ َّ ْ ْ ‫وليلة ال ِنص‬ ‫ كان الت ِابعون ِمن أه ِل الش ِام‬،‫ف ِمن شعبان‬ ِ َ ْ ُ َْ ََ ََْ ُ َ ُ َ َْ َ ْ ُ َ َ ََ َ َ ْ َ ْ ‫ وكان خ ِالد ب ِن معدان‬،‫يع ِظمونها ويجت ِهدون ِفيها ِفي ال ِعباد ِة‬ َ َ َ ْ ُ َ َُْ َ ْ َ ْ ُ ْ ُ َ َّ َ ُ ْ ْ ْ َ ُ ‫ولقمان ب ِن ع ِامروَيرهما ِمن ت ِاب ِعي الش ِام يقومون ِفي املس ِج ِد‬ َ َ َ َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ ُ ََُ ََ َ ََْ َ ْ ،‫اإلمام ِإسحاق ابن راهويه على ذ ِلك‬ ‫ وو افقهم‬،‫ف‬ ‫النص‬ ‫ليلة‬ ِ ِ ِ ََ َ َ َْ َ َ َ َْ َ ْ َ َ َ َ َ ْ . ‫ ليس ذ ِلك ِب ِبدعة‬: ‫اج ِد جماعة‬ ِ ‫وقال ِفي ِقي ِامها ِفي املس‬ “Malam Nisfu Sya’ban, para tabi’in daripada penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain daripada kalangan tabi’in Syam mendirikan solet di dalam masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka dipersetujui oleh Al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban di masjidmasjid secara berjamaah, “Perkara tersebut tidak termasuk bid’ah.”



(5) Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh



Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi alMalayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam karangannya Tuhfah al-Authan wa al-Ikhwan (ms. 74-77), menulis: “Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam Nisfu Sya’ban ini adalah tsabit melalui beberapa hadis yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadha’il.



Syaikh Muhammad bin Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri rhm. dalam "Tuhfahul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat 442 menyatakan antara lain: “…Hadis-hadis fadhilat malam Nisfu Sya’ban itu secara keseluruhan adalah hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu Sya'baan.”



(6) Al-Muhaddits al-Alim al-Allamah, al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki juga telah menulis karangan khusus mengenai kelebihan dan amalan bulan Sya’ban dalam kitabnya Maza fi Sya’ban. Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu Sya’ban, Sayyid Muhammad mengatakan ialah adalah doa yang masyhur lagi mujarrab yang sebahagian besarnya diambil daripada doa yang diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu Mas’ud seperti mana dikeluarkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah dalam AlMushannaf dan Imam Ibnu Abi ad-Dunya dalam Ad-Du’a.



(7) Al-Allamah Syaikh Wan Ahmad al-Fathani juga menulis kelebihan Nisfu Sya’ban ini dalam kitabnya Badai’ azhZhuhur.



Cara menghidupkannya Di dalam kitab Latha’if al-Ma’arif (ms. 135-136) disebutkan:



َ َ ْ َ َ َ َ ًّ َ َّ َ َّ َ ْ ْ َ َ َ َْ َ ْ َ ‫َو‬ ْ ‫و‬ ،‫ف ِمن شعبان‬ ‫ر‬ ‫خ‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ص‬ ‫أ‬ ،‫ي‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫الن‬ ‫ك‬ ‫ة‬ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ج‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ِ ِ َِ ِ ِ ِ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ ُ ْ َ ََْ َ َّ َ َ ُ َّ َ َ ُ ‫ فقال ِبأن داود عليه السالم‬،‫اء‬ ‫ ينظر ِإلى السم‬،‫فأكثرالخروج ِفيها‬ ِ َ َ ََ َ َّ‫ إن‬:‫ال‬ َ ‫الس‬ َّ ‫ َف َن َظ َرإ َلى‬،‫اعة‬ َّ ‫ات َل ْي َلة في م ْثل َهذه‬ َ ‫ َف َق‬،‫الس َم َاء‬ ‫خرج ذ‬ ِ َ ِ ِ ِ ِ َِ ِ ُ َ ُ َّ َ َّ ِ َ َ َ َ َّ َ َ ٌ َ َ ْ َ ...‫ ِإَّل َ ِفرله‬،‫ ما دعى هللا أحد ِفي ه ِذ ِه الليل ِة‬،‫ه ِذ ِه الساعة‬ “Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali telah keluar pada malam Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”



(Beliau juga menulis): Di kalangan Tabi’in daripada negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini…. Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.



Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya (iaitu tidak bersetuju jika dibangunkan secara berjemaah) termasuklah Atha’ dan Ibnu Abi Malikah. Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya daripada fuqaha’ Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bid’ah (makruhah).”



Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara: (1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: “Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah).” Ia dinukilkan oleh Harb al-Kirmani di dalam Masa’ilnya. (2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisahkisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i, imam penduduk Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah…” (Imam Al-Qasthillani juga menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyyah.)



Khilaf para tabi’in Syam cara menghidupkan malam Nisfu Sya’ban (a) Imam Khalid bin Ma’dan, Imam Luqman bin Amir, Imam Ishaq bin Rahuyah



Berjemaah di masjid



(b) Imam Al-Auza’i



Seorang diri



* Khilaf di sini bukan melibatkan ia boleh atau tidak disambut, tetapi khilaf bagaimana cara menyambutnya



Solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. Hujjah al-Islam, Imam Ghazali adalah antara ulama’ yang mentsabitkannya. (Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, 1/209-210.)



Imam Ghazali mengatakan solat pada malam Nisfu Sya’ban 100 rakaat (iaitu termasuk dalam kategori solat sunat mutlaq). Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah AlIkhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga solat dengan 10 rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Ghazali mengatakan solat cara ini ada dilakukan oleh ulama’ Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat alKhair (solat yang mempunyai banyak kebaikan). Kadangkadang mereka mendirikan solat ini secara berjemaah.



Mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun.



Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solatsolat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh syarak.



Amalan dalam masyarakat Melayu



Bagi masyarakat Melayu secara khusus dan masyarakat Islam seluruh dunia secara umum, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca surah Yaasin 3 kali dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, yang kedua dengan dimurahkan rezeki dan yang ketiga dengan niat semoga dimatikan dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ muktabar.



Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadis yang menerangkan pahala membaca Al-Qur’an dan surah Yaasin adalah termasuk daripada surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca Yaasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya. Niat sebelum membaca surah Yaasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.



Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi ad-Dunya, daripada Imam ‘Atha’ bin Yasar berkata:



ُ ََْ َ َ َ َْ َ َ َ َ ُ َ َ ْ َ ْ ْ ‫ د ِفع ِإلى مل ِك املو ِت‬،‫ف ِمن شعبان‬ ‫النص‬ ‫ِإذا كان ليلة‬ ِ ِ ْ ُ ََُ َ َ َ َّ َّ‫ َفإن‬.‫يف َة‬ َ َ ْ ‫ ِاق ِبض من ِفي ه ِذ ِه الص ِح‬:‫ فيقال‬،‫ص ِحيفة‬ ِ ُ ْ ُ ْ ََ َ َ ْ ُ ََْ ََْ ْ ُ‫ َو َينكح‬،)‫اس‬ َ َ ‫َ العبد ليف ِرش ال ِفراش ( ليغ ِرس الغر‬ ِ َ ُ َْ ُ ُ ْ َ َ ْ ُ ْ ْ َ َ َ ‫ْ ْ َو‬ َ َ ) ‫ و ِإ ِن اسمه قد ن ِسخ ِفي ( ِديو ِان‬،‫ ويب ِني البنيان‬،‫األز اج‬ َ ْ َْ .‫املوتى‬ “Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, diberikan catatan kepada Malaikat Maut, lalu dikatakan: “Cabutlah nyawa sesiapa dalam catatan ini.” Sesungguhnya seseorang menanam tanaman, berkahwin dengan isteri-isteri dan membina binaan, sedangkan Namanya telah dicatat dalam catatan orang yang akan meninggal dunia (pada tahun itu).”



Bacaan Yaasin 3 kali?



Ia ijtihad para ulama’



Jika nama tidak tercatat dalam buku orang yang meninggal dunia tahun itu



(1) Mohon dipanjangkan umur dalam kebaikan



Jika nama tidak tercatat dalam buku orang yang meninggal dunia tahun itu



(2) Mohon dimurahkan rezeki & diberikan rezeki yang halal



Jikan nama tercatat dalam buku orang yang meninggal dunia tahun itu



(3) Mohon dijauhkan daripada bala & dikurniakan mati dalam husnul khatimah



Fatwa mantan Mufti Besar Mesir, Al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad No. fatwa : 641



Tarikh: 14/01/2006



‫وَّل بأس بقراءة سورة يس ثالث مرات عقب صالة املغرب‬ ‫جهرا في جماعة؛ فإن ذلك داخل في األمربإحياء هذه‬ ،‫ وأمرالذكرعلى السعة‬،‫الليلة‬ “Dan tidak mengapa (harus) membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib dengan suara yang keras atau nyaring secara berjemaah (beramai-ramai). Ini kerana amalan tersebut termasuk perbuatan dan amalan (perintah) untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban. Suruhan berzikir adalah sangat luas/ terdapat kelapangan (tidak terikat).”



Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam masyarakat Melayu Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 11 Safar 1437 bersamaan 23 November 2015 telah membuat keputusan seperti berikut:



“Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi maka adalah wajar bagi umat Islam untuk tidak melepaskan peluang mengambil dan merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan cara beribadah seperti solat sunat, membaca Al-Qur’an, berzikir, membaca doa nisfu Sya’ban dan lain-lain lagi dengan memanjatkan kesyukuran atas limpahan nikmat Allah yang tiada terhingga banyaknya.



Oleh yang demikian, merayakan malam Nisfu Sya’ban dengan melakukan pelbagai ibadah yang membawa kepada keredhaan Allah dan keampunan adalah sunat/mustahab hukumnya. Cara kebiasaan umat Islam di negeri Johor ini menghidupkan malam nisfu Sya’ban ialah dengan membaca surah Yaasin tiga kali selepas solat maghrib dan setiap kali lepas membaca Yaasin mereka membaca doa. Pada bacaan Yaasin kali pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon semoga dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga diniatkan memohon rezeki yang halal. Cara begini memang digalakkan dalam Islam.



Justeru, menghidupkan malam nisfu Sya’ban ini bukanlah satu amalan bida’h bahkan ianya tergolong dalam kategori perkara-perkara mustahabah/ sunat. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita meraikan malam Nisfu Sya’ban ini dengan pelbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam melakukan perkara-perkara bid’ah antaranya solat sunat Nisfu Sya’ban kerana ianya tiada sabit dalam syarak sama ada daripada nas Al-Qur’an ataupun hadis Nabi.”



Tidak ada dalil khusus Nabi menyuruh membaca Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban? * Tidak ada juga dalil khusus Nabi MELARANG membaca Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban * Dalil umum daripada Al-Qur’an & hadis fadhilat membaca Al-Qur’an tanpa mengkhususkan tempat, masa & bilangan * Dalil umum daripada Al-Qur’an & hadis untuk membaca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya tanpa mengkhususkan tempat, masa & bilangan * Dalil khusus fadhilat surah Yaasin * Termasuk di dalam dalil umum menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan amal ibadah * Ia telah dibolehkan oleh para ulama’ & mereka turut melakukannya sejak dahulu lagi sehingga sekarang



Nabi tidak pernah melakukan membaca Yaasin 3 kali pada malam Nisfu Sya’ban? Apa yang tidak pernah dilakukan Nabi disebut “At-Tark” ( ‫ ) الترك‬dalam perbahasan ilmu Ushul Feqah yang memahamkan: Apa yang tidak pernah dilakukan Nabi bukan bermaksud ia TIDAK BOLEH dilakukan, tetapi TIDAK MENGAPA jika tidak dilakukan.



َ َ ْ َ َّ ُ َّ َ َ َ ََ َْ ََ َ َْ َ ،‫ وب ِلغنا رمضان‬،‫ا َللهم با ِرك لنا ِفي شعبان‬ َ َ َّ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ‫ض البص ِر‬ ِ ‫وأ ِعنا ع ْلى‬ ِ ُ َْ ‫الصي ِام وال ِقي ِام و‬ َ َ َ َ َ ْ ‫و ِحف ِظ‬ ،‫اللس ِان و ِقراء ِة القر ِآن‬ ِ ُ َّ َ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ َ .‫ يا ك ِريم يا منان‬،‫يا ر ِحيم يا رحمن‬ “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Sya’ban ini, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan, bantulah kami untuk berpuasa, qiyam, menundukkan pandangan, menjaga lisan dan membaca Al-Qur’an, wahai (Allah) Yang Maha Penyayang, wahai (Allah) Yang Maha Pemurah, wahai (Allah) Yang Maha Mulia, wahai (Allah) Yang Maha Pemberi kurnia.”



‫وهللا أعلم وعلمه أتم‬