Masalah Pembelajaran Jawi Tulisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa Melayu dengan



menggunakan



kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau, madarasah, sekolah



pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh dalam kalangan orang Melayu. Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam (Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di sekolah Melayu atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi digunakan untuk mengajar membaca dan menulis di Sekolah Melayu dari darjah 1 hingga darjah 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai skrip rasmi. Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amat perlu dilalui oleh setiap murid terutama kepada murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Namun, mereka berhadapan dengan beberapa masalah dalam menguasai kemahiran tersebut.



2.0



MASALAH KELEMAHAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH



Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan (1960) Maka, bermulalah kemerosotan kemahiran murid membaca dan menulis jawi. Ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam pada sebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang 1



mempunyai sistem ‘sekolah agama’ nya sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi. Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks. Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun 3 – 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad. Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan pelajar Islam meningkat dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 – 11 April, 1984 di Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam kurikulum sekolah. Encik Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984) mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam. Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka. Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan peningkatan mendadak



peratusan pelajar



Muslim di sekolah rendah dan menengah yang tidak dapat membaca buku teks jawi, kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah. Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun 1990an. Kajian tinjauan dalam kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi Pendidikan Islam; 65-68% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Al-Quran dan Hadis. 2



Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’ dijalankan di sekolah. Kesan kelemahan membaca dan menulis Jawi di sekolah rendah dan menengah ialah murid tidak dapat membaca buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dalam huruf Jawi dan ini mengurangkan keupayaan mereka memahami kandungan Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu kurang bermakna kepada mereka.



3.0



PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU MENANGANI MASALAH : J –QAF



Usaha untuk memperbaiki kelemahan Jawi ini dibuat dari semasa ke semasa, termasuk pengajaran pemulihan Jawi oleh guru di sesetengah sekolah. Kelemahan ini dipandang serius oleh kerajaan kerana ia akan menjejaskan pendidikan dan penghayatan Islam di kalangan generasi muda. Pada 2004 Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk mengadakan program khas, yang dinamakan J-QAF bagi mengukuhkan pengajaran - pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Program ini bertujuan supaya pada akhir enam tahun persekolahan rendah, semua murid menguasai hal-hal berikut: J – Jawi, boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik; Q – Khatam Quran: boleh membaca dan khatam Quran A – boleh membaca dan menulis bahasa Arab peringkat asas; F – mengetahui dan mengamalkan Fardu ain. Program J-QAF ini bermula pada tahun 2006, tetapi projek perintisnya bermula pada tahun 2005 di beberapa buah sekolah rendah. Pengajaran Jawi merupakan komponen penting dalam program pengukuhan Pendidikan Islam ini. Objektif pengajaran-pembelajaran Jawi ialah supaya semua murid dapat membaca dan menulis skrip jawi dengan baik sebelum tamat



3



Tahun 6 sekolah rendah. Ini akan membolehkan mereka membaca buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan jawi dan menulis jawapan dalam tulisan Jawi. Tahap 1 ( Tahun 1 – 3 ) merupakan waktu penting untuk memberi asas membaca dan menulis jawi kepada murid. Dua waktu (60 minit) seminggu diperuntukkan untuk belajar jawi.



4.0



ISU DALAM PENGAJARAN PENULISAN JAWI



Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid,



mereka seringkali sukar



mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentukbentuk huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan perlu digunakan supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi



yang



menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Islam.



5.0 MASALAH-MASALAH DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN PENULISAN JAWI



Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi dalam kalangan muridmurid pemulihan jawi ialah seperti berikut:  Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung.  Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf. Contoh: ‫ ذ‬ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ‫ز‬  Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: ‫اعوذ‬.Murid menulis huruf ‫ ذ‬terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf ‫ع و‬



dan ‫ا‬



 Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain. Contoh: ‫ اعوذ‬ditulis ‫ذ‬



‫اعو‬ 4



 Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.  Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yangditentukan.  Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal yang serupa.  Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara penulisan jawi dari kanan ke kiri.  Sukar menulis bentuk huruf jawi bercantum dan keliru ketika menyambungnya sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan.  Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra`.  Murid-murid keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa.  Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.



6.0



PEMULIHAN DAN PENGAYAAN: PEMULIHAN



Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan. Kelemahan murid yang telah dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selain itu, aktiviti pemulihan membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap yakin diri dan minat terhadap pelajaran.



5



Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan kemahiran, meluaskan pengetahuan dan pengalaman. Melalui aktiviti pengayaan murid akan dapat mengembangkan minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.



6.1



PEMULIHAN JAWI



Dalam hal pemulihan jawi, ia dilaksanakan dengan satu penyusunan jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada murid-murid pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 orang murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik yang disediakan khas seperti Bilik j-Qaf atau pusat sumber. Seorang guru pemulihan khas (atau guru j-Qaf) ditugaskan mengelola dan mengurus kelas bimbingan khas pemulihan ini. Apabila cukup waktunya, iaitu dalam lingkungan tempoh 45 minit , murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa masing-masing.( Ahmad Mohd Salleh, 2008)



6.2



Mengesan Murid Bermasalah Dalam Jawi



Menurut Mok Soon Sang (2003), strategi pengesanan masalah pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut di bawah ini. Perkara tersebut boleh digunakan dalam mengesan murid bermasalah dalam jawi, iaitu; 1. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran menulis dengan menggunakan cara-cara berikut: a) Pemerhatian Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut;



6



 Cara mereka memegang alatulis  Gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan.  Bentuk huruf tidak ditulis tepat.  Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh.  Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong.  Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh



b) Pentafsiran Rekod Prestasi Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan untuk mengesan masalah pembelajaran murid dalam sesuatu unit pembelajaran. Borang rekod prestasi ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang difikirkan penting. Melalui rekod tersebut, mana-mana murid bermasalah akan dipantau sama ada boleh menguasai setiap satu kemahiran berdasarkan sukatan yang disediakan untuk program j-QAF. Penilaian dibuat berdasarkan tahap penguasaan iaitu menguasai cemerlang, sederhana dan belum menguasai.



c) Ujian Kertas dan Pensel/Latihan Harian Selain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi, guru juga boleh mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan dan keputusan ujian murid atau latihan harian bertulis. Hasilnya akan memberi gambaran yang jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis seseorang murid.



7



6.3



Prosedur Dalam Pengelolaan Pemulihan Jawi



Analisis Masalah



Kenal Pasti Murid



Laksanakan Pemulihan Rancang Aktiviti dan Sediakan BBM



Tindakan Susulan



Ujian dan Penilaian



Rajah A Menurut Mok Soon Sang (2003), guru berperanan dalam merealisasikan aktiviti pemulihan yang dimulakan dengan langkah-langkah seperti yang tertera pada rajah A. Dalam proses pengelolaan sesi pemulihan guru perlu mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan memerhatikan murid-murid belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, berkomunikasi dengan murid selepas pengajaran guru. Guru juga perlu menyemak dan meneliti hasil kerja rumah mereka. Ujian diagnostik dijalankan untuk menganalisis kekuatan dan kelemahan murimurid pemulihan. Selalunya ujian diagnostik dijalankan secara bertulis sama ada secara objektif dan subjektif.. Seterusnya rancangan program pemulihan dibuat antaranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan murid, penyampaian daripada konkrit kepada abstrak atau mudah kepada susah mengikut kebolehan. Bahan bantu mengajar yang sesuai dan efektif digunakan secara berkesan. Laksanakan pengajaran pemulihan seperti yang dirancang dengan memberi tumpuan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu. Guru melakukan penilaian



8



setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklah menguji kemahiran mengenal , membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang penilaian kelas pemulihan Jawi (Lampiran D). Berdasarkan hasil penilaian dan analisis yang dibuat, guru boleh merancang tindakan susulan yang seterusnya melalui aktiviti pemulihan yang lebih berkesan.



6.4



Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Jawi



Mok Soon Sang (2003) menambah, aktiviti pemulihan mempunyai strategi-strategi berikut;. a) Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara berkumpulan Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yangmenghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid yangdapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan aktivitipengayaan semasa guru mengelolakan aktiviti pemulihan. b) Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu. Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yangmenghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh memantau atau membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir. c) Strategi bimbingan rakan sebaya Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu muridyang lemah. d) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan fizikal yang



lemah.



Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatanmengajar adalah cukup besar supaya murid-murid bolehmemegang atau memanipulasinya dengan mudah.



9



e) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai masalah keupayaan visual yang kurang. Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Guru juga perlu menggunakan tulisan bersaiz besar supaya murid dapat membaca arahan-arahan yang disediakan oleh guru dengan mudah. f) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang lemah. Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat, terang dan jelas serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat diterima oleh murid-murid. 6.5



Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Program Pemulihan



Guru perlu merancang dan memilih aktiviti yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan. Pelbagai kaedah boleh digunapakai dalam aktiviti tersebut seperti : 1. Kaedah Permainan Diambil daripada kata Musa Daia (1992), Ahmad Mohd Salleh mengatakan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia dan ia satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Apatah lagi permainan adalah sesuai dengan naluri kanak-kanak. Sekiranya konsep main ini dicantumkan dengan belajar, maka istilah disebut main sambil belajar. Faedah bermain bukan sahaja murid akan berasa seronok tetapi juga dapat membina perbendaharaan kata, bekerjasama, bertolak ansur serta berupaya menerima kekalahan. Antara bentuk-bentuk permainan yang dicadangkan dalam model kelas pemulihan Jawi adalah: a) Permainan Bagi Huruf Tunggal: Boling, Tenteng, Main kad Keretapi, Main layang – layang,



10



b) Permainan Bagi Kemahiran Suku Kata : Sahiba, Pancing ikan, Harta karun, Rumah merpati, Tanda arah, Cabutan misteri 2. Kaedah Nyanyian Salah satu cara gabung jalin seni dalam pendidikan ialah melalui lagu atau nyanyian. Irama lagu dapat menarik minat murid-murid untuk ikut sama dalam aktiviti dan menjadi mudah mengingati sesuatu kemahiran. Antara jenis nyanyian yang dicadangkan ialah :  Eja dan baca  Rasa Sayang Jawi  Vokal dan suku kata  Irama lagu tanya sama hati  Irama lagu aci-aci buka pintu  Irama lagu wau bulan



3. Kaedah Pandang Dengar Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskanmaksud yang hendak disampaikan. Alat audio visual seharusnya digunakan untuk mempamerkan imej huruf jawi dan membunyikan sebutan yang betul. Rakaman suara, tayangan objek hendaklah berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat dan didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar. 4. Kaedah Demonstrasi dan Tunjuk Ajar Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan kemudian murid akan mengikuti gerak laku guru. Cara ini dapat menarik minat kerana mereka turut serta mencuba sesuatu langkah pengajaran bersama-sama. Kaedah ini mampu membantu murid memperbaiki bentuk tulisan mereka.



11



5. Kaedah Latih Tubi Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasulullah membaca ayat yang pertama turun ( Surah Al-‘Alaq ) . Baginda diajar membaca berulangkali. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi. Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulang-ulang fakta atau perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Murid-murid diberi peluang dan latihan secara latih tubi dalam mengukuhkan dan memantapkan bentuk tulisan mereka. 6. Kaedah Soal Jawab Tujuan kaedah ini adalah untuk meransang pemikiran. Ia sebagai interaksi pengajaranpembelajaran antara guru dengan murid. Ahmad Mohd Salleh (2008)menerangkan bahawa Rashidi Azizan dan Abd. Razak Habib (1995) berpendapat kaedah menyoal boleh digunakan dalam bentuk bacaan dan tulisan. Diambil dari kata Salihan Sias (1993) pula, kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir. Kaedah ini akan membuatkan murid menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang sedang diingati. Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain. 7. Kaedah Imlak Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan . Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan oleh guru yang mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari. 8. Kaedah Penerangan dan Pemahaman Guru terlebih dahulu menerangkan pembelajaran kepada pelajar, kemudian guru akan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman para pelajar. Persoalan akan diajukan kepada pelajar secara rawak, kemudian pelajar yang dapat menjawab akan diletakkan dalam kumpulan berasingan daripada kumpulan yang masih belum memahami. Ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar yang kurang faham.



12



6.6



BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI BAHAN PEMULIHAN



Bahan bantu mengajar mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid. Sebagai contoh penggunaan warna bagi membezakan suku kata. Bagi pelajaran konsep, guru boleh menggunakan benda-benda maujud yang boleh disentuh, dipegang atau dimainkan oleh murid. (Mok Soon Sang,2003). Berikut adalah contoh-contoh bahan pemulihan bagi pelajaran jawi: 1. Kad Huruf Tunggal



‫ص‬



‫س‬



‫ت‬



2. Kad Huruf Tunggal dengan Ejaan.



‫ف‬



‫ج‬



‫ت‬



Fa



Jim



Ta



3. Kad Suku Kata dan Perkataan



‫جو‬



‫كي‬



13



4. Kad Gambar 5. Kad Permainan 6. Lembaran Kerja



6.7



LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMULIHAN:



Ahmad Mohd Salleh (2008) telah mencadangkan langkah-langkah pemulihan seperti berikut;



MENULIS: MAIN KAD HURUF Aplikasi yang digunakan ialah secara: 1) Penerangan 2) Soal jawab permainan



Bidang : Pemulihan Jawi dan



‫ش‬



Masalah : Murid keliru dengan bentuk dan bunyi huruf



‫س‬



Tajuk : Menulis dan membaca huruf



‫س‬



Punca Masalah : Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf



dan



‫ش‬



‫س‬



dan



‫ش‬



Kemahiran : Menulis dengan betul huruf tunggal jawi. Kaedah : Penerangan, soal jawab dan permainan. Penyerapan : Bahasa Melayu Aktiviti:



‫س‬



‫ش‬



14



1. Guru menunjukkan kad huruf



‫س‬



dan



‫ش‬



kepada murid-murid. Guru



dan



‫ش‬



membunyikan huruf itu dan diikuti oleh murid.



‫س‬



2.



Ulang langkah 1 dengan kad huruf .



3. Imbaskan kad-kad tersebut satu persatu dengan murid membunyikan sendiri huruf-huruf tersebut.Ulang aktiviti ini beberapa kali. 4. Guru menjelaskan cara dan kaedah penulisan huruf yang betul. 5. Guru meminta murid melakar huruf tersebut di angin dan di belakang rakan. 6. Guru menyuruh murid mengenalpasti bunyi huruf dengan menunjukkan kad gambar yang mengandungi perkataan yang bermula dengan



‫س‬



dan



‫ش‬



‫س‬



6. Guru menyuruh murid memberikan perkataan-perkataan yang bermuladengan huruf dan



‫ش‬



7. Guru mengedarkan lembaran kerja. Kemudian guru meminta murid menulis huruf jawi sebagaimana yang ada pada lembaran tersebut.



‫س‬



‫ش‬



‫س‬



‫ش‬



‫ش‬



‫س‬



‫س‬



Berdasarkan aktiviti contoh 1, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran menulis dan membaca jawi, aktiviti pemulihan yang sesuai dilaksanakan ialah permainan kad huruf, supaya murid-murid boleh mengenal dan paling penting menulis huruf-huruf jawi tunggal. Di samping itu juga murid-murid akan merasa seronok untuk belajar membaca jawi



15



6.8



Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)



a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap. b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru. c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf mengikut teknikyang betul seperti: Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.  Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.  Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.  Campuran garisan menegak dan melintang. d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-



 Gambar tiang bendera bagi huruf ‫ا‬.  Gambar mangkuk bagi huruf ‫ن ت ب ث‬  Gambar mata kail bagi huruf ‫ل‬  Gambar itik bagi huruf ‫ي‬ e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan. f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat



7.0



PEMULIHAN DAN PENGAYAAN:



PENGAYAAN



Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepasmurid berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran tertentu. Denganmenggunakan kemahiran-kemahiran yang telah



16



dikuasai, pengayaan dapatmemperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minatmereka.(Mok Soon Sang, 2003) Rasionalnya aktiviti pengayaan kerana setiap orang murid dalam suatukelas adalah berbeza pada keupayaan dan perkembangan mental dan biasanyadi dalam satu-satu kelas, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan; iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan sederhana mungkin menghadapi masalah apabila dipaksa untuk belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sama dengan kumpulan lambat. Sehubungan itu, muridmurid kumpulan lambat seharusnya melalui proses pemulihan dan diberi aktiviti pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program pengayaan ini, mereka akan samasama berpeluang menikmati pelbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan mengembirakan, tetapi juga mengembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.



7.1



OBJEKTIF AKTIVITI PENGAYAAN



Eh Ah Meng (1998) menyatakan bahawa pengayaan bertujuan untuk:  Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar.  Memperluas lagi pengalaman dan pengetahuan mereka.  Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.  Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai bahan / sumber.  Memupuk daya cipta dan semangat belajar sendiri.



7.2



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID



MELALUI PENGAYAAN Menurut Mok Soon Sang (2003), biasanya aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas. Begitupun untuk 17



memastikan konsep pengayaan mampu mencapai objektifnya maka beberapa langkah perlu dititikberatkan iaitu; o Guru mestilah membuat perancangan yang rapi sebelum menjalankan aktiviti pengayaan. o Aktiviti-aktiviti pengayaan mesti sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid. o Setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran. o Setelah menguasai keseluruhan kemahiran dalam satu unit pembelajaran. Ahmad Mohd Salleh (2008) memperjelaskan saranan Mook Soon Sang (2002) bahawa pengayaan juga boleh dikendalikan secara informal. Guru berperanan sebagai penggalak dan pendorong. Guru memberikan bimbingan kepada murid-murid yang lemah. Murid-murid cerdas dan sederhana memerlukan sedikit bimbingan guru. Pengajaran rakan sebaya digalakkan. Murid-murid cerdas akan akan mengajar murid-murid yang lemah. Ini memupuk sifat kerjasama serta bakat kepimpinan dan akhir sekali penghargaan diberikankepada hasilhasil kerja murid



7.3



CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN JAWI



Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan mengikutkonteks KBSR dan KBSM biasanya ditumpukan kepada; 1) Bacaan (Membaca) 2) Tulisan (Menulis )3) Kiraan (Mengira) Namun di dalam matapelajaran jawi, pengayaan ditumpukan kepadaaspek bacaan dan tulisan. Masalah utama murid-murid pemulihan jawi adalahdari aspek mengenal huruf jawi, seterusnya membaca dan menulis huruf jawiyang telah bersambung.



18



7.4



AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS)



Aktiviti pengayaan untuk tulisan biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, aktiviti pengayaan ini disediakan dalam; 



Menulis huruf Contoh : Menulis tunggal bersambung dan perkataan.







Uji minda bentuk silang kata. Contoh : Silang kata Suku Kata Terbuka dan Tertutup.



Aktiviti pengayaan adalah variasi yang mana murid-murid berpeluangdidedahkan kepada cabang ilmu pengetahuan yang pelbagai. Contohnya serapan ilmu Bahasa Melayu seperti pantun, teka-teki dan sebagainya manakala. Pendidikan Seni



seperti mewarna dan



sebagainya. Begitu juga lembaran kerja dan aktiviti pengayaan adalah cenderung kepada membina fikiran murid-murid supaya lebih kreatif dan kritis seperti uji minda silang kata. Aktiviti permainan dan rekreasi bagus untuk meransang minda dan membentuk semangat juang untuk menang contohnya permainan sahibba. Semangat setiakawan dan membantu orang yang lemah juga dipupuk di dalam aktiviti berkumpulan.



8.0



RUMUSAN



Kemampuan dan kecerdasan setiap murid adalah berbeza, justerua dalah perkara biasa apabila proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu kelancarannya. Fokus utama tugasan ini adalah mengenai masalah kemahiran menulis dalam pelajaran jawi. Biasanya murid-murid bermasalah ini terdir idaripada mereka yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan punca-punca masalah pembelajaran sepertimana yang telah dikenalpasti. Setiap masalah ada penyelesaiannya, oleh itu pendidikan pemulihan dan



19



pengayaan perlu dilaksanaan oleh guru secara jitu. Tujuan utama pendidikan pemulihan ialah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi diri. Untuk menangani masalah pembelajaran menulis ini, menjadi tanggungjawab guru dalam mengendalikan aktiviti pemulihan agar lebih berkesan dan dapat memberi perubahan yang positif kepada murid-murid, di samping melahirkan murid yang berkemahiran dan minat untuk mencari ilmu pengetahuan. Aktiviti pengayaan diberikan kepada semua kategori murid agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada ke aras yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, program pemulihan jawi dan pengayaan yang dilaksanakan, harus lebih mantap dar isegi perolehan ilmu jawi itu sendiri. Kerjasama semua pihak sama ada guru, murid itu sendiri, ibu bapa dan pihak pentadbir mampu merealisasikan usaha ini.



20



BIBILIOGRAFI



Ahmad bin Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam j-QAF, Metadologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran DanKokurikulum jQAF Tahun 1. Modul PPG 2011 BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Mok



Soon



Sang



(2003).Ilmu



Pendidikan



untuk



KPLI:



Psikologi



Pendidikan



&Pedagogi.Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn Bhd http://az-ziarah.blogspot.com/2007/06/tulisan-jawi-dalam-pendidikan.html http://www.scribd.com/doc/49526110/pemulihan-jawi



21