Nota Taranum 7 [PDF]

  • Author / Uploaded
  • Fadil
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

T op i k



7 X Tarannum Soba



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2.



3.



Menjelaskan tentang sejarah tarannum Soba, sifat-sifat dan peranannya dalam bacaan al-Quran; Menerapkan tarannum Soba dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Soba.



X PENGENALAN Tarannum Soba merupakan sebuah tarannum yang masyhur di kalangan para Qurra di seluruh dunia. Ia terkenal dengan sifat-sifat kelembutan dan kesyahduan iramanya yang mampu memukau para pendengar. Oleh kerana itulah, kita dapati para Qari dari seluruh dunia sering menggunakan tarannum Soba dalam persembahan mereka ketika melagukan al-Quran. Bahkan dikatakan bahawa sesuatu persembahan tidak akan lengkap tanpa dimasukkan lagu Soba ke dalamnya. Justeru, fokus utama dalam tajuk perbincangan ini adalah memberi tumpuan kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Soba dan sejarah perkembangannya. Di samping itu juga, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Soba.



94



X



TOPIK 7 TARANNUM SOBA



AKTIVITI 7.1 Berpandukan sumber dan maklumat yang ada pada anda, nyatakan beberapa tokoh Qari dan Qariah dari Malaysia yang pernah menyandang        juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.



          



 



7.1 7.1.1



SEJARAH TARANNUM SOBA Definisi Soba dan Sejarah Perkembangannya



Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab. Merekalah yang mempopularkan tarannum ini mengikut kesesuaian budaya mereka. Seperti tarannum-tarannum sebelum ini, ia juga tersebar luas keseluruh dunia dan tidak terkecuali ke Tanah Melayu. Dikatakan di Tanah Melayu, ia mula popular selepas Perang Dunia Kedua. Namun, setelah ianya popular keseluruh dunia, ia telah mengalami sedikit sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara pembawakannya. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang berlaku ini tidaklah sampai mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagu Soba tersebut. Ia hanya mengalami perubahan dari sudut gaya pembawakannya sahaja bersesuaian dengan suasana dan budaya pembaca.



    AKTIVITI 7.2     Senaraikan nama para Qari (bertarannum) dari negara Mesir yang anda kenali.      



7.1.2



Sifat-sifat Tarannum Soba



Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Di antara Qari-qari Mesir yang masyhur yang sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah Syeikh Mohd RefÊat, Syeikh Abdul Basit, Syeikh al-Bahtimi dan lain-lain.



TOPIK 7 TARANNUM SOBA W



95



Rajah 7.1 berikut menyatakan sifat-sifat umum tarannum Soba. 



 



  Rajah 7.1: Sifat-sifat umum tarannum soba



           



AKTIVITI 7.3 Bincang dalam kumpulan anda tentang bentuk bacaan murattal dengan menggunakan tarannum Soba dan praktikkannya.



7.1.3



Peranan Tarannum Soba



Tarannum Soba mempunyai peranan yang amat besar dalam sesuatu bacaan iaitu untuk memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca disamping menambah kekhusyukan pembaca itu sendiri. Namun, terdapat beberapa lagi peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu Soba. Di antaranya adalah seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 7.2.



96



X



TOPIK 7 TARANNUM SOBA



  Rajah 7.2: Peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu soba



Demikian di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Soba di dalam sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia di dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan serta kerohanian.



                               



SEMAK KENDIRI 7.1 Dengan merujuk kepada surah al-MuÊminun ayat 18, al-Furqan ayat 10   dan al-Qamar ayat 19, sila praktiskan tarannum Soba dengan memasukkan elemen-elemen seperti ihtilalul lahn dan waslah almumasalah berpandukan contoh dari bacaan guru anda.



TOPIK 7 TARANNUM SOBA W



97



TATBIQ TARANNUM SOBA DALAM ALQURAN



7.2  



7.2.1



 



 



Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang BerMad Aridh Lissukun



 



 



Surah al-MuÊminun: 18  



∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# ÉΟó¡Î0 tβρâ‘ω≈s)s9 ⎯ÏμÎ/ ¤U$yδsŒ 4’n?tã $¯ΡÎ)uρ ( ÇÚö‘F{$# ’Îû çμ≈¨Ψs3ó™r'sù 9‘y‰s)Î/ L™!$tΒ Ï™!$yϑ¡¡9$# z⎯ÏΒ $uΖø9t“Ρr&uρ ∩⊇®∪ tβθè=ä.ù's? $pκ÷]ÏΒuρ ×οuÏVx. çμÏ.≡uθsù $pκÏù ö/ä3©9 5=≈uΖôãr&uρ 9≅ŠÏƒ¯Υ ⎯ÏiΒ ;M≈¨Ζy_ ⎯ÏμÎ/ /ä3s9 $tΡù't±Σr'sù ∩⊇∇∪   ∩⊄⊃∪ t⎦⎫Î=Å2EζÏj9 8ö6Ϲuρ Ç⎯÷δ‘$!$$Î/ àMç6/Ψs? u™!$uΖøŠy™ Í‘θèÛ ⎯ÏΒ ßlãøƒrB Zοtyfx©uρ



 



7.2.2  



Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang BerMad ‘Iwadh Surah al-Furqan: 10  



∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# ÉΟó¡Î0 ã≈yγ÷ΡF{$# $yγÏFøtrB ⎯ÏΒ “ÌøgrB ;M≈¨Ζy_ y7Ï9≡sŒ ⎯ÏiΒ #Zöyz y7s9 Ÿ≅yèy_ u™!$x© βÎ) ü“Ï%©!$# x8u‘$t6s? #·Ïèy™ Ïπtã$¡¡9$$Î/ z>¤‹Ÿ2 ⎯yϑÏ9 $tΡô‰tGôãr&uρ ( Ïπtã$¡¡9$$Î/ (#θç/¤‹x. ö≅t/ ∩⊇⊃∪ #I‘θÝÁè% y7©9 ≅yèøgs†uρ $ZΡ%s3tΒ $pκ÷]ÏΒ (#θà)ø9é& !#sŒÎ)uρ ∩⊇⊄∪ #ZÏùy—uρ $Zà•‹tós? $oλm; (#θãèÏÿxœ 7‰‹Ïèt/ ¥β%s3¨Β ⎯ÏiΒ Νßγø?r&u‘ #sŒÎ) ∩⊇⊇∪ #Y‘θç6èO (#θãã÷Š$#uρ #Y‰Ïn≡uρ #Y‘θç6èO tΠöθu‹ø9$# (#θããô‰s? ω ∩⊇⊂∪ #Y‘θç6èO šÏ9$uΖèδ (#öθtãyŠ t⎦⎫ÏΡ§s)•Β $Z)Íh‹|Ê ∩⊇⊆∪ #ZÏVŸ2



98



X



7.2.3



TOPIK 7 TARANNUM SOBA



Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang Tidak BerMad di Kepala Ayat Surah al-Qamar: 19



∩⊇∪ ÉΟŠÏm§9$# Ç⎯≈uΗ÷q§9$# «!$# ÉΟó¡Î0 öΝåκ¨Ξr(x. }¨$¨Ζ9$# äíÍ”∴s? ∩⊇®∪ 9hÏϑtGó¡•Β #¤‹x. uθèδ ö≅t/ $uΖÏΨ÷t/ .⎯ÏΒ Ïμø‹n=tã ãø.Ïe%!$# u’Å+ø9â™r& ∩⊄⊆∪ @ãèß™uρ 9≅≈n=|Ê ’Å∀©9 #]ŒÎ)



AKTIVITI 7.4 Bincang sesama ahli kumpulan dalam kelas anda tentang bentuk-bentuk ayat yang bersesuaian dengan tarannum Soba. Seterusnya, keluarkan contohcontoh ayat tersebut dari al-Quran.



7.3



TARANNUM YANG SESUAI DIWASLAHKAN DENGAN SOBA



Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba. Ini kerana terdapat persamaan pada wazan lagu atau pun air lagu tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dinyatakan dalam Rajah 7.3 berikut.



   



TOPIK 7 TARANNUM SOBA W



 



99



 



Rajah 7.3: Tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum soba



Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum tersebut pada lagu Soba. Seperti tarannum Rast, kaedah waslah tarannum Soba dengan lagu lain boleh dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun dihujung lagu tersebut.



Waslah al-mumasalah dalam lagu Soba amat penting bagi menimbulkan variasi dalam bentuk pembawakannya. Agak kurang manis sekiranya lagu Soba tidak diwaslahkan sedikit dengan lagu lain. Akan tetapi, waslah al-mumaslah yang dilakukan hendaklah tidak sehingga mengubah atau pun menyebabkan identiti Soba itu tidak dapat dikenal pasti.



  7.3.1



Peranan Waslah al-Mumasalah di dalam Tarannum Soba



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Soba adalah sebuah tarannum yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika-ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Ajam, Husaini, Bayyati, Kurdi dan ÂIraqi, bagi menambah seri pergerakan lagu Soba tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu digandingkan dengan lagu Soba, di antaranya adalah seperti berikut: (a)



Mengurangkan Ketegangan di dalam Persembahan Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Soba, khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam persembahannya, ialah Kurdi, Bayati dan Ajam.



(b)



Mencantikkan Persembahan Bagi tujuan mencantikkan lagi pembawakan lagu Soba, maka ia boleh diwaslahkan dengan tarannum Nahwand secara waslah di tengah pada harakat pertama Soba.



100 X



(c)



TOPIK 7 TARANNUM SOBA



Memanaskan Bacaan Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslah dengan Husaini ataupun Ajam.



   SEMAK KENDIRI 7.2   Sila   jawab soalan-soalan berikut untuk menguji sejauh mana pemahaman anda mengenai topik ini.   1.  Berikan huraian ringkas tentang latar belakang tarannum Soba.   2.  Nyatakan sifat-sifat tarannum Soba. 3.  Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Soba tersebut,  apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum  Soba ke atasnya? 4.  Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Soba  dalam sesebuah bacaan.   5. Pada pengamatan anda, siapakah Qari-qari terkenal dari Mesir  yang sering menggunkan tarannum Soba dalam bacaan mereka,  sama ada secara murattal ataupun bertarannum?   6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan  dengan tarannum Soba dan huraikan mengenai keperluan waslah  al-mumasalah tersebut.   7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Soba yang telah   dipelajari?         •



Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab dan telah tersebar luas ke seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu.







Terdapat sedikit sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara pembawakan Tarannum Soba. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan ini tidaklah sampai mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagunya.







Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan



TOPIK 7 TARANNUM SOBA W



101



hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat dalaman ataupun rohaniah dan aqidah. •



Antara peranan utama Tarannum Soba dalam sesuatu bacaan ialah membangkitkan rasa keinsafan kepada para pendengar tentang pengertian ayat-ayat yang dibaca, di samping menambah kekhusyukan pembaca itu sendiri.







Bagi membangkitkan lagi keindahan lagunya, tarannum Soba perlu diwaslahkan dengan tarannum lain. Namun, waslah al-mumaslah yang dilakukan itu hendaklah tidak sampai kepada mengubah ataupun menyebabkan lagu Soba hilang identiti atau tidak dapat dikenalpasti.







Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba ialah Ajam, Kurdi, Iraqi dan Bayyati.



 



KATA KUNCI



 



Sifat-sifat dan Peranan Alunan Soba Tarannum Soba



Tatbiq Wazan



      Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah. Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah. MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa. Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.



102 X



TOPIK 7 TARANNUM SOBA



Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam. Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.