Nota Ulangkaji Sirah Upkk PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NOTA ULANGKAJI SIRAH UPKK



SIRAH TAHUN 3



(PELANTIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL)



1. Gelaran Nabi Muhammad : Al-Amin.



2. Tempat ibadat Nabi Muhammad sebelum terima wahyu : Gua Hira' di Jabal Nur.



3. Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan gementar dan ditenangkan oleh isteri baginda iaitu Saiyidatina Khadijah. Selepas menceritakan apa yang berlaku, mereka berdua berjumpa dengan Waraqah bin Naufal iaitu sepupu Khadijah.



4. Nabi Muhammad menerima wahyu pertama daripada malaikat Jibrail (surah al Alaq ayat 1 hingga 5) pada 17 Ramadhan ketika berusia 40 tahun.



5. Setelah 3 tahun berdakwah secara rahsia, Allah perintahkan Nabi Muhammad menyampaikan dakwah secara terbuka.



6. Waraqah bin Naufal adalah seorang pendita Nasrani dan beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad akan dilantik menjadi rasul.



7. Golongan awal memeluk islam : Saiyidatina Khadijah (kalangan wanita), Saidina Abu Bakar (kalangan lelaki), Saidina Ali bin Abu Talib (kalangan kanak-kanak), Zaid bin Harisah (kalangan hamba).



8. Seruan Nabi Muhammad : Beribadat kepada Allah, bersikap lemah lembut sesama manusia, bersatu padu, memberhentikan peperangan.



9. Orang yang memeluk Islam melalui Abu Bakar As-Siddiq : Uthman bin Affan, Zubair bin al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 1



10. Hikmah dakwah secara terbuka : Umat islam berani menegakkan kebenaran, penganut islam mantap aqidah, bebas menjalankan dakwah, Islam tersebar luas.



11. Hikmah dakwah secara rahsia / sulit : ajaran Islam diterima tanpa gangguan, penentangan terbuka dapat dihindarkan, membina kekuatan umat Islam.



12. Pusat pengajian dan penyebaran agama Islam : di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam (Darul Arqam) (TENTANGAN KAFIR QURAISH TERHADAP DAKWAH NABI MUHAMMAD)



1. Hijrah ke Habsyah kali ke-1 : para sahabat diseksa oleh Musyrikin Quraish (sebelum hijrah), berlaku pada tahun ke-5 kerasulan (semasa hijrah).



2. Ketua rombongan ke Habsyah : Saidina Uthman bin Affan dan isterinya. Jumlah ahli rombongan : 15 orang (10 lelaki dan 5 perempuan) dan berada di Habsyah selama 3 bulan.



3. Sebab hijrah ke Habsyah kali ke-1 : menyelamatkan agama dan diri para sahabat dari fitnah dan kezaliman Musyrikin Mekah.



4. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 : Keluarga Rasulullah (Bani Hashim) dikepung dan dipulaukan oleh Musyrikin Mekah, Rasulullah memerintahkan untuk berhijrah ke Habsyah sekali lagi (sebelum hijrah).



5. Hijrah ke Habsyah kali ke-2 berlaku pada tahun ketujuh kerasulan. Rombongan diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib disertai oleh 73 lelaki dan 11 wanita (semasa hijrah).



6. Sebab hijrah kali ke-2 : Penyeksaan dan penganiayaan terhadap orang Islam semakin hebat.



7. Layanan Raja Habsyah ketika hijrah kali ke-1: seorang yang adil dan bijaksana, memberi layanan yang baik. Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 2



8. Peristiwa turun wahyu di Gua Hira' : Nabi Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira', berumur 40 tahun, berlaku pada 17 ramadhan bersamaan 610 Masehi, Jibril datang menemui baginda, Jibril peluk baginda sebanyak 3 kali dan menyuruh baginda membaca serta turun ayat surah al-Alaq ayat 1 hingga 5.



9. Layanan Raja Habsyah ketika hijrah kali ke-2 : sambutan yang baik dan diberi perlindungan, menolak permintaan Quraish untuk menangkap orang Islam untuk dipulangkan ke Mekah.



10. Dakwah secara terbuka : Surah al-Hijr ayat 94, Nabi Muhammad mengumpulkan penduduk Mekah dan menyampaikan ucapan di Bukit Safa dan menyeru agar beriman kepada Allah, Abu lahab (bapa saudara nabi) marah lalu menghina Nabi Muhammad (surah al-Masad ayat 1 hingga 5).



11. Jenis2 seksaan : Abu Bakar as-Siddiq (dipukul dan dipijak), keluarga Yasir (diseksa dan dijemur sampai mati), Uthman bin Affan (di ikat kedua-dua tangan ke tengkuk), Bilal bin Rabah (dijemur ditengah padang pasir dan dadanya ditindih seketul batu besar).



12. Tawaran orang Musyrikin kepada Nabi Muhammad : menawarkan harta yang banyak, melantik nabi sebagai Raja Mekah.



(PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH DAN KE YATHRIB / MADINAH)



1. Maksud hijrah pada bahasa : berpindah. Istilah : perpindahan Rasulullah dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.



2. Sebab berlaku hijrah : ikut perintah Allah, tentangan hebat daripada Musyrikin Mekah, ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak, permintaan penduduk Madinah.



3. Tarikh hijrah : 12 Rabiul Awwal, tahun ke 13 hijrah bersamaan 2 September 622 Masehi.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 3



(PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR)



1. Maksud Muhajirin : Orang yang berpindah dari Mekah ke Madinah.



2. Maksud Ansar : Penduduk asal Madinah yang terdiri daripda kaum Aus dan Khazraj.



3. Sebab Rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar : agar tidak mengalami kesusahan dan dapat memulakan hidup baharu serta dapat meningkatkan semangat berkorban dan hidup bersatu padu.



(MUKJIZAT NABI MUHAMMAD)



1. Mukjizat/kelebihan Al-Quran : Kalam Allah, gaya bahasa yang tinggi, mengandungi perkara ghaib, terpelihara hingga akhir zaman, kandungan sepanjang zaman, ayat tidak berubah-ubah.



2. Contoh mukjizat Nabi Muhammad : Kitab al-Quran, Israk Mikraj, keluar air dari celah jari jemari, terbelah bulan dilangit, matahari lambat terbenam dan sebagainya.



(PERISTIWA SRAK DAN MIKRAJ)



1. Maksud Isra' : Perjalanan nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.



2. Maksud Mikraj : Perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.



3. Sebelum Israk Miikraj : Nabi muhammad dibelah dadanya dan disucikan dengan air zamzam oleh Malaikat Jibril dan Mikail, dada baginda dipenuhi iman, ilmu dan hikmah.



4. Dalam perjalanan Israk, Nabi Muhammad bersama Malaikat Jibril menaiki Buraq dan diperlihatkan : Kisah nabi Musa dan Isa, kisah Masitah dan Umayyah, peristiwa akan datang.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 4



5. Di Masjid Aqsa : Mendirikan solat 2 rakaat bersama nabi terdahulu (Nabi Muhammad menjadi imam).



6. Ketika Mikraj : langit pertama (bertemu Nabi Adam), langit kedua (Nabi Isa), langit ketiga (nabi Yusuf), langit keempat (nabi Idris), langit kelima (nabi Harun), langit keenam (nabi Musa), langit ketujuh (nabi Ibrahim). 7. Buraq (bahasa Arab: ‫) البراق‬, dari segi bahasa arab 'al-Barq' ( ‫ ) البرق‬bererti "cahaya kilat".



8. Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Allah menggambarkan Buraq ialah sejenis binatang yang seiras baghal dan himar (keldai). Ia dicipta oleh Allah daripada cahaya. Ianya diutuskan oleh Allah sebagai kenderaan Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam ketika malam Isra' dalam peristiwa Isra' wal Mi'raj dari Masjidil Haram (di Makkah) menuju Masjidil Aqsa (di Baitul Maqdis) kemudian kembali semula ke Makkah dalam satu malam sahaja. Sedangkan jarak antara keduanya lebih kurang 1500 kilometer.



9. Buraq juga merupakan salah satu kenderaan para ahli syurga, yang akan digunakan untuk menziarahi teman-teman sesama ahli syurga di akhirat nanti.



10. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dari Mekkah ke Madinah. 11. Perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa : (a) Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. (b) Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. 12. Perjalanan Rasulullah ‫ ﷺ‬hanya berlangsung pada satu malam dan dalam keadaan baginda ‫ ﷺ‬sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad‫ﷺ‬ bukannya roh sahaja.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 5



13. Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. 14. Setelah Rasulullah ‫ ﷺ‬menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ‫ﷺ‬. Fitnah terhadap Baginda ‫ ﷺ‬bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. 15. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ‫ﷺ‬, maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬lalu beliau dengan tegas menyatakan :“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah ‫ﷺ‬. Jika baginda ‫ ﷺ‬mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”



16. Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar atau yang membenarkan.



A. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ



1. Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad‫ ﷺ‬mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika‟il. Hati Baginda ‫ﷺ‬ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam („alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah itu, dada Baginda ‫ ﷺ‬dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. 2. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama“Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 6



B. SEMASA ISRAK



(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): 1. Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ‫ﷺ‬diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ‫ ﷺ‬telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.



2. Di antara tempat² berkenaan adalah Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ‫ ﷺ‬akan melakukan hijrah. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah, Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan). 3. Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬menghadapi gangguan jin „Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.



4. Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :



-



Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ‫ ﷺ‬dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”



-



Tempat yang berbau harum. Rasulullah ‫ ﷺ‬diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir‟aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir‟aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir‟aun sebagai Tuhan).”



-



Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkalikali. Jibrail memberitahu Rasulullah ‫ﷺ‬:“Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 7



-



Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”



-



Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”



-



Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”



-



Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”



-



Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”



-



Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”



-



Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 8



-



Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ‫ﷺ‬memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”



-



Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ‫ ﷺ‬berhenti. Rasulullah ‫ﷺ‬tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”



-



Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ‫ ﷺ‬untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”



5. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. 6. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ‫ ﷺ‬memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ‫ﷺ‬membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”



C. SEMASA MIKRAJ



(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).



1. Di Tangga Pertama: Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 9



2. Di Tangga Kedua: Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi „Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.



3. Di Tangga Ketiga: Naik langit ketiga. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.



4. Di Tangga Keempat: Naik tangga langit keempat. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Idris A.S.



5. Di Tangga Kelima: Naik tangga langit kelima. Rasulullah ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.



6. Di Tangga Keenam: Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ‫ ﷺ‬mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.



7. Di Tangga Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma‟mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ‫ﷺ‬. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah ‫ ﷺ‬dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (BaitulMakmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).



8. Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ ﷺ‬menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ‫ ﷺ‬dapat



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 10



menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.



9. Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ‫ ﷺ‬masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur „Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.



10. Di Tangga Kesepuluh: Rasulullah ‫ ﷺ‬sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian, Allah telah memfardhukan ke atas Nabi Muhammad dan umatnya lima puluh (waktu) solat.”



D. SELESAI MUNAJAT Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ‫ ﷺ‬merayu kepada Allah agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



E. SELEPAS MIKRAJ Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. Peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 11



F. PENUTUP



Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ‫ ﷺ‬langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬ sebaik Baginda bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah. Allah telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ‫ﷺ‬.



SIRAH TAHUN 4



(JIHAD RASULULLAH DAN PARA SAHABAT)



1. Erti Jihad : perjuangan untuk mempertahankan diri, agama, keluarga dan negara.



2. Sebab Islam membenarkan peperangan : mempertahankan diri, memelihara kesucian agama Islam, memelihara kedaulatan negara dari musuh.



(PERANG BADAR)



1. Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan 624 Masehi.



2. Bilangan tentera Islam dalam perang Badar seramai 313 orang, manakala tentera Quraish seramai 1000 orang.



3. Sebab perang Badar : Tentera islam ingin mempertahankan agama Islam dan menghalang rombongan pedagang Quraish dari memperdagangkan harta orang Islam yang dicuri serta merampas semula barang mereka, manakala tentera Quraish ingin menghancurkan Islam, membunuh Nabi Muhammad dan sekat perdagangan orang Islam. Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 12



4. Tentera Islam menang dalam peperangan Badar. Seramai 70 orang Musyrkin Mekah mati termasuk Abu Jahal dan 70 lagi di tawan. Tentera Islam yang mati syahid seramai 14 orang sahaja.



(PERANG UHUD)



1. Perang Uhud berlaku pada 11 Syawal tahun ketiga hijrah di Bukit Uhud.



2. Sebab berlaku Perang Uhud : Tentera Islam ingin pertahankan diri dan agama Islam. Ianya diketuai oleh Rasulullah. Jumlah tentera Islam seramai 1000 orang tetapi 300 daripadanya berpatah balik (700 orang sahaja yang ikut perang) kerana dihasut oleh Abdullah bin Ubay iaitu ketua orang munafiq. 3. Manakala tentera Musyrikin pula ingin membalas dendam yang diketuai oleh Abu Sufian, Khalid bin al-Walid serta Hindon binti Utbah. Jumlah tentera Musyrikin seramai 3000 orang.



4. Dalam perang Uhud, pada peringkat pertama tentera Islam menang dengan bantuan 300 tentera pemanah yang melawan tentera berkuda Quraish dan Rasulullah melarang bergerak tanpa arahan.



5. Tentera Quraish pada mulanya tewas kerana terlibat dengan pertempuran satu lawan satu dengan tentera Islam. Tentera berkuda juga tewas dan mereka meninggalkan harta benda mereka.



6. Pada peringkat kedua, tentera Islam telah tewas kerana ingkar arahan Rasulullah dan meninggalkan Bukit Uhud dan mengambil harta rampasan perang.



7. Manakala tentera Quraish telah menang kerana tentera berkuda membuat serangan balas dan serangan hendap dari arah belakang yg diketuai oleh Khalid bin al-Walid.



8. Dalam peperangan Uhud, tentera Islam yang syahid seramai 70 orang manakala tentera Musyrikin Mekah seramai 23 orang sahaja. Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 13



(PERANG KHANDAQ / AHZAB)



1. Perang Khandaq atau Ahzab berlaku pada 15 Syawal tahun kelima hijrah bersamaan 627 Masehi.



2. Tentera Islam diketuai oleh Nabi Muhammad dengan jumlah tentera seramai 3000 orang manakala tentera Quraish diketuai oleh Abu Sufian dengan jumlah tentera seramai 10,000 orang.



3. Tentera Islam terdiri daripada penduduk Islam Madinah manakala tentera Musyrikin terdiri daripada kaum Bani Nadhir, Bani Asad, Bani Quraizoh dan lain-lain. 4. Dalam peperangan Khandaq atau Ahzab, tentera Islam menang manakala tentera Quraish telah tewas kerana Allah telah menghantar tentera yang tidak dapat dilihat dan angin kencang yang membawa debu, tanah dan anak batu ke arah tentera bersekutu.



5. Sebab berlaku perang Khandaq atau Ahzab : Tentara Islam ingin mempertahankan Islam kerana Yahudi melanggar perjanjian manakala tentera Musyrikin pula ingin membalas dendam dan menghancurkan Islam.



(PERJANJIAN HUDAIBIYAH)



1. Maksud perjanjian Hudaibiyah : Perjanjian damai antara Rasulullah dengan Musyrikin Mekah.



2. Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah bersamaan 627 Masehi yang letaknya berhampiran Kota Mekah.



3. Sebab berlaku perjanjian Hudaibiyah : Kaum Musyrikin menghalang rombongan Rasulullah seramai 1500 orang Madinah (Muhajirin dan Ansar) yang sedang menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 14



4. Isi perjanjian Hudaibiyah : Gencatan senjata selama 10 tahun, orang Quraish yang lari ke Madinah tanpa izin keluarga dikembalikan semula, orang Islam yang lari ke Mekah tidak perlu dikembalikan, orang Islam dibenarkan masuk Mekah tahun berikutnya untuk tunaikan umrah dengan hanya membawa pedang yang bersarung dan hanya tinggal 3 hari sahaja, kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana Qabilah Arab tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan.



(PEMBUKAAN KOTA MEKAH)



1. Pembukaan Kota Mekah berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 hijrah, Musyrikin Quraish telah melanggar perjanjian HudaIbiyah dan ingin berperang dengan orang Islam.



2. Rasulullah segera bersiap bersama 10,000 tentera Islam menuju ke Mekah. Rasulullah menolak rundingan Quraish, manakala Abu Sufian memeluk Islam dengan pujukan Abbas bin Abdul Mutalib.



3. Pada 17 Ramadhan tahun 8 hijrah, tentera Islam berpecah kepada 4 pasukan iaitu Zubair bin al-Awwam (utara), Khalid bin al-Walid (selatan), Saad dan Ali (barat), Rasulullah dan Abu Ubadah (timur). Rasulullah berpesan supaya jangan melakukan pembunuhan atau kekasaran kecuali terpaksa.



4. Pada 20 Ramadhan tahun 8 hijrah, Rasulullah berjaya masuk ke Mekah. 2 orang Islam mati syahid manakala 13 orang Quraish terkorban. Rasulullah dan para sahabat memusnahkan 360 patung berhala disekelilng kaabah. Kemudian nabi tawaf sebnayak 7 kali dan solat sunat sebanyak 8 rakaat dan Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas bumbung Kaabah.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 15



SIRAH TAHUN 5



(PEMBINAAN MASJID)



1. Sejarah pembinaan masjid : masjid pertama yang dibina ialah Masjid Quba. Dibina pada hari Isnin 7 Rabiul Awwal pada tahun ke-13 kerasulan. Nabi menetap selama 4 hari dan membina masjid bersama para sahabat. Bahan binaan berasaskan batang dan pelepah kurma atas dasar taqwa.



2. Masjid kedua yang dibina ialah Masjid Nabawi. Ianya telah dibina oleh Rasulullah bersama umat Islam secara bergotong royong di atas tanah bersebelahan dengan Masjid Quba bagi mengukuhkan lagi asas utama pembentukan negara Islam.



3. Masjid yang ketiga yang dibina ialah Masjidil Haram. Ianya terletak di Kota Mekah dan dibina mengelilingi Kaabah. Tempat suci pertama di dunia dan disebut juga sebagai Baitullah al-Haram.



4. Peranan masjid dalam pembentukan negara Islam : sebagai pusat ibadat (mengerjakan ibadat fardu dan sunat), sebagai pusat kemasyarakatan (selesaikan masalah rumahtangga, memupuk perpaduan umat), sebagai pusat pendidikan (sebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai), sebagai pusat ekonomi (pengurusan zakat, wakaf, cukai, harta rampasan perang), sebagai pusat politik (merancang strategi peperangan, terima kunjungan diplomatik daripada negara Islam dan bukan Islam dan tempat pameran senjata).



5. Ekonomi pada zaman Rasulullah : Hasil pertanian, pertukangan, penternakan, menjual barang dagangan.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 16



(PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM)



A. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT AQIDAH.



1. Perkembangan Islam dari sudut Aqidah : peringkat pertama sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliyyah yang bermaksud sesat daripada agama Samawi.



2. Maksud Agama Samawi dalam bahasa arab bererti langit. Agama langit bererti agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul melalui wahyu. Semua nabi dan rasul sejak dari nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad S.A.W membawa ajaran tauhid dan agama Islam. Mereka hanya berbeza dari sudut syariat tetapi mempunyai persamaan dari sudut akidah.



3. Semua nabi dan rasul mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah. Semua agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul ini iaitu semenjak dari nabi Adam hingga ke nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai persamaan dari sudut nama agama iaitu Islam. Ertinya mereka semua membawa agama Islam. Bukan seperti yang difahami oleh sesetengah orang bahawa nabi Musa membawa agama Yahudi manakala nabi Isa pula membawa agama Kristian. Ini adalah fahaman yang salah.



4. Jenis agama masyarakat Jahiliyyah : Yahudi, Kristian, golongan yang tidak percayakan tuhan, menyembah api, menyembah pokok besar, menyembah roh.



5. Masyarakat Jahiliyyah juga melakukan perbuatan keji seperti minum arak, membunuh anak perempuan, berzina dan sebagainya.



6. Asas aqidah : Beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat, Qada dan Qadar.



7. Asas Agama Islam : Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 17



B. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT IBADAT.



(i)



Solat - difardhukan pada thun ke-10 kerasulan Nabi Muhammad semasa peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab.



(ii)



Azan - disyariatkan pada tahun pertama hijrah setelah Rasulullah membina masjid pada tahun pertama hijrah. Bilal bin Rabah telah dilantik sebagai bilal dan diperintahkan oleh Nabi Muhammad untuk melaungkan azan bagi menyeru umat Islam menunaikan solat.



(iii)



Puasa dibulan Ramadhan - difardhukan pada tahun kedua hijrah. Puasa mengandungi hikmah tersendiri seperti dapat membentuk sifat sabar dalam menahan diri daripada lapar dan dahaga serta mendidik manusia menjadi insan yang bersyukur dengan kurniaan Allah.



(iv)



Zakat - sistem potongan zakat dan Baitul Mal yang dilaksanakan dapat membantu golongan susah yang berhak menerima zakat dan mengurangkan beban masyarakat bagi memelihara keamanan dan keharmonian kerana saling bantu membantu antara yang kaya dengan yang miskin.



(v)



Haji - diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kelima hijrah dan disyariatkan pada 10 Zulhijjah. Ibadah Haji adalah lambang perpaduan umat Islam dan dapat menyucikan hati kita daripada dosa.



a. Maksud Fardhu kifayah : dilaksanakan sebahagian umat Islam. Berdosa sekiranya tidak ada yang melakukan. Contohnya menjaga keselamatan negara, menguruskan jenazah, merawat pesakit dan sebagainya.



b. Maksud Fardhu Ain : wajib ke atas semua umat Islam. Berdosa sekiranya ditinggalkan. Contohnya solat, puasa, zakat.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 18



C. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT AKHLAK.



(i)



Akhlak Rasulullah - tidak pernah minum arak dan menyembah berhala. Baginda memiliki sifat bijaksana, menyampaikan kebenaran, jujur dan bercakap benar. Baginda juga seorang yang penyayang terhadap keluarga, lemah lembut dan pemaaf.



(ii)



Bukan akhlak Rasulullah : bergaduh, mencela, bercakap banyak, mengaibkan orang lain dan mencari keburukan orang lain.



D. PERKEMBANGAN DAKWAH DARI SUDUT PERUNDANGAN/ PERLEMBAGAAN.



(i)



Dari sudut perundangan : perundangan Islam yang pertama dalam sejarah ialah Piagam Madinah yang dibentuk oleh Rasulullah pada tahun pertama hijrah bersamaan 622 Masehi yang merupakan perlembagaan yang pertama tertulis di dunia. Mengandungi 47 fasal yang membicarakan tentang hubungan antara kaum Ansar dan Muhajirin.



(ii)



Tiga



langkah



pembentukan



perlembagaan



ini



:



Membina



masjid,



mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin, membuat perjanjian dengan orang bukan Islam bagi mempertahankan Madinah dari ancaman luar.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 19



(PERISTIWA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW)



1. Kewafatan Nabi Muhammad : Berlaku pada tarikh 12 Rabiul Awwal tahun ke-11 hijrah (hari Isnin) bersamaan 8 Jun 632 Masehi. Wafat di Madinah ketika berumur 63 tahun kerana diserang demam panas.



2. Kesan selepas kewafatan Nabi Muhammad : Iman para sahabat bertambah kuat, wujud sistem pemilihan khalifah secara syura, berlaku perbalahan dalam kalangan umat islam tentang pengkebumian nabi tetapi dapat diselesaikan oleh Saidina Abu Bakar, lahirnya golongan yang murtad, golongan yang enggan bayar zakat dan nabi palsu.



3. Penentuan khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah : Saidina Abu bakar asSiddiq dilantik menjadi khalifah pada tahun 632 Masehi bersamaan 11 hijrah. Saidina Umar bin al-Khattab telah mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan diterima baik oleh kaum Ansar dan Muhajirin. Saidina Abu Bakar merupakan khalifah pertama dan memerintah selama 2 tahun sahaja.



Ustaz Md Ridzuan SRAB (SABK) Batu Pahat 014-3111159



Page 20