10 0 585 KB
Panduan Teknik Menulis Karangan / Rangka Penulisan Karangan 1. Teknik Menulis Pengenalan (1 perenggan) Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Tema Ayat 2 - CPW + Huraian Tema Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Kehendak soalan) Ayat 5 - Peribahasa Perenggan Pendahuluan : Ayat 1 - Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan …….(tema karangan)……. Ayat 2 – Dalam hal ini, …… (huraian tema karangan)……… Ayat 3 – Sebagai contohnya, ….(contoh)…… Ayat 4 - Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa, ….(kehendak soalan) ….
2. Teknik Menulis Isi-isi penting (3@5 isi – 1 isi 1 perenggan) Ayat 1 - Cadangan Penanda Wacana (CPW) + Kehendak Soalan Ayat 2 - CPW + Huraian Kehendak Soalan Ayat 3 - CPW + Contoh / Bukti Ayat 4 - Kesimpulan kecil (CPW + Rumusan Kehendak Soalan) Ayat 5 - Peribahasa Isi-isi penting: Perenggan Isi pertama : Ayat 1 - Umum mengetahui bahawa .(kehendak soalan)…….(isi 1)…… Ayat 2 – Hal ini berlaku disebabkan….( huraian isi 1)…… Ayat 3 – Sebagai misalannya,….(contoh)…….. Ayat 4 - Bertitik tolak daripada itulah…… (kesimpulan kecil)……. Perenggan Isi kedua: Ayat 1 - Sebagaimana yang kita maklumi…….(isi 2)…… Ayat 2 – Pada hemat saya, …..( huraian isi 2)……. Ayat 3 – Contoh yang boleh diketengahkan ialah,……(contoh)….. Ayat 4 - Jelaslah bahawa.…...(kesimpulan kecil) ….. Perenggan Isi ketiga: Ayat 1 - Selain itu, pada masa ini juga …..(isi 3)… Ayat 2 – Gejala/perkara ini berlaku kerana..( huraian isi 3)… Ayat 3 – Tamsilnya,……(contoh)……. Ayat 4 – Oleh itu,………(kesimpulan kecil)……
Perenggan Isi keempat : Ayat 1 - Pada zaman pascakemerdekaan in…..(isi 4)…. Ayat 2 – Bukan itu sahaja … ..( huraian isi 4)……. Ayat 3 – Sebagai contohnya,….(contoh)…… Ayat 4 – Natijahnya,……(kesimpulan kecil)… Perenggan Isi Kelima : Ayat 1 - Dasawarsa ini …..(isi 5)…. Ayat 2 –Dalam konteks ini….(huraian isi 5)…. Ayat 3 –Biar kita ambil contoh …(contoh)… Ayat 4 -Lantaran itu sehingga kini ….. (kesimpulan kecil)…. 3. Teknik Menulis Penutup (1 perenggan) Ayat 1 - CPW + rumusan tema dan kehendak soalan Ayat 2 - Ayat Cadangan dan Harapan anda Ayat 3 - Peribahasa
Perenggan Penutup Ayat 1 - Akhirulkalam,dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa …(tema karangan) ….. Ayat 2 – Demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-sama berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ….(tema karangan)….. Ayat 3 - Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. Ayat 4 - Diharapkan semua pihak, dapat…… dan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat………..