Pengertian Sirah [PDF]

  • Author / Uploaded
  • asan
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sarjana Muslim



Untuk menjelaskan tentang erti sejarah mengikut pandangan sarjana muslim, tokoh-tokoh zaman awal dipilih. Ini kerana tokoh-tokoh inilah yang meng-hasilkan teori tentang sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Berbeza dengan sarjana muslim zaman moden, mereka mendefinisikan sejarah dengan merujuk kepada tokoh-tokoh yang lebih awal dari mereka. Di antaranya ialah: 1) Al-Iji atau nama sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke 8H/14M menyebut tentang teori sejarahnya dalam bukunya, Tuhfat al-Faqir ila Sahib alSarhir. Dalam buku ini, teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas mengikut perbahasan ilmu falsafah. Antara rujukannya ialah daripada karya-karya Ibn Al-Jawzi, al-Tabari, Ibn Ishaq, Al-Isfahani. Beliau yang berpendidikan ilmu agama yang berpengkhususan dalam bidang hadis, telah menyebabkan idea-ideanya tentang sejarah dipengaruhi oleh disiplin agama dan falsafah. Kerana itulah beliau berpendapat sejarah ialah suatu kajian tentang alam tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik. Sejarah juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu atau lebih khususnya penyebar-penyebar agama. 2) Al-Kafiyaji(Al-Kafiyaji atau nama sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia) telah menjelaskan erti ‘ta’rikh’ dalam buku-nya, iaitu dari segi bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah pula ‘ta’rikh’ bermaksud penentuan masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan datang. Ada juga yang mengatakan ta’rikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa yang pertama kali terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau kejadian-kejadian besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di langit dan di bumi 3) Menurut Ibn Khaldun(Abd Ar-Rahman bin Muammad) tarikh atau sejarah adalah Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman silam tentang berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan; keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. 4) Al-Mas’udi (m.956M) -Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu pengetahuan manusia, sains termulia. 5) Al-Sakhawi (m.1497M) -Kesenian yang memerihalkan peristiwa dari sudut masa dan isu perbahasan.



Pengertian Sejarah menurut Sarjana Barat 1) E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan faktafaktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. 2) G. Geff, sejarah yang biasa difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan menjurus kepada manusia yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan dengan pelbagai manusia yang hidup dalam pelbagai masyarakat. Sejarah membincangkan tentang dunia yang dibentuk oleh manusia itu sendiri. 3) Robert V. Daniels, sejarah adalah memori pengalaman sekelompok manusia. Jika ia dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah kisah tentang manusia. Tanpa sejarah kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini. 4) A. Marwick pula membahagikan pengertian sejarah kepada tiga: 4.1) Sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti sebenarnya berlaku. 4.2) Sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu. 4.3) Sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu untuk suatu displin ilmu. 5) Collingwood menyatakan bahawa sejarah berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan (research), tindak tanduk masyarakat (human actions), pemikiran (self knowledge) dan penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji (interpretation of evidence).



Pengertian sejarah dan sirah secara umum ialah: Pengertian Sirah Sirah yang dimaksudkan di sini ialah kumpulan berita-berita yang meriwayatkan atau mengisahkan tentang kehidupan Rasullullah s.a.w yang meliputi nasab(keturunan), kandungan beliau di perut ibunya, kelahirannya dan keadaan kehidupan yang dilaluinya, pemeliharaan dan asuhan semasa kecilnya, masa remaja dan kedewasaan beliau, perlantikan beliau sebagai Nabi, turunnya wahyu kepada beliau dan permulaan dakwahnya, masa-masa dakwah di Mekah dan juga setelah hijrahnya ke Madinah, pembentukan Negara Islam pertama di Madinah dan pembelaan beliau terhadap negara tersebut, jihad beliau melawan musuh-musuh agama di dalam negara dan di luarnya, pengiriman duta-duta bagi negara tertentu, utusan-utusan dan angkatan bersenjata, kepemimpinan beliau s.a.w, perang-perang penting yang disertainya, pengembangan dakwah Islam di Jaziroh Arab(Semenanjung Arab) dan di luarnya, waktu sakit dan kewafatan beliau dan pengaruhnya terhadap para sahabat s.a.w sehinggalah penyempurnaan jenazah baginda s.a.w. Faedah mempelajari sirah Rasulullah s.a.w adalah: 1.Mendapatkan dan menemukan aplikasi konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi dalam rakam bidang kehidupan. 2.Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan beliau s.a.w dalam segala bidang kehidupan kerana beliau adalah suri teladan yang baik atau seorang ummi yang patut kita contohi.. Sebagaimana firman Allah s.w.t: ‫ل َكِثيًرا‬ َ ‫خَر َوَذَكَر ا‬ ِ‫ل‬ َ ‫ل َواْلَيْوَم ْا‬ َ ‫جوا ا‬ ُ ‫ن َيْر‬ َ ‫سَنٌة ّلَمن َكا‬ َ‫ح‬ َ ‫سَوٌة‬ ْ ‫ل ُأ‬ ِ ‫لا‬ ِ ‫سو‬ ُ ‫ن َلُكْم ِفي َر‬ َ ‫ّلَقْد َكا‬ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al Ahzab: 21) 3.Mencontohi dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah S.W.T dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan keampunanNya, sebagaimana firman Allah S.W.t: ‫حيُم‬ ِ ‫غُفوُر ّر‬ َ ‫ل‬ ُ ‫ل َوَيْغِفْر َلُكْم ُذُنوَبُكْم َوا‬ ُ ‫حِبْبُكُم ا‬ ْ ‫ل َفاّتِبُعوِني ُي‬ َ ‫نا‬ َ ‫حّبو‬ ِ ‫ل ِإن ُكنُتْم ُت‬ ْ ‫ُق‬ “Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran: 31)



4. Dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman. 5. Dapat menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah s.a.w dan memantapkan mereka dalam membela agama dan kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari sirah Rasulullah s.a.w berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan akidah beliau dalam menghadapi cubaan dan musuh-musuhnya. 6.Dalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang boleh diambil oleh semua umatnya bagi membentuk manusia yang baik dengan akhlak yang baik dan menjadi garis panduan kepada umatnya. 7.Sirah Rasulullah s.a.w merupakan gambaran contoh yang tinggi yang dimiliki oleh seseorang manusia yang sempurna dari segala sisi. 8.Sirah Rasulullah s.a.w yang banyak mengisi tentang pelajaran-pelajaran yang boleh digunakan di setiap lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam menghadapi segala cubaan dan ujian hidup yang mereka hadapi dan amalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w. 9. Ia juga dapat membantu kita memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. 10.Selain kita dapat banyak pengetahuan yang benar tentang pelbagai ilmu-ilmu keislaman contohnya aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadith, politik, pendidikan dan sosial kemasyarakatan dan lain-lain lagi. 11.Kita dapat mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimah Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi. 12. Dapat mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. 13. Dapat mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadits. 14. Dapat mengetahui mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w. 15.Menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w



Pengertian Sejarah Suatu catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu melalui kajian atau penyelidikan tentang peristiwa yang telah berlaku. Sejarah juga boleh dimengertikan melalui beberapa unsur iaitu: 1) Asal-usul (keturunan), silsilah. 2) Peristiwa yang benar berlaku pada waktu lampau. 3) Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa lalu. 4) Laporan atau cerita terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan atau perkembangan manusia, negara dan institusi. 5) Antara bidang keilmuan yang membicarakan peristiwa silam secara sistematik dan teratur berlandaskan tarikh dan masa kejadian.



PENGURUSAN GRAFIK



Membanding dan PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH



SIRAH Sirah secara bahasa bererti jalan (AtThoriq).



SEJARAH Masa lalu atau peristiwa yang telah berlaku.



SIRAH



SEJARAH



Kumpulan berita yang meriwayatkan kehidupan Rasulullah s.a.w merangkumi keturunan,kelahiran dan segala perkara/peristiwa yang dialami sehinggalah kewafatannya dan penyempurnaan jenazah baginda.



Suatu catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu melalui kajian atau penyelidikan tentang peristiwa tersebut.



PENGERTIAN SEJARAH menurut SARJANA Pandangan Sejarawan dan Sarjana(Islam dan Barat) 1) Al-Mas’udi (m.956M) -Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu SARJANA pengetahuan manusia, ISLAM sains termulia. 2) Ibn Khaldun (m.1406M) -Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman Islam -Berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan; keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. 3) Al-Sakhawi (m.1497M) -Kesenian yang memerihalkan peristiwa dari sudut masa dan isu perbahasan.



BARAT



PANDANGAN



1) Herodotus (m.424SM) - Fakta dan perkara yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa agar tidak diluput zaman. 2) St. Augustine (m.430SM) - Suatu proses yang mempunyai tahap permulaan dan tahap pengakhiran. 3) Thucydides (m.400SM) - Pemaparan sesuatu peristiwa secara kronologi.



FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH