5 0 582 KB
Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)
Nota PENGGAL 2
MORFOLOGI
PENGGOLONGAN KATA : KATA TUGAS
A.
KONSEP KATA TUGAS
1. Pengertian: Kata tugas = sejumlah morfem bebas yang tidak mempunyai makna sendiri, tetapi mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan frasa, klausa, dan ayat. Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat. 2. Fungsi: (a) Tugasnya adalah sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.1 (b) Peranannya membantu kata utama (KN, KK, KA) untuk menimbulkan makna tambahan. Kata Tugas Kata bantu Kata penguat
Fungsi Memberi makna tambahan kepada KK. Menguatkan makna KA dari segi tingkat sifatnya.
1 http://dermagabmk1.blogspot.com
(c) Sesetengah kata mempunyai lebih daripada satu fungsi, bergantung pada tempat kehadirannya dalam frasa, klausa, dan ayat. Contoh Kata Tugas dalam dengan
Jenis Kata Tugas Kata sendi nama Kata arah Kata sendi nama Kata hubung
Contoh Penggunaan dalam Frasa/Ayat Dia tidak terlibat dalam hal itu. Mereka bersembunyi di dalam gua. Hadri datang dengan emaknya. Hadri datang dengan menaiki kereta.
3. Ciri-ciri: (a) Memerlukan kata lain (kata utama) untuk berfungsi dalam frasa atau ayat Jenis Kata Tugas Kata nafi Kata sendi nama 1
Contoh Kata Tugas tidak bukan dari daripada
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:249)
Kata Utama yang Diperlukan Kata kerja Kata nama Kata nama Kata nama
Contoh Penggunaan tidak datang bukan kami dari Kelantan daripada kayu
(b) Jenis kata tertutup2 Tiada pinjaman kata hubung, kata penguat, atau kata sendi nama dalam bahasa Melayu Jumlahnya sangat terhad, dan sukar bertambah (c) Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti = tiada makna tersendiri, sebaliknya memerlukan kata lain untuk menimbulkan maknanya (d) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau peluasan = tidak boleh dijadikan kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.
B.
KELOMPOK DASAR KATA TUGAS
Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas dipecahkan kepada empat kelompok dasar.3
KATA TUGAS Kata Penyambung Ayat
Kata Prafrasa dan Pascafrasa
Kata Praklausa
Kata Pascakata
1. KATA PENYAMBUNG AYAT
2 http://dermagabmk1.blogspot.com
1.1 Konsep: Kata penyambung ayat dikenali sebagai kata hubung. Kata ini menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa, dan ayat. Penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis, dipanggil sebagai ayat majmuk. 1.2 Bentuk: (a) Tunggal = terdiri daripada satu morfem bebas sahaja dan atau lalu
2 3
jika dengan semenjak
Tatabahasa Asas (2012:203) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:250)
agar bagai kecuali
(b) Bergabung = secara bercantum dan terpisah
Bercantum jikalau meskipun sedangkan sekiranya walaupun
Terpisah andai kata oleh sebab
(c) Berpasangan bukan sahaja ... tetapi juga sedangkan ... tambahan pula
baik ... mahupun sungguhpun ... namun
(d) Gandaan moga-moga kalau-kalau
seolah-olah seakan-akan
1.3 Jenis Kata Penyambung Ayat:
(a) Kata Hubung Gabungan
3 http://dermagabmk1.blogspot.com
Kata hubung ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat majmuk yang terbentuk dipanggil ayat majmuk gabungan. Berfungsi menunjukkan: urutan, pertentangan, keserentakan, dan penjelasan. Urutan dan kemudian lalu
Pertentangan namun sebaliknya tetapi
Keserentakan sambil seraya
Penjelasan maka
Terdapat bentuk berpasangan: baik ... mahupun semakin ... semakin jangankan ... pun
(b) Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan menyambung klausa-klausa tak setara, iaitu klausa bebas (klausa utama atau klausa induk) dengan klausa tak bebas (klausa pancangan atau klausa kecil). Penggunaan kata hubung ini menghasilkan ayat majmuk pancangan. Jenis kata hubung pancangan:
(i) Kata Hubung (Pancangan) Relatif Kata hubung relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama (klausa bebas) dengan satu klausa kecil (klausa tak bebas) lain. Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif). Terdapat satu kata hubung relatif sahaja, tetapi dapat berfungsi dalam subjek dan predikat ayat. yang
(ii) Kata Hubung (Pancangan) Komplemen Kata hubung komplemen (kata komplemen), berfungsi menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap pada klausa utama. Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen). bahawa untuk
4 http://dermagabmk1.blogspot.com
(iii) Kata Hubung (Pancangan) Keterangan Kata hubung keterangan (kata keterangan) berfungsi menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi keterangan pada klausa utama. Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan). Jenis-jenis kata hubung keterangan: sebab, syarat, tujuan, harapan, cara, waktu, akibat, pertentangan, dan perbandingan.
agar kerana setelah andai kata ketika sewaktu apabila
meskipun sungguhpun hingga sekiranya supaya jika(lau) semasa
tatkala kalau sementara untuk kendatip semoga walaupun
2. KATA PRAKLAUSA 2.1 Konsep Kata praklausa = perkataan yang hadir di hadapan klausa atau ayat. Tugas praklausa untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa. 2.2 Jenis Kata Praklausa
(a) Kata Seru Kata seru = kata untuk menzahirkan perasaan, antaranya sakit, marah, hairan, kagum, gembira, dan sebagainya. Digunakan pada permulaan ayat seru. Perasaan Menarik perhatian
5 http://dermagabmk1.blogspot.com
Kagum dan hairan Kesakitan Kesedihan Sesal dan kecewa Kelegaan Kebencian dan marah Harapan
Terkejut Tahniah
Kata seru
Eh Hai Helo Wahai Amboi Eh Ha Oh Wah Aduh Aduh Aduhai Ah Alahai Syukur Alhamdulillah Cis Nah Oh Wahai Ya Alamak Eh Wah Syabas
Contoh dalam Ayat
Eh, kamu datang! Hai, belum siap-siap lagi! Helo, tengok ke sini! Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar! Amboi, cerewetnya orang tua itu! Eh, pelik benar! Ha, tidak percaya aku! Oh Tuhan, semuanya kehendak-Mu! Wah, tangkas betul dia! Aduh, sakitnya gigiku! Aduh, tidak sanggup melihatnya! Aduhai, malang benar nasib kita! Ah, masih seperti dulu! Alahai, teruslah kita tertunggu-tunggu di sini! Syukur, kamu selamat! Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan! Cis, kurang ajar betul! Nah, kamu rasakan sakitnya kena tipu!
Oh kekasihku, kembalilah segera! Wahai Tuhan, kasihanilah hambamu ini!
Alamak, aku terlupa mengambil wang itu! Eh, kamu rupa-rupanya! Wah, murahnya! Syabas, kamu berjaya akhirnya!
(b) Kata Tanya Kata tanya = perkataan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu berkenaan orang, benda, tempat, cara, jumlah, masa, sebab, hal, dan sebagainya. Termasuk dalam kata tanya ialah kata ganti nama tanya. Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Jika digunakan pada permulaan ayat songsang, kata tanya hendaklah disertakan dengan penegas -kah.
Bagaimana Berapa Bila Mengapa
Apa Mana Siapa
(c) Kata Perintah Kata perintah = kata berupa arahan, larangan, ajakan, harapan, silaan, dan permintaan, yang digunakan untuk menimbulkan tindak balas daripada orang yang dikenakan perintah. Kata perintah digunakan pada permulaan ayat perintah dan boleh menerima penegas -lah. Permintaan Minta Mohon Tolong
Silaan Jemput Sila Sudi
Larangan Jangan Tak usah Usah
Ajakan4 Ayuh Jom Mari
Pembiaran5 Biar
(d) Kata Pembenar
6 http://dermagabmk1.blogspot.com
Kata pembenar = perkataan yang digunakan untuk mengesahkan atau menyokong kesahihan sesuatu penyataan. Benar betul Ya
(e) Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat = perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Perkataan-perkataan ini digunakan dalam bahasa Melayu klasik. Adapun Alkisah Arakian
4 5
Tatabahasa Asas (2012:214) Tatabahasa Asas (2012:214)
Hatta Kalakian Maka
Syahadan Sebermula Sekali peristiwa
3. KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA 3.1 Konsep Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa Kata prafrasa = perkataan yang hadir sebelum (di hadapan) frasa. Kata pascafrasa = perkataan yang hadir selepas (di belakang) frasa. Jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain hadir di hadapan frasa, kata jenis ini dapat juga hadir selepas frasa. Frasa yang terlibat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Fungsi kata ini untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menunjukkan arah, dan membilang, agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat. 3.2 Jenis Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
3.2.1 Kata Prafrasa
7 http://dermagabmk1.blogspot.com
(a) Kata Bantu Kata bantu = perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan ragam. Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata adverba. Berdasarkan tugasnya, kata bantu terbahagi kepada dua jenis: kata bantu aspek dan kata bantu ragam. (i) Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek = kata bantu yang menunjukkan perbezaan masa: masa lampau, masa kini, atau masa akan datang.
Masa lampau baru pernah sudah telah
Masa kini masih mula sedang tengah
Masa hadapan akan belum bakal
(ii) Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam = kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan. Terdiri daripada ragam kehendak, keupayaan, kemungkinan, kemestian, dan keengganan.6
Kehendak hendak ingin mahu
Keupayaan boleh dapat
Kemungkinan barangkali mungkin
Kemestian harus perlu mesti tentu pasti wajib patut
Keengganan enggan
(b) Kata Nafi Kata nafi = perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam konstituen predikat. Dua bentuk kata nafi: bukan, dan tidak, yang hadir sebelum frasa. (i) bukan Kata nafi ini boleh hadir dalam dua keadaan. Menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama Menafikan FN bukan ibunya bukan usaha saya bukan tiket kereta api
Menafikan FS bukan untuk adik bukan dari Gua Musang bukan tentang gaji
Boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya kedua-dua frasa tersebut membawa maksud “pertentangan maklumat”.
8 http://dermagabmk1.blogspot.com
bukan menghina kamu tetapi mengingatkan kamu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya
(ii) tidak Merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Menafikan FK tidak pergi ke pekan tidak akan datang tidak menaiki bas
Menafikan FA tidak benar tidak hodoh sangat tidak busuk
(c) Kata Pemeri Kata pemeri = unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan frasa utama dalam predikat. Penggunaan kata pemeri sangat terbatas, dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. 6
Tatabahasa Asas (2012:217)
Selain itu, kata pemeri tidak boleh hadir sebelum kata kerja atau frasa kerja.7 Dua bentuk kata pemeri: adalah, dan ialah. (i) adalah Merupakan pemeri secara huraian atau kualitatif. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Menafikan FK adalah benar adalah besar sekali adalah tinggi
Menafikan FA adalah dari segi adalah untuk kesejahteraan adalah tentang kemalangan
(ii) ialah Digunakan untuk menunjukkan persamaan atau ekuatif Bentuk ini hadir di hadapan frasa nama sahaja. Berfungsi untuk memberikan definisi. ialah buku ialah yang berukuran ialah pentingnya semangat perpaduan
(iii) merupakan8 Dapat berfungsi sebagai kata pemeri kerana dapat menggantikan ialah. Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia. Bahasa merupakan alat komunikasi antara manusia.
9 http://dermagabmk1.blogspot.com
(d) Kata Sendi Nama Kata sendi nama = perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Setiap sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus. Bentuk kata sendi nama: Kata dasar: bagi demi di
akan dengan oleh
Gabungan kata dasar: darihal daripada
7
8
kepada
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:264) Tatabahasa Asas (2012:224)
hingga semenjak tentang
Kata terbitan: menerusi mengenai
terhadap
Fungsi kata sendi nama: (i) di Digunakan khusus untuk menunjukkan tempat dan arah. Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama. Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Tempat di Kuala Krai di pejabat di Thailand
Arah di belakang rumah di tepi padang di utara Semenanjung
(ii) ke Digunakan untuk menunjukkan tumpuan tempat, arah tempat, dan arah waktu. Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang. Tumpuan tempat ke Alor Setar ke bandar ke Indonesia
Arah tempat ke belakang dewan ke kiri datuknya ke timur
Arah waktu ke saat terakhir ke zaman sekarang pagi ke petang
10 http://dermagabmk1.blogspot.com
(iii) dari Untuk menyatakan arah, permulaan tempat, dan permulaan waktu. Ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada. Arah dari arah selatan dari depan rumah dari tengah hutan
Permulaan tempat dari Kuala Lumpur dari laut dari pejabat
Permulaan waktu dari pukul sembilan dari kurun ke-18 dari subuh lagi
(iv) daripada Untuk menyatakan punca, asal kejadian, dan perbandingan.
Punca
manusia haiwan benda institusi unsur mujarad
daripada tunangnya daripada Pak Omar daripada kucingnya daripada buku cerita daripada Jabatan Perdana Menteri daripada kesilapan daripada siapakah
Sumber atau asal kejadian Perbandingan
daripada besi daripada akar kayu petikan daripada filem Arab lebih cantik daripada kawannya berbeza daripada perangainya lebih penting daripada hal lain
(v) kepada Fungsi utamanya menyatakan sasaran, selain menunjukkan pecahan dan perubahan keadaan.
Punca
manusia haiwan benda institusi unsur mujarad
Pecahan
Perubahan keadaan
kepada polis kepada keluarga Robert kepada ayam kepada Pejabat Daerah kepada maksiat
kepada dua bahagian kepada sesi pagi dan petang kepada satu perdua kepada 35ºC kepada tahap lebih baik kepada warna ungu
(vi) pada
11 http://dermagabmk1.blogspot.com
Digunakan untuk keterangan waktu, tempat, dan hal abstrak (mujarad) Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan sasaran.
Waktu
Sesuatu perbuatan Tempat Didahului kata “ada” Hal abstrak (mujarad)
(vii)
pada akhir tahun pada awal pagi pada hari ini pada ketika itu pada pukul lima petang pada waktu senja digantung pada cangkuk kayu ditampal pada tiang elektrik kena pada tempatnya ada pada emak ada pada pahlawan ada pada semua binatang pada pendapatnya pada saya pada pandangan saya
untuk Membawa maksud kegunaan untuk sesuatu dan bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.
Kegunaan untuk sesuatu - boleh saling bertukar ganti dengan bagi Bahagian yang ditentukan (diperuntukkan)
derma untuk / bagi anak-anak kurang upaya perbelanjaan untuk / bagi tahun hadapan sumbangan untuk / bagi kemudahan ramai hadiah untuk kami pakaian baharu untuk ibu persalinan untuk panglima
(viii) demi Digunakan untuk makna tujuan, unsur penegas, dan urutan. Tujuan - boleh saling bertukar ganti dengan untuk Unsur penegas Urutan
demi / untuk kelicinan kerja demi / untuk kestabilan negara demi / untuk kepentingan bersama demi allah demi rasul satu demi satu pasukan demi pasukan
(ix) tentang / mengenai Digunakan sebagai maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum, atau mujarad (abstrak). Tentang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. berbincang tentang / mengenai masalah kami aduan tentang / mengenai kelewatan tentang / mengenai hal itu
(x)
seperti / bagai / umpama / laksana / bak / macam
12 http://dermagabmk1.blogspot.com
Kesemuanya dapat saling bertukar ganti dan membawa maksud perbandingan, serta senarai.
beratnya
berlagak
Perbandingan bagai gajah bak laksana macam 0rang kaya seperti umpama
Senarai bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, buku, risalah, ... berbakti seperti membantu orang susah, menyertai gotong-royong, ...
(xi) sejak / semenjak Penanda permulaan waktu sejak / semenjak hari itu sugul sejak / semenjak kehilangan anak kucingnya
(xii) terhadap Untuk merujuk penyambut yang tentu (manusia, haiwan, atau benda) adil terhadap anak buahnya kajian terhadap virus bertindak balas terhadap kaca
(xiii) akan Digunakan untuk merujuk manusia. Penggunaannya didahului oleh kata adjektif yang bersifat emosi. marah akan kakaknya suka akan pembantu rumah itu terlalu sayang akan buku itu
Dalam konteks bukan manusia, boleh juga digunakan perkataan kepada. cinta akan / kepada negara sendiri gemar akan / kepada kucing terlalu sayang akan / kepada buku itu
(xiv) oleh
13 http://dermagabmk1.blogspot.com
Digunakan untuk menunjukkan hubungan pelaku dalam ayat pasif, dan maksud sebab/lantaran. Pelaku dalam Ayat Pasif ditulis olehnya tersepak oleh adik kena gari oleh polis
Sebab / Lantaran oleh / lantaran kelalaian sendiri oleh (sebab) ketiadaan pengganti oleh sebab itulah pilihannya
(xv) hingga / sampai Kedua-duanya dapat bertukar ganti dengan pengertian had masa dan tempat. berkawal hingga / sampai pagi bermain hingga / sampai kepenatan belajar hingga / sampai peringkat universiti
(xvi) dalam Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak dalam hal ini berbincang dalam mesyuarat bertutur dalam dialek Kedah
(xvii) antara Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak perbezaan antara saya dengannya berbincang antara adik-beradik antara cara yang paling baik
(xviii) dengan Kata sendi nama dengan membawa empat maksud.
Bersama-sama atau berserta Cara sesuatu dilakukan Memakai atau menggunakan Perbandingan yang serupa (sama)
berbincang dengan majikan bergurau dengan kami ke pekan dengan kawan-kawannya diselesaikan dengan semangat kerjasama diterimanya dengan baik memulakan kerja dengan bacaan doa datang dengan kereta baharu memotong kayu dengan gergaji menggembur tanah dengan bajak emas dengan perak sama cantik dengan bajuku sependapat dengan datuknya
(xix) melalui / menerusi Kedua-duanya dapat bertukar ganti, dengan membawa maksud arah laluan atau tempat.
14 http://dermagabmk1.blogspot.com
diserahkan melalui / menerusi orang tengah terjun melalui / menerusi tingkap dijelaskan melalui / menerusi e-mel
(e) Kata Arah Kata arah = yang berpasangan dengan kata sendi nama : hadir selepas kata sendi nama tempat (dari, di, ke) dan sebelum kata nama atau frasa nama. Menunjukkan hala atau jurusan
antara atas bawah belakang dalam hadapan luar
penjuru samping sisi segi sudut tengah tepi
barat selatan tenggara timur utara
dari utara Asia di atas para di dalam pondok ke penjuru padang ke tengah sungai ke timur Thailand
(f) Kata Bilangan Kata bilangan = perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama. Kata bilangan tentu berpasangan dengan kata penjodoh bilangan.
(i) Bilangan tentu (bilangan kardinal) = jumlahnya bersifat tentu lapan tujuh belas tiga puluh enam
tiga ratus dua ribu enam juta
(ii) Bilangan tak tentu = sudah menunjukkan banyak atau berbentuk jamak. banyak beberapa para
sedikit sekalian semua
(iii) Himpunan = menandakan jamak, menggunakan imbuhan awalan dan lazimnya digandakan. beribu-ribu ketiga-tiga
berbakul-bakul bertahun-tahun
(iv) Pisahan = bermaksud jamak tetapi dipisah-pisahkan masing-masing setiap tiap-tiap
(v) Pecahan = menunjukkan bahagian-bahagian daripada keseluruhan setengah dua pertiga separuh
sepertiga seperempat
(vi) Tingkat (ordinal)9 = menunjukkan turutan atau kedudukan
15 http://dermagabmk1.blogspot.com
ketiga kedua puluh keseratus
kelapan ribu kesejuta
3.2.2 Kata Pascafrasa (a) Kata Penguat Kata penguat = perkataan yang dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif, Tiga jenis kata penguat:
9
Tatabahasa Asas (2012:237)
(i) Kata Penguat Hadapan = Kata penguat yang hadir di hadapan kata adjektif.
agak cukup kurang makin paling
begitu kian maha terlalu terlampau
(ii) Kata Penguat Belakang = Kata penguat yang yang hadir di belakang kata adjektif. benar betul
nian
sekali
(iii) Kata Penguat Bebas = Kata penguat yang kedudukannya bebas, boleh muncul di hadapan atau di belakang kata adjektif. amat sangat
sungguh
(b) Kata Penegas Kata penegas = perkataan yang memberikan penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat. Dikenali juga sebagai kata partikel dan kata penyerta. Dua jenis kata penegas:
16 http://dermagabmk1.blogspot.com
(i) Penegas dalam predikat Partikel ini menegaskan perkataan yang bercantum dengannya dalam predikat Digunakan sekiranya frasa itu atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan dalam ayat. Tidak boleh hadir pada akhir ayat. Perlu dicantumkankan pada bahagian belakang kata dasar. -kah -lah
-tah
(ii) Penegas subjek dan predikat Penegas ini bebas hadir pada mana-mana bahagian ayat: sama ada pada frasa subjek, atau frasa predikat. Bentuk ini bersifat perkataan (morfem bebas).
hanya jua juga lagi memang
cuma pula pun
sahaja / saja
(c) Kata Adverba Kata adverba = perkataan yang menerangkan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan frasa sendi nama. Hal yang diterangkan ialah cara, masa, dan tempat. Dipanggil juga kata keterangan berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan frasa yang disebutkan tadi. Kehadirannya sama ada di hadapan atau di belakang kata yang diterangkan. Kata adverba terdiri daripada: kata yang tidak tergolong dalam kata utama (KN, KK, dan KA), jika perkataan itu terdapat dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi sebagai penerang. Empat bentuk kata adverba: (i) Kata Adverba Jati Kata adverba jati = perkataan yang tidak termasuk dalam manamana kata utama
17 http://dermagabmk1.blogspot.com
acap kali agaknya barangkali begini begitu dahulu demikian esok jarang kali julung kali kadang-kadang
kadangkala kelak kelmarin kemudian kerap kali langsung lusa nanti nyaris pertama kali
saling sekali gus sekarang semalam sempat sentiasa serentak sering kali tadi tulat
(ii) Kata Adverba asalnya Kata Adjektif Asalnya kata adjektif tetapi berfungsi untuk menerangkan KK/FK, KA/FA, dan FS.
Menerangkan Frasa Kerja berjalan lancar hampir tersembam kerap datang terbang tinggi tidur nyenyak
Menerangkan Frasa Adjektif besar panjang cepat kaya hancur luluh panjang lebar tinggi lampai
Menerangkan Frasa Sendi Nama
jarang di pejabat ke hospital segera senang di sana sering ke taman
(iii) Kata Adverba asalnya Kata Kerja Asalnya kata kerja tetapi berfungsi untuk menerangkan FK, FA, dan FS.
Menerangkan Frasa Kerja baring meniarap duduk bersandar makan bersila menulis berhati-hati tidur berdengkur
Menerangkan Frasa Adjektif
cantik berseri-seri indah berkilauan merah menyala tinggi melangit
Menerangkan Frasa Sendi Nama dari bandar berdua-duan di rumah bersendirian ke pantai berseorangan
(iv) Kata Adverba Gandaan Yang mengalami penggandaan untuk menerangkan FK, FA, dan FS. Tiga jenis adverba gandaan: penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.
Kata Adverba Penggandaan Penuh betul-betul diam-diam jarang-jarang pura-pura sama-sama
Kata Adverba Penggandaan Separa Berawalan Berakhiran bermalam-malam gila-gilaan bersungguh-sungguh habis-habisan sekali-kali mati-matian terburu-buru sungguh-sungguhan teresak-esak terang-terangan
Kata Adverba Penggandaan Berentak bolak-balik gundah-gulana riuh-rendah serta-merta simpang-siur
18 http://dermagabmk1.blogspot.com
Makna Kata Adverba Waktu = masa terjadinya sesuatu perbuatan, peristiwa, atau keadaan pulang sekarang selalu datang sentiasa ceria
Cara = cara perbuatan dilakukan berbuat demikian
berjuang bermati-matian duduk beramai-ramai
Ragam = keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan benar-benar riang betul-betul terjadi tentu berjaya
Jarak = ruang yang berkaitan dengan KK yang diterangkan berada dekat lompat tinggi pulang jauh
Keadaan = menerangkan keadaan yang terjadi pada KK, KA, dan kata adverba
berbaju labuh kerat pendek tersusun rapi Sifat perasaan = perasaan bagi KK berasa sayang bersuara lantang melompat girang
4. KATA PASCAKATA 4.1 Konsep Kata Pascakata
19 http://dermagabmk1.blogspot.com
Kata pascakata = bentuk yang hadir selepas perkataan. Kata pascakata tidak dapat berdiri sendiri, perlu dicantumkan pada belakang kata dasar. Bentuk itu ialah -nya. Fungsinya sebagai penekan dan pembenda bagi perkataan yang bercantum dengannya. 4.2 Jenis Kata Pascakata
(a) Kata Penekan Kata penekan = bentuk (-nya) yang memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya. bahawasanya nampaknya
sebenarnya sesungguhnya
(b) Kata Pembenda Kata pembenda = bentuk (-nya) yang dapat menjadikan sesuatu kata bukan kata nama sebagai kata nama. Kata bukan nama: lazimnya kata kerja dan kata adjektif.
20 http://dermagabmk1.blogspot.com
datangnya hadirnya perginya pulangnya
cantiknya lajunya lantangnya sakitnya sesungguhnya