Penulisan Essay Edup3053 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Media pengajaran merupakan satu saluran untuk menyampaikan maklumat. Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk memujuk dan menghiburkan murid-murid supaya lebih tertarik dengan apa yang diajar oleh guru. Media pengajaran boleh diklasifikasikan kepada dalam bentuk teks, visual, audio, media bergerak, manipulasi dan manusia. Seseorang guru harus memilih media pengajaran dengan teliti supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membantu guru dalam proses penyampaian maklumat. Model ASSURE boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang media pengajaran. Guru harus menganalisis murid sebelum membuat pemilihan media pengajaran. Penggunaan seseuatu media perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya bermakna. Contohnya, pemilihan media pengajaran harus mengikut ciri umum dan stail pembelajaran murid-murid. Seterusnya, pernyataan objektif pembelajaran yang jelas dan penyampaian maklumat atau fakta yang tepat penting dalam memilih media pengajaran. Guru harus memastikan maklumat yang disampai kepada murid merupakan informasi yang tepat dan betul. Contohnya, penentuan objektif adalah berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai melalui sukatan pelajaran, panduan kurikulum dan buku teks. Selain itu, guru harus menggunakan laras Bahasa mengikut kefahaman setiap murid yang berbeza. Contohnya, guru harus menggunakan Bahasa yang mudah difahami apabila berhadapan dengan murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Di samping itu, olahan yang sistematik dan logikal merupaka suatu unsur penting. Murid dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar. Sebagai contoh, olahan yang sistematik dan logikal membolehkan guru menggunakan masa yang terhad untuk menyampaikan ilmu sepenuhnya. Seterusnya, guru perlu menggunakan bahan ataupun aktiviti bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Hal ini secara langsung akan melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Contohnya, media pengajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi seperti nilai cinta kepada alam sekitar. Dari segi penggunaan media dan material, guru harus menyediakan tempat, murid, pengalaman pembelajaran dan melihat isi kandungan media. Guru perlu mengambil berat terhadp kualiti visual media pengajaran. Media pengajaran mestilah mudah dibaca dan penggunaan warna yang kontras yang sesuai. Ia akan membantu menerangkan sesuatu konsep yang abstrak kepada perwakilan visual yang lebih konkrit. Sebagai contoh, penggunaan warna kontras yang baik seperti perkataan hitam



pada kertas putih dan perkataan kuning pada kertas biru tua akan membolehkan murid lebih fokus dalam pembelajaran. Justeru, susun atur elemen grafik yang menarik dan penekanan kepada idea ataupun konsep utama amat penting dalam pemilihan media pengajaran. Jika dibandingkan dengan teks yang panjang, murid-murid akan lebih mudah memahami sesuatu konsep melalui grafik yang menggunakan perkataan yang singkat. Contohnya, guru boleh menggunakan peta alir untuk menjelaskan sejarahsejarah Tanah Melayu dengan menekankan idea-idea utama. Media pengajaran mesti mempunyai kesan bunyi yang sesuai dan menarik. Hal in kerana, bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bukan itu sahaja, volum mestilah sesuai dan jelas kedengaran. Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Contohnya, bunyi yang sangat perlahan atau terlalu bising akan menyukarkan pelajar untuk mentafsir mesej yang hendak disampaikan. Setelah itu, kadar kelajuan penyampaian harus sesuai. Sebagai contoh, media pengajaran yang dipilih jika disampaikan dalam kadar kelajuan yang terlalu lambat, murid-murid akan kehilangan tumpuan. Selain itu, penerangan yang sistematik dan mudah diikuti 1penting dalam pemilihan media pengajaran. Seserorang guru harus menentukan tujuan penerbitan bahan audio tersebut dengan memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan berikut. Dari segi video, visual mestilah jelas dan menampakkan butiran yang sesuai. Video yang berkualiti mesti memenuhi keperluan kurikulum dan menyokong PdP supaya dapat merangsang pemikiran murid. Hal ini secara langsung dapat menimbulkan rasa ingin tahu seseorang murid. Pemilihan video sebagai media pengajaran juga mesti memenuhi aspek grafik, kualiti audio yang jelas dan olahan yang sempurna. Hal ini disebabkan, turutan yang logikal, sistematik supaya penonton mudah memahaminya. Pemilihan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan dapat dinilai melalui penglibatan murid. Ini jelas dinampak apabila murid-murid memberikan maklum balas semerta. Selain itu, media pengajaran yang berkesan juga memastikan murid dapat mengawal kelajuan pelak sanaan aktiviti dengan fleksible. Pemilihan media pengajaran yang baik haruslah mengandungi semua elemen multimedia seperti teks, video, interaktiviti dan sebagainya. Guru harus menilai semula media pengajaran dengan memastikan ia berorientasikan tugas atau penyelesaian masalah. Guru memerlukan peralatan yang



mudah didapati untuk menyokong proses penggunaan. Media penganjaran perlu disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Contohnya, media pengajaran yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid. Akhir sekali, guru harus menilai pencapaian murid selepas menggunakan media pengajaran tersebut.