Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Chong Chia Kok ; Tan Zhi Ching ; Terry Thor Yi Ying Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak Definisi 1. Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh. 2. Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. Aspek Jasmani



Pertumbuhan



Perkembangan



Pertumbuhan saiz, berat, gigi



Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat



Mental



Bertambah keupayaan berfikir temasukBerkembangnya kemahiran perkara yang subjektif. menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis



Emosi



Perasaan seronok, gembira, sedih, takut Kemahiran mengawal dalam situasi tertentu



Sosial



Meluaskan perhubungan, komunikasi,Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan bergaul dengan orang lain diri dalam pergaulan Boleh dilihat perubahan; capai Sukar dilihat; berterusan dari lahir kemuncak apabila tiba kematangan; sehingga ke akhir hayat; perubahan perubahan tingkah laku fizikal; boleh pemikiran; tidak boleh diukur diukur mengikut peringkat atau masa. perubahannya.



Umum



perasaan



KONSEP PERTUMBUHAN Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa; D.S Wright &Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani; saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain) Secara keseluruhannya, pertumbuhan merupakan perubahan yang bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang. ). Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat- peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. (measurement of human physical variation) CIRI-CIRI PERTUMBUHAN 1. Suatu ketuhan dan fenomena pertumbuhan serta sempurna. 2.Perubahan dapat diukur dan diteliti dengan jelas. 3.Pertumbuhan mengikut kematangan seseorang. 4. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman. 5.Struktur mendahului fungsi: struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan. 6. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.



KONSEP PERKEMBANGAN Crow &Crow : Perubahan secara kualitif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D. S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat. Charls Darwin : Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama. Secara keseluruhannya, perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dan lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapau kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya sengan membuat perbandingan sebelumnya. Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS ). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. 1.Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. 2. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. 3.Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu. 4.Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat. 5.Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan. 6. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran. 7. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran