Permainan Tradisional Terkini [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Abdul Rahman Arshad, Pelita Bahasa, Mei 2009) Latihan Pengukuhan 4. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah permainan tradisional dan langkah-langkah mempopularkan permainan tradisional. Panjang rumusan hendahlah tidak melebihi 120 patah perkataan. Di negara kita, terdapat pelbagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai suku kaum. Antara yang paling popular termasuklah wau, batu seremban, congkak, gasing, konda-kondi, dan banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan sama ada oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Permainan tradisional juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif, pantas, dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik dan sahsiah yang baik. Selain itu, permainan tradisional juga menjadi kegiatan riadah untuk mengisi masa senggang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan mampu mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Bagi permainan yang lebih besar seperti gasing, wau, dan sebagainya, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung yang berdekatan sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton. Kaedah permainan yang dimainkan secara berpasukan pula secara langsung dapat menanam sikap dan nilai kerjasama. Tanpa kerjasama ahli kumpulan, permainan tidak dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan. Kekuatan sesebuah pasukan bukan sahaja memerlukan kerjasama, malahan bergantung pada ciri kepimpinan dan kepatuhan pengikutnya terhadap arahan ketua serta peraturannya. Setiap permainan juga menuntut pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi dan teknik yang bagus, sudah pasti permainan menjadi hambar. Tidak ada pihak yang bermain sekadar untuk menjadi pihak yang kalah. Alat yang digunakan juga sungguh mudah dan boleh didapati di sekeliling kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam, dan sebagainya. Pendek kata, kita tidak perlu membeli apa-apa peralatan dan tidak melibatkan gelanggang, berbeza dengan permainan moden yang memerlukan gelanggang atau padang. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memainkannya dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Permainan tradisional juga boleh dimainkan di mana-mana dan pada bila-bila masa sama ada di luar atau di dalam rumah. Sebagai permainan yang lahir daripada masyarakat, maka permainan tradisional menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja dan Permainan Tradisional” oleh Hanapi Dollah, Dewan Siswa, September 2009



PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang dicipta olehmasyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada permainan budaya yangsudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainantradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat dan seterusnya diwarisi dari satu generasikepada generasi berikutnya.Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut dimainkan olehkanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannyadimainkan secara berkumpulan.Ini disebabkan sifat masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat berkumpulan dalammasyara katnya.Ada juga permainan tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan.Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti permainan inisebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan atau majlis-



majlistertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim menuai padi.Umumnya jugamasyarakat tradisional menjalankan permainan ini pada zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili ole hmasyarakat tertentu pada ketika itu.Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapatmembangkitkan semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah iasudah menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemainpemainnyamenggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan itu! Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan olehgolongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan lasak yangdianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi selaindaripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan yang digarapkan oleh duniaantarabangsa.Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah ketinggalan arus zaman. Perkaraini menyebabkan generasi muda tidak lagi berminat dan kian melupakan cara atau kaedahsesuatu permainan tradisional dimainkan Saturday, December 8, 2012



Permainan Tradisional Definisi  Permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi masa senggang.  Merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu berhibur kerana pada masa tersebut tiada media elektronik yang boleh menghiburkan mereka.  Terdiri daripada gasing, wau, dam haji, galah panjang, ketingting bulu ayam, tarik upih, konda kondi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.



Kegilaan terhadap permainan yang menggunakan teknologi moden menyebabkan permainan tradisional terus terpinggir. Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja haruslah dikikis. Kecanggihan permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja. Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan. Warisan nenek moyang ini akan luyput ditelan zaman jika tiada usaha untuk menggemilangkan kembali tradisinya. Tiada lagi deraian ketawa jiran tetangga dan rakan taulan yang mengiringi setiap langkah permainan seperti gasing dan wau. Jangan kita biarkan nostalgia nenek moyang hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang dikuburkan sendiri oleh cucu-cicitnya yang tidak tahu menghargai warisan bangsa. Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti „enaun dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing‟ menyebabkan permainan tradisional ini hanya tinggal dalam buku-buku dan majalamajalah sahaja. Sepatutnya generasi pada masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu daripada warisan silam yang perlu dipertahankan. Permainan tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya.



12. 13. 14.



15. 16. 17. 18. 19. 20.



Permainan tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan warisan budaya bangsa Malaysia. Hilang budaya, maka lenyaplah sesuatu bangsa. Sudah tiba masanya langkah-langkah konkrit diambil bagi mempertahankan permainan-permainan tradisional ini. Jika tidak permainan-permainan ini akan lenyap ditelan zaman. Kita tidak harus membiarkan sahaja warisan bangsa dibawa oleh angin lalu kerana sejarah yang berlaku banyak mengajar kita akan erti kehidupan yang sebenar. Justeru, hubungan yang renggang dapat dieratkan dengan adanya permainan tradisional seperti congkak, konda kondi, dan ketinting bulu ayam ini. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi manusia robotik yang hanya tahu menggunakan mesin sahaja tetapi tandus dalam hubungan sosial dengan masyarakat. Kita perlu mewujudkan acuan sendiri dan tidak terikut-ikut dengan budaya hedonisme masyarakat barat. Kita tidak mahu menjejaskan ikatan kemesraan jika hanya tinggal di dalm mahligai indah tanpa bergaul dengan masyarakat sekitar akibat terlalu asyik dengan permainan komputer. Kita tidak harus bersikap dingin terhadap warisan bangsa kita hingga meminggirkan khazanah yang amat berharga dan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negara kita. Janganlah kita menjadikan asakan pengaruh video, televisyen, internet dan pawagam sebagai alasan untuk tidak mempopularkan permainan ini kepada golongan muda. Biar sebagus mana sekalipun permainan moden, permainan tradisional tidak patut sekali-kali dipinggirkan.



Dicatat oleh Cikgu Hasanah di 4:46 AM No comments:



Newer PostsOlder PostsHome Subscribe to: Posts (Atom) About Me



Cikgu Hasanah Guru di SKK SMK Convent,Taiping AJK Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia. Blog Archive  ► 2013 (4)  ▼ 2012 (65) o ▼ December (60)  Kertas 1 Bahagian B - Peranan ibu bapa dalam usaha...  Kertas 1 Bahagian B - Peranan ibu bapa dalam mener...  Kertas 1 Bahagian B - Peranan ibu bapa dalam usaha...  Kertas 1 Bahagian B - Langkah-langkah untuk mencap...  Kertas 1 Bahagian A - Usaha-usaha meningkatkan pen...



 Kertas 1 Bahagian A - Faedah-faedah bersukan kepad...  Kertas 1 Bahagian A - Kepentingan sektor pelancong...  Kertas 1 Bahagian A - Usaha-usaha mengelakkan keja...  Kertas 1 Bahagian A - Usaha-usaha mewujudkan perpa...  Kertas 1 Bahagian A - Punca-punca yang membawa kep...  Permainan Tradisional  Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan  Contoh peristiwa-erti sebuah pengorbanan  FRASA-FRASA MENARIK UNTUK KEGUNAAN DALAM PENULISAN...  Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perib...  Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan - Ciri-ciri ...  PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI  Faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang p...  Cara-cara yang berkesan untuk melahirkan insan yan...  Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang  ISU -GENERASI BERWAWASAN  CIRI-CIRI GENERASI BERWAWASAN  PELESTARIAN / PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH  KEPENTINGAN BANGUNAN BERSEJARAH  KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH  ISU - BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA  Sampel Karangan Cemerlang  Kenaikan harga minyak  Peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah...  USAHA –USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANGUSAHA...  Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan  CONTOH KARANGAN SPM: Cara-cara Menangani Kenaikan ...  BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DE...  Perbandingan Tema-Novel PMR  Analisis Soalan  Karangan SPM 2011  ESEI : PERANAN IBU BAPA MENERAPKAN AMALAN MENABUNG...  Amalan berjimat cermat dan menabung.  Perbandingan Novel- Perwatakan Watak Utama-PMR  Peranan Remaja Untuk Menjayakan Gagasan 1 Malaysia...  1 MALAYSIA:TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA  1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA  Gejala Vandalisme  Karangan Bahan Rangsangan (PMR)-Jiran  Karangan Bahan Rangsangan(PMR)- cara-cara menjaga ...  Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya  Karangan Bergambar-Teknik-Teknik Berkesan Mendidik...  Karangan SPM-Soalan B  Balada Pesan Guru-Khusus untuk Anak-Anak Didik di ...  Semangat Kejiranan Semakin Pudar  Semangat Kejiranan Semakin Pudar



 Taiping Bandar Warisan  Latihan Tatabahasa PMR  Latihan Tatabahasa PMR  Taiping Bandar Warisan  Amalan Nilai Murni Asas Kepada Masyarakat Berakhla...  Karangan SPM-Soalan B  Erti Sebuah Pengorbanan-Persoalan Kegigihan  I Think  Bab Demi Bab-Novel Hikmah o ► February (2) o ► January (3)  ► 2011 (50)



Hak Cipta Terpelihara Hasanah Shahidan 2013. Powered by Blogger.



Permainan Guli Guli atau kelereng termasuk permainan rakyat yang digemari oleh anak-anak untuk mengisi waktu senggang pada pagi atau sore hari, biasanya di tempat-tempat teduh. Guli biasanya dimainkan ketika musim panas/kemarau, karena membutuhkan lubang yang digali di tanah kering. Bila tanah agak becek, maka permainan guli ini tidak mengasyikkan, karena buah guli akan lengket. Pada zaman dulu, guli dibuat dari potongan-potongan kayu yang dibulatkan dengan ukuran sebesar telur ayam, atau dari kulit kima, yakni sejenis karang besar yang terdapat di dasar laut



atau di tebing-tebing karang. Dengan perubahan zaman, terutama setelah Perang Dunia Pertama, guli kemudian dibuat dari bahan kapur yang diaduk dengan semen, ukurannya sebesar ibu jari kaki. Akhir-akhir ini, guli dibuat dari bahan kaca dengan ukuran yang beragam, dari ukuran jari kelingking hingga ibu jari kaki. 1. Pemain Permainan guli dikelompokkan menjadi dua: main beraje dan main berundung. Main beraje dilakukan secara perorangan atau satu lawan satu, dimainkan oleh anak laki-laki atau anak perempuan dengan jumlah pemain antara 2-5 orang yang berumur antara 6-12 tahun. Sedangkan main berundung adalah permainan yang terdiri dari dua regu, masing-masing regu terdiri dari 2-4 orang, dimainkan oleh anak laki-laki, anak perempuan atau campuran keduanya. 2. Tempat dan peralatan permainan Guli dimainkan di arena yang berukuran 5 x 2 m. Di arena tersebut dibuat tiga buah lubang: lubang I disebut lubang raja atau lubang induk yang berdiameter 15 cm; lubang II disebut lubang tengah dan lubang III disebut lubang bawah, masing-masing berdiameter 10 cm. Jarak antara satu lubang ke lubang lain antara 2,88 m-4,80 m. Selain itu, ada pula istilah garis kandang yang terletak antara lubang raja dan lubang tengah. Pusat lingkarannya terletak pada lubang raja, dari lubang tersebut garis lingkaran ditarik hingga ke lubang tengah. Untuk lebih jelas, di bawah ini digambarkan denah permainan guli dengan beberapa keperluan terkait.



Denah arena permainan guli Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini adalah beberapa buah guli sesuai dengan jumlah pemain. 3. Proses permainan Oleh karena permainan ini terdiri dari dua jenis, maka proses permainannya juga terdiri dari dua cara pula, yaitu:







Proses main beraje.



Dalam permainan ini, ada istilah pemain I, II dan III. Urutan ini diperoleh dari pengundian yang dilakukan dengan cara menggelindingkan guli dari lubang raja ke lubang bawah. Guli pemain yang paling dekat dengan lubang bawah menjadi pemain pertama yang akan



melakukan setikan (jentikan), disusul oleh guli pemain kedua, ketiga dan seterusnya. Selanjutnya, pemain tersebut menyetikkan gulinya dari lubang raja ke lubang tengah. Jika masuk, maka ia ambek raje dengan cara menggelindingkan gulinya ke lubang raje. Jika tidak masuk, maka giliran pemain kedua yang akan menggelindingkan gulinya dengan dua pilihan: memasukkan gulinya ke lubang tengah atau memangkah guli pemain pertama agar jauh dari lubang tengah, dan kemudian memasukkan gulinya ke lubang tengah tersebut. Apabila pemain kedua ini tidak dapat memasukkan gulinya ke lubang tengah, maka giliran pemain ketiga yang akan memasukkan gulinya seperti yang dilakukan oleh pemain sebelumnya. Jika pemain kedua, ketiga dan seterusnya abus dan tidak dapat memasukkan gulinya ke lubang tengah, maka pemain pertama yang mendapat giliran melanjutkan permainan. Pemain pertama ini boleh memangkah guli lawannya dengan cara kusen atau sekuru agar guli-guli lawannya jauh dari lubang yang dituju, sehingga dapat dengan mudah melanjutkan permainannya. Bila pemain pertama dapat memasukkan gulinya ke lubang tengah dan lubang bawah, maka ia berusaha lagi memasukkan gulinya ke lubang tengah sebagai bentuk nurun. Jika gagal, maka permainan dilanjutkan oleh pemain kedua, dan seterusnya. Namun, bila berhasil, maka ia dinyatakan sebagai pemenang dan memiliki hak untuk menghalau guli-guli lawannya yang ingin masuk ke garis kandang atau kandang raja. Sementara pemain kedua, ketiga dan seterusnya dinyatakan sebagai pemain yang kalah atau lenget. Sebagai sanksinya, pemainpemain yang kalah menyerahkan mata kaki bagian luar atau dalam untuk dipangkah dengan guli sang pemenang. Setelah itu, permainan dilanjutkan dengan mamasuki babak kedua dengan proses permainan yang sama.







Proses main berundung



Proses main berundung tidak berbeda jauh dengan main beraje, hanya dalam main berundung para pemainnya dibentuk per regu, misalnya regu A dan regu B, dan perlu adanya kerjasama yang baik antara anggota kelompok tersebut. Selain itu, dalam main berundung terdapat pembagian kerja antara satu anggota dengan yang lain. Misalnya, jika salah satu dari regu A gagal melanjutkan permainan, maka anggota lainnya akan meneruskan permainan tersebut. Tetapi, jika semuanya gagal, maka permainan dibawakan oleh regu B dengan cara berbagi tugas. Pemain pertama menghalau guli-guli yang dekat dengan lubang tengah, pemain kedua mengambil lubang tengah, kemudian lubang bawah, dan begitulah seterusnya. Dari uraian tersebut, jelaslah bahwa perbedaan yang mencolok antara main beraje dengan main berundung ini terletak pada kerjasama antara masing-masing anggota dalam kelompok tersebut. Regu yang terlebih dahulu menguasai lubang tengah dan menjadi raja dinyatakan sebagai pemenang, sebaliknya regu yang tidak bisa menguasai lubang tengah dinyatakan sebagai pihak yang kalah. Sebagai sanksinya, mereka menyerahkan mata kaki untuk dipangkah oleh regu yang menang. Inilah akhir dari permainan guli jenis main berundung ini. 4. Nilai budaya Dalam permainan ini tidak ditemukan perbedaam status sosial, setiap orang boleh memainkannya, dari anak para nelayan, petani, hingga anak pegawai negeri, dan lain-lain. Selain itu, tingkat kekompakan juga menjadi salah satu syarat untuk meraih kemenangan, terutama dalam main berundung. Untuk itu, para pemain harus memiliki rasa solidaritas yang tinggi dengan menafikan sikap individualis dari masing-masing pemain tersebut. Dengan demikian, permainan guli ini dapat dijadikan sebagai perekat nilai-nilai persatuan dalam suatu masyarakat. 5. Beberapa istilah dalam permainan guli di daerah Riau, Indonesia.



                       



Nurun: mengatakan ke lubang bawah atau turun. Tiwas: posisi guli tidak boleh dipindahkan, sekalipun pada tempat yang sangat sulit. Tek kedue: pemangkahan guli lawan, tetapi guli yang lain kena sasaran pangakahannya, maka hal seperti itu dianggap sah. Tek kedue tak kene masuk lubang: jika pemangkahan terhadap guli lawan tidak mengena, lalu guli tersebut masuk ke salah satu lubang, maka hal itu dianggap sah. Alet: memainkan guli lawan dengan pelan. Kincet: pemain yang memainkan guli yang paling akhir. Ambik raje: mengambil lubang raje. Tibah: tak kena. Jonggou: terlalu mendekatkan badan atau tangan ke guli lawan tidak menurut jarak pukul semestinya. Lenget: terlalu banyak menderita kekalahan. Abus: tidak mengenai sasaran. Antok, ngantok: memukul guli dengan cara melepas kedua tangan, tidak dengan cara menyetikkannya dengan dua tangan tersebut. Cungkel: mengeluarkan guli dari lubangnya dengan setikan guli juga. Buku apan: buku tinju tangan kiri atau tangan kanan. Nahan, nunggu: menahan guli untuk disetik. Tibut: tak mengenai menyentik guli lawan yang menahan. Jongkah: langkah kaki Nyap: guli hilang entah kemana. Balui: pertandingan dianggap seri, tidak ada kalah menang. Raje: game atau permainan berakhir. Halau, buang: mengusir guli lawan dari dalam kandang raja. Sekern: mengambil plipis guli lawan. Secan terarah atau kusen. Pucuk: atas



Sumber:



1. Depdikbud, Permainan Rakyat Riau, … ., Pekanbaru, 1984. 2. http://malaysiana.pnm.my 3. http://zamhi34.blogspot.com 4. www.ashtech.com.my 5. www.geocities.com



ainan kecil SUNDAY, 23 SEPTEMBER 2012



PENGENALAN PERMAINAN KECIL PENGENALAN Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.Permainan kecil adalah satu cabang ilmu yang mendedahkan masyarakat mengenai permainanpermainan kecil yang dimainkan di kampung-kampung mahupun bandar-bandar besar.• Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motorhalus.Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari dan lainlain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain.Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan. Permainan kecil juga amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.



OBJEKTIF Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang



tersusun.Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. 3.1 : Bidang Psikomotor



Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding. Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua. Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini. Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan. Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid. Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid. Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan muridmurid. Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.



1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.  Membangunkan kemahiran lokomotor.  Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.  Membangunkan kemahiran pengawalan bola.  Membangunkan kecergasan fizikal. 2. Objektif Pembangunan Kognitif  Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.  Menolong dalam pemahaman peraturan.  Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.  Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.



3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.  Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.  Menggalakkan keadilan.  Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.  Membangunkan semangat kesukanan yang baik.  Membangunkan kualiti kepimpinan.  Membangunkan semangat kerjasama.



Gasing



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Gasing Jepun



Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayusejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. Isi kandungan [sorokkan]







1 Jenis gasing







2 Cara bermain gasing



o



2.1 Melilit tali



o



2.2 Melilit gasing



o



2.3 Memusing gasing



o



2.4 Memangkah gasing



o







2.4.1 Pangkah totok







2.4.2 Pangkah hentak







2.4.3 Pangkah layang







2.4.4 Pangkah tebang



2.5 Mengangkat gasing



Amending our Terms of Use: Please comment on a proposed amendment regarding undisclosed paid editing.



[ Bantulah kami menterjemah! ]



Gasing Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Gasing Jepun



Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayusejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. Isi kandungan [sorokkan]







1 Jenis gasing







2 Cara bermain gasing



o



2.1 Melilit tali



o



2.2 Melilit gasing



o



2.3 Memusing gasing



o



2.4 Memangkah gasing







2.4.1 Pangkah totok







2.4.2 Pangkah hentak







2.4.3 Pangkah layang







2.4.4 Pangkah tebang



o 



2.5 Mengangkat gasing



3 Pautan luar



Jenis gasing[sunting | sunting sumber] 



Gasing toyol







Gasing begelen







Gasing berembang







Gasing buku benang







Gasing jantung







Gasing kelamar







Gasing kepala duri







Gasing kuno







Gasing lang laut







Gasing leper







Gasing leper Kelantan







Gasing pacitan







Gasing pangkah







Gasing piring







Gasing pinang







Gasing tanjung







Gasing telor







Gasing Cina







Gasing Melayu







Gasing uri







Gasing bawang



Cara bermain gasing[sunting | sunting sumber] Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.



Melilit tali[sunting | sunting sumber] Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul



hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri. Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.



Melilit gasing[sunting | sunting sumber] Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.



Memusing gasing[sunting | sunting sumber] Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.



Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.



Memangkah gasing[sunting | sunting sumber] Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.



Pangkah totok[sunting | sunting sumber] Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.



Pangkah hentak[sunting | sunting sumber] Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.



Pangkah layang[sunting | sunting sumber] Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.



Pangkah tebang[sunting | sunting sumber]



Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.



Mengangkat gasing[sunting | sunting sumber] Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan



o