Pernyataan Profesional Praktikum [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pernyataan Profesional Praktikum. A. SEBELUM PRAKTIKUM Pada 8 Februari 2021, Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan taklimat pertama berkaitan dengan praktikum untuk memberikan penerangan secara menyeluruh mengenai perkara – perkara yang perlu diambil perhatian oleh siswa – siswi pendidik serta perkara – perkara yang perlu dibuat sepanjang tempoh praktikum dijalankan. Bagi praktikum fasa 1 ini, saya akan menjalankan praktikum ini bersama – sama dengan kawan sekelas saya Amutha A/P Thanabalan yang mengambil subjek elektif teras yang sama seperti saya iaitu Pendidikan Jasmani. Manakala bagi subjek major teras pula, kedua – dua kami mengambil matapelajaran Bahasa Tamil. Saya akan melaksanakan praktikum fasa 1 ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit Selarong yang terletak di Padang Serai, Kedah.



Sewaktu taklimat, kami diberi banyak peringatan yang perlu dilakukan sebaik sahaja memulakan sesi praktikum yang akan bermula dari 15 Februari sehingga 18/19 Mei 2021. Antara perkara penting yang sangat ditekankan oleh Unit Praktikum adalah Rancangan Pengajaran Harian. Jika pelajar didapati bahawa menghadiri kelas tanpa RPH maka tindakan yang setimbal akan diambil oleh pihak pentadbir terhadap pelajar tersebut. Selain itu, kami juga diberi peringkatan agar memastikan jadual waktu kami tidak memberi sebarang masalah kepada pensyarah bimbingan untuk datang membuat penyeliaan untuk kami.Kami turut diingatkan untuk memastikan pensyarah bimbingan dapat membuat penyeliaan pada hari yang sama di satu sekolah terhadap pelajar – pelajar yang ditempatkan disitu. Pensyarah bimbingan untuk subjek major bagi saya dan teman saya ialah Datin Allimaalai a/p Subramaniam. Manakala, bagi subjek elektif teras pula Dr. Rohaya binti ahmad diberi tanggungjawab untuk menjadi pensyarah bimbingan untuk saya. Selain itu, kami juga diberi taklimat mengenai pengajaran abad ke-21 kerana kami merupakan batch pertama yang akan menjalan sesi praktikum secara pdpr. Oleh itu, kami diberi pendedahan yang mendalam mengenai cara – cara pengajaran yang boleh digunakan semasa pdpr. Namun, kami juga diingatkan bahawa sekolah – sekolah mungkin akan dibuka pada awal bulan Mac maka kami perlu membuat persediaan untuk menjalankan praktikum secara bersemuka juga. Seterusnya, pensyarah pengajian tamil Encik. Manimaran a/l Govindasamy juga turut memberi taklimat mengenai aspek – aspek yang perlu disertakan dalam RPH kami kelak.



Segala ilmu yang diperolehi melalui taklimat praktikum serta



taklimat pembelajaran abad ke-21 ini akan digunakan oleh saya sewaktu sesi praktikum.