Revolusi Industri 4 - 0 PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Industri 4.0 / IR 4.0 / Revolusi Perindustrian Keempat/ The Fourth Industrial Revolution November 06, 2017



REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0 Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof Penolong Pengarah Pusat Bank Data Negara dan Inovasi ICU JPM



PENGENALAN Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.



SEJARAH Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Sejarah revolusi bermula pada 1800 (1760-1830), Industri 1.0 adalah mengenai kuasa wap untuk digunakan dalam kilangkilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah steam engine yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jenterajentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian. Manakala



Industri



2.0



pada



tahun



1900



(sekitar



1870-1914)



pula



menggunakan kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana pada hari ini. Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.



Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.



Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.



Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh. Ini menyebabkan



dunia pada masa hadaapan akan dipenuhi dengan fenomena-fenomena baharu seperti seperti autonomous car, quantum computing dan artificial intelligence.



Klaus



Schwab, menerusi bukunya



The



Fourth



Industrial



Revolution



menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0 yang merangkumi simulasi dan realiti maya,



integrasi



sistem



menegak



dan



melintang,



industri Internet



of



Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.



RANGKA KERJA STRATEGIK Rangka kerja strategik yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghadapi gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) memandangkan ianya akan menambahkan jumlah pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang. Industri 4.0 yang didorong oleh revolusi digital atau internet melalui aplikasi sistem siber fizikal yang bukan hanya tertumpu pada sektor pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan. Revolusi ini merupakan kesinambungan daripada revolusi perindustrian ketiga yang berteraskan sistem elektronik dan



teknologi maklumat. Trend revolusi keempat bermula daripada negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat yang kini berkembang kepada negara-negara seperti China, Korea Selatan dan Singapura.



Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan



kemajuan



dalam



bidang autonomous



robots,



big



data,



augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.



INISIATIF BERHUBUNG INDUSTRI 4.0



Kerajaan telah mengadakan beberapa inisiatif berhubung Industri 4.0 termasuk :



Pertama : mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi internet Malaysia. Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah 17.8% pada 2015 dah hampir merealisasikan sasaran 18.2% yang ditetapkan untuk tahun 2020. Sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan di dalam Bajet 2017 bagi berbagai program seperti eko sistem e-dagang, digital maker movement serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai hub digital Malaysia.



Kedua : penubuhan digital free trade zone yang pertama di dunia yang diterajui oleh MDEC yang menggabungkan zon fizikal dan maya dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet. Digital free trade zone ini dilancarkan hari Rabu, 22 Mac 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersama kehadiran Jack Ma dari Ali Baba.com.



Ketiga : merangkan pelan hala tuju strategik kebangsaan tentang internet of things yang diterajui oleh MIMOS. Pelan ini diunjur menjana sejumlah RM9.5 bilion kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020 serta menyediakan 14,270 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Melalui pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh MITI, lebih banyak syarikat pengeluar peralatan



bagi penggunaan internet dan sensor dijangka melabur di negara ini untuk mewujudkan ekosistem serba kondusif bagi industri IOT.



PROGRAM OUT REACH Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan agensi juga telah



mengadakan



program out



reach kepada



pihak-pihak



yang



berkepentingan di dalam Industri 4.0. Antaranya:







Persidangan pembangunan dan peluang rantaian bekalan antara syarikat multinasional dan pengusaha kecil dan sederhana pada 15 Disember 2016.







Seminar pengeluaran pintar dan teknologi automasi pada 12 Januari 2017 oleh MIDA.







Seminar berhubung peluang perniagaan dan pengeluaran pintar pada 21 Februari 2017 juga oleh MIDA







Bekerjasama dengan institusi pendidikan dan teknikal serta industri bagi pembangunan bakat dan bidang teknologi baru, digital dan kejuruteraan bagi menyediakan graduan tersedia untuk pasaran kerja dalam pengeluaran pintar. Sebagai contoh Malaysia memerlukan 2 ribu saintis data, data scientist menjelang 2020 ; dan







Memberi tumpuan kepada PKS bagi menerima pakai proses pengeluaran pintar. Ianya penting untuk membangunkan PKS yang berdaya tahan dan mampan ke arah mencapai pertumbuhan inklusif dan seimbang.



MITI dalam merangka polisi nasional dan pelan tindakan menyeluruh bagi Industri 4.0 dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memanfaatkan sumber sedia ada. Polisi nasional berkenaan dijangka akan diumumkan pada akhir tahun 2017 dan diharapkan ia menjadi salah satu pemangkin untuk memastikan jumlah pendapatan negara mencapai RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun akan datang.



Kita harus bertindak dengan cara komprehensif, melibatkan semua pihak seluruh dunia, dari sektor awam dan swasta kepada akademik serta masyarakat keseluruhannya. Pada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) ini, ramai pakar melihat tugas hakiki manusia akan digantikan oleh tenaga robotik, jutaan manusia hilang kerja terutamanya di sektor pengilangan. Justeru itu, semua pihak perlu bersedia dengan reskill supaya pekerja-pekerja ini terus memberi sumbangan. Berdasarkan sejarah, Malaysia dan negara-negara Asean sebelum ini bersandarkan kepada pekerja berkemahiran



rendah



dan



murah



sebagai



tarikan



pasaran



mereka.



Menyebabkan Asean terdedah kepada pengangguran jika segalanya bertukar kepada automatik pada revolusi perindustrian keempat.



UPGRADING AND UP SKILLING TENAGA-TENAGA KERJA Program-program



yang



dirancangkan



untuk



meningkatkan



lagi



atau upgrading and up skilling tenaga-tenaga kerja sekarang dalam jangka pendek ini. Langkah-langkah dari segi penyediaan graduan untuk ke arah menyediakan tengaa kerja dalam masa jangka pendek. Usaha-usaha yang dilaksanakan secara blue ocean dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pendidikan juga Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan berlaku penyelarasan terhadap keperluan ini. Antaranya melahirkan data scientist agar kita akan ketinggalan dari segi Industri 4.0 ini.



PRESTASI KEJAYAAN Prestasi ini boleh diukur dengan kejayaan-kejayaan yang wujud dalam negara kita. Pelaburan pihak-pihak syarikat di luar menganggap Malaysia sebagai salah satu pusat, ada angka dan kajian mengatakan yang terbaik dalam dunia dari segi pelaburan. Malaysia menyediakan segala prasarana yang mencukupi, prasarana moden yang mencukupi dari segi sistem jalan raya dan juga misalnya national broadband penetration rate yang dikeluarkan data oleh



KKMM pada Jun 2016 ialah 77.3%. Ini juga menunjukkan bagaimana prestasi persiapan kita untuk menghadapi Industri 4.0.



Untuk memudahkan memahami apakah maksud Industri 4.0 ini. Dalam bahasa yang mudah ia dipanggil sebagai smart factory atau kilang pintar. Bagi mewujudkan kilang pintar, kita perlu ada bangunan pintar, kita perlu ada logistik pintar, kita perlu ada pejabat pintar dan tentunya kita perlu ada modal insan yang pintar untuk ke arah itu.



KILANG PINTAR (SMART FACTORY) Kilang-kilang boleh menjadi lebih pintar menerusi aplikasi alat yang digunakan bagi inisiatif Industri 4.0 dan Internet of Things (IOT). Kilang-kilang pintar akan meningkatkan produktiviti kakitangan, menambahbaik pengurusan tenaga, menganalisa prediktif penyelenggaraan, melaksanakan semakan inventori, mengkaji



untuk



meminimakan



masa



ketergendalaan



dan



melaksanakan integrated remote operation. Fenomena IOT ini merupakan gelombang internet seterusnya yang berpotensi untuk memberi kesan positif kepada hampir setiap industri daripada pertanian kepada penjagaan kesihatan, serta melibatkan komuniti perniagaan dan masyarakat umum.



Kilang-kilang pintar akan menjadi lebih responsive terhadap permintaan pengguna dan beroperasi dalam keadaan yang lebih kos berkesan dengan memanfaatkan pemusatan teknologi seperti big data analysis, cloud solutions, embedded system, mobiliti dan kesalinghubungan rangkaian. Sedang industri mencapai kemajuan dalam membangunkan dan memanfaatkan perkilangan pintar, beberapa cabaran yang melibatkan peraturan/pematuhan, kesediaan infrastruktur dan keperluan keselamatan siber perlu ditangani untuk memudahkan pemerolehan kompetensi, kapasiti dan peluang pasaran baharu di kalangan pemain industri di Malaysia agar kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dalam IOT dapat dicapai.



MENUJU TN50



Menjengah masa depan, ke arah Revolusi Perindustrian Keempat dan Ekonomi Digital Menuju TN50, dunia kini berada dalam transisi, yang bakal menyaksikan massive structural change dan membawa bersamanya teknologi yang



bersifat disruptif dan breakthrough;



Daripada



robotik



dan artificial



intelligence kepada teknologi nano; daripada the Internet of Things kepada analitik kesihatan, yang membawa satu quantum leap kepada kehidupan kita. Ketika itu, negara bakal menikmati kebestarian kehidupan, merangkumi



pelbagai bidang seperti smart energy, smart mobility, smart healthcare, smart infrastructure, smart governance and smart citizens.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Beliau berkata Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad. Sambil memberikan contoh di China, beliau berkata seseorang itu boleh menggunakan telefon pintar untuk membeli apa sahaja dengan lebih mudah dan selesa sama ada di bazar atau secara dalam talian seperti Amazon. Beliau menggambarkan inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan. Inilah perubahan yang akan menimbulkan gangguan yang kita harus pastikan rakyat



bersedia



menghadapinya.



PERKHIDMATAN AWAM Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi respon segera kepada pelbagai teknologi yang mengkacauganggu, atau bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar lagi multi-dimensional serta



kombinasi top-down dan bottom-up, inside-



out serta outside-in, khususnya dalam penggubalan dasar, regulasi baharu



yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan, pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar.



SISTEM PENDIDIKAN TINGGI Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar di universiti mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti hendaklah berkemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang sukan.



Sebagai persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu mempertimbangkan tindakan berikut.



·



Tajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks



Sembilan teras Industri 4.0 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu kompleks. Apakah itu masalah yang kompleks? Masalah yang kompleks diukur menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan



pengetahuan diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian. Justeru itu, jelaslah siswa tidak lagi terikat dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik.



·



Kemaskan kemahiran komunikasi lisan, bertulis



Dengan IoT sebagai nadi, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan bertulis adalah kritikal. Suatu masa dahulu, mesyuarat bersemuka, tetapi hari ini diskusi kita di mana-mana. Banyak konflik akibat komunikasi, andai aspek bahasa dan seni komunikasi tidak diteliti. Dengan salah faham, terencatlah kerja berpasukan, kepemimpinan dan proses penyelesaian masalah. Maka, menjunamlah produktiviti organisasi, soal kualiti dan kuantiti. Selain



teknologi,



ketidakupayaan



berkomunikasi



dengan



berkesan



menggunakan bahasa Inggeris tidak lagi boleh dijadikan sempadan. Dengan lebih banyak kompetensi bahasa dimiliki, pelajar akan berdiri megah di arena globalisasi.



·



Kukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan



Penyelesaian masalah kompleks merentasi disiplin secara tuntas memerlukan kerjasama berpasukan cemerlang, sebagai ketua dan ahli pasukan yang berkesan.



Selain



pengetahuan



teknikal,



karisma



dan



kepemimpinan



berinovasi adalah resipi kejayaan kerja berpasukan. Memimpin dan menjadi ahli pasukan yang baik memerlukan ilmu dan kemahiran. Di universiti, pelbagai peluang ditawarkan misalnya menerusi projek berkumpulan, selain kegiatan di kolej kediaman dan badan beruniform yang semuanya adalah peluang seluas lautan.



·



Kayakan diri dengan kepintaran emosi



Untuk Industri 4.0, bijak sahaja tidak memadai. Pekerja cemerlang bukan sahaja perlu mahir tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya. Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional. Bertegas tidak semestinya bermaksud seorang ketua perlu membaling fail, tidaklah juga bermaksud seorang ketua sunyi kata-kata apabila anak buah bermasalah.



·



Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif



Peluang pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0 menekankan misalnya aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani ambil risiko.



Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 berkata, sistem pendidikan tinggi di seluruh negara juga akan mengalami perubahan hasil revolusi Industri 4.0. Malaysia memerlukan institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital. Pengetahuan yang ada pada kita hari ini hanya menyumbang satu peratus sahaja menjelang 30 tahun akan datang dan ketika itu pasaran kerja akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.



Dalam seminar itu, Marmolejo turut memuji Malaysia selaku negara pertama merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Selain menyifatkan inisiatif Malaysia sebagai satu langkah ke hadapan, beliau menyifatkan pelan pembangunan pendidikan tinggi yang merangkumi 10 lonjakan itu sebagai



rangka kerja naratif sangat baik bukan sahaja untuk masa depan tetapi hari ini.



MANFAAT KEPADA SEKTOR KOMODITI



Industri 4.0 adalah peluang untuk Malaysia membangunkan industri perladangan dan komoditi seperti minyak sawit, getah, kayu, koko atau lada. Sebenarnya, ia boleh digunakan secara meluas dan lebih daripada jangkaan kita. Sebagai contoh, minyak sawit dengan penderiaan yang digunakan bersama sistem melalui rangkaian komunikasi komputer, kita boleh mengesan produktiviti setiap pokok, bukan setakat setiap plot atau sebuah estet. Selain itu, ia boleh mengetahui tahap tekanan bagi setiap pohon sawit yang disebabkan cuaca kering atau hujan yang berpanjangan serta tindakan diperlukan seperti pengairan, pembajaan dan penggunaan racun perosak. Ini akan memberi kesan langsung kepada hasil buah tandan segar (FFB).



Apabila merujuk kepada penuaian dan pemindahan, dengan mempunyai mesin bersepadu yang boleh mengenal pasti secara tepat FFB yang sempurna masak, memotongnya daripada pohon sawit, mengumpul semua tandan tanpa buah gugur dan terus dihantar ke kilang secara autonomi. Ini akan meningkatkan hasil minyak secara dramatik dengan FFB yang



sempurna masak tanpa lebam kerana tidak melalui banyak pengendalian serta kurang kehilangan buah tergugur. Pengurusan ladang yang dijalankan dari pusat kawalan dengan kurang pembabitan manusia secara langsung.



Melalui permintaan semakin meningkat untuk kebolehkesanan, penggunaan Industri 4.0 mungkin dapat membantu pengguna menentukan keaslian minyak sawit yang terkandung dalam sesuatu produk dengan menggunakan pengenalan melalui frekuensi radio (RFID) atau kod visual bagi mengetahui sama ada ramuannya dihasilkan secara mampan. Ia agak realistik untuk melihat penggunaan Industri 4.0 dalam proses pemerahan, penapisan dan oleokimia



serta



pengangkutan



yang



akan



meningkatkan



produktiviti,



keselamatan serta kualiti.



Selain itu, Industri 4.0 juga boleh meringankan cabaran produktiviti dalam industri huluan dan hiliran getah. Sistem Penorehan Getah Automatik (ARTS) yang sedang menjalani percubaan sudah menunjukkan penetapan masa untuk penorehan, pengumpulan dan penggumpalan lateks serta penggunaan perangsang boleh dimekanisasikan, manakala pengumpulan dan penelitian data untuk setiap gram, toreh dan pokok (GTT) boleh membantu mengenal pasti tindakan diperlukan untuk meningkatkan hasil.



Pada masa sama, permintaan terhadap tenaga kerja asing boleh dikurangkan dengan automasi besar-besaran dalam pengeluaran sarung tangan getah, seperti dilakukan salah sebuah pengilang getah terkemuka negara, Hartalega. Automasi ini digunakan dengan jumlah tenaga kerja bagi setiap juta keping pada 2.6 di Pusat Generasi Baharu (NGC) di Sepang, berbanding beberapa kali ganda di kilangnya yang lain yang sedang ditingkatkan keupayaannya. Ini bermakna, terdapat lebih peningkatan produktiviti boleh dicapai dengan penggunaan IoT yang lebih hebat.



·



Memudahkan kerja



Penggunaan sistem penderiaan, komputer dan komunikasi pada kenderaan, dron dan jentera lain boleh dicapai sepenuhnya hari ini. Selain itu, penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan rangkaian mudah alih dengan penghantaran data dan analisis data besar sudah menjadi perkara biasa. Sememangnya penggunaan jentera dan sistem sedemikian untuk tanaman tahunan yang ditanam di dataran jauh lebih mudah berbanding melakukan perkara sama untuk tanaman di kawasan lebih beralun seperti kelapa sawit dan getah. Namun, dengan fokus, kolaborasi dan peruntukan sumber yang tepat, ini tidak mustahil.



·



Cabaran tentukan perubahan



Kenyataannya, cabaran yang kita hadapi hari ini sudah memaksa kita untuk bertindak. Kekurangan tenaga kerja mengakibatkan kehilangan FFB dan hasil pengeluaran minyak. Potensi hasil sudah pun mendatar sementara kita bekerja mencari klon baharu melalui penyelidikan genomik yang dapat menyelesaikan masalah itu. Ditambah dengan tanah yang terhad untuk penanaman baharu dan keperluan mengekalkan perlindungan hutan selaras dengan janji COP 21 kita, satu-satunya pilihan kita adalah dengan meningkatkan produktiviti.



Sebagai permulaan, kita sangat memerlukan peralatan kejuruteraan untuk penuaian, pengumpulan buah dan pemindahan yang tidak terlampau canggih. Kedua-dua jenis ciptaan brownfield dan greenfield sedang dipertimbangkan melalui platform seperti Pertandingan Antarabangsa Kejuruteraan Sawit (ICOPM). Ini akan bertindak sebagai jambatan kepada Industri 4.0 pada masa hadapan. Sebagai sektor yang menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita mempunyai tanggungjawab memastikan kepentingan dan kemampanannya tidak berkurangan.



BAJET 2018



Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi ekonomi termaju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan nilaian ekonomi dan dagangan semasa berkembang RM2 trilion pada 2025 dan menikmati impak manfaat Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) secara ketara menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan berusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia sejajar hala tuju dunia di ambang Industri 4.0 dan era ekonomi digital. Justeru itu sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan Industri 4.0, kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan pengilangan pintar.



Futurise Centre di Cyberjaya juga akan diperkukuhkan sebagai pusat sehenti syarikat korporat dan universiti, untuk membangunkan prototaip produk serta melonjakkan daya inovasi. Kerajaan akan memberi galakan cukai seperti berikut iaitu



Pertama - melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus ke atas kelengkapan automasi dari tahun taksiran 2018 sehingga 2020.



Kedua - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200 peratus untuk sektor pengilangan dan perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan Ketiga



-



Elaun



Modal



bagi



peralatan



ICT



termasuk



perbelanjaan



pembangunan perisian komputer layak dituntut sepenuhnya mulai tahun taksiran 2018 hingga 2020



Selaras dengan Industri 4.0, kerajaan turut mengumumkan geran RM5,000 untuk setiap pemandu teksi bagi membeli kereta baharu. Insentif yang membuktikan kerajaan mendengar rakyat, katanya, adalah untuk semua pemandu teksi berdaftar sedia ada yang berhasrat bertukar ke penggunaan aplikasi e-hailing.



PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI 4.0 MAI-MIDF Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) melancarkan Program Pembangunan Industri 4.0 MAIMIDF bertujuan memacu pertumbuhan keseluruhan rantaian bekalan automotif. Ini termasuk dalam bidang pengilang komponen, pembekal bahanbahan serta rangkaian penjualan dan pengedaran. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama unik itu akan menggabungkan program pembangunan kapasiti pihaknya dengan kebolehan pembiayaan



oleh MIDF untuk menawarkan satu program yang komprehensif. Kerjasama strategik ini adalah penting untuk menyokong komuniti automotif tempatan.



Nota : Penulisan ini adalah sebahagian daripada pembacaan. Sekiranya ia dirujuk, sebarang penambahbaikan, cadangan dan pandangan bolehlah emel kepada [email protected]



Bahan Bacaan & Rujukan



1. TEKS UCAPAN MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-15 (MAPPA XV) http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2017/TEKS_UCAPAN_MAPPAXV.pdf 2.



Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup



https://www.bharian.com.my/node/291781 3.



Celik Industri 4.0



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-1.524994#ixzz4xcy8XWPc 4.



http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-20032017.pdf



5.



Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2015



http://www.mida.gov.my/home/administrator/system_files/modules/photo/uploads/20161007164137_2015_IPR _BM.pdf 6.



TN50 sediakan rakyat hadapi revolusi perindustrian keempat - PM Najib



http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tn50-sediakan-rakyat-hadapi-revolusi-perindustrian-keempat-pmnajib-149593 7.



Revolusi Industri Ke-4: Mampukah Menginsankan Teknologi



http://www.majalahsains.com/revolusi-industri-ke-4-mampukah-menginsankan-teknologi/ 8.



Revolusi Perindustrian 4.0: Bersediakah kita?



http://www.sinarharian.com.my/nasional/revolusi-perindustrian-4-0-bersediakah-kita-1.687864



2. Industri 4.0: Apakah manfaatnya kepada komoditi? https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/330726/industri-40-apakah-manfaatnya-kepada-komoditi 10. Peruntukan revolusi industri 4.0 kembangkan inovasi https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/342693/peruntukan-revolusi-industri-40-kembangkaninovasi 11. Program Pembangunan Industri 4.0 MAI-MIDF diperkenal http://www.utusan.com.my/mobile/bisnes/ekonomi/program-pembangunan-industri-4-0-mai-midf-diperkenal1.539788



REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / IR 4.0 : PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK PEKERJAAN MASA DEPAN December 04, 2017



Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan platform memprofil modal insan dan rangka kerja tindakan untuk pekerjaan masa depan. Dua inisiatif baharu sebagai respons kepada cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terhadap struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja. Modal insan merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, daya saing, serta inovasi. Permintaan persekitaran global kini semakin berubah-ubah dan bagi memastikan kemakmuran berterusan di Malaysia memerlukan pendekatan baharu dalam memanfaatkan semua sumber tenaga kerja dan ke arah menjamin masa depan modal insan. Inisiatif pertama iaitu Nurturing Expert Talent (NEXT), merupakan platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran yang pesat berkembang. NEXT berperanan sebagai penghubung utama antara pendidikan, majikan, dan kebo…



ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ) November 11, 2017



ZON PERDAGANGAN BEBAS DIGITAL / MALAYSIA DIGITAL FREE TRADE ZONE (DFTZ) Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan. DFTZ merupakan platform untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan. Pada 3 November 2017, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Jack Ma, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba merasmikan Zon Dagangan Digital Bebas (DFTZ) yang bakal menyediakan zon fizikal dan digital untuk untuk memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi internet dan aktiviti e-perdagangan merentas sempadan. LOKASI DFTZ DFTZ akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovasi berasaskan Internet dan e-dagan… About Me



Mohd Fairuz Mohd Yusof Visit profile