Ringkasan Novel Andai Itu Takdirnya [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RINGKASAN NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA Oleh Siti Rosmizah



Novel Andai Itu Takdirnya hasil nukilan Siti Rosmizah adalah terbitan Buku Prima. Novel ini setebal 583 muka surat.



Andai Itu Takdirnya mengisahkan tentang penderitaan hidup yang dialami oleh seorang gadis yang bernama Nur Aleya. Setelah menamatkan pengajiannya di luar negara, Nur Aleya telah bekerja di sebuah syarikat milik keluarga seorang jejaka bernama Syed Adam Aizril.



Penderitaan Nur Aleya bermula apabila dia telah ditangkap berkhalwat dengan Syed Adam di rumah Syed Adam pada suatu malam. Aleya sedar bahawa kejadian itu adalah hasil daripada perancangan Faiza. Akibat daripada peristiwa itu, Aleya dan Syed Adam telah berkahwin. Aleya kamudiannya telah dibuang keluarganya sendiri hasil daripada rancangan khianat yang dilakukan oleh Faizal. Sepanjang Aleya menjadi isteri Syed Adam, bermacam-macam penghinaan telah dia terima. Pada suatu malam, Aleya telah meminta agar Syed Adam menceraikannya di hadapan rakan-rakannya. Namun, Aleya telah menerima satu tamparan daripada Syed Adam yang menyebabkannya pengsan. Lebih daripada itu, suaminya yang sah itu telah memperkosanya.



Selepas daripada peristiwa hitam itu, Aleya telah menghilangkan diri dari pandangan keluarga Syed Adam. Aleya telah tinggal bersama sahabatnya, Umairah dan suaminya Iqram. Umairah dan Iqramlah yang banyak membantu Aleya dalam dia membesarkan kandungannya.



Dalam kesaratan mengandungkan anak Syed Adam itu, Aleya bertekad untuk mengambil dokumen peribadinya yang berada di bilik bibik di rumah Syed Adam Aizril. Setelah mendapat izin daripada ibu Syed Adam, maka Aleya pun mengambil dokumennya itu. Apabila melangkah keluar, Aleya terserempak dengan Syed Adam Aizril yang sedang bermesra dengan Sharifah Emilin iaitu gadis yang akan dinikahinya. Sikap panas baran yang ada pada diri Syed Adam Aizril menyebabkan dia memukul dan menghentakkan kepala Aleya yang sarat mengandungkan anaknya tanpa belas kasihan. Ibu Syed Aizril dan Sharifah Emilin melihat sahaja perbuatan Syed Aizril itu tanpa berbuat apa-apa.



Mujurlah Umairah dan Iqram tiba tepat pada waktunya untuk membantu Aleya yang cedera parah akibat sikap panas baran Syed Aizril itu. Aleya telah dimasukkan ke hospital oleh Iqram dan Umairah. Selang beberapa jam kamudian, Aleya selamat



melahirkan anak kembarnya yang diberi nama Dania dan Danish. Danish telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya. Situasi ini menyebabkan Aleya begitu sedih. Aleya merasa bahawa dia telah menjadi balu sebelum waktunya dan anaknya menjadi yatim piatu sebelum waktunya.



Bagi Aleya, dia tiada apa-apa kaitan lagi dengan Syed Aizril sebaik sahaja Syed Adam bernikah dengan Sharifah Emilin. Pada hari pernikahan Syed Aizril, Syed Aizril bersama ibunya telah ditimpa kemalangan. Kemalangan itu telah membuat ibu dan bapa Syed Adam Aizril sedar akan kesalahan mereka terhadap Aleya.



Sekian terima kasih.