Secret Recipe [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja manakala kanak-kanak yang miskin pula terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di Asean, pendidikan pra sekolah bermula selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1900an, pra sekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja manakala di Malaysia perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940an. Sejarah pendidikan awal kanak-kanak bermula pada era 1990an didorong oleh sistem pendidikan British dan hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], TADIKA didefinisikan sebagai sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah iaitu bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih. Manakala Taska, menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], TASKA bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk empat atau lebih orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dalam satu isi rumah untuk dijaga dengan upahnya. Maka tercetuslah idea dan semangat daripada kami ingin mewujudkan “Mutiara Bersinar” berdasarkan konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat ialah taman asuhan kanak-kanak atau taska untuk kanak-kanak yang bawah empat tahun. Peringkat kedua ialah prasekolah atau tadika untuk kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Berkonsepkan modul pengajaran di pusat pendidikan ini adalah bersesuaian dengan Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan modul bahasa, Sains dan Teknologi supaya menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal di umur lima tahun.



1.2 Visi Satu strategi atau perancangan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, yakin diri, berdisiplin dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam mencapai matlamat kehidupan. 1.3 Misi Memberi pendedahan awal untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kehidupan dan memberi pendedahan asas terhadap pendidikan serta ilmu pengetahuan yang diperlukan. 1.4 Objektif Penubuhan  Memastikan perkembangan kognitif dan sosio-emosi kanak-kanak lebih optimum.  Memberi pendidikan kepada kanak-kanak.  Mengasaskan pendidikan sepanjang hayat.  Kurikulum yang disediakan selaras kehendak Kementerian dan penekanan kurikulum tambahan yang lain.



1.5 Maksud dan nama tadika Kami menamakan tadika ini dengan sebutan “Mutiara Bersinar” untuk memberi insprasi awal serta menunjukkan usaha dan matlamat kami iaitu untuk menjadikan pusat pendidikan awal pilihan yang terbaik berdasarkan standard program prasekolah kebangsaan. Maksud setiap perkataan adalah seperti berikut : Mutiara : Mutiara adalah objek bulat dan keras yang dihasilkan oleh tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan barang kosmetik. Mutiara juga dianggap sebagai benda yang bersinar dan bernilai. Ini dapat dikaitkan dengan kanak-kanak yang diibaratkan seperti mutiara, iaitu semakin digilap semakin bersinar. Bersinar : Cahaya yang menerangi ruang kehidupan seseorang. Guru merupakan pembimbing yang setia bagi kanak-kanak untuk mencapai tujuan hidup dan guru jugalah yang menjadi penunjuk arah kepada kanak-kanak. Hasil daripada itu, kami menghasilkan nama tadika ini sebagai “Mutiara Bersinar”.



1.6 Logo Tadika



Gambar/ Logo



Huraian



- Melambangkan kejayaan yang bakal diperolehi oleh seorang murid di masa akan datang.



- Kejayaan dan pencapaian yang diperolehi seorang pelajar adalah bermula dengan ilmu yang diberikan. - Ilmu ibarat api. Semakin dicurahkan dengan minyak, semakin marak apinya. Begitu juga dengan kanak-kanak semakin kita memberi pendedahan dan pendidikan semakin berkembanglah pengetahuannya. - Melambangkan akhlak dan nilai murni.



2.0 BUTIRAN LENGKAP PERMOHON Nama : Nor Suhaida Syafiqah Binti Mohd Nasir Umur : 23 No. Kad Pengenalan : 960713-43-6502 Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pekerjaan Semasa : Pensyarah sementara Pengalaman : 1 tahun



Nama : Nursafirah Binti Adnan Umur : 22 tahun No. Kad Pengenalan : 960410-06-1200 Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pekerjaan Semasa : Pensyarah Sambilan Pengalaman : 2 tahun



Nama : Izzah Izzati binti Roslan Umur : 22 tahun No. Kad Pengenalan : 960708-10-5442 Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pekerjaan Semasa : Pengurus Taska Pengalaman : 1 tahun



Nama : Nurulhusna Najwa Binti Rosmi Umur : 22 No. Kad Pengenalan :960914-06-5432 Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pekerjaan Semasa : Guru Tadika Pengalaman : 2 tahun



3.0 HAK MILIK TADIKA Nama Perniagaan



: MUTIARA BERSINAR



Alamat Perniagaan



: NO.20, JALAN BERSATU 16, TAMAN BERSATU, 48000 SELAYANG, SELANGOR.



Alamat Surat Menyurat



: SAMA SEPERTI DI ATAS



No. Telefon



: 018-3851996



No. Fax



: 03-60926355



Bentuk Perniagaan



: PERKONGSIAN



Kegiatan Utama



: MENERIMA KEMASUKAN KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERUMUR ANTARA EMPAT HINGGA ENAM TAHUN



Tarikh Memulakan Perniagaan : 13 OKTOBER 2018 Tarikh Pendaftaran



: 10 DISEMBER 2016



No. Pendaftaran



: RF1234



Modal Permulaan



: RM35000.00



Modal Pinjaman



: RM50000.00



Nama Bank



: MAYBANK



Jenis Akaun Perniagaan



: PERKONGSIAN



4.0 PENGURUSAN 4.1 Carta Organisasi



Pengurus Adam Bin. Mahmud



Guru Besar Aida



Guru Tadika Izzah



Guru Tadika Najwa



Guru Taska Fira



Pembantu Taska Aminah



4.2 Deskripsi Tugas a. Pengurus/ Guru Besar i) Tanggungjawab utama -Pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. -Mewujudkan hubungan dua hala dengan agensi luar. -Menguruskan kurikulum dan kokurikulum. iii) Tugas-tugas harian -Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan) b. Guru Tadika i) Tanggungjawab utama -Bertanggungajawab dalam pengajaran dan pembelajaran



-Menjadi guru biro -Melaporkan kepada guru kanan tentang masalah pelajar (tingkahlaku/pelajaran) -Menyediakan laporan mengenai perkembangan kanak-kanak kepada ibubapa/ penjaga. iii) Tugas-Tugas Harian -Menyediakan rancangan mengajar harian (RPH). -Merekod kehadiran murid. -Memastikan keselamatan murid terjamin. -Memastikan suasana kelas dalam keadaan bersih dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. c. Pengasuh/Pembantu i) Tanggungjawab utama -Membantu guru didalam kelas -Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. iii) Tanggungjawab harian -Membantu guru mengawasi dan membimbing murid dalam pelajaran -Menyediakan dan menyusun makanan untuk diagihkan kepada pelajar d. Pekerja Am i) Tanggungajawab utama -Membersihkan kawasan tadika -Memastikan peralatan seperti mesin rumput, penyapu dan pencakar dalam keadaan yang baik -Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar atau pengurus



5.0 KURSUS/PROGRAM Mutiara Bersinar menggunakan modul ataupun kurikulum yang mengikut peruntukan dan peraturan yang bersesuaian dengan Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia antara kurikulum terkandung dalam program Mutiara Bersinar adalah: 1.) Bahasa Malaysia 2.) Bahasa Inggeris 3.) Matematik 4.) Sains 5.) Pendidikan Islam dan Moral 6.) Seni kreatif



5.1 Cadangan jadual waktu



Hari/Masa



8.008.30 pagi



Isnin



Selasa Rabu



Khamis



Jumaat



R U T I N P A G I



8.30-9.30 pagi



9.3010.00 pagi



10.0010.30 pagi R



10.30-11.00 pagi



11.00- 12.30 tengahari



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Bahasa Inggeris



Pendidikan Islam dan Moral



Sains



Sains



E



Matematik



Matematik



Bersukan



Seni dan Kreatif



H



Bahasa Melayu



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Bahasa Inggeris



A



Matematik



Sains



Pendidikan Islam dan Moral



Pendidikan Islam dan Moral



T



Seni dan Kreatif



Seni dan Kreatif



5.2 Bilangan Maksima Pelajar Kami menganggarkan pengambilan maksimum murid tadika adalah sebanyak 20 orang, manakala bagi taska pula adalah seramai 15 orang termasuk pelajar transit. 5.3 Bahasa Penghantar Utama/ Kedua Bahasa pengantar utama yang kami menggunakan adalah Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu mempunyai masa depan yang cerah dan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa kedua adalah Bahasa Inggeris kerana Bahasa ini dapat membantu pelajar menguasai penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pembelajaran dan juga semasa berkomunikasi. 5.4 Yuran bulanan dan tahunan (a) Yuran sebulan tadika (seorang) Bil Perkara 1 2



Makan dan minum Peralatan belajar : Buku Alat tulis Abm Fail & buku log



3 4



Bil air dan elektrik Baju



5 6



Upah pekerja Lain-lain Jumlah Jumlah keseluruhan



Kos sehari (RM) 2.00



Kos sebulan (RM) 60.00



Kos setahun (RM)



120.00 (6 subjek) 15.00 15.00 10.00 10.00



2400.00 300.00 300.00 200.00



150.00 (3 helai) 50.00 20.00 300.00



Yuran (20 orang) 1200.00



200.00 3000.00 1000.00 400.00



150.00 450.00



9000.00



(b) Yuran sebulan taska (seorang/transit) Bil 1 2 3 4 5 6



Perkara Makan dan minum Upah pekerja Bil air dan elektrik Upah pekerja am Lain-lain Aktiviti Jumlah



Kos sebulan (RM) 40.00 60.00 20.00 30.00 100.00 100.00 350.00



Yuran (15 orang) 600.00 900.00 300.00 450.00 1500.00 1500.00 5250.00



(c) Jumlah pendapatan sebulan Bil 1 2



Perkara Yuran sebulan tadika Yuran sebulan taska Jumlah kasar



3



Gaji pekerja tadika Gaji pekerja taska Gaji pekerja am Bil elektrik dan air Jumlah Jumlah bersih



Jumlah (sebulan RM) 9000.00 5250.00 14250.00 3000.00 1800.00 450.00 500.00 5750.00 8500.00



6.0 Maklumat lokasi tadika 6.1 Lokasi dan maklumat No. 20, Jalan Bersatu 16, Taman Bersatu, 48000 Selayang, Selangor. 6.2 Jenis bangunan Sebuah bangunan tadika dan taska teres berkembar 6.3 Hak milik tanah Adam bin Mahmud 6.4 Sekatan kepentingan Rumah kediaman 6.5 Syarat nyata tanah Hak milik kekal 6.6 Keluasan 70’ x 80’ kaki



8.0 Butir-butir kemudahan 8.1 Kemudahan yang berkeluasan dilengkapi dengan video player, radio, buku-buku cerita dan buku-buku pengetahuan am. Kemudahan asas: 



2 buah bilik kelas memuatkan 10 orang setiap satu bilik







1 ruang kelas







1 ruang dapur







1 buah bilik taska







1 buah bilik persalinan







1 buah bilik tidur







3 buah bilik air



8.2 Kemudahan-kemudahan lain i.



Semua ruang dilengkapi dengan kipas angina kecuali biik air termasuklah pintu kecemasan dan alat bantuan kebakaran seperti pemadam api.



ii.



Ruang laman luar 



Sebahagian adalah laman berumput dan jalan bertar







Sebuah stor simpanan barang-barangan







Sebuah ruang sudut kebun mini







Sebuah ruang tempat letak kereta







Sebuah ruang membaca dan menunggu







Sebuah ruang taman mini yang dilengkapi dengan alat mainan luaran



9.0 Maklumat premis 9.1 Aspek kemudahan 



Segala kemudahan yang disediakan menepati syarat-syarat pihak berkenaan.



9.2 Keselamatan 



Kami telah menyediakan pintu kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan dan juga alat bantuan keselamatan seperti pemadam api. Kawasan premis kami mempunyai pondok pengawal keselamatan, hanya masyarakat yang menduduki kawasan atau yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.



9.3 Sosial 



Majoriti masyarakat di kawasan ini berbangsa Melayu tetapi terdapat juga penduduk yang berbangsa Cina dan India.