Senarai Ikatan Dan Fungsi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Senarai Ikatan dan fungsi



Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya:



BUKU SILA



Menyambungkan dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan. Mengikat atau mematikan anduh.



BUNGA GETI



Menyambung dua tali yang tidak sama besar. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.



TINDIH KASIH



Menyelamatkan



orang



di



dalam



kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang). Mengikat atau menarik kayu.



LILIT PEMATI BIASA



Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.



SIMPUL MANUK



Mengikat tali pada batang kayu. Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh.



Mengikat khemah pada tiang kayu. Memulakan ikatan pada kayu.



SIMPUL PULIH



Memendekkan tali tanpa memotong. Menguatkan tali pada tempat yang reput dan kendur daripada putus.



SIMPUL HIMPIT



Menyambung dua tali yang putus.



BUNGA GETI BERGANDA



Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat.



IKATAN SERAYA



Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.



IKATAN SERONG



Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.



TINDIH KASIH BERGANDA



Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit.



BELIT LUCUT



Digunakan



untuk



mengikat



bot



atau



binatang. Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.



SIMPUL KERUSI



Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.



SILANG GUNTING



Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.



SILANG TUNGKU



Membuat gejet dan menyambung kayu, khas



bagi



kayu/buluh



mengikat yang



sama



tiga



batang



besar



dan



panjangnya.



LILIT BALAK



Mengikat atau mengheret kayu atau balak.



SIMPUL PASDUL



Untuk membuat tangga. Untuk mencabut kayu pancang yang



terbenam terlalu dalam tanah.



SIMPUL ABAH-ABAH



Untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.



SIMPUL NGAH



Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul



ini



boleh



di



ubah



mengikut



kesesuaian orang itu.



TINDIH KASIH AIR



Untuk



mengelakkan simpul dariapada



mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air.



IKATAN PENGAIL



Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi.



LILIT KACANG



Digunakan



untuk



menganyam



ranting



pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja.



SIMPUL TAPAK KUCING



Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal.



SIMPUL RAGA



Digunakan untuk menghubungkan dua tali.



SIMPUL SERBAN



Digunakan sebagai hiasan.



SIMPUL BUAIAN



Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.



http://pengakapkumpulan61.blogspot.com/2012/03/senarai-ikatan-dan-fungsi.html