Surat Al Kahfi Ayat 1 10 101 110 31 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Surat Al-Kahfi (Ayat 1-10) ‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬ Terjemahan: [Semua] puji [kerana] bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan tidak menjadikan padanya sesuatu penyelewengan.



Terjemahan: [Dia telah menjadikan ia] lurus, untuk memberi amaran kepada azab yang seberatberatnya daripada-Nya dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa mereka beroleh balasan yang baik



Terjemahan: Di mana mereka akan kekal selama-lamanya



Terjemahan: Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mempunyai anak."



Terjemahan: Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.



Terjemahan: Maka janganlah Engkau(wahai Muhammad) membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.



Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada pada perhiasan bumi untuk itu kerana kami hendak menguji mereka [untuk] siapa di antara mereka yang lebih baik amalnya.



Terjemahan: Dan sesungguhnya, Kami akan membuat apa yang ada padanya [ke] tanah tandus.



Terjemahan: Adakah Engkau menyangka(Wahai Muhammad).Bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “ArRaqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?



Terjemahan: (ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau dan berilah kemudahankemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”



Surat Al-Kahfi (Ayat 101-110) ‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬ Terjemahan: (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.



Terjemahan: Maka janganlah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hambahambaKu selain daripada-Ku sebagai sekutu? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir sebagai tempat tetamu.



Terjemahan: Katakanlah [wahai Muhammad], "Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orangorang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?



Terjemahan: [Iaitu] orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. "



Terjemahan: Mereka adalah orang-orang yang kufur dan ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya oleh itu gugurlah amal-amal mereka. Maka akibatnya Kami tidak akan member sebarang timbangan untuk menilai amal mereka,pada hari kiamat kelak.



Terjemahan: Balasan mereka yang sedemikian - Neraka jahanam- untuk apa yang mereka mendustakan dan [kerana] mereka menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.



Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh - mereka akan mempunyai Syurga-syurga Firdaus sebagai penginapan,



Terjemahan: Di mana mereka kekal di dalamnya. (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.



Terjemahan: Katakanlah(Wahai Muhammad), "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimahkalimah Tuhanku. Walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan."



Terjemahan: . Katakanlah(Wahai Muhammad), "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan peertemuan dengan Tuhannya. Hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya "