Surat Mohon Sumbangan-JKKK [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU PUAN HABSAH 09100 BALING KEDAH DARUL AMAN



Tel./Faks.: 04-4704473



KEDAH GEMILANG Rujukan Kami : SKTPH 40/001/11 Jld 2 (02) Tarikh : 15 Februari 2012 Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Encik Sopian bin Isa, Pengerusi JKKKP, Kampung Rambong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Tuan, Memohon Peruntukan Untuk Program Motivasi Murid dan Waris Tahun 6 Adalah dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk. 2. Saya mewakili Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tunku Puan Habsah ingin memohon peruntukan untuk Program Motivasi Murid Tahun 6. 3. Untuk makluman pihak tuan, program ini diadakan dengan tujuan untuk peningkatan pencapaian murid tahun 6 dalam Peperiksaan UPSR nanti. Selain itu, program ini diharap dapat meningkatkan lagi sahsiah dan kepimpinan murid. 4. Kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi kemajuan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah ini. 5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. ’ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ” PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG ” Saya yang menurut perintah, .................................................... ( SALIM BIN SALLEH ) GURU BESAR, SK Tunku Puan Habsah, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.