TAJUK 6 Apresiasi Karya Seni [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



TAJUK 6 : APRESIASI KARYA SENI SINOPSIS Kursus ini membincangkan tentang Apresiasi dan kritikan hasil karya seni yang merangkumi perkara-perkara seperti Analisa hal benda, subjek, unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan, kesan olahan alat dan bahan, ekspresi dan interpretasi. HASIL PEMBELAJARAN



Di akhir topik ini, pelajar dapat : Menghuraikan definisi apresiasi dan kritikan karya seni Membuat apresiasi karya seni



TAJUK 6



APRESIASI KARYA SENI



KANDUNGAN TAJUK 6 : APRESIASI KARYA SENI 6.1



Apresiasi dan kritikan hasil karya seni



6.1.1 Analisa benda subjek dan unsur seni 6.1.2 Analisa prinsip rekaan dan struktur rekaan 6.1.3 Kesan olahan alat dan bahan 6.1.4 Ekspresi dan interpretasi



73



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6.1



PSV2023E



Apresiasi dan kritikan hasil karya seni



Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subjek matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya berkait rapat dengan aspek pemahaman merekai aspek-aspek kognitif. Apresiasi seni membolehkan murid memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsurunsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap: (a) Menggambarkan (description) (b) Menganalisa (analysis) (c) Tafsiran (interpretation) (d) Penilaian (evaluation) (a) Menggambarkan Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan. (b) Menganalisa Menganalisa sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan menghuraikan stail sesuatu karya (c)Tafsiran Mencari makna-makna yan terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjrk, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Mencari kiasan dan persamaan untuk menjelaskan makna tersebut (d) Penilaian Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteri yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertian (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan, dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.



74



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Kraf batik



6.1.1 Analisa benda subjek dan Analisa unsur seni Hal benda adalah subjek matter yang dipilih sebagai motif karya. Pemilihannya mestilah berdasarkan kepada citarasa pelukis, menarik dari segi rupa, warna dan kemahiran pelukis itu sendiri dalam menghasilkannya Unsur seni pula adalahterdiri daripada 6 elemen asas



yang penting dalam penggubahan



sesuatu karya seni visual, iaitu garisan, jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna Menganalisis karya diatas berdasarkan subjek matter dan unsur seni Bagi karya batik diatas, subjek matter yang dipilih adalah gabungan pelbagai rupa flora. Terdapat kepelbagaian hasil garisan pada bahagian daun dan lengkungan yang memaparkan kesan lembut pada bunga. Tona warna pada bunga dan daun telah memberi kesan cahaya dan kelihatan realistik



75



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Catan Permandangan 6.1.2 Analisa prinsip rekaan dan struktur rekaan Prinsip rekaan merupakan kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Ia diperlukan untuk mengolah unsur-unsur seni supaya menjadi suatu gubahan yang menarikdan lebih jelas terhadap suatu hasil karya seni. Dengan adanya prinsip-prinsip ini, dapat memberi kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni. Prinsip rekaan adalah terdiri daripada kesan harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan, pelbagaian. Menganalisis Karya diatas berdasarkan prinsip rekaan. Lukisan permandangan diatas menggunakan warna oren bagi memberi kesan kontra pada matahari dan bumi. Kepelbagaian saiz dan rupa pada batang pokok pula dapat memaparkan pergerakan yang menjadikan lukisan tersebut lebih realistik. Bayangan manusia menaiki perahu dan matahari senja memberi kesan penegasan yang dapat mengimbangi keseluruhan lukisan tersebut.



76



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



menggambar teknik mozek



6.1.3 Kesan olahan alat dan bahan Pemilihan alat dan bahan perlu merujuk kepada kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang ingin digunakan. Kebolehan menggunakan alat dan bahan dianggap sangat penting kerana ia berkaitan dengan keberkesanan hasil karya. oleh itu, guru perlu merancang terlebih dahulu tema yang dingin dijalankan agar alat dan bahan dapat disediakan dan murid boleh menggunakannya tanpa mengalami kesukaran mahupun kecederaan. Membuat apresiasi karya diatas berdasarkan olahan alat dan bahan Merujuk kepada karya diatas, murid telah mahir menggunakan alat pemotong gunting dengan baik kerana kesan kertas segi empat yang dipotong tidak bergerigi dan sengat. Murid telah memilih kertas warna yang sesuai untuk tema hidupan laut dimana kertas warna berwarna biru digunakan untuk menampal bahagian air laut, manakala kertas warna kuning dan oren digunkan untuk menampal dasr laut dan ikan. Penggunaan kertas warna yang nipis telah memudahkan kertas warna segi empat ditampal dengan kemas dan mudah.



77



PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PSV2023E



Menggambar menggunakan teknik catan dan kolaj 6.1.5 Ekspresi dan interpretasi Ekspresi merupakan pengungkapan atau proses menyatakan maksud, perasaan dan sebagainya. Ekspresi sesorang itu boleh digambarkan dan diluahkan dengan pelbagai cara seperti melalui perasaan hatinya, kata-kata, air muka atau hasil karya yang dihasilkan Pengajaran dan dan pembelajaran melalui seni boleh mendidik murid mengawal perasaan dan mencurahkan perasaan secara terkawal. melalui kegiatan seni, murid-murid dapat meluahkan perasaan , emosi, idea melalui aktiviti yang dijalankan dan berinteraksi dengan rakan-rakan secara positif. Melalui karya seni juga murid boleh membuat interpretasi karya dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan bergantung kepada kebolehan sedia ada mereka. Lukisan permandangan yang sama, diterjemahkan dengan menggunakan alat bahan yang berbeza, warna yang berbeza dan teknik yang berbeza seperti contoh gambar diatas.



TUGASAN



TUGASAN PERBINCANGAN i. ii.



Bincangkan kefahaman anda tentang cara membuat apresiasi Pilih satu karya murid dan buat analisis berdasarkan prinsip rekaan. 78