Teks Majlis Penutup Perkhemahan Unit Beruniform [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

UCAPAN TEKS MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN BI L 1



2



AGENDA



TEKS



Ketibaan tetamu khas



Diumumkan ketibaan _______________________ ,selaku______________. Di iringi Guru Besar/ _____________ dan kem Komandan ke tempat duduk utama. Semua hadirin diminta berdiri.



Nyanyian lagu NegaraKu dan lagu negeri Selangor



Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang berbahagia ini marilah kita sama-sama menyanyikan lagu NegaraKu dan Lagu negeri Selangor. #Hadirin dipersilakan duduk



3



Bacaan Doa



Hadirin yang dihormati, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan. Untuk itu, dipersilakan Ustaz _______________________________ untuk mengetuai bacaan doa..dipersilakan. # Amin.... amin... ya Rabbal alamin....terima kasih atas bacaan doa itu tadi.



4



Ucapan aluan Pengerusi Majlis



Mencari timba si anak dara Dibawah sarang burung tempua. Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Assalamualaikum,Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Yang berbahagia Yang dihormati YDP PIBG Sk. Sg judah ________________________________ Yang Berusaha guru besar Sk. Sg judah______________________________ Yang dihormati Kem komandan Perkhemahan Unit Beruniform SK SG JUDAH Ustad azhar , ahli jawatankuasa Pelaksana, serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis Penutup Perkhemahan unit beruniform sk sungai judah bagi tahun 2017. Saya selaku wakil AJK Pelaksana Perkhemahan Perdana Sk bukit Tadom amat mengalu-alukan kedatangan ______________________________serta semua hadirin ke majlis penutup ini.



Hadiri yang dihormati, Seperti yang kita sedia maklum, Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 17-19 mac 2017. Sepanjang perkhemahan ini banyak aktiviti yang telah di jalani oleh muridmurid seperti aktiviti kembara malam,wayang pacak, aktiviti berhalangan,kompas orienteering, masakan rimba, spider web dan sebagainya. Semua ini bersesuaian dan sejajar dengan objektif yang ingin dicapai iaitu : 1. Melahirkan murid-murid yang bersemangat, yakin serta mampu menghadapi segala cabaran hidup walau berada dalam situasi apa jua pun. 2. Memberikan kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya pengurusan masa yang betul dan sentiasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 3. Memupuk semangat toleransi dan kerjasama di samping memberi gaya imej kepimpinan yang dihormati dan disegani di sekolah. 4. Sentiasa menghormati rakan dan patuh kepada arahan ketua serta mewujudkan hubungan tali persaudaraan yang lebih erat.



5



Ucapan Ketua Kem Komandan



Hadirin yang Dihormati, Majlis Penutupan ini dimulai dengan Ucapan daripada ___________________________________ dengan segala hormatnya dipersilakan. # Terima kasih atas ucapan beliau itu tadi



6



Ucapan Guru Besar



7



Ucapan YDP PIBG



Seterusnya saya menjemput ______________________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. # Terima kasih atas ucapan itu tadi Hadirin yang dirahmati sekalian Pergi ke kota beli selasih Sayang si dara senyum tertawa Kata azimat simpulan kasih Sulamkan Mesra, satukan jiwa. Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh _____________________________________ # Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tadi.



8



Penyampaian hadiah



Hadirin yang dihormati. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah kepada peserta yang bertungkus lumus menjalani aktiviti



pertandingan sepanjang perkhemahan dijalankan serta sesi penyampaian sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan. Sblm itu, dijemput _______________diiringi Guru besar untuk menyampaikan hadiah kpd peserta. # RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG # Terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi 9



10



Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta Perkhemahan.



Kata penutup dan jamuan



Oleh itu berakhirlah majlis perasmian penutup kita pada hari ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis perasmian penutup perkemahan pada kali ini.