Teks Ucapan Perasmi Program Jom Membaca [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT Yang Berusaha, Encik Muhammad Yusri Bin Yusof , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Rincing, Puan Latifah Binti Said, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Joseph Lincoln A/L J.Samuel, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Muhammad Farid bin Abdul Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum Barisan guru serta murid-murid yang dikasihi,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun bersama-sama dalam Majlis Perasmian Program Jom Membaca 10 Minit Peringkat Sekolah bagi Tahun 2021. Program pada pagi ini adalah salah satu usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mengamalkan budaya membaca dan mempunyai fikiran kelas pertama. Syabas saya ucapkan kepada Unit Pusat Sumber Sekolah kerana menerajui inisiatif hebat ini. Pada saya, ia merupakan satu inisiatif yang cukup baik kerana ia mampu membugarkan kembali satu amalan mulia yang bukan sahaja menjadi tuntutan agama malah sejajar dengan hasrat negara mewujudkan masyarakat berpengetahuan. Budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan membaca adalah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju dan matang dari segi pemikiran. Kemajuan negara dan sekolah serta ketamadunan bangsa dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir dari amalan membaca. Masyarakat yang suka membaca adalah masyarakat yang cintakan ilmu. Dengan adanya masyarakat yang berbudaya membaca, negara kita akan mempunyai rakyat yang berminda aktif, kreatif dan berfikiran untuk berinovasi selain mengaktifkan minda mereka untuk berfikir dengan lebih waras, fokus, berfikiran terbuka dan mampu melahirkan warganegara yang berkebolehan melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif berbeza.



Tuan-tuan dan puan-puan, Dari aspek Revolusi Maklumat dan Ilmu Pengetahuan, Kita semua sedar, penyebaran maklumat pada hari ini semakin canggih dan interaktif. Kecanggihan ini seiring kemunculan media-media baharu (media sosial) seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp yang membolehkan maklumat dicapai melalui peralatan sekecil telefon pintar. Apa yang menarik melalui telefon pintar atau tab kita boleh berkongsi apa sahaja maklumat secara interaktif yang menggabungkan semua elemen – lisan, tulisan, visual dan data dengan masyarakat dari seluruh dunia. Pusat Sumber Al-Hikmah di sekolah kita giat melaksanakan pelbagai usaha menggalakkan budaya membaca dan pada masa kini turut menggalakkan pembacaan melalui media elektronik dan tidak lagi terhad kepada media cetak seperti buku, majalah dan surat khabar sahaja. Saya menyokong penuh usaha Pusat Sumber Al-Hikmah dalam mewujudkan gerbang tunggal kepada pelbagai sumber maklumat melalui platform Pusat Sumber Digital. Para hadirin yang saya kasihi, Pusat Sumber di sekolah sebagai gedung ilmu mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membangunkan sesebuah negara. Saya amat berharap agar Pusat Sumber sekolah kita dapat diserlah dan disedari akan kepentingannya sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi termasuk juga politik, sosial, pendidikan dan kebudayaan negara ini. Saya difahamkan di Malaysia terdapat sebanyak 1,112 buah perpustakaan desa yang memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Ini tidak termasuk perpustakaanperpustakaan awam dan khusus yang lain seperti perpustakaan universiti, perpustakaan awam negeri, perpustakaan di agensi kerajaan termasuklah pusat sumber sekolah yang keseluruhannya berjumlah sebanyak 13,674 buah. Jika dilihat dari segi bilangan perpustakaan yang telah dibina di seluruh negara, boleh dikatakan ia telah mencapai satu tahap yang baik. Tinggal lagi, adakah kita telah menggunakan sepenuhnya kemudahan yang terdapat di perpustakaan tersebut. Hari ini, kita membaca bersama-sama selama 10 minit. Simbolik kepada aktiviti ini adalah tentang betapa berharganya masa jika diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Saya percaya amalan ini jika dilakukan setiap hari bersama-sama dalam kumpulan yang besar atau masyarakat secara konsisten maka impaknya juga pasti akan memberi kesan yang hebat kepada kemajuan sekolah. Saya ingin menyeru warga Sekolah Kebangsaan Kg Rincing Jom Kita Baca sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari mulai hari ini. Saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak khususnya Unit Pusat Sumber Al-Hikmah sekolah kerana berjaya mengadakan Program Jom Membaca 10 Minit Tahun 2021. Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" saya dengan sukacitanya melancarkan Program Jom Membaca Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Rincing bagi tahun 2021. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.