Topik 3 Amalan Pengurusan Bengkel [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



3



X



Amalan Pengurusan Bengkel



HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Menyatakan kepentingan pengurusan bengkel;



2.



Mengenal pasti kaedah-kaedah dan amalan penyusunan serta penyimpanan alatan;



3.



Merancang reka bentuk bengkel yang sesuai; dan



4.



Membincangkan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perancangan reka bentuk bengkel.



X PENGENALAN Bengkel merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sama ada dalam bentuk teori atau latihan praktis, di mana pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari ke dalam bentuk amali. Di dalam setiap bengkel, terdapat peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang tertentu yang mesti dipatuhi demi menjamin proses pembelajaran dapat berlaku dengan efisyen. Oleh yang demikian, amalan pengurusan bengkel yang baik dan sistematik perlu sentiasa dilaksanakan, diselia dan ditambahbaikkan mengikut keperluan kerja di bengkel. Bengkel yang diurus dengan baik akan memberikan persekitaran yang kondusif dan selamat.



56



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



SEMAK KENDIRI 3.1 Dengan ringkas, nyatakan tiga jenis bengkel yang anda tahu serta jelaskan fungsinya.



3.1



PENGURUSAN BENGKEL



Kamus Dewan (2002), mentakrifkan pengurusan sebagai perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain. Bengkel pula dalam skop ini, ditakrif sebagai kilang kecil iaitu tempat tukangtukang bekerja. Oleh yang demikian, pengurusan bengkel bolehlah dijelaskan sebagai satu proses sosial yang sistematik, merangkumi perancangan, kawalan dan penyelarasan berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkesan dan ekonomi terhadap pekerja yang bekerja pada suatu tempat/ruang yang telah disediakan. Ia merupakan satu proses pengintegrasian sumber organisasi iaitu manusia, bahan dan alatan.



3.1.1



Kepentingan Pengurusan Bengkel



Demi mewujudkan satu sistem pengurusan bengkel yang efisyen dan berterusan, beberapa kepentingan dan keperluan perlu dipenuhi seperti berikut: (a)



Mengelakkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan wang Menguruskan sesebuah bengkel memerlukan masa yang banyak, panjang serta berterusan. Pengurusan yang baik dan sistematik akan dapat mengurangkan masa yang terbuang dan seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga. Melengkapkan sesebuah bengkel juga memerlukan kelengkapan dan peralatan/mesin yang banyak. Sekiranya semua itu dapat diurus dan diselia dengan efisyen, maka tentunya akan menjimatkan kos. Antara yang perlu diambil perhatian ialah: (i)



Merancang ruang pengajaran dan pembelajaran supaya dapat dijalankan dengan baik;



(ii)



Penyelenggaraan alatan, mesin dan kelengkapan lain dengan sistem rekod dan inventori; dan



(iii) Penstoran dan penyimpanan peralatan/mesin mudah alih.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 57



(b)



Penjagaan dan kawalan keselamatan Pengurusan bengkel yang baik dan kemas secara langsung akan dapat mengawal dan mengelakkan dari berlaku kemalangan. Amalan kerja yang betul di samping menggunakan alatan/mesin yang tepat tentunya akan dapat mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kemalangan. Keseluruhan ahli bengkel, sama ada penyelia/guru atau pelajar adalah sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan di bengkel.



(c)



Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Selain daripada penyediaan ruang pengajaran dan pembelajaran yang baik, semua bahan dan alatan/mesin yang berkaitan termasuk bahan bantu mengajar mestilah disediakan sepenuhnya. Kesemua itu perlu terutama semasa membuat perancangan pembelian setiap akhir tahun.



(d)



Menghasilkan produk yang berkualiti Amalan keselamatan bengkel, penyelenggaraan alatan/mesin serta pengajaran dan pembelajaran yang kondusif adalah sangat perlu diurus dengan baik bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Secara jelas, jika alatan/mesin tidak diselenggara dengan baik tentunya produk yang dihasilkan tidak seperti yang dikehendaki. Contohnya pahat yang tumpul tentu tidak akan dapat menghasilkan tanggam yang tepat.



(e)



Menjadi contoh kepada institusi lain Jika semua yang di atas dapat diurus dengan efisyen, ia akan menjadi kebanggaan institusi berkenaan. Nazir atau pemantau yang datang akan memberikan komen yang terbaik dan tentunya akan menjadi contoh kepada lain-lain institusi/sekolah. Ini adalah penting kerana setiap anugerah atau pengiktirafan daripada pihak yang bertanggungjawab akan menambahkan lagi semangat dan azam keseluruhan ahli bengkel untuk mengekal dan menambah baik sistem pengurusan bengkel yang sedia ada.



3.1.2



Pengurusan Ruang Kerja



Perancangan penyediaan bengkel merupakan suatu kerja yang agak kompleks. Perincian banyak faktor yang terlibat perlu diambil kira dengan sebaik mungkin. Ini bagi memastikan bengkel tersebut memenuhi segala ciri-ciri keperluan semasa dan masa hadapan. Penyediaan pelan lantai yang baik adalah penting bagi menyediakan setiap ruang dapat dipenuhi dengan berkesan.



58



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Perancangan Ruang dan Kawasan Kerja Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Ruang bengkel yang baik akan memudahkan penyeliaan dan pergerakan. Kawasan kerja pula adalah keluasan ruang yang diperlukan bagi pekerja/pelajar untuk mengendalikan mesin/alatan dengan selesa dan selamat. Kawasan juga melibatkan penempatan mesin-mesin, penstoran, laluan untuk bekerja, penempatan kit kecemasan dan alat pemadam api dan juga kawasan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum merancang pelan lantai bengkel, pelukis pelan perlu mengenal pasti jenis ruang dan kawasan yang diperlukan oleh bengkel tersebut berdasarkan jenis pembelajaran yang akan dilaksanakan. Ini adalah sangat penting bagi memastikan luas ruang dan kawasan yang disediakan sesuai dengan kerja atau fungsinya. Dalam membuat perancangan tersebut, beberapa garis panduan asas boleh diambil kira seperti berikut: (a)



Ruang pengajaran dan pembelajaran secara teori Ruang ini sebaiknya berasingan dari kawasan kerja. Ini untuk mengelakkan kemalangan dan kebisingan. Jika ruang tersebut berhampiran dengan kawasan kerja, maka perlu ditetapkan masa bekerja dan kelas teori tidak boleh berjalan serentak.



(b)



Ruang alatan dan bahan Bagi memudahkan penyelenggaraan dan kawalan, biasanya terletak berhampiran dengan bilik guru. Namun demikian tidak sesuai jika berjauhan dengan tempat kerja. Kabinet yang sesuai juga boleh digunakan bagi penyimpanan alatan/mesin yang sesuai. Susun atur alatan dan mesin yang kemas dan penjagaan kebersihan yang baik akan dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih berkualiti (sila lihat Rajah 3.1).



Rajah 3.1: Susun atur bengkel yang kemas dan bersih



TOPIK 3



(c)



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 59



Ruang Kerja Ruang kerja (sila rujuk Rajah 3.2), merupakan ruang pelajar/pekerja menjalankan aktiviti amali. Di hadapan ruang kerja, sebaik-baiknya disediakan satu ruang tunjuk cara. Bagi kerja-kerja kemasan atau penyudahan, perlu ada satu ruang khas mengikut kesesuaian kerja. Ruang mesin pula sebaiknya disusun mengikut proses kerja. Ruang antara mesin mestilah mencukupi dengan kadar kerja. Contohnya, mesin ketam kayu, perlu ada satu ruang yang mencukupi bagi kayu yang panjang untuk masuk dan keluar dari mesin.



Rajah 3.2: Ruang kerja



(d)



Ruang simpanan barang pelajar/pekerja Satu ruang di luar bengkel perlu disediakan bagi menyimpan barangbarang pelajar seperti beg dan lain-lain. Ini boleh mengelakkan banyak perkara yang tidak diingini seperti kesesakan dan juga kecurian alatan di bengkel.



3.1.3



Penyusunan atau Penyimpanan Alatan dan Bahan



Alatan dan bahan di bengkel adalah berbeza mengikut jenis pembelajaran yang akan dilaksanakan. Guru atau penyelia dalam bidang berkenaan perlu mahir tentang fungsi dan langkah kerja bagi setiap alatan/mesin kerana jika kaedah penyimpanan dan penyusunan alatan/mesin tidak sesuai, akan meyebabkan gangguan kerja dan boleh mendatangkan bahaya. Alatan dan bahan yang berlainan perlu kepada kaedah atau ruang penyimpanan yang berbeza.



60



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penyusunan dan penyimpanan alatan dan bahan di bengkel seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 3.3.



Rajah 3.3: Kaedah bagi penyusunan dan penyimpanan alatan dan bahan di bengkel



Mari kita bincang kaedah-kaedah tersebut dengan lebih mendalam. (a)



Panel Alatan Panel alatan terdiri daripada panel umum, panel terbuka, panel tertutup, panel kumpulan, panel bergerak dan panel pameran (sila rujuk Rajah 3.4). Panel alatan akan memperlihatkan penyusunan alatan dengan kemas dan menarik. Tempat panel ini mestilah diletakkan di tempat yang sesuai bagi memudahkan pelajar mengambil dan menyimpan. Dengan penggunaan panel, guru atau penyelia dapat memastikan dengan mudah alatan yang digunakan pelajar telah disimpan atau tidak. (i)



Panel umum Panel yang menempatkan beberapa alatan yang berbeza pada satu panel. Rajah 3.4 dan 3.5 menunjukkan panel umum bagi bengkel kerja kayu dan paip.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 61



Rajah 3.4: Panel umum bengkel kerja kayu



Rajah 3.5: Panel umum bengkel kerja paip



(ii)



Panel terbuka Panel terbuka biasanya penyediaan ruang untuk alatan sejenis sahaja dan disusun atur dengan kemas. Lihat Rajah 3.6 dan 3.7.



62



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Rajah 3.6: Mata alat router yang disimpan dalam ruang panel terbuka



Rajah 3.7: Panel terbuka alatan dan bahan projek



(iii) Panel tertutup Panel tertutup biasanya melibatkan alatan atau mesin yang terhad atau memerlukan pengawalan penggunaannya (lihat Rajah 3.8). Formen bengkel yang dilantik dalam kalangan pelajar boleh dipertanggungjawabkan mengurus selia penggunaannya. Panel tertutup biasanya dikunci.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 63



Rajah 3.8: Panel tertutup



(iv) Panel kumpulan Panel kumpulan disediakan bagi kerja-kerja amali secara kumpulan. Ketua setiap kumpulan biasanya bertanggung jawab mengawal selia bagi memastikan semua alatan cukup dan dalam keadaan baik selepas selesai kerja. (v)



Panel individu Setiap pelajar atau pekerja mempunyai alatan asas mereka sendiri (lihat Rajah 3.9 dan 3.10). Kaedah ini sangat baik kerana setiap orang bertanggung jawab terhadap alatan masing-masing. Kaedah ini memerlukan alatan yang banyak dan semestinya melibatkan kos yang tinggi.



Rajah 3.9: Panel individu kerja kayu



64



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Rajah 3.10: Panel individu kerja enjin



(vi) Panel bergerak Panel bergerak biasanya digunakan apabila bengkel mengalami masalah ruang untuk menyimpan alatan secara tetap. Panel ini juga bagi memudahkan alatan diletakkan berhampiran dengan kawasan kerja. Panel bergerak amat sesuai bila kerja-kerja perlu dilakukan di luar bengkel (lihat Rajah 3.11).



Rajah 3.11: Panel bergerak



(vii) Panel pameran Panel pameran biasanya digunakan sebagai bahan bantu mengajar seperti panel yang menunjukkan jenis-jenis alatan dan juga sebagai panel konsep contohnya pemasangan sebuah enjin (sila lihat Rajah 3.12 dan 3.13).



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 65



Rajah 3.12: Panel ceraian sebuah enjin



Rajah 3.13: Panel lekapan dan pemasangan sistem perpaipan



(b)



Stor Utama Stor umum merupakan stor utama bagi sesebuah institusi. Stor ini digunakan untuk menyimpan alatan untuk beberapa bengkel yang berbeza pembelajarannya. Pembantu bengkel diperlukan bagi mengawal selia serta merekodkan keluar masuk alatan.



(c)



Stor Bahan Stor bahan mestilah direka bentuk mengikut kesesuaian bahan yang hendak disimpan (sila rujuk Rajah 3.14). Ini bagi memudahkan bahan



66



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



disimpan atau dikeluarkan daripada stor. Penyusunan yang sistematik diperlukan supaya tidak menyusahkan untuk mengambil bahan yang terkedalam stor.



Rajah 3.14: Stor penyimpanan bahan kayu dan papan lapis



SEMAK KENDIRI 3.2



3.2



1.



Namakan jenis-jenis panel alatan serta fungsinya.



2.



Senaraikan apakah alatan-alatan yang sesuai bagi setiap jenis panel yang telah dinyatakan pada (1).



REKA BENTUK BENGKEL



Merancang bengkel merupakan satu proses yang sangat kompleks dan memerlukan pakar dalam bidang berkenaan. Ini bagi memastikan bengkel yang dibina memenuhi keperluan bidang pembelajaran contohnya pembinaan dan susun atur bengkel kerja kayu jauh berbeza dengan susun atur bengkel kerja enjin. Reka bentuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira beberapa faktor utama iaitu: (a)



Pelan lantai;



(b)



Kemudahan pengajaran;



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



(c)



Faktor bunyi;



(d)



Faktor pengcahayaan dan pengudaraan;



(e)



Faktor warna;



(f)



Sistem penstoran; dan



(g)



Sistem pengangkutan dan kebersihan.



3.2.1



W 67



Pelan Lantai



Perancangan segala ruang dan susun atur di dalam bengkel mestilah bermula dengan pelan lantai. Lakaran dan lukisan penyusunan perabot, mesin dan panelpanel alatan akan dibuat pada pelan lantai sebelum diaplikasikan ke bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai bengkel yang dibuat mengikut kehendak kerja dan proses bengkel seperti berikut: (a)



Pelan Lantai Proses Pelan lantai proses merujuk kepada proses sesuatu kerja, mesin-mesin akan dikumpul pada satu tempat untuk satu jenis kerja. Misalnya semua mesin canai akan diletakkan pada satu ruang untuk kerja mencanai sahaja. Bengkel jenis ini biasanya untuk pengeluaran yang besar di mana sekumpulan pekerja akan bekerja untuk satu jenis kerja sahaja pada satu ruang susunan mesin yang sama.



(b)



Pelan Lantai Produk Pelan lantai jenis ini bergantung pada pengeluaran produk tertentu, mesinmesin akan disusun atur mengikut langkah kerja yang diperlukan dari mula hingga akhir pengeluaran produk. Jika satu aliran kerja memerlukan proses mengetam, kemudian memotong dan seterusnya menebuk lubang, maka mesin perlu disusun mengikut kesesuaian ruang seperti berikut: (i)



Mesin ketam  bagi mengetam permukaan kayu;



(ii)



Mesin gergaji lengan (radial arm saw)  memotong kepada beberapa bahagian yang dikehendaki; dan



(iii) Mesin gerudi  menebuk lubang. (c)



Pelan Lantai Gabungan Proses dan Produk Bengkel jenis ini menggabungkan kedua-dua ciri proses dan produk. Penyusunan mesin-mesin dengan kaedah ini tidak menjurus kepada produk atau proses yang tertentu sahaja.



68



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Rajah 3.15 dan 3.16 menunjukkan contoh pelan lantai bagi bengkel kerja kayu dan bengkel kerja kimpalan.



Rajah 3.15: Pelan lantai susun atur bengkel kerja kayu



Bengkel yang dirancang dengan teliti susun atur alatan/mesin akan dapat menimbulkan suasana kerja yang kondusif dan seterusnya akan dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Rajah 3.16 pula menunjukkan contoh bengkel kimpalan yang menyediakan ruang pengajaran dan tunjuk cara. Bengkel ini lebih menjurus kepada susun atur bengkel di sekolah.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 69



Rajah 3.16: Pelan lantai susun atur bengkel kimpalan



3.2.2



Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran



Seperti mana dinyatakan di dalam Rajah 3.16, pelan lantai tersebut telah menyediakan satu ruang yang sesuai untuk proses P&P dan tunjuk cara. Adalah penting sebelum kerja-kerja amali dilaksanakan, pengajaran atau tunjuk cara secara jelas tentang langkah-langkah kerja dan keselamatan perlu ditekankan kepada pelajar. Ruang P&P itu juga boleh juga dijadikan kelas teori, dengan syarat tiada kerjakerja amali dilakukan serentak dalam masa yang sama (sila lihat Rajah 3.17).



Rajah 3.17: Ruang P&P di bengkel jahitan



70



X TOPIK 3



3.2.3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Faktor Bunyi



Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, reka bentuk bengkel mestilah sesuai dengan pembelajaran atau kerja yang hendak dibuat. Jika keperluan bengkel yang kerjanya akan mengeluarkan bunyi yang kuat, maka bahan kalis bunyi yang sesuai diperlukan. Penggunaan bahan kalis bunyi ini penting bagi keselamatan pendengaran dan juga menjadikan suasana lebih kondusif. Kajian telah menunjukkan bunyi bising yang berlebihan boleh mengurangkan tenaga dan kecekapan manusia di samping akan menganggu pembelajaran lain. Tahap kebisingan maksimum sesebuah bengkel mestilah dipastikan tidak melebihi 150dB (desibel). Namun demikian, jika seseorang terdedah kepada kebisingan pada tahap 90dB selama lapan jam berterusan, maka ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.



3.2.4



Faktor Pencahayaan dan Pengudaraan



Dalam merancang pembinaan bengkel yang efisyen, faktor pencahayaan dan pengudaraan merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Pencahayaan dan pengudaraan semula jadi boleh diwujudkan dengan membuka setiap tingkap semasa proses pembelajaran atau kerja amali. Adalah menjadi perkara wajib bagi penyelia/guru memastikan pelajar membuka semua tingkap dan pintu sebelum memulakan pembelajaran atau amali. Pengudaraan yang baik penting agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan kondusif kerana sistem pengudaraan yang tidak baik akan menyebabkan gangguan kesihatan dan ketidakselesaan. Pengukuran mengikut skala nisbah antara keluasan tingkap dan keluasan lantai adalah dicadangkan 5:1. Kedudukan tingkap juga mestilah sesuai bagi membolehkan cahaya matahari dapat masuk dengan baik dan pengudaraan boleh berlaku dengan lancar (sila lihat Rajah 3.18). Cahaya dalaman perlu disediakan secukupnya selain cahaya matahari seperti yang dibincangkan. Cahaya tambahan ini penting bagi meliputi segenap ruang pembelajaran. Lampu kalimantang dan lampu limpah boleh digunakan.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 71



Rajah 3.18: Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi



3.2.5



Faktor Warna



Penggunaan warna penting dalam persekitaran kerja terutama bagi membezakan kawasan-kawasan tertentu. Seseorang perancang perlulah memahami teori warna dan kod-kod warna keselamatan (theory of colour and safety colour code) sebelum membuat keputusan menggunakan warna pada setiap ruang di dalam bengkel. Warna-warna yang tepat perlu digunakan terutama pada bahagianbahagian mesin yang merbahaya dan penandaan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Beberapa contoh penggunaan warna boleh diambil kira seperti berikut, sila rujuk Jadual 3.1. Jadual 3.1: Contoh Penggunaan Warna Warna-warna



Penerangan



Merah



Menunjukkan kawasan bahaya atau berisiko tinggi, alat pelindungan kebakaran, bekas/tangki yang mengandungi bahan mudah terbakar dan boleh juga menandakan berhenti atau untuk berhenti. Contohnya memberhentikan pengaliran arus; suisnya boleh ditanda merah.



Kuning



Menunjukkan sebagai amaran seperti kawasan licin dan sebagainya.



Hijau



Menunjukkan kawasan selamat atau tempat letaknya kit keselamatan.



Ungu (Purple)



Menunjukkan kawasan bahaya radiasi.



Beberapa contoh penggunaan warna boleh dilihat pada Rajah 3.19.



72



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Rajah 3.19: Penggunaan warna keselamatan Sumber: http://green.kompasiana.com/polusi/2011/03/18/awas-ancaman-bahayaradiasi-nuklir/ http://www.synergysolusi.com/?page_id=280



3.2.6



Sistem Penstoran



Pengurusan stor kerajaan adalah berasaskan panduan perbendaharaan; tatacara pengurusan stor dan Surat Pekeliling Bil. 12 Tahun 1995. Stor secara umumnya didefinisikan sebagai tempat penerimaan, penstoran, pengeluaran dan penyelenggaraan barang-barang. Tujuan utama penstoran ialah bagi memastikan stok barang-barang sentiasa kedapatan apabila dikehendaki pelanggan. Ia juga berfungsi untuk menyimpan barang dengan cara yang terbaik dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan. Kawasan di mana stor ditempatkan hendaklah dititikberatkan supaya ia mempunyai kemudahan pergerakan kenderaan, pemunggahan masuk dan pengaliran keluar barang-barang. Konsep stor yang dibincangkan di atas merupakan stor utama yang menempatkan barang-barang atau alatan untuk keseluruhan jenis bengkel pada sesebuah institusi. Pada setiap bengkel pula, terdapat sistem penstoran yang tersendiri (mengikut bidang kursus) yang mana keluar-masuk alatan/mesin akan berlaku pada setiap pembelajaran.



TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



W 73



SEMAK KENDIRI 3.3 1.



Nyatakan bagaimana faktor bunyi keberkesanan kerja di bengkel.



dapat



mempengaruhi



2.



Selain daripada empat warna yang telah dibincangkan di atas, jelaskan tiga warna yang menunjukkan kepentingan dan kegunaan dalam keselamatan.



AKTIVITI 3.1 Rancang dan bina satu carta organisasi bengkel yang sesuai bagi Panitia Kemahiran Hidup di sekolah.







Pengurusan bengkel yang baik sangat penting dan perlu menjadi satu amalan.







Penyusunan dan penyimpanan alatan di bengkel boleh dibuat melalui penggunaan panel alatan dan penstoran yang sesuai.







Terdapat tiga jenis reka bentuk pembinaan pelan lantai iaitu pelan lantai proses, pelan lantai produk dan gabungan pelan lantai proses dan produk.







Faktor kemudahan ruang pengajaran dan pembelajaran, faktor bunyi, faktor pencahayaan dan pengudaraan dan juga faktor warna perlu diambil kira semasa perancangan pembinaan sesebuah bengkel.



74



X TOPIK 3



AMALAN PENGURUSAN BENGKEL



Faktor bunyi



Panel terbuka



Faktor pencahayaan



Panel tertutup



Faktor pengudaraan



Panel umum



Faktor warna



Pelan lantai produk



Kawasan kerja



Pelan lantai proses



Panel bergerak



Pengurusan bengkel



Panel individu



Penstoran



Panel kumpulan



Ruang kerja



Panel pameran



General safety & health standard. Dicapai pada November 15, 2011, daripada http://dbs.idaho.gov. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Pengajian kejuruteraan awam tingkatan 4. Kuala Lumpur: DBP. Ng Wee Choo, Salmiah Jaba, & Koay, W. C. (2005). Kemahiran hidup bersepadu: Teras dan pilihan 2. Petaling Jaya: Vital Star Sdn. Bhd.



Setting up the workshop. Dicapai pada November 15, 2011, daripada http://www.science-projects.org.