Edup 3043 [PDF]

  • Author / Uploaded
  • rathi
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN



KERJA KURSUS PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU NAMA



: RATHI A/P GUNASEGARAN



NO.KAD PENGENALAN



: 960308-04-5124



KOD KURSUS



: EDUP 3043



KOD MATRIK



: 29576



KUMPULAN



:Q4



NAMA PENSYARAH



: EN. KANTHASAMY SUNDARA RAJOO



TARIKH SERAHAN



: 25 OGOS 2016



PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadirat Tuhan. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua orang. Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada pensyarah saya, Cik Hajah Norhayati Binti Haji Sidek kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Beliau telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kerja kursus pendek ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada tuhan yang maha esa kerana izin dan kurnianya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan sebaya saya kerana telah memberi tunjuk ajar, cadangan dan bantuan kepada saya yang telah kongsikan bersama untuk menyiapkan kertas kerja ini.



Di samping itu saya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana memberi pinjam buku-buku yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Walaupun sangat susahnya kerja kursus ini, dengan kasihan tuhan saya dapat menyempurnakan dengan baik. Jika saya dapat masa yang lebih lagi pasti, saya akan memberi satu kerja kursus yang terbaik. Karya-karya yang dikaji menjadi teladan keapda saya. Saya berharap perkara yang saya pelajari dalam kerja kursus ini dapat aplikasi dalam kehidupan nanti. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan kerja kursus.



Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.Tanpa bantuan mereka kami tidak dapat menyempurnakan tugasan saya dengan jayannya. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan sekelas saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi memenuhi usaha menyempurnakan tugasan ini. Sekian,terima kasih 2



REFLEKSI Pada mulanya,apabila saya mendapatkan tugasan, ini saya rasa agak keliru tentang kehendak soalan. Namun saya berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada mereka yang memberi tangan untuk menyempurnakan kerja kursus ini. .Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana sayai tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Tidak dapat saya nafikan bahawa sepanjang proses menjalani tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berguna.



Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya banyak mendapat manfaat dan pengalaman yang dapat membantu pada masa akan datang. Antaranya, saya dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat. Ekoran daripada ini, saya dan rakan-rakan saya



mencari maklumat di



perpustakaan Ipg kampus Ipoh. Pada masa yang sama, saya dapat mahir dalam memanipulasikan maklumat dan menjelaskannya dengan melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, mata pelajaran ini membantu saya melengkapkan diri saya dengan konsep alam belajar serta pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat meningkatkan kefahaman saya mengenai model-model displin utama dan implikasi teori pembelajaran pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, melalui bahan bacaan tambahan, sekarang saya mempunyai pemahaman yang lebih baik kepada model pengurusan displin bilik darjah. Secara peribadi, saya merasakan bahawa kita sebagai seorang guru yang berkualiti perlulah sentiasa membaca untuk mendapatkan dan meningkatkan pengetahuan kita agar dapat menghadapi cabaran masa depan. Tambahan pula, melalui tugasan ini , saya turut faham dan sedar bahawa bagi menyahut cabaran mentransformasi professional keguruan dalam sistem pendidikan masa kini, ia adalah bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Pendek kata, sebagai seorang bakal guru, saya harus mempunyai pengyataan yang mendalam untuk semua aspek dimana dapat melahitrkan seorang guru yang berkualiti yang dapat menjamin keberkesanan pelajaran



murid. Selain itu, di sini melalui matapelajaran ini, saya sedar akan kepentingan untuk menyediakan suasana yang kondusif bagi para pelajar agar mereka dapat menimba ilmu dengan mudah. Bukan sahaja itu, pengambilan mata pelajaran ini dapat membantu saya untuk memperbaiki dan memperkukuhkan pengetahuan pedagogi saya. Tambahan pula, sebagai seorang bakal guru saya mendapati ia adalah penting untuk mengetahui kemahiran pedagogi supaya ia memberi manfaat kepada saya pada masa depan. Bukan itu sahaja, saya dapat menyampaikan hujah yang matang pandangan peribadi saya dalam tugasan ini. Ini membantu saya untuk meningkatkan tahap pengetahuan am saya serta membantu saya meningkatkan kemahiran pemikiran saya dan untuk menjadi lebih analitikal dalam penulisan akademik yang ilmiah. Secara tidak langsung, keadaan ini menjadikan saya lebih faham akan cabaran-cabaran seorang guru di masa hadapan. Di samping itu, tugasan ini amat mencabarkan. Ini kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui tugasan ini ,saya telah memperolehi penguasaan dalam pengajaran ini.Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu baru serta pengalaman baru dalam proses melaksanakan tugasan ini. Secara keseluruhannya, saya berasa amat gembira dalam melaksanakan tugasan EDUP 3043 ini. Konklusinya, saya percaya lebih banyak tugasan seumpama ini dapat diberi supaya dapat memanfaatkan para pelajar. Secara peribadi, saya telah memperolehi banyak ilmu serta pengalaman dalam usaha mejayakan projek ini. Akhir kata, saya berharap untuk melibatkan diri saya dalam projek seumpama ini untuk kebaikan diri saya. Sebagai kesimpulan, saya juga akan mengaplikasikan pengalaman-pengalaman saya yang saya perolehi kepada anak murid saya pada masa akan datang supaya P&P saya lebih bersistematik dan kemas. Pada masa yang sama, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang melaksanakan tugasan ini. Sekian, terima kasih .



12



LAMPIRAN



14



BIBLIOGRAFI Buku (1995). In E. A. Meng, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2 (p. 532). Shah Alam: Fajar Bakti SDN. BHD. (2012). In B. P. Noriati A.Rashid, Murid dan Alam Belajar (p. 260). Shah Alam: Oxford Fajar. KDRI. (2009). Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Model - Model Pengurusan Disiplin , 4.



Internet Murid dan Alam Belajar. (2011, Mei 23). Retrieved September 10, 2013, from Cikgu Semasa: http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html My Priority. (2008, Disember 16). Retrieved September 10, 2013, from Pendekatan Deduktif: http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-deduktif.html



Hamzah.H & Samuel J.N (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Chiew.G.S (2005). Classroom Management. Singapore. Pearson Education South Asia. Hardin.C.J (2008). Effective Classroom Management. United States of America. Pearson Merrill Prentice Hall Mansor.M (1 Jun 2010). Maksud & Definisi Tingkah laku. Diakses pada 8 Februari 2013 daripada http://dmaza.blogspot.com/2010/06/maksud-definisi-tingkah-laku.html Hafiz.M ( 1 April 2009). Model Disiplin Kounin. Diakses pada 13 Februari 2013 daripada http://knowledgeyou.blogspot.com/2009/04/model-disiplin-kounin.html



13



ISI KANDUNGAN BIL



TAJUK



MUKA SURAT



___________________________________________________________________________________ 1.0



Isi Kandungan…………………………..



1



2.0



Penghargaan……...……………………..



2



3.0



Penulisan Akademik………………. ……



3-8



4.0



Bibliografi…………………………………...



9



1



PENGENALAN Konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan strategi yang digunakan untuk kebaikan peraturan di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, tolong – menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina. Dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid – murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Guru memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga harus menghadapi dan menguruskan tingkah laku murid melalui perhatian murid. Disiplin bilik darjah adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru terutamanya guru yang menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori – teori yang dipelajari. Walau bagaimanapun ini bukan suatu penghalang kepada guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman, sihat, kondusif dan efisien. Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas muridmurid supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Beyond Discipline, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Displin Thomas Gordon dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).



3 i.Kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada cara guru mengurus murid dan bilik darjah. Beri pandangan anda tentang kenyataan ini dengan merujuk rajah di atas dan lampiran1. Justifikasi anda hendaklah menyentuh elemenelemen berikut ; a. Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah b. Membina hubungan guru dan murid yang positif c. Pengurusan displin bilik darjah



Sesuatu pengajaran yang berkesan tidak sahaja bergantung pada kaedah yang digunakan dalam pengajaran tetapi juga banyak bergantung pada pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang dimaksudkan dengan suasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar iaitu bilik darjah bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas, disiplin kelas terkawal, penggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal.



Bagi bakal guru dan guru, pengurusan bilik darjah merupakan agenda utama yang perlu diberi perhatian kerana melalui pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaraan pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan. Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah guru yang berjaya mengurus bilik darjah dengan baik. Merujuk rajah 1, saya dapati bahawa bilik darjah tersebut berada dalam keadaan yang tidak selesa dan murid-murid juga tidak dapat dikawal oleh guru. Bilik darjah tersebut mempunyai peralatan asas tetapi di rajah 1 bilik darjah tidak dalam kelihatan bersih dan ceria. Dalam suasana tersebut guru tidak dapat mengawal atau memantau gerak geri murid. Ini menyebabkan murid-murid di kelas dajah 1F tidak dapat dikawal dan guru mengalami kesukaran untuk mengurus bilik darjah itu.



Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan kepada empat elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Menurut Sandford (1983) pengurusan meliputi semua perkara untuk mendapatkan penglibatan pelajar dan kerjasam dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Usaha mewujudkan persekitaran kerja yang produktif juga merupkan pengurusan bilik darjah. Namun begitu, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang teratur dan selamat di samping menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam kalangan pelajar



adalah sesuatu yang sangat mencabar. Justeru, guru memerlukan pelbagai kemahiran dan strategi untuk mengurus sesuatu bilik darjah.



5



Merujuk lampiran 1, membina hubungan guru dan murid yang positif diperlukan supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) kedua-dua pihak guru dan murid mempunyai hak masingmasing. Murid berhak untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif iaitu mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur. Manakala, guru pula berhak untuk mengajar murid tanpa mempunyai sebarang gangguan. Sebagai contoh, guru berhak untuk menentukan peraturanperaturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Murid pula harus mematuhi peraturan-peraturan tersebut tanpa menyentuh hak-hak mereka dalam bilik darjah agar pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini berasakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Konsep utama Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang dengan sokongan daripada guru dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan dan memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan tersebut dengan tegas. Guru harus memberi penekanan kepada ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Mereka wajar mewujudkan sebuah persekitaran yang dapat berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten. Model Aseftif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru agresif, guru tidak asertif dan guru asertif. Guru agresif lebih berkelakuan autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur serta bertimbang rasa. Guru tidak asertif pula menggunakkan pendekatan pasif, tidak konsisten dan perangainya mengelirukan murid. Manakala guru asertif jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama guru asertif tidak mengabaikan kepentingan murid, mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Secara tuntasnya, tidak dapat dinafikan bahawa bagi menyahut cabaran mentransformasi professional keguruan dalam sistem pendidikan masa kini, ia adalah bergantung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja



tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, pengurusan pentaksiran di bilik darjah, juga menguruskan sumber maklumat murid dan pengurusan bilik darjah dalam era digital. ii.



6 Berdasarkan rajah di atas, cadangkan dan justifikasi satu model pengurusan displin yang sesuai untuk pengurusan bilik darjah yang paling kondusif.



Model Pengurusan Kelompok Kounin atau lebih dikenali sebagai Model Kounin diasaskan oleh Jacob Kounin. Beliau merupakan seorang pakar Psikologi Pendidikan. Beliau menyatakan bahawa teras kepada keberkesanan Model pengurusan kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah merangkumi semua (withitness), kelancaran (smoothness), momentum (momentum), fokus kumpulan (group focus) dan bertindih (overlapping). Kajian Kounin memfokuskan bagaimana respon guru terhadap tingkah laku buruk dan kesan kepada persekitaran kelas. Kajian ini telah menemukan kesan ‘Ripple Effect´. Kesan Gelombang atau Ripple Effect bermaksud tindakan guru ke atas mana – mana murid juga mendatangkan kesan kepada murid – murid lain di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, Kesan Gelombang ini akan menjadi lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan yang jelas, tegas dan serious. Dalam Model Kounin ini terdapat beberapa ciri yang ditekankan oleh Jacob Kounin. Kesemua ciri – ciri merupakan kunci utama bagi pengurusan tingkah laku murid – murid di dalam bilik darjah dengan baik. Ciri utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Model ini adalah Dalam Jangkauan atau Withiness. Menurut beliau, seorang guru haruslah mempunyai kebolehan untuk mengawasi setiap perkara yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa. Malahan, guru juga haruslah mengetahui cara untuk menangani masalah tersebut sebelum ia menular menjadi masalah disiplin. Selain itu, merujuk rajah 1 guru juga harus bertanggungjawab untuk



memerhatikan sikap murid – murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, ketika murid – murid menjalankan aktiviti di dalam kelas darjah 1F, seorang guru haruslah cekap mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan murid-murid walaupun pada ketika itu guru tersebut sedang memberi penjelasan kepada kumpulan lain.Kesedaran dan kepekaan inilah merupakan ciri yang penting agar guru mampu menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalangnya. Ciri seterusnya dalam Model Kounin ini ialah pertindahan iaitu overlapping. Menurut beliau, seorang guru bolehlah mengawal bilik darjah dengan menangani lebih dari satu situasi secara serentak. Seperti yang kita lihat di rajah 1, seorang guru haruslah mampu untuk mengawal pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh murid – murid pada masa yang sama. Contohnya, Jeffey berikan penjelasan yang wajar bagi soalan saya, saya dengar. Nancy berhenti melukis dan pandang ke hadapan. Dalam situasi ini jelas bahawa guru tersebut mengawal bilik darjah dengan baik. Guru tersebut masih boleh memerhatikan setiap tingkah laku murid – murid selain mendengar penerangan yang diberikan oleh Jeffery. Sekiranya, guru tidak menegur Nancy, mungkin murid – murid lain akan turut melukis seperti Nancy. Ciri yang ketiga adalah pergerakan atau momentum. Jacob Kounin berpendapat bahawa bagi menguruskan bilik darjah dengan baik, guru haruslah mempunyai momentum. Momentum disini merujuk kepada cara guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti P&P dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran dengan berkesan. Misalannya, apabila guru ingin mengajar topik tumbuhan, beliau bolehlah menunjukkan video lawatan ke Taman Bunga untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada murid sebagai set induksi. Kemudiannya, Guru bolehlah meneruskan langkah dengan meminta murid memerhatikan soalan yang diberi dan menggalakkan murid untuk menjawab soalan tersebut. Seterusnya, menerangkan sifat - sifat tumbuhan tersebut. Akhirnya, dalam sesi penutup pula, Guru menunjukkan semula gambar tumbuhan yang telah dilihat oleh murid dan membuat rumusan dengan menyebut semula. Seterusnya ialah kelancaran atau dalam Bahasa Inggeris ialah Smoothness. Dalam Model Kounin, beliau menekankan bahawa ciri Smoothness ini amat penting bagi mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Misalnya, ketika guru menjalankan P&P di dalam bilik darjah, guru haruslah mengelakkan daripada tersekat – sekat dalam penyampaian, memberikan arahan yang tidak jelas atau wajar. Malahan, guru juga memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan atau memberikan pendapat berkenaan dengan pelajaran. Ciri ini amat penting agar murid



– murid tidak bosan. Hal ini demikian, apabila salah seorang murid bosan, ia akan merebak secara Ripple Effect dan akan menimbulkan masalah tingkah laku dalam bilik darjah seperti di rajah 1. Contohnya, apabila guru Sains mengajar sesuatu topik, guru tersebut tidak haruslah meleret – leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar topik tersebut.



8



Kepekaan Kelompok atau Group Alerting merupakan ciri seterusnya. Jacob Kounin berpendapat bahawa kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka terhadap P&P amat penting bagi mengelakkan berlakunya masalah tingkah laku di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila guru mengajar sesuatu topik, guru tersebut harus melaksanakan aktiviti yang menarik yang boleh melibatkan semua murid di dalam bilik darjah agar mereka boleh melibatkan diri di dalam kelas secara aktif. Jadi, seorang guru itu perlu menyediakan diri dengan bahan-bahan yang dapat menarik perhatian kelas supaya murid di rajah 1 menunjukkan minat sepenuhnya kepada P&P yang berlaku di dalam bilik darjah. Apabila Kounin menjalankan kajian Ripple Effect, beliau menyatakan bahawa terdapat tiga ciri yang harus dimiliki oleh seseorang guru sebagai tindakan bagi mendisiplinkan murid – murid di dalam bilik darjah seperti di rajah 1. Pertamanya, teguran yang diberikan oleh seorang guru harus jelas. Guru haruslah menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Sebagai contoh, apabila melakukan eksperimen guru harus member teguran dengan spesifik. “Mary tuang air itu di dalam bikar, Haikal masukkan garam yang secukupnya”. Keduanya, teguran yang diberikan tegas. Teguran yang jelas penting kerana ia dapat membendung masalh tingkah laku daripada merebak. Contohnya, “ Hafiz, Saya mahu awak masukkan magnet itu di dalam bekasnya sekarang juga!”. Ketiganya ialah guru haruslah serius ketika memberi teguran. Teguran yang serius disini membawa maksud kepada mimic muka guru. Apabila guru memberikan arahan, beliau haruslah serius. Hal ini kerana, perlakuaan nonverbal ini akan membantu sesuatu teguran atau tindakan disiplin untuk dijalankan dengan lebih berkesan.



Mari kita melihat kekuatan yang terdapat dalam model disiplin kounin. Model ini dicipta oleh Jacob Kounin yang memfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan p&p mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Kekuatan yang pertama yang terdapat dalam model ini ialah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Merujuk rajah 1, ini bermaksud



guru harus



mengawasi gerak-geri yang dilakukan oleh murid-murid di dalam kelas supaya dapat mengurangkan berlakunnya masalah disiplin di dalam bilik darjah.



Kekuatan yang kedua adalah kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Seorang guru harus mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam kelas dengan teliti supaya cikgu dapat menghalang berlakunya sesuatu masalah seperti yang berlaku di rajah 1. Guru dapat mengawal perbuatan murid-murid dan mengelakkan masalah displin di dalam bilik darjah.



Kekuatan yang ketiga adalah kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakkan di dalam bilik darjah pada setiap masa disebut sebagai withiness. Sebagai contoh, dalam aktiviti kumpulan guru harus mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan tertentu. Dengan berbuat demikian seorang guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan guru dapat menghalang masalah tersebut sebelum masalah itu menjadi serius. Contohnya, di rajah 1 guru harus bijak dalam berinteraksi dengan murid.



Kekuatan yang keempat adalah memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan p&p untuk memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti bilik darjah. Guru-guru yang berkreatif selalu merancang dahulu p&p dan menggunakan pelbagai strategi supaya dapat menarik perhatian murid dan dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Merujuk pada rajah 1, Guru harus berkreatif dengan merancang menggunakan strategi supaya murid dapat memberi perhatian kepada P&P.



Kekuatan yang kelima adalah penggunaan momentum pengajaran yang baik. Momentum pengajaran yang baik



akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti



pengajaran dan pembelajaran. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.



Secara kesimpulannya, dalam Model Pengurusan Kelompok, Kounin menyarankan kaedah kumpulan untuk mengawal masalah disiplin di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru, kita harus memberi fokus kepada aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah semasa aktivit pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat membuahkan penglibatan aktif semua murid, dan secara



tidak langsung mengurangkan kebarangkalian masalah tingkah laku berlaku di dalam bilik darjah. Secara umumnya, aktiviti kumpulan dapat meningkatkan minat murid – murid terhadap topik yang diajar. Guru perlu mengambil kaedah ini sebagai satu alat untuk membantu murid – murid menumpukan perhatian kepada perkara yang diajar.



10



MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN



TEKNIK



HURAIAN RINGKAS



TINDAKAN GURU



Kepekaan



Kebolehan



dan kepekaan guru •



Peka terhadap bunyi dalam



(With-itness)



mengetahui



apa



Bilik Darjah.



yang



sedang



dilakukan oleh semua murid pada •



Susun kerusi dan meja agar



setiap masa.



tidak terselindung. •



Tidak



membelakangkan



murid



yang lain semasa memberikan bimbingan peribadi.



Bertindan-tindih



Kebolehan guru untuk menangani Guru prihatin terhadap apa yang



(Overlapping)



dua peristiwa pada satu masa sedang berlaku di sekeliling semasa yang sama. dengan berkesan.



memberi



perhatian



kepada



satu



kumpulan pelajar.



Kelicinan



Kebolehan



(smoothness)



pembelajaran berlaku pada kadar memastikan



guru



memastikan Membuat perancangan awal untuk



yang stabil dan tersusun.



perkembangan



P&P



yang lancar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.



Pergerakan



Kebolehan



(momentum)



peralihan



guru antara



pembelajaran.



membuat P&P dua



yang



aktiviti meneruskan lancar,



menarik pengajaran



peralihan



aktiviti



perhatian, dengan dengan



cekap, penerangan yang ringkas,



lengkap dan mudah difahami dan penuntut dengan kesimpulan yang berkesan.



Kepekaan



Kebolehan



kelompok



penglibatan



(group alerting)



mewujudkan minat mereka.



Kesan



Tindakan guru terhadap seorang Tindakan guru mestilah



Gelombang



murid dalam kelas yang akan >Jelas



(Ripple Effect)



memberi kesan terhadap murid >Spesifik yang lain.



guru aktif



mengekalkan Melalui sesi penyoalan kepada murid. murid



dan



>Tegas >Serius



16



Pengurusan Displin Bilik Darjah



17



PENULISAN AKADEMIK



4



MODEL-MODEL PENGURUSAN DISPLIN