Ekonomi Di Tanah Melayu Sebelum Dan Selepas Penjajah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN Pensejarahan ekonomi adalah amat penting dalam usaha untuk memahami mengenai



fungsi ekonomi masa lalu.1 Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk kita mengkaji konsep dan prinsip ekonomi yang telah dipraktikkan pada masa lalu dengan mengambil kira sudut tempoh dan dimensi ruang agar pensejarahan yang dibuat lebih bersifat analitik.2 Berdasarkan teori berkenaan, penulis ingin menganalisis sejauh manakah pernyataan bahawa sumbangan buruh imigran dari China dan India kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada Zaman Penjajahan adalah besar. Penulis akan menghubungkaitkan keadaan ekonomi di Tanah Melayu sebelum kedatangan British dengan keadaan selepas kedatangan British. Terdapat beberapa keadaan yang dapat dibincangkan mengenai sumbangan ini, yakni penulis percaya analisis ini dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dengan mengaitkan unsur masa di dalam diskusi ini. Dalam membicarakan perihal berkenaan dengan ekonomi juga, kita seharusnya melihat skop perbincangan yang turut mengaitkan unsur populasi dan juga penempatan kerana dua faktor ini memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan ekonomi di sesuatu kawasan.3 Melalui pemberatan beberapa unsur ini yang dijadikan sebagai kayu ukur perbincangan, kita dapat memperoleh pandangan secara keseluruhan mengenai perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, di dalam esei ini kita akan meneliti perbandingan keadaan ekonomi di Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan British berdasarkan analisis takrifan ruang dan masa dengan mengaitkan sejauh manakah penyataan buruh imigran Cina dan India telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi Tanah Melayu dapat dipertahankan. CF. D.C. North, “Structure and Performance : The Task of Economic History”, Journal of Economic Literature, (New York, XVI,3, 1978), hlm. 963. 2 Loh Wei Leng, The Gerschenkron Advantage : New Directions for Forging Ahead in Malaysian Economic History dalam Cheah Boon Keng, New Perspective and Research on Malaysian History, (MBRAS, 2007), hlm.159. 3 Drabble, John H. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. (Basingstoke: Macmillan, 2000), hlm. 9. 1



1



2.0



LANDSKAP



EKONOMI



DI



TANAH



MELAYU



SEBELUM



ZAMAN



PENJAJAHAN BRITISH Keadaan ekonomi orang Melayu pada zaman berkenaan adalah masih bersifat feudal iaitu mengamalkan konsep sara hidup yang mudah berasaskan penanaman padi dan aktiviti perikanan.4 Masyarakat Melayu pada abad ke-16 khususnya di Melaka sebenarnya sudah pun dikategorikan maju kerana memiliki perdagangan dan perlombongan tersendiri dan bukan lagi sebuah perkampungan nelayan.5 Masyarakat Melayu pada mulanya memulakan rentak ekonomi komersil melalui pertanian seperti yang telah dijalankan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.6 Perkembangan ini akhirnya telah membentuk sistem mata wang timah (tin coinage) menggantikan sistem barter, serta perak dan emas dijadikan pengukur kekayaan seseorang.7 Perkara ini jelas membuktikan bahawa gerak kerja perlombongan sudah pun terlaksana pada zaman berkenaan. Selain itu, Drabble dalam catatannya juga telah menyatakan bahawa di semenanjung Tanah Melayu, antara perdagangan yang penting pada abad ke-16 ialah bijih timah yang dieksport terutamanya ke India.8 Tambahan pula, bahan mentah tempatan seperti tanah liat dan juga bijih timah adalah bahan asas penghasilan tembikar dan barangan besi yang giat dijalankan



4



Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu sejak 1819-1957:Tesis Sarjana Muda Sejarah, (Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002), hlm. 1. 5 Drabble, John H. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 10. 6 Zaharah bt Hj Mahmud, “The Traditional Malay Ecumene of The Peninsula” dalam P.K. Voon & T.S. Bahrin, The View from Within:Geographical Essays on Malaysia and Southeast Asia, (Kuala Lumpur : Dept of Geography, University of Malaya, 1992), hlm. 200. 7 Drabble, John H. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 16. 8 Drabble, John H. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 11.



2



di Pengkalan Bujang.9 Penghasilan bahan-bahan logam untuk tujuan eksport juga telah giat dijalankan di beberapa kawasan yang maju serta beberapa buah perkampungan di sekitarnya. 10 Perkembangan ini juga akhirnya telah menggalakkan lagi perusahaan pembinaan kapal oleh orang Melayu di Terengganu khususnya.11 Disebabkan masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong dan ladang-ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah sendiri, maka kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi mengusahakan kawasan lombong bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah.12 3.0



KEMASUKAN BURUH IMIGRAN KE TANAH MELAYU Hubungan awal antara India dengan Tanah Melayu telah bermula di sekitar abad pertama



lagi.13 Sememangnya, imigrasi penduduk China dan India ini sudah pun bermula sebelum abad ke-19, namun penghijarahan secara besar-besaran telah dilakukan sebaik sahaja pendudukan British di Tanah Melayu.14 Imigran India juga pada awalnya sudah pun terlibat dengan beberapa projek pertanian berskala besar sebelum kedatangan British iaitu seperti penanaman rempah dan lada hitam pada tahun 1820-an, gula pada tahun 1830-an, dan kopi pada tahun 1870-an.15



Christie, J.W. , “Iron Working in Sarawak”, dalam J.W. Christie & V. King, Metal Working in Borneo:Essays on Iron and Silver Working in Sarawak, (Centre for S.E. Asian Studies, Hull University, 1988), hlm. 15. 10 Drabble, John H. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 13-14. 11 Drabble, J.H., “The Emergence of The Modern Malayan Economy:The Impact of Foreign Trade in the Nineteenth Century”, (Monash University Centre for South East Asian Studies, 1989), hlm. 7. 12 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Koloial, International Journal of the Malay World & Civilisation 3 (2), (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, 2015), hlm 25. 13 Dr. Mohd Rais B. Abd. Karim, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),2009, hlm. 420. 14 Lee, Sharon M. "Female Immigrants and Labor in Colonial Malaya: 1860-1947": The International migration review 23, no. 2 (University of Richmond, 1989), hlm. 312. 15 Wheatley, Paul, K. S. Sandhu, and A. Mani. "Indian Communities in Southeast Asia." ( ISEAS,Singapore, 1994), hlm. 151. 9



3



Penghijrahan imigran India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang tanaman getah.16 Kemasukan imigran India ini pada awalnya adalah tidak teratur dan tidak mempunyai struktur yang lengkap. Kebanyakan imigran India sama ada yang dibantu atau tidak dibantu proses migrasinya mulai dikategorikan pada awal 1930-an oleh British.17 Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang mendorong kemasukan buruh asing di Tanah Melayu.18 Perkembangan perlombongan timah dan perdagangan getah pada lewat abad ke-19 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besarbesaran.19 Perkembangan ini juga disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap getah untuk menghasilkan pelbagai jenis barang seperti tayar, kasut, penebat barangan elektrik di Eropah dan Amerika Syarikat.20 Buruh Cina pula mempunyai sedikit kelainan di mana kedatangan mereka di Tanah Melayu adalah sebagai pedagang dan sebilangan kecil pernah menetap di sini khasnya pada zaman Kesultanan Melaka.21 Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan China,terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien.22 Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan buruh Cina ke Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan mereka memasuki kawasan perlombongan di negeri-



16



Khoo Kay Kim, Latar Belakang Sejarah Masharakat India & Cina di Tanah Melayu, Jebat. Bil 1, 1971/72, (Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1971), hlm. 14-23. 17 Wheatley, Paul, K. S. Sandhu, and A. Mani. "Indian Communities in Southeast Asia.", hlm. 153. 18 Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu, (Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1974), hlm. 180. 19 Sivachandralingam Sundra Raja (et)(al), Sejarah Masih Relevan, (Selangor:Karisma Publication Sdn. Bhd.1995) ,hlm. 242. 20 Mohd Amin Bin Hassan, Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu, Bijih Timah & Getah Malaysia:Warisan & Perkembangan, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka,1992), hlm. 154. 21 Khoo Kay Kim, Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.(Jabatan Sejarah. Universiti Malaya,1971) hlmn: , Bil. 1. 1971/72. 22 Thock Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu : Pandangan Kaum Cina, (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2005) hlm. 19.



4



negeri Melayu dan bekerja di sektor perniagaan,pertanian dan perladangan seperti di ladangladang gambir,lada hitam dan tebu.23 Faktor ekonomi adalah faktor utama yang mendorong kemasukkan buruh asing terutamanya bagi menjayakan perusahaan bijih timah dan pertanian di bawah Sistem Kangcu. Di bawah Sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.24 4.0



KEADAAN EKONOMI DI TANAH MELAYU SELEPAS KEDATANGAN BRITISH Galakan daripada British yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi



tambang dan jaminan keselamatan juga telah mempercepatkan kemasukan tenaga buruh dari luar.25 Kelengkapan dan juga kemudahan inilah yang telah membuka peluang yang baik kepada tenaga buruh dari luar untuk terlibat di dalam ekonomi Tanah Melayu. Di samping itu, British lebih gemar membiayai buruh-buruh imigran ini atas desakan tuan tanah yang ingin memastikan bekalan tenaga buruh pada kos yang serendah mungkin.26 Peluang inilah yang telah diambil British sebaiknya memandangkan buruh India terutamanya yang sanggup bekerja walaupun dibayar dengan gaji yang rendah.27 Terutamanya imigran yang didatangkan dari Selatan India iaitu daripada kasta yang terendah, Madrasi, dianggap paling mudah dan paling memuaskan untuk diambil bekerja.28



23



Roslan Zainuddin (ed.),Mohd.Mahadee,Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. (Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd, 2010), Hlm 59. 24 Abu Talib Ahmad, Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu, (Kuala Lumpur, Fajar Bakti. 1974). Hlm. 180 25 Roslan Zainuddin, Mohd Mahadee, Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia : Edisi Kedua,hlm. 59. 26 Drabble, John H. "Rubber in Malaya 1876-1922: the genesis of the industry." , (Oxford University Press, 1973). hlm. 15. 27 Azmah Abd. Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, (Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn. Bhd., 2001), hlm. 8. 28 Wheatley, Paul, K. S. Sandhu, and A. Mani. "Indian Communities in Southeast Asia." , hlm. 152.



5



Penglibatan kaum imigran terutamanya kaum Cina dan India telah menambahkan pengeluaran bijih timah dan getah di Tanah Melayu dengan pesatnya. Jika diperhatikan melalui perangkaan, amat jelas bahawa perlombongan bijih timah dipelopori oleh imigran Cina manakala perladangan getah oleh imigran India. Orang Melayu sebelum ini telah memulakan rentak perlombongan dengan menggunakan kaedah mendulang namun, pengeluaran yang dihasilkan adalah rendah berbanding setelah kemasukan imigran Cina.29 4.1



SUMBANGAN IMIGRAN CINA DALAM PERLOMBONGAN Sejak dari tahun 1800-an lagi, tenaga buruh imigran Cina sudah pun menunjukkan



kedudukan daya saing dengan pelopor ekonomi perlombongan tempatan.30 Perkembangan kemasukan imigran ini juga telah membentuk organisasi yang besar yang digelar Kongsi, yang bertindak sebagai satu unit yang mengurus segala perihal merangkumi segala aktiviti ekonomi dan sosial serta segala perihal hubungan dengan pembesar Tanah Melayu.31 Perkembangan perlombongan ini semakin pesat dijalankan selepas kemasukan British di mana terdapat banyak peluang dan bantuan modal asing telah dilaburkan.32 Kedatangan orang Cina juga telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850



29



Abdullah Azmi Khalid, Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersil? dlm. Badriyah Haji Salleh & Tan liok Ee (pnyt.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, (Kuala lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), hlm. 234. 30 Drabble, John H. An economic history of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 14. 31 Drabble, John H. An economic history of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 22. 32 Drabble, John H. An economic history of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 23.



6



– 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. 33 Maka, perkembangan ekonomi di Tanah Melayu ini semakin meningkat oleh sebab kedatangan golongan imigran ini serta turut menyebabkan Tanah Melayu ini menjadi sebuah pengeluaran bijih timah yang tertinggi di dunia pada ketika itu oleh sebab permintaan yang tinggi dari negara luar. Perkembangan ini juga adalah hasil daripada usaha British yang telah mengimport banyak imigran Cina ini daripada 150,000 pada tahun 1880-an kepada lebih 300,000 pada tahun 1920-an.34 Disebabkan oleh kerahan dan kemampuan tenaga kerja sebanyak inilah yang telah meletakkan ekonomi perlombongan melonjak dengan tingginya sekitar 5 dekad tersebut. Jika kita perincikan lagi melalui statistik yang telah dikumpulkan, amat jelas perubahan yang telah dibawakan oleh buruh Cina ini. Pada tahun 1851 sehingga 1860 iaitu sebelum kedatangan British, pengeluaran bijih timah ialah pada kadar 6.5 ribu tan. Namun demikian, pada tahun 1881 sehingga 1890, pengeluarannya melonjak mendadak kepada 19.6 ribu tan.35 Perkara ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pembuktian sebanyak 189,100 atau 96.2% pekerja lombong di Tanah Melayu adalah Cina, 2.4% India, 1.3% Melayu, dan 0.1% kaum-kaum lain.36 Perkara ini juga telah dipengaruhi oleh pembinaan Terusan Suez pada tahun 1869 yang telah membuka konsep perdagangan timur-barat pada masa berkenaan.37 Permintaan bijih timah juga adalah berpunca daripada penggunaan secara meluas teknologi penyaduran timah di



33



Tregonning, K. G., A History of Modern Malaya., (New York: David McKay Co, 1964). hlm, 188. Wu, Xiao An. "China Meets Southeast Asia: A Long-term Historical Review." Connecting & Distancing: Southeast Asia and China. Singapore, ( ISEAS Publishing, 2009): hlm. 31. 35 Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, (Kuala Lumpur, University of Malaya Press, 1969), Appendix 1, hlm. 392. 36 Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, hlm. 384. 37 Drabble, John H. An economic history of Malaysia, c. 1800-1990: The transition to modern economic growth. hlm. 36. 34



7



Amerika Syarikat pada 1890-an.38 Penglibatan orang Cina di dalam industri ini nyata telah mengubah serta mengembangkan ekonomi Tanah Melayu pada tahap yang lebih tinggi. Orang Cina di Tanah Melayu pada ketika itu juga telah menyatakan bahawa kependudukan British dari segi ekonomi dan politik di Tanah Melayu pada ketika itu telah menguatkan lagi kedudukan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu.39 Perkembangan ini juga telah mengangkat kedudukan orang Cina yang dikatakan sebagai perintis kepada kemodenan Tanah Melayu.40 Walaupun buruh-buruh imigran Cina ini turut aktif dalam aktiviti ekonomi yang lain seperti perdagangan, perladangan getah dan juga penanaman gambir dan lada hitam, namun sumbangannya dalam bidang perlombongan dilihat sebagai sumbangan dominan yang telah mengangkat mereka sebagai pemberi sumbangan terbesar dalam ekonomi Tanah Melayu ketika itu. 4.2



SUMBANGAN IMIGRAN INDIA DALAM PERLADANGAN GETAH Perkembangan pesat dalam industri permotoran pada awal abad ke-20 telah



meningkatkan permintaan getah melonjak dari segi harga yang seterusnya telah menyebabkan penanaman getah adalah merupakan penanaman yang paling menguntungkan pada waktu berkenaan.41 Walaupun penanaman getah secara komersil telah dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1898, namun golongan ini tidak mahu dibayar dengan gaji yang rendah. 42 Perkara ini akhirnya telah menyebabkan British telah mengerahkan tenaga kerja imigran India yang lebih banyak pada akhir abad ke-19. Kemasukan imigran ini telah menambah kawasan perladangan



38



Rogers, Robert P. An Economic History of the American Steel Industry.( Routledge, 2009), hlm. 32. C.A. Trorki, Boundaries & Transgressions : Chinese Entreprise in 18 th &19th Century, (New York, London, 1997), hlm. 61. 40 J. Baker, Crossroads : A Popular History of Malaysia & Singapore, (Singapore, 1999), hlm. 211. 41 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, (University of Singapore, 1963), hlm. 200. 42 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 200. 39



8



getah daripada 345 ekar pada tahun 1897 kepada 50,000 ekar pada tahun 1905.43 Pada tahun yang sama, nilai eksport getah yang telah dikeluarkan oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sahaja telah mencatat sebanyak 105 tan, iaitu lebih banyak daripada keluaran kawasan tropika yang lain di Nusantara.44 Pada 1890 dan 1900, harga bagi satu paun getah ialah $ 1.30 dan $1.70 rata-ratanya, namun setelah permintaan yang tinggi berlaku pada tahun 1906 dan 1909 harga getah telah melonjak kepada $5.50.45 Perkembangan ini akhirnya telah menjadikan keuntungan getah pada tahun 1915 sebanyak $93,000 sementara keuntungan bijih timah hanya mencatat sebanyak $61,000 pada tahun yang sama.46 Pertumbuhan yang mendadak dalam indutri getah dapat juga dilihat daripada pertambahan luas kawasan tanah perladangan yang telah bertambah daripada 50,000 ekar pada tahun 1905 kepada 290,000 ekar pada tahun 1909.47 Perkara ini lantas telah melonjakkan keuntungan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sahaja pada tahun 1925 dengan catatan keuntungan sebanyak $32,000.48 Sumbangan kepada semua catatan di atas sememangnya telah banyak diusahakan oleh buruh India seperti yang telah dinyatakan di dalam statistik oleh J.N. Parmer. Dalam perangkaan yang telah dilakukan, ternyata buruh India yang telah dikerah untuk berkerja di dalam bidang ini adalah sebanyak 43,824, Cina sebanyak 5,348, Jawa sebanyak 6,029, dan Melayu 2,872 orang pada tahun 1907.49 Bilangan ini terus meningkat pada tahun 1917 apabila buruh India mencatat kerahan tenaga sebanyak 148,834 orang, iaitu 67.5% lebih tinggi berbanding dengan buruh lain



43



Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 201. Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya,), hlm. 201. 45 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 202. 46 Dun-Jen Li, British Malaya, An Economic Analysis, (New York, 1955), hlm. 38. 47 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 202. 48 Dun-Jen Li, British Malaya, An Economic Analysis,hlm. 38. 49 J.N. Parmer, Colonial Labour Policy and Administration, (New York, 1960), Table 4. hlm. 273. 44



9



yang turut melaksanakan perladangan getah di Tanah Melayu pada ketika itu.50 Perkembangan ini akhirnya telah melonjakkan ekonomi Tanah Melayu dalam industri getah yang telah menguasai 53.4% (214,000 tan) industri getah dunia pada tahun 1922.51 Maka benarlah bahawa pedagang-pedagang India yang pada awalnya telah menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau tanah emas sejak kedatangannya dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.52 4.3



IMPLIKASI KEMASUKAN BURUH CINA DAN INDIA PADA ZAMAN



PENJAJAHAN BRITISH. Sememangya, buruh Cina dan India telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan juga pelbagai bidang ekonomi yang lain di Tanah Melayu. Namun demikian, berdasarkan kerahan tenaga yang telah disusun atur oleh British, telah menjadikan golongan ini mempunyai pengkhususan pekerjaan dan penempatan iaitu orang Cina bekerja di perlombongan dan penempatan mereka lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala orang India di perladangan getah dan tinggal di estet-estet getah. Perkembangan ini juga telah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar sumber utama untuk penghasilan barangan aluminium, kotak-kotak besi, tangki, wayar, tayar serta barangan plastik yang lain.53 Selain itu, dapat dilihat bahawa jumlah perdagangan di Tanah Melayu telah meningkat dengan mendadak dari tahun 1870 sehingga 1915. Perkembangan ini dapat dilihat melalui perangkaan oleh Chiang Hai Ding iaitu pada tahun 1870, peratus perdagangan Tanah Melayu



50



J.N. Parmer, Colonial Labour Policy and Administration, hlm. 273. International Rubber Study Group, Rubber Statistical Bulletin, Vol. 19, (New York, 1965), Table 55, hlm. 44. 52 Hairi Abdullah, Penduduk Semenanjung Malaysia ; Banci, (Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989), hlm. 59. 53 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 323. 51



10



adalah sebanyak 42.4%, bertambah kepada 59.3% pada tahun 1915.54 Tanah Melayu juga telah mencatat keuntungan eksport sebanyak $401, 800 pada tahun 1920 berbanding dengan $5,999 pada tahun 1870.55 Pembukaan penempatan baru juga telah berlaku sepanjang 5 dekad berkenaan di mana terdapat 438 perkampungan baru telah dibuka hasil daripada proses aglomerasi yang telah dibawa oleh British dengan mengerah golongan buruh imigran ke Tanah Melayu.56 Perkara ini seterusnya telah mengubah fungsi-fungsi beberapa lokasi lantas telah mewujudkan bandar-bandar besar di Tanah Melayu pada waktu berkenaan.57



54



Ding, Chiang Hai. A History of Straits' Settlements Foreign Trade 1870-1915. (National Museum, 1978) Table XI, hlm. 85. 55 Ding, Chiang Hai. A History of Straits' Settlements Foreign Trade 1870-1915 : Aggregate Imports and Imports, 1870-1920, (National Museum, 1978) Table XI, hlm. 85. 56 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 169. 57 Ooi Jin-Bee, Land, People and Economy In Malaya, hlm. 169.



11



5.0



KESIMPULAN Kesimpulannya, adalah tidak dinafikan bahawa sumbangan buruh imigran Cina dan India



telah menyumbang banyak dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Namun demikian kita tidak boleh meninggalkan terus sumbangan yang telah dilakukan oleh buruh-buruh yang lain terutamanya orang Melayu. Jika diteliti, orang Melayu adalah sangat berpotensi dan mempunyai peluang yang besar dalam membangunkan ekonomi di Tanah Melayu. Namun, disebabkan oleh agenda British sendiri yang tidak ingin membiarkan orang Melayu mempunyai kelebihan dari segi pegangan ekonomi dan politik, akhirnya mereka telah mengambil buruh-buruh imigran ini untuk bekerja di samping melihat peluang bayarannya lebih rendah berbanding dengan orang Melayu. Perkara ini jelas memberi andaian kepada kita bahawa orang British telah menjadikan Tanah Melayu sebagai satu syarikat dan buruh imigran ini sebagai instrumen untuk memajukan syarikar mereka. Oleh hal yang demikian, peranan dan kelebihan orang Melayu secara tidak langsungnya telah diambil alih. Namun demikian, lantaran daripada perkembangan ini, ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan sangat maju lantas boleh kita katakan bahawa sememangnya sumbangan buruh imigran dari China dan India kepada perkembangan ekonomi Tanah Melayu pada zaman penjajahan adalah besar.



12