Eksperimen Ujian Garam Unknown [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Eksperimen 1: Penyataan masalah: Bagaimanakah kation dan anion dalam suatu garam anu dapat dikenal pasti? Hipotesis: Garam anu itu mengandungi ion aluminium dan ion nitrat. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: jenis reagen (b) bergerak balas: pembentukan mendakan / larutan dengan warna tertentu (c) dimalarkan: kation dan anion dalam garam anu Bahan: pepejal garam K1, asid cair, alkali cair, air kapur, larutan argentum nitrat, larutan barium klorida, larutan ferum (II) sulfat 0.5 mol dm-3, dan larutan kalium iodide 0.5 mol dm-3. Radas: tabung uji, rak tabung uji, pemegang tabung uji, bikar kertas turas, corong turas, spatula, penitis, dan salur penghantar. Prosedur: 1. K1 ialah pepejal garam anu yang mengandungi satu kation dan satu anion sahaja. 2. dengan hanya menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, satu eksperimen telah dirancangkan untuk mengenal pasti kation dan anion dalam garam anu K1. 3. Perkara-perkara berikut diberi perhatian semasa merangkan eksperimen.  kaedah eksperimen  langkah-langkah berjaga-jaga  kauntiti pepejal / isi padu larutan yang digunakan. keputusan: kaedah eksperimen yang dirancang, pemerhatian yang diperoleh dan inferens yang dibuat direkodkan ke dalam jadual berikut:



Kaedah eksperimen Kepada satu spatula pepejal anu K1 dalam sebuah bikar kecil, 10 cm3 air suling ditambahkan. campuran itu dikacau dan dituraskan. ujian-ujian berikut dijalankan ke atas hasil turasan itu. (a) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan natrium hidroksida ditambahkan. (b) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan ammonia akueus ditambahkan. (c) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan kalium iodide ditambahkan. (d) kepada 1 cm3 larutan K1, asid nitric cair ditambahkan. (e) kepada 1 cm3 larutan K1, Asid hidroklorik cair diikuti dengan larutan barium klorida ditambahkan. (f) kepada 1 cm3 larutan K1, asid nitric cair diikuti dengan larutan argentum nitrat ditambahkan. (g) kepada 1 cm3 larutan K1, asid sulfuric cair dan larutan ferum (II) sulfat ditambahkan. kemudian, beberapa titik asid sulfuric pekat dimasukkan. jangan goncang.



Pemerhatian



Inferens



Kesimpulan: Garam K1 mengandungi ion _______________________ dan ion ____________________



Eksperimen 2: Penyataan masalah: Bagaimanakah ion magnesium dan ion karbonat disahkan hadir dalam garam magnesium karbonat? Hipotesis: ion magnesium dan ion karbonat memberikan pemerhatian yang spesifik dengan reagen tertentu. pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: jenis reagen (b) bergerak balas: pembentukan mendakan dan pembebasan gas. (c) dimalarkan: ion magnesium dan ion karbonat bahan: pepejal magnesium karbonat, asid nitric 2 mol dm-3, larutan natriu hidroksida 2 mol dm-3, larutan ammonia akueus 2 mol dm-3 dan air kapur. radas: rak tabung uji, tabung uji, pemegangn tabung uji, spatula, penitis, penunu Bunsen, salur penghantar dan tabung didih. prosedur: 1. dengan hanya menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, satu eksperimen telah dirancangkan berdasarkan hipotesis yang dinyatakan untuk mengesahkan kehadiran ion magnesium dan ion karbonat dalam garam magnesium karbonat. 2. perkara-perkara berikut diberi perhatian semasa merancang eksperimen.  kaedah eksperimen  langkah berjaga-jaga  kuantiti pepejal / isi padu larutan yang digunakan. Keputusan: kaedah eksperimen, pemerhatian yang diperoleh dan inferens yang dibuat direkodkan ke dalam jadual berikut: Kaedah eksperimen Pemerhatian Inferens 1. pepejal garam dipanaskan dengan kuat. gas yang erbebas diuji dengan air kapur 2. pepejal garam ditambahkan ke dalam 5cm3 asid nitric cair secara berlebihan. gas yang terbebas diujikan dengan air kapur. Kandungan yang terhasil dituraskan. hasil turasan digunakan untuk melakukan ujian-ujian berikut: (a) kepada 1 cm3 hasil turasan, larutan natrium hidroksida ditambahkan. (b) kepada 1 cm3 hasil turasan, larutan ammonia akueus ditambahakan.



kesimpulan: pepejal garam itu mengandungi ion __________________ dan ion ___________________.