Esei Pakaian Tradisional [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Pavadai Dhavani adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh gadis-gadis muda Tamilnadu. Pakaian ini juga digunakan di negeri-negeri India Selatan seperti Andhra Pradesh, Karnataka dan Kerala. Ia dipanggil sebagai Langa Voni dalam Telugu, Langa Dhavani dalam Kannadam dan dikenali sebagai dua keping sari atau separuh sari. Pavadai Dhavani berasal dari Tamilnadu. Pakaian ini dipakai oleh wanita Tamil untuk lebih daripada tiga hingga empat abad. Pavadai Dhavani ditakrifkan sebagai simbol kecantikan luar bandar.



CIRI – CIRI Pavadai Dhavani terdiri daripada tiga bahagian iaitu pavadai yang juga dikenali sebagai skirt panjang, blaus dan dhavani yang berukuran kira – kira 2 hingga 2.5 meter. Dhavani tersebut akan dikepilkan di atas bahu kiri. Fabrik seperti kapas, Georgette, dan bahan-bahan sintetik lain seperti krep dan nilon juga digunakan untuk menghasilkan pakaian ini. Pada zaman dahulu, Pavadai Dhavani hanya terdiri daripada pavadai dan blaus yang sama warna dan setengah sari yang berlainan warna. Kini, Pavadai Dhavani digayakan dengan sulaman mewah, cermin atau kerja zari dengan warna – warna berani seperti hitam dan merah. Malahan, ia juga digayakan dengan warna yang sama bagi ketiga – tiga bahagian. Maka, Pavadai Dhavani itu akan kelihatan betul – betul seperti sari. Antara aksesori yang dipakai bersama Pavadai Dhavani ialah ‘netti chutti’ iaitu rantai dahi, rantai leher, subang telinga, subang hidung, gelang tangan, ‘ottiyanam’ iaitu rantai pinggang dan ‘kolusu’ iaitu gelang kaki.



FUNGSI Pakaian ini mewakili warisan budaya Tamil Nadu dan dipakai oleh gadis-gadis sebaik sahaja mereka mencapai akil baligh sehingga mereka berkahwin. Ini adalah pakaian khas bagi gadis remaja. Sekiranya seorang perempuan sudah melepasi zaman keremajaannya maka ia tidak akan kelihatan anggun lagi. Terdapat tradisi di Tamilnadu untuk menjalankan majlis apabila seorang gadis mencapai akil baligh. Gadis itu diberikan Pavadai Dhavani oleh ibu bapa sebelah ibu dan gadis itu perlu memakai pakaian untuk separuh masa pertama majlis itu. Ibu bapa sebelah akan memberikan sari yang perlu dipakai pada separuh masa kedua. Tradisi menyampaikan Pavadai Dhavani ini sebenarnya bermula dengan Naamakaranai iaitu majlis pemberian nama kepada bayi perempuan, diikuti oleh Annaprasannah iaitu majlis memakan beras pertama dan akhirnya semasa majlis akhil balighnya.



CARA PEMAKAIAN LANGKAH



1.



PERKARA



Mula – mula pavadai dan blaus harus dipakai.



Satu hujung dhavani diselitkan 2.



disebelah kanan bahagian dan dibawa ke bahagian hadapan sebelah kiri mengelilingi badan.



Bahagian hujung satu lagi diambil dan 3.



dibuat 5 hingga 6 pelisir. Pelisir tersebut dikepilkan di atas bahu sebelah kiri.



GAMBAR