Pakaian Tradisional Masyarakat Cina [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina 1. SEJARAH TRADISIONAL PAKAIAN CINA Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis- lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan Cheongsam kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama- kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pakaian tradisional cina yang dipakai saat menghadiri upacara- upacara penting seperti jamuan perkawinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao(Cheongsam). Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan pengadaptasian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke17 (1644) hingga awal abad ke-20. Banyak orang menganggap “Qipao” (istilah untuk pakaian adat etnis Manchuria) pakaian tradisional cina disebabkan bangsa Manchuria adalah penguasa dalam tempoh dinasti terakhir iaitu Dinasti Qing (1644-1912). Sebenarnya, Qipao adalah busana etnis Manchuria, bukan China. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradisional Jepun dan Korea juga di inspirasikan dari pakaian Hanfu. Oleh itu, Hanfu bisa disebut sebagai nenek moyang pakaian tradisional bangsa Asia Timur (China, Jepun, dan Korea)



2. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI 2.1 Samfoo. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita berketurunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar



seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.