Falsafah Solat [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

FALSAFAH SOLAT Saya ingin mengulas sedikit apa yang telah saya dapat daripada menghadiri kuliah maghrib pimpinan Mohd Ismail Bin Mustari. Ketenangan Dengan bersolat, seseorang itu dapat memberikan ketenangan. Ketengangan terhadap jiwa seseorang. Maka tidaklah dengan keadaan fikiran yang gundahgulana itu akan menyebabkan seseorang itu semakin tidak fokus kepada sembahyangnya, sepatutnya solat akan memberi ketenangan. Maka kita sepatutnya memutuskan hati dan pemikiran daripada perkara lain untuk sembahyang. Lupakanlah segala apa masalah yang anda timpa sekarang, lupakanlah sekejap, dan berikanlah masa sekurangkurangnya 5 minit untuk kita bersolat kerana Allah. Bukankah kita sebenarnya telah banyak memikirkan perkara dunia selain daripada masa kita bersolat ? Antara cara terbaik untuk kita khusyu’ dalam sembahyang adalah dengan fokus pada bacaan imam itu. Ini saya dapati amatlah berkesan pada saya. Sebagai tambahan, kita kejarlah awal ke surau atau masjid untuk mendapat saf hadapan yang paling dekat dengan imam kita. Fokus juga pada pergerakan badan kita, dimana tangan kita akan diletakkan, kemana pandangan kita dan sebagainya.



Syukur Solat adalah lambang kesyukuran kita terhadap Allah. Orang yang benar-benar bersyukur adalah orang yang akan mendirikan solat kerana Allah, bukan kerana hanya melepaskan batuk ditangga, kerana ingin menyampaikan kesyukuran terhadap nikmat yang telah Allah kurniakan kepadanya dengan bersolat penuh khusyu’. Sesungguhnya Allah akan tambah lagi nikmat kepada hambanya yang sentiasa bersyukur. Maka bersyukurlah walaupun anda hanya sekadar meminum segelas air kosong. Sebutlah Alhamdulillah. Solat adalah lambang kegembiraan hamba bersama penciptanya, maka gembiralah kita untuk bersolat. Marilah kita renungkan apa yang telah saya tulis ini dan cuba nilai diri kita sendiri, adakah kita melakukan ibadah solat seperti falsafah solat yang sebenarnya ? Ayat motivasi dari quran Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama… Sahabatku, Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara,



kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah… biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan… Sahabatku yang ku kenali, Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama… Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah… Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan… “Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58. Sahabatku yang ku kasihi, Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini… Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah… “Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – atTagabun : 11 “(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. – al-Baqarah : 156. Sahabatku yang ku rindui, Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu… “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1 Sahabatku,



Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu… “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – alBaqarah : 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 Sahabatku yang ku kasihi, Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu… Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya… Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini… “Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139. Sahabatku, Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian… Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu… Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu… “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45 Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu



kepentingan Solat dalam kehidupan setiap Muslim



Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat 'AQAMA' yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan/mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan 'AS-SOLAH' atau SEMBAHYANG diulang dan disebut dalam alQuran, antaranya firman Allah S.WYang bermaksud: "...maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.".Umat Islam, sama ada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah solat ini. Sebab itu, Baginda Nabi s.a.w. telah berpesan kepada umat Islam sejak 1428 tahun lalu supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak tentang ibadah sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang ketika berumur 10 tahun .Sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:Yang bermaksud:”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepadamu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”.(S. Al-Kautsar:1-2).Sembahyang juga Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”dan dirikanlah sembahyang,sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”.(S. Al-Ankabuut: 45).Inilah kesan kebaikan kepada orang yang



benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.selain dapat memantap jiwa dan sifat tawaduk.Kesan kebaikan sembahyang seterusnya dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan sembahyang dengan ikhlas kerana Allah sematamata,Sembahyang juga dapat membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaduk (rendah diri dan hati) dan sifat tadarru’ (merendah diri berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang bersembahyang. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:”Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)”(HR At-Tirmizi dan An-Nasa’i).Berkat hidup dan berbahagia kehidupan, aman damai dan tenang dan jiwa dipenuhi rasa yakin berjaya dan maju. Tiada keluh kesah, bimbang, runsing, takut dan gundah dalam diri. Inilah kesan dari ibadah sembahyang. Ia hanya akan dirasakan oleh orangorang yang taat, khusyuk dan ikhlas mengerjakan sembahyang sepanjang hayatnya.Kerana itu, sebagai umat Islam marilah kita ambil berat perintah solat ini dalam diri, keluarga, masyarakat dan kehidupan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dijanjikan oleh Allah sebagai golongan berbahagia dan berjaya yang akan memperolehi kebahagiaan di dunia berupa kejayaan, ke-amanan dan keberkatan hidup, dan nikmat kehidupan akhirat yang kekal, sebagaimana firman Allah dalam al-Qur'an yang bermaksud:"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (S. Al-Mukminuun: 911).Demikianlah, betapa besar pengaruh dan fungsi sembahyang dalam menyuburkan nilai-nilai baik dalam kehidupan umat Islam. Jelas menunjukkan bahawa sembahyang yang sempurna dengan segala rukun serta syaratnya dapat memberi kesan dalam hati, jiwa, akal, amalan dan tindakan sese-orang. Dan orang yang tetap istiqamah mendirikan sembahyang juga dapat mengubah dirinya daripada seorang berkelakuan jahat kepada berkelakuan baik, daripada mengerjakan perkara jahat atau maksiat kepada meninggalkannya dan daripada baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu



KESAN SOLAT



3.1 Pengenalan Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu cibadah wajib ke atas setiap umat Islam untuk melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih sihat dan waras. Jika ditinjau dalam alQuran terdapat lebih dari 25 tempat ayat “ aqama” yang merujuk kepada makna perintah agar melaksanakannya atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “ as-solah” atau sembahyang diulang-ulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya : Firman Allah S.W.T. Ertinya : “ Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya “ Sebagai umat Islam, sama ada remaja, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati , memahami dan menghalusi dengan sehalus-halusnya perintah dari solat ini. Oleh kerana itu , Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak agar mengerjakan



cibadah solat sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan solat ketika berusia 10 tahun. Firman Allah S.W.T : Ertinya : “ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orangorang yang bertakwa “ Jadi sudah tentu pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malahan cibadah solat berupaya menjadi benteng diri mencegah dari melakukan perbuatan keji dan munkar. Betapa besar kepentingan dan kesan yang timbul dari solat kepada orang-orang Islam yang beriman. Bukti atau dalil solat mempunyai kedudukan yang besar dan utama ialah : a. Solat itu ialah tiang agama, tidaklah tegak agama tanpanya.Apabila roboh atau runtuh tiang, maka akan robohlah binaan Islam. b. Solat ialah amalan pertama yang akan ditanyakan di akhirat yang



akan menjelaskan amalan lain atau menentukan nasib seseorang di sana. c. Solat ialah perkara agama yang terakhir akan hilang. Apabila seseorang itu tidak melakukan solat maka tidalah lagi saki baki agama Islam itu. d. Solat ialah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebelum beliau wafat. e. Allah S.W.T. memuji orang yang tetap bersolat dan menyuruh anak isterinya agar turut serta bersolat. f. Allah S.W.T. mencela orang yang menyia-nyiakan solat dan orang yang bermalas-malasan dalam melakukannya. g. Solat ialah sebesar-besar rukun Islam dan tiang besarnya selepas mengucap dua kalimah syahadah. h. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan langit dengan mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan orang tengah iaitu Jibril A.S. i. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam, kemudian dikurangkan dengan sebab rahmat Allah S.W.T. sedangkan pahalanya tetap sama. ( dikira sebagai 50 kali solat)



j. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding kefardhuan yang lain. k. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului kewajipan puasa, zakat dan haji. l. Allah mewajibkan solat dilakukan lima kali dalam sehari semalam., berbeza dengan rukun-rukun Islam yang lain. Ianya tidak begitu kerap, ini disebabkan peranannya (solat) amat besar. m. Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur, yang baligh, berakal serta cukup syarat-syaratnya. Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap bilangan anak yang tidak solat pada zaman ini. Hal ini kerana mereka masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama anak-anak yang ada kini. Adapun bapa, ia tetap berhadapan dengan Allah S.W.T. di hari akhirat terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah meninggalkan cara hidup Islam yang telah diwarisi sejak zaman keemasan Islam lagi. Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan orang yang beriman dan beragama bagi setiap orang di seluruh pelusuk dunia Islam. Selagimana seseorang Islam itu masih berakal dan sedar, maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.iaitu dalam waktu-waktu yang segera Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat



dengan alasan untuk mengqadhakannya di waktu kemudian. Qadha solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak sengaja untuk meninggalkannya. Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat kerana terlalu sibuk, tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk hingga luput waktunya. Dalam lembaran kitab suci al-Quran , Allah memuji orang yang melakukan solat lebih dari 80 kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah serta khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus; mereka akan kekal di dalamnya.



Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya tetapi di sini pengkaji mengajak sidang pembaca, agar melihat dengan lebih mendalam dari kacamata bagaimana peranan solat berjaya membentuk pelajar?. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara kesan-kesan berikut : 3.2 Hormat Guru Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan, mengajar, membimbing, menunjuk dan mendidik seseorang ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah S.W.T. samaada secara langsung atau tidak langsung, di dalam mahupun di luar sekolah.



Kebiasaannya seseorang guru itu umurnya melebihi umur muridnya, mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas serta pengalaman yang melebihi muridnya. Guru juga mempunyai kemahiran yang lebih dalam bidang yang akan diajar olehnya. Justeru itu, mereka dihormati bukan sahaja kerana ilmu pengetahuannya dan juga pengalamannya tetapi juga kerana umurnya yang lebih dewasa daripada muridnya. Ini adalah kerana Islam menganjurkan orang yang lebih muda menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Selain daripada itu, sesiapa yang diklasifikasikan sebagai seorang guru adalah kebiasaannya bersama pelajar atau murid dalam menyampaikan pengetahuan yang berguna tidak kira dalam apa jua bidangnya. Mereka sanggup meluangkan masa mendidik dan mengasuh pelajar ke arah kebaikan tanpa mengenal erti jemu. Mereka juga ikhlas mencurahkan apa yang mereka tahu kepada para pelajarnya. Disebabkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga inilah yang menyebabkan para pelajar berjaya menduduki status yang yang selesa dalam alam pekerjaan. Pengorbanan guru amat bermakna bagi pelajar kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat mengecapi kejayaan yang mereka idam-idamkan. Menghormati guru adalah merupakan satu tuntutan Allah S.W.T. Islam telah mengangkat martabat seorang guru ke peringkat tertinggi satu tingkat di bawah tingkatan iman dan ubudiyah kepada Allah S.W.T.



Sabda Rasulullah S.A.W. : “ Muliakanlah guru-guru agama kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia telah memuliakan Aku “ Akhlak seseorang pelajar dengan gurunya dapat diterjemahkan melalui cibadah khusus yang telah diwajibkan. Melalui cibadah khusus seumpama solat seorang hamba dalam kontek sebagai seorang pelajar dapat membina hubungan baik dengan Allah sekaligus menjadikan dirinya hormat kepada guru seumpama saranan Allah S.W.T.. Melalui pengulangan solat lima waktu sehari semalam yang dikerjakan secara tetap pada waktunya serta ikhlas menghindarkan dirinya daripada melakukan amalan yang buruk. Solat adalah merupakan cibadah penyucian jiwa dari sifat-sifat mazmumah ( keji ) yang terdapat dalam jiwa manusia. Dalam diri manusia terdapat seketul daging iaitu hati. Dan hati akan meninggalkan satu tompok hitam di atas satu kejahatan yang dilakukan.Hati yang hitam sukar dihilangkan melalui ubat doktor tetapi hati akan menjadi putih bersih setelah mendapat rawatan dari Maha Pencipta. Salah satu dari ubatnya adalah melalui solat. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya apabila orang mukmin itu melakukan satu dosa maka akan timbullah satu bintik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat,



menyesal diri dan memohon ampun, bersihlah hatinya dari bintik itu. Tetapi jika ia menambah dosanya, maka bertambahlah bintik hitam di hatinya sehingga seluruh hati menjadi hitam “ Melalui Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam kehidupan aturan Allah ini, terdapat larangan-larangan yang wajib dijauhi oleh setiap hambanya sama sekali. Larangan yang wajib dihindari ini mengandungi hikmah-hikmah yang tersembunyi. Sebagai seorang pelajar, setiap larangan Allah yang menimbulkan dosa haruslah ditinggalkan segera. Dosa sepertimana yang telah dimaklumi ialah perbuatan yang melanggar hukum Allah. Dalam satu Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa satu ketika An-Nawas bin Samcan telah datang berjumpa dengan Rasullullah S.A.W untuk bertanya tentang pengertian kebaikan dan pengertian dosa. Rasulullah S.A.W telah memberikan jawapan : “ Kebaikan ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah apa yang beredar di dalam hati mu yang kamu tidak suka orang lain mengetahuinya “ Justeru itu apabila timbul rasa takut pada cazab siksaan Allah yang maha pedih maka ia menjadi pendinding kepada para pelajar dari melakukan sesuatu yang bersalahan dengan kehendak syariat Islam. Ia bermaksud dengan sebab solat menjadikan setiap orang lebih beringat tentang balasan dosa yang akan diterima kelak bilamana melakukan



kejahatan atau melanggar batas-batas yang telah Allah S.W.T gariskan. Solat berperanan di dalam membentuk pelajar menghormati gurunya sekiranya memiliki cirri-ciri berikut : a. Mengikut Arahan Pelajar akan mengikut nasihat dan bimbingan guru dalam menghadapi liku-liku hidup yang kian mencabar dewasa ini. Pelajar-pelajar juga akan tahu membezakan arahan yang patut diikuti iaitu yang tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu arahan yang membawa kebaikan kepada mereka. b. Cinta dan Kasih Seorang pelajar akan menaruh rasa cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah S.W.T. c. Hubungan Baik Seseorang pelajar mempunyai hubungan baik dengan guru ; bukan sahaja semasa dalam sesi persekolahan malahan juga di luar sesi persekolahan ; dan bukan sahaja semasa berada di dalam kawasan sekolah, malah di luar kawasan sekolah juga turut dititik beratkan.



d. Tidak Meninggi Suara Jika berkomunikasi dengan guru, pelajar menggunakan suara yang rendah dan mengurangkan percakapan. Tidak menggunakan suara yang nyaring melebihi suara guru yang akan mengakibatkan guru rasa tercabar dengan tindakan tersebut.Disamping mencerminkan sikap yang kurang sopan di hadapan gurunya. e. Diam Serta Memahami Semasa guru sedang bercakap atau menyampaikan kuliah dan pengajaran di dalam kelas, pelajar akan diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Pengajaran guru akan dihadapi dengan penuh minat. Pelajar akan bertanya sekiranya ada kemusykilan dalam sesuatu pembelajaran dan pelajar yang solat tidak terlalu pasif di dalam kelas sehingga mengakibatkan suasana menjadi hambar. f. Berterima Kasih Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk berterima kasih kepada guru sesudah mereka memberikan sesuatu pengajaran dan turut mendoackan mereka. Ini adalah bertujuan untuk memohon keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru dalam sesi pembelajaran. g. Merendah Diri



Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata panggilan yang sesuai dan hormat seperti cikgu, ustaz,ustazah, tuan guru ( tok guru) dan sebagainya. h. Mengenang Jasa Guru Pelajar yang baik selalu mengenangi jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah. Guru itu ibarat pelita, membakar diri bagi menerangi orang lain. i. Jangan Menyakiti Perasaan Guru Sepanjang hubungan dengan guru, mereka (pelajar yang menjaga solat) tidak sekali-kali mencuba menyentuh perasaan atau menyakiti hati guru dalam apa jua cara sekalipun. Perasaan hati guru seharusnya dijaga walau dalam apa jua keadaan. j. Bertegur Sapa Pelajar terlebih dahulu bertegur sapa guru di kala bertemu atau bersua. Apalagi jika sudah lama tidak berjumpa dengan guru. Ini kerana guru sudah tentu tidak dapat mengenali rupa para pelajarnya yang telah lama tidak dijumpainya. k. Mendoackan Guru



Apabila guru meninggal dunia, pelajar akan solat untuknya, mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan dan sentiasa berdoac agar Allah S.W.T. merahmati rohnya. Ini adalah penghormatan yang seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar kepada guru-gurunya sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang mendidik mereka sehinggalah mereka menempuh kejayaan. 3.3 Patuhi Masa Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan perhatian yang sangat penting terhadap penjagaan masa. Sebagai seorang muslim kita hendaklah menjaga masa. Tidak mencukupi sekadar menyedari kewajipan menjaga masa sahaja, bahkan wajiblah meletakkan pengurusan masa itu sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan masanya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhiratnya. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah sejagat, rohani dan jasmani. Penjagaan masa hendaklah seperti penjagaan harta benda , bahkan lebih penting daripada itu. Generasi terdahulu lebih menitikberatkan terhadap penjagaan masa. Ini adalah kerana mereka dapat melihat melalui matahati mereka betapa bernilainya harga masa itu. Sepertimana yang telah diungkapkan sebelumnya bahawa syicar Islam telah meyakinkan lagi betapa berharganya masa dalam memberikan



sumbangan terhadap kemajuan manusia seiring dengan peredaran dunia , peredaran matahari dan perubahan malam dan siang. Ketika mana malam sampai ke penghujungnya dan fajar mula terbit , terdengar seruan menyeru manusia yang masih dibuai mimpi, untuk bangun menikmati udara pagi yang bersih lagi segar dengan bangun menunaikan solat subuh. Ketika itu manusia diperingatkan supaya bertemu di hadapan pencipta mereka sendiri, iaitu Allah S.W.T. yang menyusun segala urusan, dan memberikan rezeki kepada mereka. Manusia diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia. Ketika itu manusia di wajibkan solat zohor. Firman Allah S.W.T : Ertinya : “ Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan mu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa “ Setelah matahari berada di sebelah barat, seruan kali ketiga berkumandang menyeru manusia menunaikan solat cAsar. Apabila matahari tidak menampakkan cahayanya, terdengar panggilan kali ke empat, menandakan panggilan untuk solat di penghujung hari iaitu solat Maghrib.



Begitulah keadaan kehidupan seorang muslim pada setiap hari. Memulakan kehidupan sehariannya dengan cibadah solat dan penutupnya juga dengan cibadah solat. Iaitu bermula dengan solat subuh di pagi hari dan di akhiri dengan solat Isya. Semuanya itu pada masa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jelas sekali di sini, melalui ketetapan masa dalam setiap lima waktu solat mampu mentarbiah pelajar dari aspek patuhi masa, samada disedari maupun tidak disedari. Kita seharusnya sedari bahawa di antara nickmat yang tidak ternilai adalah pengurniaan Allah solat dan masa lapang. Pengkaji tidak bercadang untuk menjelaskan maksud solat kerana telah dijelaskan sebelumnya, manakala maksud masa lapang di sini ialah, tidak terikat dengan urusan keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu daripada urusan akhirat. Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak dalil-dalil yang telah menjelaskan kepada kita tentang kewajipan seseorang itu untuk berusaha dalam kehidupan dunianya. Namun begitu kita tidak seharusnya tenggelam dalam lautan keduniaan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat terhadap Allah S.W.T. Pada asasnya, keadaan kerugian hanyalah berlaku dalam urusan perniagaan sahaja. Al Syeikh Minawi mengumpamakan seseorang yang memikul tanggungjawab itu adalah seumpama peniaga, manakala nickmat solat dan masa lapang itu, adalah seperti modal



perniagaan yang merupakan di antara sebab ke arah keuntungan sesuatu perniagaan. Justeru itu barangsiapa yang melakukan pekerjaan setelah selesai solat dan melakukan dengan penuh khusyuck, maka ia akan berjaya sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Dan sebaliknya akan berlaku iaitu barang siapa yang tidak mengikut perintah Allah iaitu tidak solat perniagaannya akan rugi serta modalnya juga turut hilang. Para ulama’ terdahulu amatlah tidak menyukai apabila seseorang yang tidak mengisi masa lapangnya dengan acmalan-acmalan kebaikan. Umpama berjalan-jalan tanpa tujuan, duduk berborak kosong di tempat-tempat awam dan lain-lain lagi. Dengan itu masa bukan lagi suatu nikmat kepadanya tetapi telah menjadi satu bala kepadanya. Ada pula yang mengatakan masa lapang bagi seorang lelaki itu adalah kelalaian manakala bagi seorang perempuan adalah pembuka jalan ke arah mengikut kehendak hawa nafsunya. Adalah amat rugi, apabila masa lapang dimiliki oleh belia remaja khususnya para pelajar dipersia-siakan. Usia muda adalah suatu usia yang mudah melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu sendiri. Tambahan pula apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan yang melebihi keperluan. Mereka mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakki oleh nafsu jahat mereka. Firman Allah S.W.T :



Ertinya : “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentacati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”. Jadi ke atas setiap yang beriman kepada Allah dan yang sudah tentunya dapat menilai nickmat masa yang Allah anugerahkan buatnya serta menyedari kepentingannya maka bersegeralah kita mematuhi masa dengan mengisi masa dengan camalan-camalan kebajikan sepertimana tuntutan Allah. Dalam al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa solat yang difardhukan itu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu. Firman Allah S.W.T : Ertinya : “ Bahawasanya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya “ 3.4 Akhlak Pelajar Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan icktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan sama sekali. Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam kehidupan seorang muslim. Pelajar muslim pastinya tidak terlepas dari kepercayaan dan



keyakinan ini. Dengan hanya beriman kepada Allah sahajalah, seseorang pelajar mempunyai akhlak kepada Allah sekaligus menepati syarat pertama Rukun Iman. Keimanan kepada Allah bukan sahaja apa yang tersemat di hati tetapi lebih tertumpu kepada acmal yang menjadi tongkat memimpin kepada akhlak yang lebih baik. Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan daripada apa yang tersemat dalam dirinya. Sebagaimana menurut al-Ghazali : “ Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya “. Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan menzahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya. Seorang pelajar Islam dikatakan berakhlak bilamana sering melakukan solat pada waktunya. Firman Allah S.W.T : Ertinya : “ Bahawasanya solat itu, menghalangi manusia dari Fahsya dan munkar “



Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada kesihatan dan keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : “Golongan yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya “ Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Justeru, akhlak adalah mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai amat menakjubkan. Faktor yang membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tidak dikira mencapai tahap ketamadunan yang sebenarnya. Allah S.W.T. telah berfirman : Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.( Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan



yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia. Berdasarkan ayat ini, maka bila bertambah seseorang itu dalam melakukan solat maka makin bertambah jugalah tahap keimanan mereka. Dalam solat itu seseorang hamba bukan sahaja dapat bercakap atau berdialog dengan Tuhannya dan memohon sesuatu tetapi ia juga dapat mendekatkan diri kepada-Nya sedekat-dekatnya, terutama semasa sedang sujud. Jadi seseorang yang tidak solat bermakna tidak membuat hubungan dengan Tuhannya. Maka terputuslah daripada nikmat, rahmat,belas kasihanNya.Suburlah akhlak yang keji dan hina, sekaligus ia tidak dapat bermunajat dan mendekati Tuhannya, tempat makhluk bergantung harap. Pada dasarnya, setiap yang beriman itu mengenali Allah dan Rasulnya, kerana itu mereka cinta kepada keduanya serta patuh dengan melakukan suruhan-Nya terutama solat lima waktu. Sebaliknya orangorang yang tidak beriman, mereka membenci Allah dan Rasulnya, terutama orang-orang munafik. Solat itu adalah cahaya, maka sesiapa yang melakukannya akan memperolehi cahaya tersebut. Ini bermaksud barangsiapa yang kerap bersolat, maka keadaan dirinya dikatakan cahaya di atas cahaya,



bersinar gemilang di hadapan Tuhan An Nur iaitu cahaya iman dihias indah dengan cahaya solat yang melahirkan budi perkerti yang mulia. Cahaya solat itu berkilauan dalam hati orang mukmin, bersinar ke atas mukanya dan memantul ke atas setiap anggotanya. Cahaya dimana seseorang dapat bergaul dalam masyarakat dengan selamat. Maka ia dapat melihat apa yang orang tidak nampak akan kebenaran dan sesuatu hakikat. Orang yang mengenali Allah S.W.T. dan mengetahui perintahNya, dia tidak akan sombong, bahkan segera menurut dan mengikuti apa sahaja perintah Allah S.W.T. dan Rasulnya. Mengapa manusia perlu sombong sedangkan kerajaan agung yang mencipta, memelihara dan mentadbirkan seluruh alam ini dari dasar tujuh petala bumi dari sebelah bawah membawa ke tujuh petala langit di sebelah atas, ditambah lagi dengan alam raksasa ghaib adalah semuanya di tangan Allah S.W.T.yang mempunyai segala sifat Keagungan dan Kemuliaan : sifat kehebatan yang boleh sombong mengatasi manusia. Merendah diri adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Sifat ini adalah pakaian utama bagi orang yang berkedudukan tinggi dan berpangkat, dan ia juga menaikkan darjat orang yang berkedudukan rendah dan miskin. Maka solat merupakan suatu latihan bagi orang yang berkedudukan tinggi untuk dapat merendahkan diri kepada Allah, Tuhan Maha Pencipta. Jika belum dapat merendahkan diri, maka ketahuilah bahawa kesemua makhluk yan g berakal dan tidak berakal adalah tunduk kepada Allah Tacala pada setiap masa dan



mereka patuh takut dan bimbang menunggu apa sahaja yang akan dilakukan Allah kepada mereka. Menurut Al-Qustani R.A. antara sebab mengapa solat ini dilakukan lima kali dalam sehari ialah untuk memeluhara manusia dalam kehidupan sehariannya yang biasanya lalai oleh adanya nafsu keinginan, kelalaian, lupa, terlibat dengan tabicat dan tradisi. Maka solat dapat mencegah dari nafsu yang buruk dan merugikan. Di dalam agama Islam, solat adalah alat yang dapat mengawal diri seseorang daripada dosa dan kemungkaran. Solat dapat mewujudkan manusia yang patuh, baik, mulia dan berakhlak terpuji. Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :



1. Ketepatan waktu



‫صل توـة ت ت‬ ‫مووققوتتا‬ ‫مؤو ك‬ ‫إك م‬ ‫ن ك كت تـ ـبتتا م‬ ‫كان تتو ع تتلى ٱلو ق‬ ‫ن ٱل م‬ ‫مكني ت‬



Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa' 4:103)



Waktu atau masa adalah perkara yang sangat penting di dalam solat. Salah satu dari syarat sah solat ialah mengerjakannya di dalam waktunya. Orang yang mengerjakan solat di luar waktunya bererti tidak sah dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT. Oleh kerana itu ketepatan waktu sangat penting.



Selanjutnya Allah akan memberi bonus tambahan kepada mereka yang mengerjakannya di awal waktu sedangkan barang siapa yang melewatkannya dibenci oleh Allah. Disiplin ini secara otomatik akan mendorong manusia untuk berlumba-lumba menunaikan solat bukan hanya di dalam waktunya bahkan juga di awal waktu.



Di samping itu juga orang yang datang lebih awal ke tempat solat akan mendapat keuntungan berada di saf depan. Allah memberikan ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang berada di saf yang lebih depan.



Apabila seseorang itu berjaya menjaga disiplin dalam solat, maka apabila ia terjun ke dalam dunia kehidupan secara otomatik akan dapat mendisiplinkan diri. Di dalam perniagaan umpamanya, ketepatan masa sangat dititik beratkan. Setiap masa yang terbuang bererti semakin banyak kerugian yang terjadi. Setiap detik dibiarkan berlalu ertinya kerugian.



Jika solat dapat mendorong manusia untuk berlumba-lumba berada di saf depan, maka jika dilaksanakan dalam kehidupan akan melahirkan manusia yang senantiasa berlumba untuk maju ke depan. Lumrahnya orang yang senantiasa datang lebih awal tentu akan merebut peluang apapun yang ditawarkan.



Solat sepatutnya menjadi asas pengurusan masa umat Islam.



2. Ketepatan janji



‫ن‬ ‫ب ٱلوعتـ ـل ت ك‬ ‫س ك‬ ‫ماكتى ل كل مهك تر ب‬ ‫ققلو إ ك م‬ ‫صتلكتى وتن ق ق‬ ‫م ت‬ ‫محوتياىت وت ت‬ ‫كى وت ت‬ ‫ن ت‬ ‫مي ت‬



Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)



Solat adalah satu ibadah di mana manusia membuat dan memperbaharui janji dengan Tuhan setiap kali mengerjakannya. Ini bererti 5 kali sehari manusia memperbaharui janji dan ikrar dengan Tuhan. Janji itu pula tidak hanya dibiarkan menjadi hiasan bibir tetapi untuk ditunaikan dalam kehidupan.



Jika manusia dapat berusaha menunaikan janjinya kepada Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, maka dengan manusia yang dapat dilihat secara lahir ini tentulah lebih dapat menunaikan janji.



Begitu juga di dalam pekerjaan, perniagaan atau pemerintahan, jika seseorang itu gagal dalam menepati janjinya dengan pelanggan, klien, pelabur atau pekerja maka tentu akan memburukkan imej dan akan menghilangkan keyakinan dan kepercayaan kepada syarikat, jabatan atau negara.



Yang lebih parah lagi, hal itu juga akan menjadi sebab tindakan undang-undang boleh diambil terhadap syarikat atau jabatan kerana kegagalannya menepati janji. Begitulah pentingnya faktor janji di dalam kehidupan. Bagi orang yang sudah biasa mendisiplinkan dirinya dengan janji di dalam solat, maka hal itu akan mendorongnya untuk menepati janji di luar solat.



3. Jujur dan amanah



Insan yang jujur dan amanah adalah aset yang sangat mahal di dalam sebuah masyarakat. Solat adalah ibadah yang sangat mendidik manusia menjadi jujur dan amanah. Hal itu adalah kerana



pelaksanaan ibadah tidak dapat dibuktikan secara lahiriah melainkan dengan pengakuannya sendiri ataupun saksi yang melihatnya.



Ibadah solat ini hanya melibatkan manusia dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang menjadi saksi akan perbuatannya itu. Ibadah yang lain contohnya zakat dapat dibuktikan secara lahir kerana melibatkan hubungan di antara manusia. Tetapi solat menguji kejujuran manusia dengan Tuhannya. Solat melatih manusia berlaku amanah pada dirinya dan Tuhannya.



Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: “Ihsan itu ialah kamu beribadat (menyembah Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka (yakinlah) Allah tetap melihatmu.” (Muslim)



Orang yang tetap mengerjakan solat baik di tempat ramai mahupun sendirian ertinya ia jujur pada dirinya dan Allah. Orang yang seperti itu jika mengendalikan sesuatu kerja insyaAllah akan bertindak jujur dan amanah kerana telah dididik melalui solat. Kerana itu jika semua yang terlibat dalam pekerjaan itu amanah, tentu akan menguntungkan perusahaan di samping dapat meningkatkan keyakinan masyarakat.



4. Taat pada pemimpin



Taat yang penuh pada perintah ketua adalah aspek yang sangat perlu dititikberatkan di dalam Islam. Jika pekerja tidak faham atau tidak dapat mentaati perintah majikannya, sudah tentu akan terjadi huru hara dan merugikan. Terlebih lagi jika perusahaan memiliki pekerja yang ramai di mana masing-masing mengikuti pendapat sendiri tanpa mentaati arahan ketuanya. Hal itu sangat membahayakan kedudukan sesebuah perusahaan.



Dalam konteks negara, rakyat wajib mentaati imam atau pemerintah.



‫ت‬ ‫يـ وـأ تيہا ٱل مذين تءامنوا و أ تطيعوا و ٱلل مه وأ تطيعوا و ٱلرسو ت ق‬ ‫منك قمو‌‌ فتكإن ت تن تـ ـتزعوت ق وم‬ ‫ل وتأووكلى ٱلوأمورك ك‬ ‫ت ت ك ق‬ ‫ك ق‬ ‫م ق‬ ‫ت ق و‬ ‫ك ت‬ ‫ت يہ‬ ‫ت‬ ‫ل كإن ق‬ ‫خرر‌‌ ذ تٲل ك ت‬ ‫كفى ت‬ ‫خي رورت‬ ‫ك ت‬ ‫ن ب كٱلل مهك وتٱلوي تووم ك ٱلوأ ك‬ ‫كنت قمو ت قؤو ك‬ ‫مقنو ت‬ ‫شىو ءءت فتقر ي‬ ‫دوه ق إ كتلى ٱلل مهك وتٱلمر ق‬ ‫سو ك‬ ‫ت‬ ‫ن ت تأوكويل ل‬ ‫وتأحو ت‬ ‫س ق‬



Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa' 4:59)



Ibadah solat itu sendiri merupakan disiplin untuk melatih manusia supaya taat pada pemimpin terutama melalui solat berjemaah.



Di dalam solat berjemaah makmum wajib memulai dengan memasang niat mengikuti imam. Dia juga mesti berada di belakang imam. Tidak boleh berada sebaris atau di hadapan imam. Gerakannya tidak boleh sama atau mendahului imam. Malah mesti setelah gerakan imam. Suaranya juga tidak boleh melebihi suara imam. Jika hal itu terjadi maka tidak sah solatnya. Itu bererti solat jemaah mendisiplinkan hati, akal dan fizikal untuk taat kepada pemimpin.



Makmum tidak boleh bergerak sesuka hati tanpa merujuk kepada imam. Jika disiplin itu telah mendarah daging maka secara otomatik kita akan terdidik untuk mentaati ketua di mana saja kita berada dalam tindakan apapun selama tidak bertentangan dengan syariat.



Disiplin solat jemaah juga menitikberatkan soal kelurusan barisan atau saf. Bukan sahaja lurus, tetapi perlu rapat. Imam perlu memastikan saf lurus dan rapat sebelum mula mengangkat takbir. Segalanya mempunyai hikmah. Apabila di dalam solat saf boleh lurus dan rapat,



moga diluar solat juga dapat mengeratkan kasih sayang dan perpaduan.



Kerana itu imam amat perlu berhati-hati dalam mengimami solat, jangan sampai saf bengkang bengkok dan renggang seperti yang berlaku hari ini. Tidak hairanlah di luar solat umat kini bengkang bengkok amalannya dan renggang ukhwahnya.



Dalam solat juga, makmum boleh bermufaraqah (keluar dari mengikuti imam) jika jelas solat imam itu telah terbatal. Makmum boleh mengingatkan imam ketika imam terlupa rukun atau bacaan. Imam juga boleh diganti oleh orang yang di belakangnya jika telah terbatal solat.



Demikian realiti yang ditunjukkan Rasulullah ‫ﷺ‬. Ibn Umar. r.a. berkata: Bersabda Rasulullah ‫ﷺ‬: Seorang muslim wajib mendengar, taat pada pemerintahnya dalam apa yang disetujui atau tidak disetujui kecuali jika diperintah (paksaan) maksiat. Maka apabila disuruh maksiat, maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat. (Bukhari dan Muslim)



Alangkah beruntungnya seorang majikan atau pemimpin jika semua pekerjanya atau rakyatnya memahami dan mentaatinya. Ini tentu



mengurangi masalah dan dapat meningkatkan prestasi perusahaan atau negara tersebut.



5. Fokus dalam segala urusan



Perkara penting yang dituntut dalam solat adalah khusyuk. Khusyuk berlaku apabila hati fokus kepada Allah. Sepanjang solat sentiasa merasai diri di perhatikan Allah. Rasa hamba, sedar diri sedang menyembah Tuhannya. Apa erti solat jika tidak merasa menyembah Allah. Apa erti ibadah jika tiada rasa kehambaan. Segala ingatan, perasaan dan perbuatan dalam solat hanya tertumpu kepada Allah SWT semata-mata.



Jika khusyuk ini dapat dibawa hingga ke luar solat, segala pekerjaan dan perbuatan akan terkawal. Akan fokus, tidak terkeluar dari landasan dan matlamat. Orang yang fokus kepada pekerjaannya pasti dapat menyiapkan kerja yang bermutu dalam waktunya.



6. Tahan dalam menghadapi ujian



Apabila manusia berhasil menunaikan solat dan tuntutannya yang sangat berat itu, bererti seseorang itu telah berjaya melepasi tiga tuntutan iaitu berat menunaikan solat, mengikuti displin di dalam solat



serta melaksanakan tuntutan serta janji di dalam solat. Bila setiap hari seseorang berusaha untuk melaksanakan ibadah itu, bererti setiap hari dia perlu bergelut dengan cabaran hawa nafsu. Proses ini akan membantu menguatkan jiwa manusia dan menyediakan manusia untuk berhadapan dengan ujian.



Dengan mengerjakan solat secara istiqamah, sekaligus dapat membentuk jiwa manusia menjadi tahan terutama apabila berhadapan dengan cabaran hidup lahir dan batin. Apabila ia terjun dalam kehidupan seharian yang memang penuh dengan cabaran maka asas disiplin yang telah terbentuk dari solat itu akan membantunya mengatasi dan melepaskan segala ujian dan cabaran yang dihadapi.



Begitulah asas-asas disiplin yang lahir dari mengerjakan ibadah solat. Apabila umat Islam mengerjakan solat, maka akan lahirlah disiplin. Apabia umat berdisiplin, maka akan tercetus kemajuan. Umat Islam memang beruntung kerana agama Islam mendorong umatnya membuat kemajuan. Hal itu sesuai dengan fitrah manusia yang menginginkan kemajuan. Bagi orang bukan Islam, kemajuan yang mereka rasakan hanyalah berdasarkan dorongan fitrah semata.



Oleh itu umat Islam sepatutnya lebih maju lagi kerana didorong oleh dua faktor tadi. Kerana Islam tabiatnya adalah mendorong kemajuan maka apabila diamalkan akan tercetus kemajuan dalam kehidupan. Jika umat Islam tidak maju maka yang pertama perlu diperiksa adalah solatnya. Kerana solat adalah ibadah asas yang utama, maka



solat juga merupakan sebab segala kejayaan di dunia dan akhirat. Orang yang mengerjakan solat dan berpegang teguh pada disiplindisiplinnya insyaAllah akan mendapat kejayaan di dalam bidang apapun yang diceburinya. Hal itu sesuai dengan janji Allah yang berbunyi,



‫ت‬ ‫ن‬ ‫صتلت كرہمو ت‬ ‫خـ ـ ك‬ ‫ن ٱل م ك‬ ‫مؤو ك‬ ‫شقعو ت‬ ‫مقنو ت‬ ‫قتدو أفول ت ت‬ ‫ح ٱلو ق‬ ‫ن هقمو كفى ت‬ ‫ذي ت‬



"Sesungguhnya kemenangan bagi orang mukmin yang khusyuk di dalam solat." (Al Mukminun:23:1-2)



Kemenangan yang dimaksud adalah kejayaan dunia dan akhirat. Anak kunci kejayaan telah tersedia. Inilah peluang untuk kita merebutnya. Oleh itu marilah sama-sama memahami, melaksanakan dan mengemaskan solat serta tuntutannya untuk menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat.