Forex Imbalance Line [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Forex _ Imbalance Line



Kenapa Imbalance Line Penting Kepada Anda?



Ia memberi input, informasi dan kefahaman kepada anda mengenai perkara-perkara berikut :a) Memahami konsep jual dan beli di antara RT Vs BP (profil risiko BP) berdasarkan kecairan (liquidity) yang tersedia ada. Bagi BP untuk memasuki dan keluar pasaran adalah berdasarkan kecairan (liquidity) yang tersedia ada didalam pasaran. Jika ada kecairan didalam pasaran, barulah BP boleh memasuki pasaran atau keluar daripada pasaran. BP atau smart money tidak boleh memasuki dan keluar pasaran tanpa adanya kecairan. Dengan memahami konsep atau pun struktur pasaran bagaimana BP atau smart money memasuki pasaran, anda tidak akan terikut-ikut dengan manipulasi ataupun inducement yang mereka lakukan. Sebalik BP terhadap FX retail trader.



Daripada graf di atas pada Fasa Declining tersebut, majoriti FX retail trader mengambil order sell (sell demand tinggi) kerana menyedari pasaran adalah di dalam keadaan fasa menurun. FX retail trader yang mengambil order buy akan tertekan secara maksima dan melepaskan/melupuskan pegangan buy tersebut secara terpaksa. Denga adanya kecairan (liquidity) yang tinggi didalam pasaran, ini membolehkan BP atau smart money mengambil order buy tersebut. Maka disini berlakulah pertembungan di antara BP Vs RT, dimana sudah pastilah BP memenangi didalam pertembungan tersebut. Dengan erti kata yang lain, arah pasaran yang berada di dalam keadaan Fasa Declining bertukar kepada Fasa Advancing. Imbalance Line memberi informasi awal kepada anda mengenai kecairan yang ujud di dalam pasaran yang membolehkan BP mengambil peluang tersebut dan membuat arah pasaran yang berlawanan dengan FX retail trader. Imbalance Line ini boleh di anggap sebagai peta arah pasaran masa depan yang tersembunyi! Dengan mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan, ini sudah tentulah memberi manfaat kepada anda sebagai FX trader. Urusniaga FX anda akan menjadi mudah dan senang kerana anda mengetahui pergerakan arah pasaran.