HSC 324 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Pengenalan



Gagasan pusingan wangsa merupakan aspek yang penting dalam pensejarahan tradisional China. Gagasan ini merupakan satu pandangan bahawa setiap kerajaan ataupun dinasti di China pada waktu dahulu adalah berkait rapat dengan alam semula jadi.1 Hal ini demikian kerana, menurut pandangan budaya politik China, wangsa (dinasti) adalah perlu untuk melalui satu pola yang berulang merangkumi kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan, kelayuan dan akhirnya kemusnahan.2 Gagasan pusingan wangsa ini mempunyai beberapa asas yang menjadi faktor kepada kesempurnaan pusingan. Asas paling utama yang diberi penekanan dalam pensejarahan tradisional China adalah T’ien iaitu mandat daripada tuhan. Menurut pensejarahan tradisional China, pusingan wangsa ini mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan-kerajaan yang saling bertukar ganti. Kemudian, gagasan pusingan wangsa ini digerakkan oleh beberapa perkara yang menjadi asas kepada pusingan wangsa bermula daripada faktor-faktor peribadi sehinggalah kepada pengamatan.3 Oleh yang demikian, bagi menjelaskan lagi dengan lebih lanjut mengenai proses gagasan pusingan wangsa dan kaitannya dengan pensejarahan tradisional China penulis telah memilih wangsa (dinasti) Ch’in sebagai contoh. Menerusi wangsa Ch’in ini, penulis akan menjelaskan mengenai kemunculan, kegemilangan dan keruntuhan wangsa tersebut. Ketigatiga aspek ini adalah perkara yang perlu diambil kira sejajar dengan gagasan pusingan wangsa bagi memperlihatkan lagi kefahaman penulis mengenai proses gagasan pusingan wangsa. Kesemua perkara ini akan penulis jelaskan pada helaian yang seterusnya.



1



Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 23. 2 Ibid. 3 Ibid.



1



2.0 Proses Gagasan Pusingan Wangsa



Proses gagasan pusingan wangsa merupakan satu keadaan yang telah dilahirkan oleh pandangan alam yang meyakini bahawa wujudnya keselarasan antara kitaran alam cakerawala dengan alam manusia.4 Proses ini juga adalah sangat penting kepada pensejarahan tradisional China kerana ia berkait rapat dengan pola-pola yang dialami oleh setiap kerajaan ataupun wangsa (dinasti) terdahulu yang terdapat di China. Pola yang dimaksudkan merangkumi beberapa peringkat termasuklah kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan, kelayuan dan akhirnya kemusnahan.5 Oleh itu, dapatlah difahami bahawa proses gagasan wangsa ini adalah satu tanggapan yang menyatakan bahawa sejarah setiap kerajaan itu adalah merupakan satu pusingan yang melalui pola yang berulang dengan menuruti peringkatperingkat perkembangan yang serupa.6 Proses gagasan wangsa ini juga merupakan perkara yang sangat penting dalam pensejarahan tradisional China. Oleh itu, kepercayaan kepada satu kuasa tertinggi adalah penting bagi menentukan hayat, pengaruh dan juga kedudukan seseorang pemerintah ataupun wangsa. Pusingan wangsa ini merangkumi beberapa asas yang menjadi pegangan kepada pensejarahan tradisional China. Melalui ini, budaya politik China percaya akan kewujudan kuasa tertinggi yang boleh menentukan hayat pengaruh dan keduduka seseorang pemerintah ataupun sesuatu wangsa. Tanggapan awal juga menyatakan bahawa masyarakat awal China percaya akan peranan manusia mencorakkan hidup matinya sendiri, bahkan unsur asas alam terhadap kesimbangan hidup manusia juga perlu diambil kira.7 Pendek kata, proses gagasan wangsa ini adalah satu daripada budaya politik China tradisional yang meletakkan pemimpin



4



Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 23. 5 Ibid. 6 Abdul Rahman Hj Ismail, China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 42. 7 Ibid., hlm. 43.



2



iaitu raja di puncak yang tertinggi, manakala penasihat-penasihat utama pula adalah faktor kepada yang turut mempengaruhi hayat pemerintahan ataupun wangsa mereka. 8 Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, proses gagasan pusingan wangsa dapat dilihat melalui kelahiran, pertumbuhan, kegemilangan, kelayuan dan seterusnya kemusnahan. Keadaan ini jelas dapat dilihat, kelahiran sesebuah wangsa itu adalah disebabkan oleh kemampuan ataupun kebijaksaan pemimpin wangsa tersebut yang dikatakan mendapat mandat daripada tuhan iaitu Ti’en. Ti’en merupakan pasak kepada kuasa yang teragung bagi memimpin manusia dalam kesentosaan.9 Namun, jika pemimpin wangsa tersebut gagal dan mencapai kemusnahan, pemimpin tersebut tidak lagi mendapat Ti’en. Masyarakat tradisional China percaya bahawa pemimpin ataupun raja yang tidak mendapat Ti’en akan mengalami kemerosotan dan seterusnya kehancuran. Melalui gagasan pusingan wangsa ini juga, keseimbangan unsur alam turut diketengahkan termasuklah unsur tanah, air, api, logam dan juga kayu berdasarkan fahaman Wu Hsing.10 Jelas, apa yang penulis faham mengenai proses gagasan wangsa ini adalah satu keadaan pusingan yang sama yang dialami oleh setiap wangsa pada zaman China tradisional. Hal ini dapat dilihat apabila, sesebuah wangsa mengalami kemerosotan, maka wangsa lain akan mula mengambil alih, wangsa yang mengambil alih pemerintahan pula akan mengalami keadaan yang sama iaitu bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan akhirnya kemerosotan begitulah seterusnya. Jelaslah bahawa, pusingan wangsa merupakan satu gagasan kecinaan yang dipupuk melalui pensejarahan China tradisional yang terus dikekalkan berdasarkan kepercayaan. Oleh itu, penulis telah memilih wangsa Ch’in sebagai contoh untuk menjelaskan lagi mengenai proses gagasan pusingan wangsa dalam pensejarahan China tradisional. 8



Ibid., hlm. 44. Ibid. 10 Ibid, hlm. 48. 9



3



3.0 Proses Gagasan Pusingan Wangsa Ch’in 3.1 Kemunculan Wangsa Ch’in Dinasti Ch’in merupakan sebuah kerajaan yang terletak di kawasan barat Laut dengan menjadikan Lembah Wei sebagai ibu kota.11 Pada tahun 221 S.M wangsa Ch’in



telah



memperoleh kemenangan dengan menyingkirkan wangsa sebelumnya iaitu Shang. Maharaja pertama bagi wangsa ini adalah Shih Huang Ti. Shih Huang Ti telah memilih Air sebagai unsur penaung dan Hitam sebagai warna kerajaan rasmi wangsa Ch’in pada waktu itu. Kemunculan dinasti ini adalah apabila Ch’in berjaya menewaskan wangsa sebelumnya dan muncul sebagai sebuah wangsa yang telah menghapuskan sistem feudal terdahulu.12 Wangsa ini telah dibahagikan kepada tiga buah negeri iaitu Han, Wei, dan juga Chao.13 Walaupun wangsa ini mempunyai jangka hayat yang pendek, namun ia telah memberi kesan yang mendalam kepada pensejarahan China tradisional sehingga ke hari ini. Ch’in dibawah pemerintahan Shih Huang Ti telah berjaya menyingkirkan wangsa Shang sebelumnya. Hal ini demikian kerana, wangsa Shang dikatakan telah kehilangan mandat daripada Tuhan. Wangsa Ch’in juga telah muncul sebagai sebuah wangsa yang dikagumi diseluruh China pada waktu itu dengan memperkenalkan pelbagai reformasi yang berbeza dengan wangsa yang sebelumnya.14 Jelasnya, kemunculan wangsa Ch’in dibawah pemerintahan Shih Huang Ti pada tahun 221 S.M merupakan permulaan kepada kegemilangan Ch’in. Pada masa yang sama, wangsa ini juga turut mengalami proses pusingan gagasan pusingan wangsa yang bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan akhirnya kemerosotan.



11



Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton Mifflin Company, 1973, hlm. 1. 12 Derk Bodde, China’s First Unifier: A Study of The Ch’in Dynasty As Seen in The Life of Li Ssu (280?-208 B. C), Holland: E.J Brill, 1938, hlm. 7. 13 Ibid. 14 Ibid.



4



3.2 Kegemilangan Wangsa Ch’in Pada zaman pemerintahan wangsa Ch’in, Shih Huang Ti yang juga maharaja pertama telah membawa perubahan dan juga kejayaan kepada China. Hal ini disebabkan oleh kebijaksanaan Shih Huang Ti dan juga menterinya kananya iaitu Li Ssu.15 Kegemilangan wangsa Ch’in bukan sahaja dapat dilihat apabila wangsa ini meninggalkan kesan yang berpanjangan walaupun usianya agak pendek bahkan kegemilangan wanga Ch’in juga boleh dlihat menerusi pelbagai aspek. Dari segi politik, kejayaan terbesar wangsa Ch’in boleh dilihat menerusi teknik-teknik ketenteraan baharu yang diperkenalkan di bawah undang-undang. Buktinya, kejayaan ketenteraan yang pertama pada zaman wangsa Ch’in adalah dibawah pimpinan Shan Yang.16 Di bawah pimpinan beliau, sistem ketenteraan pada waktu itu dikatakan sangat berkesan dan lebih baik daripada wangsa yang sebelumnya.17 Pada masa yang sama, wangsa Ch’in juga merupakan wangsa yang telah memulakan sistem pemerintahan berpusat dan juga berkepegawaian.18 Selain itu, wangsa Ch’in juga telah menyelaraskan dan menyeragamkan bahasa dan sistem tulisan sehingga ia menjadi teras keperibadian dan pasak perpaduan di China pada waktu itu.19 Pada zaman wangsa ini juga, China telah meluaskan empayarnya sehingga ke kawasan pantai selatan yang dikenali sebagai Indo-China yang pada waktu itu adalah berada diluar lingkungan kebudayaan China.20 Menerusi pertahanan pula, Ch’in telah berjaya membina Tembok Besar Negeri China yang berkeluasan 2000 batu yang mengambil



15



K.S Latourette, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 14. Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton Mifflin Company, 1973, hlm. 54. 17 Derk Bodde, China’s First Unifier: A Study of The Ch’in Dynasty As Seen in The Life of Li Ssu (280?-208 B. C), Holland: E.J Brill, 1938, hlm. 7. 18 Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Proses Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 39. 19 Ibid. 20 K.S Latourette, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 14. 16



5



masa 12 tahun untuk disiapkan.21



Tembok ini merupakan salah satu daripada kegemilangan



Ch’in yang dibina khas untuk melindungi Ch’in daripada ancaman luar dan persediaan peperangan hasil daripada cetusan idea Shih Huang Ti. Pada masa yang sama, Shih Huang Ti sebagai maharaja juga merupakan seorang pemimpin yang hebat dan menjadi inspirasi kepada tentera.22 Oleh yang demikian, tidak hairanlah pada zaman pemerintahan Shih Huang Ti wangsa Ch’in mencapai kegemilangannya. Selain daripada itu, kegemilangan wangsa Ch’in juga dapat dilihat apabila wangsa ini berjaya menghapuskan sistem feudal dan mementingkan keseragaman dalam sistem pentadbiran istana.23 Pada masa yang sama, Ch’in juga merupakan wangsa yang pertama memperkenalkan sistem kemaharajaan. Seterusnya, kegemilangan dari segi ekonomi. Wangsa Ch’in pada ketika itu mempunyai kedudukan geografi yang strategik iaitu berada di sekitar kawasan Sungai Kuning dan dikelilingi oleh gunung ganang.24 Oleh yang demikian, kawasan tanah untuk pertanian adalah subur dan sumber makanan juga adalah tidak terhad.. Keadaan ini telah membantu wangsa Ch’in untuk menstabilkan ekonomi kerajaan mereka ianya tuurt disokong oleh satu penulis sejarah China yang unggul iaitu Ssu Ma Chien.25 Selain daripada itu, pada zaman Ch’in juga, sistem kepunyaan Tanah Baru telah diperkenalkan dengan membangunkan ekonomi tuan tanah. Keadaan ini telah membantu lagi untuk mempergiat aktiviti ekonomi di Ch’in pada waktu itu.



21



Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm. 151. 22 Ibid., hlm. 106. 23 Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 41. 24 Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm. 114. 25 Ibid.



6



Manakala dari segi sosial pula, wangsa Ch’in telah menghapuskan sistem feudal. Selain daripada itu, Ch’in juga mengetengahkan pendidikan dan juga pengajaran. 26 Pada waktu itu, penyebaran ilmu pendidikan adalah melalui penulisan yang ditulis diatas kayu bambu.27 Pada masa yang sama,Ch’in juga menggunakan undang-undang aliran Fa sebagai panduan mereka. Hanya buku-buku aliran Fa sahaja yang dibenarkan untuk digunakan sewaktu zaman Dinasti Ch’in. Jelasnya, walaupun wangsa ini tidak dapat bertahan dengan lama, namun ia telah memberi impak yang besar kepada negeri China sehingga ke hari ini. Demikianlah beberapa kegemilangan yang telah dialami oleh Wangsa Ch’in semasa wangsa ini masih berkuasa di China. Namun begitu, keadaan ini tidak kekal lama akibat beberapa masalah dalaman, pemberontakan dan juga pengkhianatan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan wangsa Ch’in.



26 27



Ibid., hlm. 168. Ibid.



7



3.3 Keruntuhan Wangsa Ch’in



Keruntuhan wangsa Ch’in menurut pensejarahan tradisional China adalah disebabkan oleh kepimpinan negara yang lemah.28 Hal ini demikian kerana, apabila Shih Huang Ti meninggal dunia pada tahun 210 S.M, wangsa Ch’in mulai mengalami kemerosotan sehingga dikatakan begitu lemah dan teruk.29 Hal ini demikian kerana, golongan atasan yang berada dibawah taklukan Shih Huang Ti masih lagi memberi taat setia dan kepercayaan kepada ahli kerabat maharaja yang terdahulu.30 Selain daripada itu, keruntuhan dan kemerosotan wangsa Ch’in juga adalah disebabkan oleh masyarakat China pada waktu itu yang berasa tidak puas hati atas dasar pemerintahan Shih Huang Ti. Sebagai bukti, maharaja Shih Huang Ti telah bertindak menghantar golongan bawahan untuk menyertai kempen keluar negara bagi meluaskan lagi empayarnya. Selain daripada itu, Shih Huang Ti juga mengerah setiap isi rumah khususnya golongan lelaki untuk terlibat dengan pembinaan jalan raya, kubu dan juga tembok besar China. Keadaan ini telah membebankan rakyat China sehingga ramai antara masyarakat China pada waktu itu terkorban akibat kesengsaraan yang dialami.31 Setelah kematian Shih Huang Ti, tampuk pemerintahan wangsa Ch’in telah jatuh ke tangan Hu Hai dan seterusnya Liu Pang. Keadaan ini telah memburukkan lagi pemerintahan wangsa Ch’in apabila Hu Hai merupakan seorang maharaja yang dikatakan suka berfoyafoya, membazir dengan mengadakan pesta yang tidak bermanfaat. Hu Hai juga merupakan seorang maharaja yang hanya dianggap sebagai boneka apabila Chao Kao iaitu menteri kanan Ch’in pada waktu itu telah memanfaatkan keadaan untuk memerintah dengan mempergunakan maharaja. 28



Abdul Rahman Hj Ismail, China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 73. 29 Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M Craig, East Asia: Tradition and Transformation, Boston: Houghton Mifflin Company, 1973, hlm. 58. 30 Ibid. 31 Ibid.



8



Selain daripada itu, pemerintahan Hu Hai adalah berbeza daripada ayahnya, Shih Huang Ti. Hal ini demikian kerana, Hu Hai tidak berminat untuk menjalankan pemerintahan dan tidak menghiraukan keadaan kerajaan Ch’in sewaktu pemerintahannya.32 Manakala Liu Pang pula, beliau disifatkan sebagai seorang maharaja yang gemar meminum arak dan berfoya-foya.33 Berdasarkan gagasan pusingan wangsa, keruntuhan sesebuah kerajaan ataupun wangsa adalah disebabkan seorang maharaja yang tidak lagi mendapat mandat daripada T’ien. Hal ini demikian kerana, raja yang baik adalah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap T’ien sebaliknya jika seseorang maharaja itu ketandusan sifat-sifat ‘terpuji’ maka dia tidak akan dapat berpaut pada tien-ming.34 Jelasnya, seorang maharaja yang tidak lagi menekankan nilai-nilai murni akan kehilangan mandatnya dan keadaaan inilah yang akan membawa kepada keruntuhan sesebuah wangsa sekaligus menyebabkan berlakunya masalah lain yang berpunca daripada kelemahan dalaman pemimpin itu sendiri. Oleh itu, masalah dalaman yang dihadapi oleh Ch’in telah membawa banyak pemberontakan setelah kematian maharaja yang pertama iaitu Shih Huang Ti. Terdapat beberapa siri pemberonatakan yang akhirnya menjadi salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan wangsa Ch’in. Sebagai contoh, kawasan di bahagian Timur China telah memberontak dengan membunuh pegawai-pegawai Ch’in yang akhirnya menyebabkan wangsa Ch’in runtuh. Namun begitu, disebalik pemberontakan dan masalah daripada pucuk pimpinan, faktor lain yang menyebabkan wangsa Ch’in mengalami kemerosotan dan akhirnya hilang dalam lipatan sejarah adalah disebabkan oleh pengkhianatan daripada menteri-menteri kanan maharaja, pemberontakan, masalah ekonomi dan juga rakyat China yang inginkan pemerintahan wangsa Ch’in digulingkan. 32



Leonard Cottrell, The Tiger of Chin: How China became a Nation, London: Evans Bother Limited, 1962, hlm. 186. 33 Ibid., hlm. 211. 34 Abdul Rahman Hj Ismail, China Tradisional: Pensejarahan, Proses Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan, Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1983, hlm. 31.



9



3.0 Perbincangan Pada bahagian ini, penulis akan menjelaskan bahawa proses gagasan pusingan wangsa yang dialami oleh wangsa Ch’in adalah satu pusingan lengkap. Hal ini demikian kerana, wangsa Ch’in telah muncul sebagai sebuah wangsa yang unggul dan mampu meninggalkan kesan yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Keadaan ini bermula apabila Ch’in mempunyai maharaja pertama yang berkaliber iaitu Shih Huang Ti dan juga orang kanan beliau Li Ssu yang dikatakan merupakan seorang perdana menteri yang bijaksana. Keadaan ini adalah sama dengan tuntutan gagasan pusingan wangsa yang menekankan bahawa T’ien ataupun mandat daripada syurga bermula dengan pemimpin ataupun pemerintah dibantu oleh orang kanannya. Setelah itu, kegemilangan wangsa Ch’in terus berlanjutan. Hal ini dapat dilihat melalui sistem ketenteraan, pentadbiran dan juga sistem ekonomi yang berbeza dengan wangsa yang sebelumnya. Melalui gagasan pusingan wangsa, keadaan politik dan ekonomi yang baik juga merupakan penggerak kepada pusingan gangsa. Hal ini kerana, T’ien tzu merupakan asas kepercayaan rakyat untuk membentuk sebuah kedamaian dan juga pembangunan.35 T’ien tzu ini tidak akan dapat dicapai sekiranya pemerintah tidak lagi mendapat T’ien. Kemerosotan Ch’in bermula setelah kematian Shih Huang Ti. Hal ini demikian kerana, Hu Hai dan juga Liu Pang merupakan pemerintah yang dikatakan mempunyai keperibadian yang bercanggah dengan konsep T’ien. Maka dengan itu, bermulalah kemerosotan dengan masalah ekonomi yang timbul, pemberontakan dan juga penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan wangsa Ch’in terkubur dalam lipatan sejarah sekaligus melengkapkan gagasan pusingan wangsa seperti mana yang tertulis dalam pensejarahan China tradisional bahawa wangsa yang mengalami kemerosotan adalah berpunca apabila maharaja kehilangan T’ien iaitu mandat daripada tuhan. 35



Ibid., hlm. 33.



10



5.0 Kesimpulan



Secara konklusi, proses gagasan pusingan wangsa ini adalah satu bentuk pusingan penceritaan sejarah yang hampir sama dilalui oleh setiap wangsa yang terdapat pada zaman tradisional China termasuklah wangsa Ch’in seperti mana yang penulis telah jelaskan pada helaian sebelum ini.



Hal ini demikian kerana, menurut pensejarahan tradisional China,



sesebuah wangsa akan melalui gagasan pusingan wangsa yang lengkap bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan akhirnya kemerosotan. Keadaan ini adalah saling berkaitan dengan konsep daripada tuhan yang turut mempunyai hubungan dengan keseimbangan alam. Oleh yang demikian, apa yang telah dilalui oleh Ch’in merupakan satu keadaan yang boleh membuktikan bahawa wangsa Ch’in telah mengalami proses gagasan pusingan wangsa. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kemunculan wangsa Ch’in



kerana kepintaran dan



kebijaksanaan maharaja yang pertama dan akhirnya jatuh tersungkur akibat maharaja yang seterusnya tidak lagi mendapat T’ien. Senario tersebut membuktikan bahawa pemerintah ataupun maharaja sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah wangsa seperti mana dakwaan masyarakat China tradisional yang sangat mementingkan kepercayaan mereka iaitu mandat daripada tuhan yang bermula daripada seorang maharaja. Jelasnya, tidak dinafikan bahawa proses gagasan pusingan wangsa ini telah menjadi tunjang kepada budaya politik tradisional China yang percaya akan hubungan antara alam dan juga manusia. Keadaan ini jelas sekali adalah sama seperti wangsa Ch’in yang turut mengalami gagasan pusingan wangsa yang lengkap bermula daripada kemunculan, kegemilangan dan akhirnya keruntuhan. Asas daripada gagasan pusingan wangsa ini adalah gpemimpin iaitu maharaja. Keadaan ini dapat dilihat menerusi wangsa Ch’in yang telah mengalami zaman kegemilangan kerana kebijaksanaan pemimpin dan mengalami keruntuhan kerana maharaja yang telah kehilangan Ti’en.



11