JMK 324 (Penulisan Kreatif) Saswita [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JMK 324 PENULISAN KREATIF



Soalan 1 SAJAK KEMANUSIAAN Wahai manusia, Adakah kau berakal, adakah kau mengenali, erti kemanusiaan, renungkanlah sebentar, apakah yang telah kau lakukan, demi bumi tercinta ini. Tuhan telah mencipta segala-galanya, akan tetapi, manusialah yang memusnahkan segalanya, adakah ini tujuan kita dicipta. Manusia dicipta dengan istimewa, daripada sekecil sel, menjadi sebesar sekarang, kita juga dikurniakan akal, bukan digunakan untuk memusnahkan, namun untuk memakmurkan. Ayuh generasiku, jika bumi dibenarkan berbicara, apakah yang akan mereka kata, adakah pujian , atau hanyalah kutukan semata-mata. Sedarlah generasiku, luaskanlah pandanganmu, lihatlah sekelilingmu, adakah ini yang kita mahu. Jikalau dunia mempunyai perasaan, pasti mereka akan menangis, melihat kejahilan dan kealpaan manusia, sentiasa mementingkan diri sendiri, sentiasa mementingkan kekayaan dunia, sentiasa memusnahkan ciptaan tuhan. Ayuh sedar generasiku, bukan ini yang kita mahu, adakah kita sanggup dikutuk, oleh cucu cicit kita, kerana memusnahkan dunia mereka.



1



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Soalan 2 (a) PANTUN NASIHAT ENAM KERAT Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali, Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa papan, Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbal jalan, Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan, Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Cik Embung orang Melaka, Tanam peria tepi pantai, Jangan sombong tuan berkata, Adakah buaya menolak bangkai? Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain, Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.



2



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Soalan 2 (b) SYAIR BEBAS ENAM KERAT Manusia Dengan bismillah dimulai kalam, Menurut firman Khalikul-alam, Serta hadisnya alaihissalam, Supaya hasil pahala di dalam. Ayuhai arif dengari girang, Syarah sedikit dengannya terang, Menjadi kenangan fikir sekarang, Sifat miskin bukan sebarang. Fahamkan sekalian budiman jauhari, Simpulan sebelit tuan uraii, Mudah didapat senang dicari, Benda dilihat setiap hari. Keadaannya itu tersembunyi sedikit, Kepada bijaksana mudah serakit, Lagipun tidak berapa dekik, Fahamkan biar sampai tahakik. Sungguh terlindung sekian asmanya, Tetapi fiil nyata zahirnya, Jika disiasat dengan sempurnanya, Dapatlah punca simpul pulihnya. Apabila terurai simpulan sudah, Zahir dipandang dengannya mudah, Bukan penganan dikata juadah, Barang yang buruk dikata indah.



3



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Soalan 3 Soalan 3: Hasilkan sebuah cerpen berdasarkan mana-mana genre berikut: e) Inspirasi



Kampung Bogak mendamaikan; permandangannya cantik dan unit seunit pokok Bogak atau juga dikenali sebagai pokok Paku Gunung. Menurut cikgu Zai dari cerita nenek moyangnya dulu-dulu, pokok Bogak disifatkan sebagai tumbuhan prasejarah kerana ia dipercayai wujud sejak zaman Dinosour lagi. Cikgu Zai terus mengusuri sawah belakang rumah emak dan angin yang bertiup lembut membawa kakinya terus melangkah penuh ketenangan. Tetiba langkah cikgu Zai mati tatkala terpandang sekumpulan anak-anak kecil bermain diatas batas sawah padi. Dalam ramai-ramai anak-anak kecil tersebut hanya seorang sahaja kanakkanak lelaki, manakala lainnya perempuan. Cikgu Zai tersenyum, dia cuba mengalihkan pandanganya



dari



terus



merenung



tingkah



laku



mereka



tetapi



teletah



mereka



mengingatkannya pada Irfan; anak didiknya. “cikgu makan kuih nona manis?” cikgu Zai tersentap dengan suara pertanyaan yang teratur susunan ayatnya. “ya” jawab cikgu Zai spontan apabila melihat Irfan yang berada di belakangnya sambil menghulurkan sebekas kuih nona manis. Hairan juga cikgu Zai pagi ini bukan pemberian kuih nona manis dari Irfan tetapi kata-kata pertanyaan yang tersusun dari Irfan kepadanya. Mungkin ibu Irfan telah mengajar dan megulangi ayat tersebut beberapa kali kepada Irfan. Memang sedap kuih nona manis buatan mak Irfan. Kerap kali kuih ini menjadi kiriman wajib pemberian mak Irfan kepada cikgu Zai dan juga pembantunya Ayu. Hampir 20 biji juga dan kuih nona manis akan dikongsi bersama Ayu. Unitnya kuih nona manis ini berbentuk seperti kuih lompang tetapi ia tidak berlubang di tengahnya, berwarna hijau dan sedikit bulat dan berwarna putih di tengahnya. Rasanya lemak-lemak manis seperti kuih talam. 4



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Selepas selesai bersarapan semua murid-mirid kelas pra Al-Falah berkumpul di dalam kelas untuk memulakan pembelajaran. Cikgu Zai memulakan ‘moning square’ dengan bacaan surah Al-Fatihah, tiga Khul dan doa penerang hati. Semua murid ikut melaungkan bacan doa dengan kuatnya. Irfan masih terpinga-pinga dengan doa-doa tersebut walaupun sudah dua tahun berada di pra sekolah. “ok murid-murid tema kita pada minggu ini ialah ‘Diri Saya’.” Cikgu Zai memperkenalkan tema mingguan kepada murid-murid. “Mari kita nyanyi sama-sama”. Ajak cikgu zai. Satu-satu saya sayang ibu.. Dua-dua saya sayang ayah.. Tiga-tiga sayang adik kakak.. Satu, dua, tiga sayang semuanya. “yehhhhh!!!!!!!!!”. semua murid bertepuk keriangan selepas nyanyian habis. Irfan masih dibuai mimpi, macam belum ada yang masuk difikirannya. Apa yang ingin disampaikan oleh cikgu Zai belum difahami oleh Irfan sepenuhnya. “ok murid-murid, siapa budak lelaki sila angkat tangan”.tanya ciguk Zai sambil menunjukkan aksi tangan di atas kepada murid-murid. Semua murid lelaki mengangkat tangan dengan penuh yakin kecuali Irfan masih teragakagak. Semua mata memandang kepada Irfan. “irfan, awak lelaki la..cepat angkat tangan”. Pinta Aina mengarahkan Irfan, tetapi Irfan masih tidak yakin. Cikgu Zai menghampiri Irfan dan menyoal Irfan secara perseorangan.



“Irfan lelaki ka perempuan?” soal cikgu Zai.



Terkebil-kebil mata Irfan memandang muka cikgu Zai. Soalan cikgu masih tidak dijawab oleh Irfan malah soalan yang sama diulang oleh cikgu Zai kepada Irfan lagi “Irfan lelaki ka peremkuan?”. “perempuan”, Jawab Irfan sepatah. Semua murid ketawa mendengar jawapan Irfan. Perkara ini tidak menghairan cikgu Zai kerana dia memang sudah tahu keupayaan anak muridnya itu. 5



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Irfan seorang murid slow learner atau murid lembam. Murid slow learner atau murid lembam merupakan murid yang mempunyai IQ di bawah paras purata. IQ murid normal secara puratanya adalah 100. Skor untuk ujian IQ bagi slow learner berada antara 70 dan 90. Jika ujian yang dijalankan oleh murid kurang daripada 70, maka murid tersebut diketegorikan sebagai terencat akal. Cikgu Zai risau memikirkan perkembangan Irfan. Irfan memang lambat daripada murid-murid yang lain.



Pertuturan dan pergerakan Irfan juga sangat lambat tidak seaktif murid-murid



yang lain. Cikgu Zai buntu memikirkan cara hendak membantu Irfan dari segi kefahaman dalam mengampaikan maklumat tentang pendidikan. Irfan tidak mampu menulis seperti murid-murid lain. Walaupun usia Irfan sudah 6 tahun tetapi perkembangannya masih seperti kanak- kanak 3 tahun. Cikgu Zai tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian kepada Irfan kerana masih ada 24 orang murid lagi yang memerlukan perhatian cikgu Zai. Jika cikgu Zai hanya memberi perhatian kepada Irfan murid-murid yang lain akan ketinggalan. Oleh itu Irfan harus mendapat pendidikan dan perhatian yang sepatutnya. “Siapa aku hendak menyatakan Irfan kanak-kanak slow learner”. tiba-tiba pertanyaan itu terlintas dibenak cikgu Zai. Hanya pakar pediatik sahaja yang dapat memberi jawapan kepada masalah yang dihadapi oleh Irfan. Pakar pediatik merupakan pakar merawat kanak-kanak. Mereka merawat kanak-kanak dari sejak lahir sehinggalah mereka remaja 18 tahun. Tok..tok..tok.!!. lamunan cikgu Zai terhenti apabila pintu bilik darjah diketuk oleh penolong Kanan Hal Ehwal Murid, cikgu Zamri. “ Assalamualaikum semua, Pakar pediatik sudah sampai untuk membuat pemeriksaan ke atas semua murid”. “Cikgu diminta bawa semua murid ke bilik kesihatan sekolah”. Arah cikgu Zamri. “ waalaikumsalam, baik cikgu zamri,terima kasih”.jawab cikgu Zai.



6



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Selepas cikgu Zamri berlalu, cikgu Zai mengarahkan semua murid beratur dan keluar memakai kasut sekolah masing-masing. Irfan masih keliru dan lambat bertindak dengan arahan cikgu Zai. Cikgu Zai memegang bahu Irfan dan sedikit menolak sambil mengarahkan Irfan keluar memakai kasutnya. Barulah Irfan bergerak dengan perlahan mengiringi kawankawan yang lain. Hasil pemeriksaan pakar pediatik ke atas semua murid ternyata Irfan bermasalah. Surat rujukan ke hospital diberi kepada Irfan untuk diserahkan kepada Ibu bapanya bagi rawatan susulan. Cikgu Zai memaklumkan kepada ibu Irfan tentang surat rawatan tersebut semasa ibu Irfan datang menjemputnya pulang dari sekolah. Cikgu Zai mencadangkan kepada ibu Irfan supaya cuti pada esok hari untuk membawa Irfan ke hospital. Irfan tidak hadir kesekolah pada esoknya, kelas berjalan lancar tanpa tersekat-sekat dan berulang-ulang. Irfan dirujuk ke pakar psikiatri (masalah Jiwa) . Di klinik psikiatri Doktor pakar telah mengadakan ujian ke atas Irfan. Beberapa ujian bertulis, lisan atau bertutur untuk mengesan masalah sebenar Irfan. Selepas pakar pediatik melakukan ujian keupayaan IQ ke atas Irfan, didapati Irfan memperolehi skor IQ melebihi paras purata 70, sekiranya keputusan IQ diparas purata kurang daripada 70 Irfan boleh diketegorikan sebagai kanak-kanak terencat akal. Pakar pediatik membuat keputusan bahawa Irfan mengalami masalah slow learner dan perlu mendapat pendidikan di sekolah khas yang khusus untuk kanak-kanak seperti Irfan. Kini pagi-pagi Cikgu Zai tetap semanis nona manis, hanya senyuman manis Irfan di carta organisasi kelas menjadi tatapan cikgu Zai. Wajah kanak-kanak kecil yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman.



Hanya gambar kenangan dan hasil kerja Irfan dalam fail



peribadinya yang tinggal kenanngan. Walaupun kini Irfan di tempat lain, cikgu Zai tidak pernah melupakan Irfan dan berharap anak syurganya itu terus berjaya dunia dan akhirat.



7



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Cikgu Zai berharap dia akan bertemu Irfan suatu hari nanti dan melihat Irfan mampu berdikari seperti kanak-kanak sebayanya.



8



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Soalan 4: Anda dikehendaki menyediakan proses awal dalam pembikinan sebuah naskhah pentas. Sila kemukakan Tajuk ( skrip anda), Tagline, Idea, konsep, genre, latar masa, latar tempat, unsur kekaguman, senarai watak, sinopsis dan pecahan babak ( 5 babak sahaja).



Tajuk :



Hirisan



Tagline:



cinta tersemai oleh satu pengkhianatan.



Idea:



percintaan muda mudi



Konsep:



Allah tempat manusia menyerah dan meminta pertolongan.



Genre:



wanita sumber insprirasi.



Latar masa:



tiga bulan sepanjang Khairul Anuar menuntut ilmu agama.



Latar tempat:



kampung Penaga, Kepala Batas.



Unsur kekaguman:



keunikan kampung Penaga dan aktiviti ekonomi penduduknya yang menjadikan laut sebagai sumber rezeki mereka.



Senarai watak:



Khairul Anuar, Siak Munir, Imam Rahman, Normah, mak Pipah, Shima, Azreen, Badrul.



Sinopsis: Kedatangan seorang anak muda Khairul Anuar yang juga seorang pemuda lepasan universisti untuk menuntut ilmu agama telah menemukannya dengan seorang gadis yang bernama Normah yang sudah sekian lama duduk dipusara menangisi kematian tunangnya Badrul. Normah hilang pedoman dan arah dengan mengalahkan Tuhan kerana telah meragut kebahagiannya yang bakal dikecapi bersama Badrul. Ibu dan bapa Normah tidak mampu lagi menasihati dan memujuk anak gadis mereka yang hampir hilang kewarasan fikiran. 9



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Kedatangan Khairul Anuar dikampung Penaga disambut baik oleh Siak Munir. Di situ juga Khairul Anuar telah menemukannya dengan Ayah Normah iaitu Imam Rahman apabila sepanjanh hari Kharul Anuar akan mendapati Normah akan duduk di sisi pusara Badrul dan menangisi pemergian tunangnya itu. Hairan melihat kelibat Normah saban hari membuatkan Khairul Anuar bertanya kepada Imam Rahman siapakah tubuh kecil tersebut yang sering kali dilihat olehnya( Khairul Anuar). Alangkah terkejutnya apabila tubuh kecil yang sering dilihat oleh Khairul Anuar itu rupa-rupanya anak gadis Imam Rahman. Manakan tidaknya seorang Imam yang kuat agama dan amalannya tidak mampu mententeramkan jiwa anaknya sendiri. Kuatnya cinta manusia sehingga mampu mengatasi cinta Ilahi. Cinta manusia tidak kekal lama yang kekal abadi hanya yang hakiki iaitu cinta Ilahi. Hatinya terpanggil untuk mengetahui masalah sebenar gadis tersebut. Imam Rahman telah menceritakan segala keperitan yang dihadapi oleh Normah sehingga anak gadinya itu hilang arah dan pedoman hidup.



Khairul terpanggil untuk



membantu gadis tersebut memandangkan kerisauan yang membelenggu hati dan perasaan ibu dan ayah Normah kerana tidak terdaya lagi untuk membantu Normah kembali pulih sedia kala. Ternyata untuk memulihkan kembali semangat Normah tidaklah mudah. Khairul Anuar cuma mendekati Normah untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang dilalui dan dirasai oleh Normah sehingga dia hanyut melayan perasaaannya tanpa memperdulikan orang tuanya dan masa depannya. Khairul Anuar diundang oleh Imam Rahman dan isterinya mak Pipah untuk makan malam bersama-sama mereka pada satu malam. Disitulah bermula titik pertemuan antara Khirul Anuar dengan Normah secara berdepan.



10



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Khairul Anuar cuba mendekati Normah sebagai seorang sahabat dan mengalihkan pandangan dan kenangan silamnya bersama tunangnya Badrul. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Khairul Anuar untuk mengetahui punca sebenar mengapa Normah bersikap demikian. Sahabat Karib Normah iaitu Shima dan Azreen yang banyak membantu Khairul Anuar untuk mendekati Normah serta mengetahui kisah sebenar kekecewaan Normah. Setelah sekian lama Khairul Anuar cuba mendekati Normah baru lagi dia mengetahui kisah silam gadis tersebut. Ternyata jiwa remajanya memberontak tatkala cinta yang utuh terhadap Badrul dihalang keras oleh kedua ibu dan bapanya atas alasan Normah baru sahaja melanjutkan pelajarannya disebuah Universiti tersohor Malaysia iaiti Universiti ternologi Mara (UTM). Ibu dan ayah Normah tidak merestui hubungan cinta mereka kerana Badrul hanya pemuda kampung yang rendah taraf pendidikan berbanding Normah yang bakal Graduan universisti. Normah tetap melanjutkan pelajarannya bagi menunaikan hajat ibu dan ayahnya untuk melihatnya kemenara gading. Cinta dan kasihnya terhadap Badrul tidak berubah walaupun Normah berjauhan dengan Badrul. Hanya surat yang menjadi penghubung kasih mereka berdua.



Walaupun Badrul seorang pemuda yang rendah taraf pendidikan tetapi Badrul



merupakan seorang pemuda yang menghormati ibu dan bapanya dan patut dengan agama. Oleh sebab itulah Normah terpaut dengan keperibadian Badrul. Apalah guna pangkat dan harta jika orang tua disia-siakan dan agama diketepikan. Selepas menghabiskan pengajian, Normah dan Badrul mengikat tali pertunangan. Imam Rahman dan mak Pipah akur dengan kehendak anak tunggal mereka walaupun berat hati memandangkan anak mereka sekarang merupakan bakal engineer. Bagi mereka jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Setelah sebulan mengikat tali pertunangan Badrul telah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya. Disinilah bermulanya kesedihan dan kepedihan dalam hidup Normah.



Normah tidak dapat menerima kenyataan bahawa 11



JMK 324 PENULISAN KREATIF



impiannya untuk hidup bersama orang yang sangat dicintainya musnah begitu sahaja. Normah terus merintih menyalahkan Tuhan atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Normah terus menyiksa dirinya dengan meratapi pemergian Badrul. Bagi Normah ia baru sahaja ingin mengecapi kebahagian bersama Badrul keran cinta mereka sebelum ini telah dihalang oleh orang tuanya dan sekarang Tuhan telah mengambil Badrul darinya. Ternyata apa yang berlaku kepada dirinya sangat kejam dan menyeksakan. Normah rela mati dari diseksa oleh Allah demikian rupa. Normah tidak dapat menerima takdir Tuhan. Akhirnya Khairul Anuar menjadi sahabat karib Normah yang sentiasa mendengar setiap keluh kesah Normah ketika jiwanya memberontak. Khairul Anuar dapat merasakan bahawa jiwa Normah begitu kecewa dan merana.



Dia cuba mendekati dan menasihati



Normah supaya kembali kepada Cinta Ilahi. Setiap yang berlaku ada hikmatnya dan sebagai seorang hamba kita patut menerimanya dengan Redho. Lama-kelamaan hati Normah semakin lembut menerima segala nasihat yang disampaikan oleh sahabatnya Khairul. Baginya selepas kehilangan tunang dia telah bertemu dengan seorang abang yang mampu membawanya kejalan kebenaran.



Babak Babak 1: Kedatangan seorang anak muda Khairul Anuar yang juga seorang pemuda lepasan universisti untuk menuntut ilmu agama telah menemukannya dengan seorang gadis yang bernama Normah yang sudah sekian lama duduk dipusara menangisi kematian tunangnya Badrul. Normah hilang pedoman dan arah dengan mengalahkan Tuhan kerana telah meragut



12



JMK 324 PENULISAN KREATIF



kebahagiannya yang bakal dikecapi bersama Badrul. Ibu dan bapa Normah tidak mampu lagi menasihati dan memujuk anak gadis mereka yang hampir hilang kewarasan fikiran. Kedatangan Khairul Anuar dikampung Penaga disambut baik oleh Siak Munir. Di situ juga Khairul Anuar telah menemukannya dengan Ayah Normah iaitu Imam Rahman apabila sepanjanh hari Kharul Anuar akan mendapati Normah akan duduk di sisi pusara Badrul dan menangisi pemergian tunangnya itu. Hairan melihat kelibat Normah saban hari membuatkan Khairul Anuar bertanya kepada Imam Rahman siapakah tubuh kecil tersebut yang sering kali dilihat olehnya( Khairul Anuar). Babak 2: Alangkah terkejutnya apabila tubuh kecil yang sering dilihat oleh Khairul Anuar itu rupa-rupanya anak gadis Imam Rahman. Manakan tidaknya seorang Imam yang kuat agama dan amalannya tidak mampu mententeramkan jiwa anaknya sendiri. Kuatnya cinta manusia sehingga mampu mengatasi cinta Ilahi. Cinta manusia tidak kekal lama yang kekal abadi hanya yang hakiki iaitu cinta Ilahi. Hatinya terpanggil untuk mengetahui masalah sebenar gadis tersebut. Imam Rahman telah menceritakan segala keperitan yang dihadapi oleh Normah sehingga anak gadinya itu hilang arah dan pedoman hidup.



Khairul terpanggil untuk



membantu gadis tersebut memandangkan kerisauan yang membelenggu hati dan perasaan ibu dan ayah Normah kerana tidak terdaya lagi untuk membantu Normah kembali pulih sedia kala. Ternyata untuk memulihkan kembali semangat Normah tidaklah mudah. Babak 3: Khairul Anuar cuma mendekati Normah untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang dilalui dan dirasai oleh Normah sehingga dia hanyut melayan perasaaannya tanpa memperdulikan orang tuanya dan masa depannya. Khairul Anuar diundang oleh Imam 13



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Rahman dan isterinya mak Pipah untuk makan malam bersama-sama mereka pada satu malam. Disitulah bermula titik pertemuan antara Khirul Anuar dengan Normah secara berdepan. Khairul Anuar cuba mendekati Normah sebagai seorang sahabat dan mengalihkan pandangan dan kenangan silamnya bersama tunangnya Badrul. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Khairul Anuar untuk mengetahui punca sebenar mengapa Normah bersikap demikian. Sahabat Karib Normah iaitu Shima dan Azreen yang banyak membantu Khairul Anuar untuk mendekati Normah serta mengetahui kisah sebenar kekecewaan Normah. Setelah sekian lama Khairul Anuar cuba mendekati Normah baru lagi dia mengetahui kisah silam gadis tersebut. Ternyata jiwa remajanya memberontak tatkala cinta yang utuh terhadap Badrul dihalang keras oleh kedua ibu dan bapanya atas alasan Normah baru sahaja melanjutkan pelajarannya disebuah Universiti tersohor Malaysia iaiti Universiti ternologi Mara (UTM). Ibu dan ayah Normah tidak merestui hubungan cinta mereka kerana Badrul hanya pemuda kampung yang rendah taraf pendidikan berbanding Normah yang bakal Graduan universisti. Normah tetap melanjutkan pelajarannya bagi menunaikan hajat ibu dan ayahnya untuk melihatnya kemenara gading. Cinta dan kasihnya terhadap Badrul tidak berubah walaupun Normah berjauhan dengan Badrul. Hanya surat yang menjadi penghubung kasih mereka berdua.



Walaupun Badrul seorang pemuda yang rendah taraf pendidikan tetapi Badrul



merupakan seorang pemuda yang menghormati ibu dan bapanya dan patut dengan agama. Oleh sebab itulah Normah terpaut dengan keperibadian Badrul. Apalah guna pangkat dan harta jika orang tua disia-siakan dan agama diketepikan. Babak 4:



14



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Selepas menghabiskan pengajian, Normah dan Badrul mengikat tali pertunangan. Imam Rahman dan mak Pipah akur dengan kehendak anak tunggal mereka walaupun berat hati memandangkan anak mereka sekarang merupakan bakal engineer. Bagi mereka jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Setelah sebulan mengikat tali pertunangan Badrul telah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawanya. Disinilah bermulanya kesedihan dan kepedihan dalam hidup Normah.



Normah tidak dapat menerima kenyataan bahawa



impiannya untuk hidup bersama orang yang sangat dicintainya musnah begitu sahaja. Normah terus merintih menyalahkan Tuhan atas apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Normah terus menyiksa dirinya dengan meratapi pemergian Badrul. Bagi Normah ia baru sahaja ingin mengecapi kebahagian bersama Badrul keran cinta mereka sebelum ini telah dihalang oleh orang tuanya dan sekarang Tuhan telah mengambil Badrul darinya. Ternyata apa yang berlaku kepada dirinya sangat kejam dan menyeksakan. Normah rela mati dari diseksa oleh Allah demikian rupa. Normah tidak dapat menerima takdir Tuhan. Babak 5: Akhirnya Khairul Anuar menjadi sahabat karib Normah yang sentiasa mendengar setiap keluh kesah Normah ketika jiwanya memberontak. Khairul Anuar dapat merasakan bahawa jiwa Normah begitu kecewa dan merana.



Dia cuba mendekati dan menasihati



Normah supaya kembali kepada Cinta Ilahi. Setiap yang berlaku ada hikmatnya dan sebagai seorang hamba kita patut menerimanya dengan Redho. Lama-kelamaan hati Normah semakin lembut menerima segala nasihat yang disampaikan oleh sahabatnya Khairul. Baginya selepas kehilangan tunang dia telah bertemu dengan seorang abang yang mampu membawanya kejalan kebenaran.



15



JMK 324 PENULISAN KREATIF



BIBLIOGRAFI Amat Juhari Moain. (2008). Pemilihan Kata Dalam Pantun Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Aminudin Mansor. (2012). Akal Budi Melayu Dalam Pantun Dan Sajak. Universiti Kebangsaan Malaysia. Johor: Bangi. Dato’ Dr.Hassan Ahmad. (2000). Pengenalan Konsep Dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. Kuala Lumpur: Cambee Desingn. Harun Mat Piah. (2003). Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ismail Azman Omar. (2008). Mani Purindam Dalam Sejarah Melayu. Selangor. Karisma Publications. Sdn. Bhd Maniyamin Ibrahim. (2009). Konteks Sastera & Budaya Melayu. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd Muhammad Haji Salleh. (2005). Pengalaman Puisi, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh. (2005). Permata Di Rumput Gilang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.



16



JMK 324 PENULISAN KREATIF



Mustafa Mohd. Isa.(2010). Sastera Rakyat: Teori, Metodologi & Analisis. University Sains Malaysia, Penang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM T. Alias Taib. (2003). Di Sisi Pelita Minyak Tanah. Kuala Lumpur. Zebra Editions Sdn. Bhd.



17