Penulisan Kreatif [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Motif Dan Sejarah Batik Di Terengganu Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Ada pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Pakar arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi. Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayu melalui India memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat. Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan dengan perkataan batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis). Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi. Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman dan ruang. Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. Batik melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Terengganu. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Terengganu sejak tahun 1910



lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan.



Motif Batik Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.



Contoh Motif Organik. 1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.Motif Siput



Contoh Motif Geometrik. 1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur



Corak Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. 1.Corak Berdiri 2.Corak Jalur 3.Corak Melintang 4.Corak Menyeluruh 5.Corak Menyerong 6.Corak Tompok-tompok 7.Corak Ulangan Batu-bata 8.Corak Ulangan/Selang seli Proses Membuat Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. 1.Blok penerap 2.Campuran lilin 3.Kain 4.Pencelup 5.Sebuah Meja Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan. Penjenisan Kain Batik Batik terbahagi kepada tiga jenis.



Batik Blok Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.



Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.



Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Penggunaan Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlismajlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lainlain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak akan sama dengan yang lain. Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda hidup. Corak bunga ini telah digemari sejak kesultanan Melaka lagi, ini terbukti apabila dicatat dalam Sulalatus salatin (Sejarah Melayu) berkenaan Hang Nadim diperintahkan oleh Sultan Mahmud bagi membeli kain Serasah (Batik tulis) dengan empat puluh bunga pada setiap satunya. Bagi batik lukis dibahagian lain, terdapat pelbagai corak termasuk manusia dan haiwan yang dihasilkan.



Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Terdapat banyak jenis canting, antaranya ialah canting kasut, canting laras dua, laras tiga, empat dan lain-lain.



Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda. Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, seterika. Canting yang pelbagai saiz yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna. Pensil Omnicrom khasnya digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil. Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut : 1. Langkah pertama



Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeza-beza. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada.



2. Langkah kedua



Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.



3. Langkah Ketiga Mewarna motif dan latarbelakang dengan menggunakan berus kecil atau berus besar. Kita hanya meletakkan sedikit sahaja warna pada motif yang sudah dicanting dan ia akan meresap dengan sendirinya, Penggunaan warna bergantung pada kreativiti masing-masing. Pastikan kering dahulu warna yang diletakkan sebelum anda meletakkan warna lain.



4. Langkah ketiga



Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya.



5. Langkah keempat



Setelah sehari semalam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan terserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand.



Penutup Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikut pereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari. Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jenis kain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin Seri Endon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam dan ke luar negara.



SUMBER RUJUKAN 1. --http://www.kraftangan.gov.my