Huraian Eksperimen [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Kaedah Dichotic Listening Kaedah dichotic listening ini merupakan kaedah di mana ia dijalankan dengan cara menyampaikan mesej yang berlainan di kedua-dua belah telinga responden. Kedua-dua mesej disampaikan pada waktu yang sama. Dalam eksperimen dichotic listening ini , responden dikehendaki menumpukan perhatian kepada salah satu sahaja mesej yang diterima sama ada belah telinga kiri atau kanan. Selepas itu, peserta dikehendaki mengulangi semula apa yang telah didengari dari sebelah telinga. Pada akhir keputusan ini, responden hanya dapat mengenalpasti sama ada suara lelaki atau perempuan tanpa mengetahui mesej yang hendak disampaikan.



Kaedah Precueing Seterusnya ialah kaedah precueing. Kaedah precueing ini dilakukan untuk melihat keupayaan seseorang dalam memberi respon terhadap rangsangan yang diterima dalam lokasi yang berbeza. Prinsip umum di sebalik eksperimen precuing adalah untuk menentukan sama ada menyampaikan petunjuk yang menunjukkan di mana rangsangan ujian akan dipaparkan meningkatkan pemprosesan rangsangan ujian.



Para peserta dalam eksperimen Posner dan rakan-rakan (1978) ditahan mata mereka supaya pegun sepanjang eksperimen, sentiasa melihat + itu. Mereka mula-mula melihat anak panah petunjuk menunjukkan pada sebelah mana sasaran rangsangan adalah mungkin muncul (kiri panel). Dalam Rajah 4.28a, petunjuk menunjukkan bahawa mereka harus menumpukan perhatian mereka ke kanan. (Ingat, mereka melakukan ini tanpa menggerakkan mata mereka.) Tugas peserta adalah untuk tekan kekunci sebagai secepat mungkin apabila persegi sasaran telah disampaikan ke sisi (Panel kanan). Perbicaraan yang ditunjukkan dalam Rajah 4.28a adalah percubaan yang sah kerana persegi muncul di sebelah yang ditunjukkan oleh petunjuk anak panah. Lokasi ditunjukkan oleh anak panah itu adalah sah 80 peratus daripada masa. Rajah 4.28b menunjukkan satu percubaan yang tidak sah. petunjuk anak panah menunjukkan bahawa pemerhati perlu menghadiri ke kiri, tetapi sasaran itu dikemukakan di sebelah kanan.



Proses Kawalan Memori Eksperimen ini telah dijalankan oleh Richard Atkinson dan Richard Shiffrin (1968. Di dalam eksperimen ini ia melibatkan subjek yang bernama Rachel yang ingin memesan pizza secara penghantaran ke rumah. Pada proses pertama, Rachel melihat menu yang dipaparkan di laman utama pizza menerusi online. Rachel mula mencari dan melihat nombor penghantaran ke rumah lalu dia cuba menghafal nombor tersebut (gambar a dan b). Pada peringkat permulaan ini ‘sensory memory’ berlaku, iaitu maklumat yang masuk akan disimpan selama beberapa saat. Selepas itu, memori jangka pendek (STM) mula berlaku dan item yang dapat disimpan adalah sebanyak 5 hingga 7 item dan di antara 15 hingga 30 saat. Pada rajah c, berlakunya proses mengulang semula atau mengingati nombor telefon yang disimpan dalam memori jangka pendek Rachel. Proses mengingati nombor telefon berlaku dan ini melibatkan memori jangka panjang (LTM) untuk menyimpan maklumat yang banyak dalam tempoh yang lama dan berpanjangan. Selepas beberapa hari, Rachel cuba untuk mendapatkan semula maklumat yang disimpan di dalam memori jangka panjang bagi mengeluarkan semula nombor telefon penghantaran pizza ke rumah yang telah disimpan di dalam ingatan memori jangka pendek.



Coding Maklumat dalam Short Term Memory (STM) Auditory Coding Eksperimen ini telah dilakukan oleh R. Conrad (1964) untuk menyiasat coding dalam STM. Eksperimen ini melibatkan proses mengingat dan menulis kembali huruf- huruf yang terpilih (yang ringkas) yang telah didedahkan kepada subjek melalui tayangan di skrin. Keputusan eksperimen yang dilakukan oleh Conrad mendapati bahawa subjek lebih cenderung melakukan kesilapan dalam mengenalpasti kad yang mempunyai sebutan huruf yang sama seperti kad yang dilihat di skrin. Lazimnya, kesilapan yang sering disalah anggap ialah kad huruf F yang disalah anggap sebagai X atau S. Hal ini kerana sebutan bunyi huruf yang serupa dengan F akan tetapi subjek juga akan keliru dengan huruf seperti E kerana kelihatan seperti huruf F. Daripada keputusan eksperimen ini, Conrad membuat kesimpulan bahawa kod untuk STM adalah auditori (berdasarkan bunyi rangsangan) daripada visual (berdasarkan visual yang ditunjuk sebagai ransangan).



Visual Coding Selain itu, visual coding ini merupakan salah satu proses pengekodan dalam bentuk visual dalam STM kerana corak yang ditunjukkan dalam eksperimen ini sukar untuk direkodkan secara lisan. Dalam rajah 5.10, subjek diuji dengan ujian corak untuk mengingati visual yang dipaparkan dan perlu mengambil masa selama 3saat untuk satu corak visual sebelum ditukarkan kepada corak yang lain. Terdapat 2 corak matriks yang dipaparkan yang mana corak tersebut mempunyai bentuk dan bilangan yang berbeza daripada pada lain. Dalam rajah tersebut menunjukkan, corak yang kecik yang berukuran 2x2 matriks dengan 2 kotak segi empat yang diwarnakan dengan lorekkan dan corak yang besar yang berukuran 5x6 matriks dengan 15 kotak segi empat yang telah diwarnakan dengan lorekan. Dalam eksperimen ini didapati subjek telah melakukan kesalahan kerana subjek telah melorekkan 9 kotak segi empat sahaja, Hal ini berlaku disebabkan oleh subjek hanya mengingati corak yang dibentukkan oleh setiap matrik dengan cara pengekodan visual.



Semantic Coding Eksperimen yang telah dijalankan oleh Delos Wickens dan rakan-rakan melibatkan dua kumpulan subjek dalam kategori yang berbeza. Satu kumpulan kategori buah-buahan dan satu kumpulan lagi kategori pekerjaan. Eksperimen ini memerlukan peserta dalam setiap kumpulan mendengar tiga perkataan. Sebagai contoh, pisang, pic, dan epal untuk kumpulan buah-buahan dan perkataan peguam, bomba dan cikgu untuk kumpulan pekerjaan pada percubaan pertama. Setiap ahli perlu menyebut perkataan itu mengikut susunan dan mengulangi secara terbalik selama 15 saat. Mereka diberi sebanyak 4 kali percubaan dengan kaedah yang sama tetapi kata-kata yang berbeza. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mewujudkan gangguan



proaktif, penurunan



dalam memori yang berlaku disebabkan oleh pembelajaran semantic coding dalam STM.